::Teman Bersama::

Jumaat, 1 Jun 2012

Al-Quran dan Warna HIJAU








Al-Quran dan Warna HIJAU 




Jujur, warna kegemaran saya ialah Hijau. Sudah pasti warna Putih paling utama kerana ia dicintai oleh Saydina Muhammad  صلى الله عليه وآله وسلم




Ibnu Abbas R.A meriwayatkan, Rasulullah  صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: ” Hendaklah kalian berpakaian putih. Kalian yang masih hidup hendaklah memakai pakaian berwarna putih. Pakaikan kain kafan berwarna putih juga bagi mereka yang meninggal dunia. Sebab, pakaian berwarna putih adalah sebaik-baik pakaian untuk kalian.” 


[HR. At-Tirmizi, Abu Dawud dan lbnu Majah]




Walaubagaimanapun, suka dikongsikan mengenai warna Hijau yang turut diceritakan oleh ALLAH di dalam Al-Quran. 




Warna hijau digambarkan sebagai warna ketenangan jiwa, kedamaian dan keredupan pandangan. Bukan “Incredible Hulk” yang ditayangkan ya. Seorang muslim sejati pasti menolak apa sahaja yang tidak selari dengan tuntutan Islami. Tidak keterlaluan untuk dikatakan “green brain wash”  yang secara tidak langsung berlaku dalam watak “Incredible Hulk”. Uh, ke situ pula ya  . 




Jika diselidiki melalui kajian para sarjana, pelbagai tafsiran diberi tentang personaliti seseorang berasaskan warna. Ya, saya pengamal Kaunseling Islam. Walaubagaimanapun, secara mendasar saya menolak apa-apa sahaja saranan yang tidak bertepatan dengan tuntutan Islam. Apa-apa sahaja teori hanyalah bersifat teori ia tidak qati’e. Ia boleh berubah-ubah mengikut keadaan dan tempat. 




Adapun, apa sahaja yang keluar dari al-Quran mahupun kalam mulia Saydina Muhammad  صلى الله عليه وآله وسلم adalah bertepatan secara seluruh. Bahkan, mengingkarinya ada dosa besar. Justeru, dalam aspek “warna” ini mengapa tidak kita mengambil secara seluruh apa yang disampaikan melalui al-Quran dan hadith Saydina Muhammad  صلى الله عليه وآله وسلم




Ayuh kita perhatikan firman ALLAH mengenai warna hijau dalam surah al-Rahman :




"Mereka bertelekan (bertelekan: tiduran
menyamping, tubuh lurus, dengan salah satu
tangannya dilipat dan telapak tangannya menyangga
kepala -pent) di atas bantal-bantal yang hijau dan
permadani yang indah"
[Surah Al-Rahman: 76]



"Mereka mengenakan pakaian sutera halus yang hijau,
dan sutra tebal, serta dipakaikan gelang dari
perak kepada mereka. Dan Rabb mereka memberi minum
mereka dengan minuman yang suci"
[Surah Al-Insan: 21]



"Mereka mengenakan pakaian sutera halus yang hijau
dan sutra tebal" [Surah Al-Kahfi: 31]




Saya pernah bertanya kepada isteri saya : 


                                   [Hospital Putrajaya]


“Kenapa ya, warna kenderaan Kementerian Kesihatan berwarna kuning tidak macam kuning…”. 




Jawab beliau : “Abang sayang, warna-warna ni dah dikaji lama dah. Yang saya faham, mengikut kajian, warna kuning tak kuning tu boleh menimbulkan renjatan cas saraf untuk pemulihan.”




Sepantas kilat saya katakana : “…tapi, bila abang ke Hospital, warna kuning tak kuning ni menyebabkan abang rasa makin sakit…”


                                   [Hospital Sungai Buloh]


Jawab beliau sambil tersenyum : “… saya setuju…sebab tu kebanyakkan warna-warna Hospital dah di tukar dengan imej yang ceria, contohnya di Hospital Klang [HTAR], dengan warna kewanitaan [pink]”




Saya : “..warna hijau ada dalam al-Quran.”








Tambah isteri saya : “…erm..sebab tu pakaian ahli bedah, pesakit dan pembantu-pembantu di Dewan Bedah berwarna hijau…..tujuannya supaya penglihatan mereka tidak berpinar-pinar ketika melakukan pembedahan dalam tempoh yang lama. Ia menyegarkan mata ahli bedah....ermm, menarik-menarik…SUBHANALLAH…. “






WALLAHu’alam.


Jom kita banyakkan Selawat  


اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم



Mohon doa mendokan ya::


Bersambung….


Al-faqir ilallah : almukminun
11 Rejab 1433/01062012
http://almukminun.blogspot.com/2012/06/al-quran-dan-warna-hijau.html

Tiada ulasan: