::Teman Bersama::

Memaparkan catatan dengan label Sajak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sajak. Papar semua catatan

Jumaat, 4 November 2011

Jumaat Yang Dinanti


Jumaat :

Wajah kita lagi yang masih menggisi kemuliaan hari,
Dari ribuan wajah, tidak sama apa yang diisi didalam hati,

Ada merasakan bahagia,
Bahawa hari yang dicintai oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم tiba lagi,

Ada juga yang bahagia, kerana masa untuk berhibur bersama keluarga dan memanjakan diri,

Memenuhi rehat setelah seminggu mencari rezeki,

Beza para sholafus sholeh, mereka bahagia kerana hari ini bertambah lagi ruang ittiba' sunnah Nabi صلى الله عليه وآله وسلم,

Diperkasa diri dan keluarga demi memenuhi rasa cinta dari Jumaat lalu sehingga ke Jumaat ini,

Semoga Jumaat terisi sebagai bukti sunnah Saydina Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم yang sungguh dikasihi,

Menasihati mudah dan mengamalkanlah paling susah, Mohon doa mendoakan.

اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم


alfaqir ilallah :
almukminun

8Zulhijjah1432

*HIMPUN ANTI seksualiti merdeka/
di Masjid Negeri Selangor/
selepas solat Jumaat[04112011].

http://almukminun.blogspot.com/

Khamis, 13 Januari 2011

Manusia Kejam Terhadap Dirinya





Oleh: Almukminun



Kita melihat kekejaman manusia ke atas manusia, alam,haiwan.



Lalu,bagaimana pula kekejaman manusia kepada dirinya yang merosakkan tubuhnya dengan mengambil racun candu/rokok yang mana tubuhnya itu dipinjamkn dalam keadaan yang baik pada awal lahirnya.



Lalu dikembalikan kepada Al-Khaliq [ALLAH SWT] dalam keadaan rosak fungsinya.

Di dalam ruh batin manusia tersedia cermin yg disebut mir’ah al-haya’ (cermin yang memalukan).

Bagi manusia yang sudah mampu mengendalikan hawa nafsunya serta mencapai fana’ cermin tersebut akan muncul, yangg akan menampakkan peribadi sebe...nar dengan segala perbuatan tercelanya.

Jika ini telah terbuka, maka tirai-tirai Ruhani juga akan tersingkap, sehingga dirinya yang sejati berantakan di antara nafsu jahat dan nafsu baik, berkata mereka “aku ini kau, tapi kau aku”.

Hidup itu bersifat baru dan dilengkapi dengan pancaindera.

Pancaindera ini merupakan barang pinjaman, yang jika sudah diminta oleh yg Empunya yakni ALLAH, maka tubuh ini akan menjadi tanah dan membusuk, hancur lebur bersifat najis.

Oleh karena itu pancaindera tidak dapat dipakai sebagai pedoman hidup.
Demikian pula budi, fikiran, angan-angan dan kesedaran, berasal daripada pancaindera, tidak dapat dipakai sebagai pegangan hidup.

Akal dapat menjadi gila, sedih, bingung, lupa tidur dan seringkali tidak jujur.

Akal itu pula yang siang malam mengajak dengki, bahkan merosakkan kebahagiaan orang lain.

Dengki dapat pula menuju perbuatan jahat, menimbulkan kesombongan, untuk akhirnya jatuh dalam lembah kenistaan, sehingga menodai nama dan citranya.

Kalau sudah sampai sedemikian jauhnya, baru orang menyesali perbuatannya, apakah mungkin akan ada keberhasilan keberkatan dalam hidup.

Wallahu'alam


faqir ilallah :
almukminun
8 Safar 1432H
Shah Alam

http://almukminun.blogspot.com/

Selasa, 28 Disember 2010

Kata Kita




Kata Kita



Kita diberi benci oleh manusia, KIta diberi kecewa oleh manusia walaupun segala bakti kita berikan kepada mereka.




Janji diberi oleh manusia kepada kita, tetapi ditunaikan, masih belum tentu manusia berjaya. Bahkan ALLAH SWT tidak sesekali membiarkan hambaNYA menangis sendiri.




Tidak pernah ALLAH SWT izinkan perancangan dengki mengenai hamba yang dikasihiNYA. Ditimpakan musibah berupa ujian, kerana kasihnya ALLAH SWT kepada hambaNYA yang dipilih. ALLAH.....




Mengapa masih keliru dengan penguasaan ALLAH SWT atas daya yang kita ada. Bahawa daya itu terbatas cuma.




Kitalah yang berusaha atas keizinan ALLAH SWT... dan kitalah juga penyebab bala ditimpakan kepada diri dan sekeliling yang ada.




Kita berkata-kata,seolah-olah diri kitalah yang paling sempurna, manusia lain cela akidah-akhlak-ilmu belaka.




Kitalah yang penyebab insan mahu mengenal Islam, terus jauh daripada mahu mengenalinya. Nudzubillahi Miinzaaliik.




Itulah kita, sentiasa sombong dengan anugerah-nikmat pinjaman daripada ALLAH SWT.
Api amarah kita biarkan menyala dihati, dimulut kita maafkan kesalahan orang, dihati tersemat dendam-benci.




Kadangkala,kita tahu dan sedar perlakuan sombong-umpat-fitnah-bohong itu keji, Kita jga "selalu" sedar, betapa pelakuan menzalimi, menyakiti hati insan itu sangat keji lagi dimurkai oleh ALLAH SWT.
Tetapi disebalik tahu, sedar yang kita rasa itu, niat dan matlamat keji masih tetap kita taati, seolah-olah tidak yakin-percaya akan hal dosa-pahala.




Itulah kita...dengan gelaran :




Insan,kuli,bos,ustaz,ustazah,doktor,kerani,pegawai Tentera,pegawai Polis,Pak Menteri,Ketua Parti....Kita-saya,terus mengatakan terlupa,alpa dan terlalu ego untuk mengakui, bahawa ada saat kita dipuncak tinggi, ada saat kita diuji dengan kata mulia dan peringatan berjela. Sedangkan amalan tidak selari dengan kata. ALLAHU ALLAH...




faqir'ilallah:


almukminun
http://almukminun.blogspot.com/
22 Muharram 1431H
28122010
Shah Alam, Selangor