::Teman Bersama::

Memaparkan catatan dengan label Kehidupan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kehidupan. Papar semua catatan

Selasa, 7 September 2010

Amalan Salaf yang dipinggirkan pada Malam Hari Raya



PERKARA YANG SUNAT DILAKUKAN PADA MALAM HARI RAYA




1) Di dalam Sunan Al-Baihaqi pada bab Ibadat pada malam 2 hari raya;




أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُوسَى بْنِ الْفَضْلِ حَدَّثَنَا أَبُو الْعَبَّاسِ الأَصَمُّ أَخْبَرَنَا الرَّبِيعُ أَخْبَرَنَا الشَّافِعِىُّ أَخْبَرَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُحَمَّدٍ قَالَ قَالَ ثَوْرُ بْنُ يَزِيدَ عَنْ خَالِدِ بْنِ مَعْدَانَ عَنْ أَبِى الدَّرْدَاءِ قَالَ : مَنْ قَامَ لَيْلَتَىِ الْعِيدِ لِلَّهِ مُحْتَسِبًا لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ حِينَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ. {ش} قَالَ الشَّافِعِىُّ : وَبَلَغَنَا أَنَّهُ كَانَ يُقَالُ : إِنَّ الدُّعَاءَ يُ�! �ْتَجَابُ فِى خَمْسِ لَيَالٍ فِى لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ وَلَيْلَةِ الأَضْحَى وَلَيْلَةِ الْفِطْرِ وَأَوَّلِ لَيْلَةِ مِنْ رَجَبٍ وَلَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ.




Maksudnya: Daripada Abu Darda’ beliau berkata: Sesiapa yang menbangunkan 2 malam raya, tidak mengharapkan apa-apa kecuali Allah, nescaya tidak akan mati hatinya ketika matinya kesemua hati.




Berkata Imam Syafie: Terdapat riwayat yang mengatakan Abu darda’ berkata: Sesungguhnya doa mustajab pada 5 malam; malam jumaat, malam hari raya adha, malam raya fithri, malam pertama rejab dan malam nisfu syaaban.




2) Riwayat di dalam Kitab Syuabul Iman;




و مما أنبأني أبو عبد الله الحافظ إجازة و رواه عنه الإمام أبو عثمان إسماعيل بن عبد الرحمن الصابوني أنا أبو عبد الله محمد بن علي بن عبد الحميد نا إسحاق بن إبراهيم أنا عبد الرزاق أخبرني من سمع ابن البيلماني يحدث عن أبيه عن ابن عمر قال : خمس ليال لا يرد فيهن الدعاء ليلة الجمعة و أول ليلة من رجب و ليلة النصف من شعبان و ليلتا العيد



Maksudnya: Dari Ibn Umar beliau berkata: Lima malam tidak akan ditolak doa permintaan. Malam Jumaat, malam pertama dari tejab, malam nisfu syaaban dan dua malam raya (fitri dan adha).




Berkata Imam Manawi di dalam Faidul Qadir: Sunat menghidupkan kelima-lima malam tersebut. Para salaf sentiasa melakukan perbuatan tersebut.




CARA MENGHIDUPKAN MALAM TERSEBUT




1) Imam Nawawi menyebut di dalam Kitab Azkar;




يستحب إحياء ليلتي العيد بالذكر والصلاة وغيرهما فإنه وإن كان ضعيفا لكن أحاديث الفضائل يتسامح فيها قال : والظاهر أنه لا يحصل الإحياء إلا بمعظم الليل



Maksudnya: Disunatkan menghidupkan kedua malam hari raya (Fitri dan Adha) dengan zikir, solat dan selain keduanya. Walaupun hadis berkenaan menghidupkan malam tersebut kedudukannya lemah akan tetapi hadis-hadis berkenaan amalan yang mempunyai kelebihan tertentu diberi kelonggaran untuk berpegang dengannya.




Berkata Imam Nawawi: Secara zahir dapat difahami tidak dikatakan menghidupkan malam kecuali dengan dibangunkan sebahagian besar daripada malam tersebut.





2) Di dalam kitab Al-Imdad’;




وفي الامداد: ويحصل القيام بالصلاة نفلا فرادى من غير عدد مخصوص، وبقراءة القرآن، والاحاديث وسماعها، وبالتسبيح والثناء، والصلاة والسلام على النبي (ص) الحاصل ذلك في معظم الليل




Maksudnya: Maksud mendirikan malam adalah dengan melaksanakan solat sunat secara sendirian tanpa bilangan rakaat tertentu, dengan membaca Al-Quran, membaca hadis dan memperdengarkannya, dengan bertasbih dan memuji Allah, dengan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang kesemuanya dilakukan pada sebahagian besar daripada malam hari tersebut.




3) Dari Ibn Abbas;




عن ابن عباس رضي الله عنهما بصلاة العشاء جماعة، والعزم على صلاة
الصبح جماعة، كما قالوه في إحياء ليلتي العيدين.
وفي صحيح مسلم قال رسول الله (ص) من صلى العشاء في جماعة فكأنما قام نصف الليل، ومن صلى الصبح في جماعة فكأنما قام الليل كله




Maksudnya: Membangunkan malam dengan solat Isyak secara berjamaah dan berazam untuk melaksanakan solat subuh secara berjemaah. Di dalam Sahih Muslim Baginda Nabi bersabda: Sesiapa yang melaksanakan solat Isyak secara berjemaah seolah-olah dia telah membangunkan separuh malam. Sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, seolah-olah membangunkan keseluruhan malam.





P/s: Di dalam kitab Al-Hawi al-Qudsi: Makruh berhimpun di mesjid untuk membangunkan malam tersebut.




Sumber :



Al-Muttaqin Network support@almuttaqin.tv


28 Ramadhan 1431H



Ahad, 4 April 2010

Belasungkawa Buat al Mukarrom al Arifbillah alqutub alhabib Abdul Qadir bin Ahmad Assegaf (Jeddah)



Innalillahi wa inna ilaihi rojiun , telah berpulang ke rahmatullah ulama besar al Mukarrom al Arifbillah alqutub alhabib Abdul Qadir bin Ahmad Assegaf (Jeddah). Allahumagfirlahu warhamhu waafihi waafuanhu,semoga Allah SWT meridhoinya dan menempatkan arwahnya bersama Nabi SAW,ambiya,Syuhada wa sholihin.. Alfatehah... Aamiin ya Robbal alamin.




Hari ini sedihnya hati kita guru yang kita cintai Qudwah yang begitu mulia beliau telah diambil ALLAH SWT,. Benar yang telah dikatakan Rasulallah SAW bahwa ilmu akan diangkat dengan diangkat ahli ahli ilmu itu sendiri(para Ulama'),.makanya kita sekarang jangan jauh jauh dari Ulama' kita harus dekat dengan Ulama,kita raih ilmu dari Ulama',kalau tidak kita akan mengalami penyesalannya nanti.




Al-Faqir menatap setiap satu wajah para alim ulama,asatizah yang berada di dalam koleksi simpanan.ALLAHu ALLAh, terkenang setiap satu saat al-faqir bersama sebahagian dari mereka.Paling mengharukan andai "mereka semua" meninggalkan al-faqir dalam keadaan diri yang masih kekeringan ilmu.Terbayang dgn ketiadaan mereka,bererti telah tiba kepada penamat usia.




Mereka para ulama adalah panutan setelah kewafatan Sayyiduna Rasulullah SAW.Talaqilah,selagi punya waktu bersisa.




Perginya seorang ulama, bererti hilanglah sebahagian ilmu, Abdullah bin ‘Amr bin Ash رضي الله عنهما meriwayatkan sebuah hadits:




Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. (Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidhi dan Ibn Majah)




Penduduk bumi menangisi pemergian beliau.






اللهم اغفر لحبيبنا وسيدنا الحبيب عبدالقادر
السقاف وارحمه رحمة واسعة وأدخله فسيح جناتك مع جده المصطفى صلى الله عليه وسلم والنبيين والصدقين والشهداء
والصالحين برحمتك ياأرحم الراحمين
آمين
اللهم آمين





19 Rabiulakhir 1431H
04032010
http://almukminun.blogspot.com/

Khamis, 10 September 2009

PERIHAL MEMBATALKAN PUASA ; BERSETUBUH

PERIHAL MEMBATALKAN PUASA ; BERSETUBUH


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره ووالاه


Al-Haqir Ila ALLAH Al-QAWWIYY : Almukminun


20 Ramadhan 1430H / 10092009


Kepada para sahabat yang bertanya, Ana mohon maaf atas kelewatan artikel ini. Justeru, terlalu banyak urusan keduniaan, sehingga ruang amalan yang luas seolah-olah ternampak sempit dan sesak. Melalui ruang ini juga, ana jelaskan mengapa isu ini perlu diketengahkan bagi mendalamkan lagi ilmu fiqih kepada diri ana yang faqir ilmu ini juga buat kalangan pengantin dan bakal-bakal pengantin.


Baru-baru ini ana diajukan soalan perihal perkara-perkara yang membatalkan puasa bagi suami isteri. Juga sebuah pertanyaan yang membuatkan ana terkedu dan langsung teringat pesan Guru nan mulia bersempena Ramadhan tahun Hijri lalu. Katanya : “Muda-mudi yang berumah tangga semakin memandang ringan adab, lulus gagal di bulan Ramadhan. Ada segelintir memperlakukan nafsu sebagaimana diluar Ramadhan”.


Ternyata, kekeliruan ini menatijahkan sebuah rumahtangga yang suram daripada cahaya keimanan kepada ALLAH SWT Yang Tidak Bertempat.


Seorang teman bertanya ; “Ana bersetubuh dengan si isteri, tetapi ana telah pun membatalkan puasa bagi mengelakkan dikenakan fidyah yang berat iaitu berpuasa 2 bulan berturut-turut. Ana keliru”


Reaksi Ana ketika itu terlalu terkejut dengan penyataan beliau.


Inilah akibat ketaksuban menjadi Ustaz (Guru agama) segera dengan membaca kitab-kitab fiqah tanpa bimbingan guru-guru yang alim akan perihalnya. Situasi ini juga adalah satu peringatan kepada golongan-golongan di luar sana yang kukuh dengan hujah menolak sistem pengajian lutut bertemu lutut, talaqqi yang rata-ratanya bermetodkan tradisi.


Sebagaimana yang dinukilkan oleh Pemikir Melayu abad ini, Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas, pendidikkan terhadap manusia bukan sekadar untuk mereka beriman kepada bukti-bukti yang zahir tetapi juga tentang roh atau semangat agama.


Memiliki roh demi kelangsungan ilmu, bukan berpondisikan nafsu amarah, keji-mengeji sehingga menimbulkan rasa benci terhadap perkara khilaf. Manakala, semangat beragama itu ialah kemahuan untuk menuntut ilmu daripada yang ahli. Bukan menuntut daripada TV dan CD.


Semestinya kehadiran artikel ini atas izin si sahabat yang bertanya sebagai peringatan serta perkongsian buat saudara-saudara seaqidah di luar sana.


Bersetubuh


Bersetubuh atau berjima’ secara sengaja, sedar dan kehendak. Tidaklah ia diisyaratkan inzal iaitu keluar air mani. Sedangkan ALLAH SWT hanya menginzinkan berjima’ pada sebelah malam sahaja.


Firman ALLAH SWT;

“Dihalalkan kepada kamu pada malam bulan Ramadhan bercampur dengan isterimu”

[Surah Al-Baqarah;187]


Maka, dalam hal sahabat ana tersebut, seseorang yang membatalkan puasanya dengan bersetubuh pada siang hari di bulan Ramadhan, maka wajiblah keatasnya membayar kafarah, samada;


1.Memerdekakan seorang hamba di kalangan orang yang beriman, lagi tidak terdapat sebarang keaiban pada tubuhnya dan jika tidak mampu, wajiblah...


2.Berpuasa selama dua bulan berturut-turut dengan tidak berselang. Jika tertinggal atau terbatal satu hari sahaja maka hendaklah diulangi semula puasanya itu dan jika tidak mampu juga wajiblah...


3.Bersedekah atau memberi makan kepada enam puluh orang fakir miskin secara serentak atau berasingan. Setiap faqir miskin mendapat satu mud bersamaan 6 ons makanan asasi satu tempat umpamanya beras di Malaysia.


Daripada Abu Hurairah r.a., katanya;


“Datang seorang lelaki kepada Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam katanya; “Sesungguhnya ada seorang dari kaum kami telah bersetubuh dengan isterinya pada siang hari Ramadhan. Rasulullah Shollallhu Alaihi Wassalam bertanya (kepada lelaki tersebut) : Dapatkah engkau memerdekankan hamba?”. Jawab lelaki itu: “Tidak.” Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam bertanya : “Mampukah engkau berpuasa dua bulan berturut-turut?”. Jawab lelaki itu : “Tidak”. Tanya Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam lagi : “Adakah engkau mempunyai makanan untuk diberi makan kepada enam puluh orang miskin?” Jawab lelaki itu : “Tidak”. Berkata (perawi) : Maka diberikan orang kepada Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam sebuah bakul besar berisi tamar. Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam berkata : “Berikan kurma ini bagi pihak engkau.” Kata lelaki itu : “Kepada yang lebih berhajat daripada kami kah?. Tidak ada penduduk bandar ini yang terlebih miskin lagi berhajat dari kami,” Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam bersabda : “Berikanlah kurma itu kepada keluargamu.”

[Riwayat Bukhari dan Muslim; Al-Lu’lu’uwal-Marjaan no.678]


INGATAN


[; Bicara lanjut boleh tuan-tuan rujuki 14 syarat bagi Qadha’ dan Kaffarah dalm Al-Fiqhul Islaami wa-‘Adillatuh 3/1722-1724]


1.Kaffarah puasa wajib disegerakan. Sekiranya ketiga-tiga perkara tersebut ditangguhkan, tidak dikerjakan lagi,maka kewajiban itu masih terletak diatasnya.


2.Berbilang-bilang kaffarah dengan berbilang-bilangnya hari persetubuhan, dan bukannya berbilang-bilang persetubuhan yang dilakukan dalam sehari. Sekiran ia bersetubuh dua hari dalm bulan Ramadhan, maka wajib keatasnya qadha dua hari dan kali kaffarah, begitu seterusnya.


3.Fakir miskin yang diberikan makan, bukanlah orang yang wajib mendapat nafqah dari orang yang membayar kaffarah, seperti isteri, anak, bapa dan ibu.


4.Kaffarah wajib keatas suami, tidak ke atas isteri. Isteri hanya wajib untuk qadha sahaja. Prof. Dr. Hasbi ash-Shiddiqiy menyatakan: “Menurut mazhab asy-Syafie, tidak ada kaffarah atas wanita sekali-kali, baik memenuhi kemahuan si lelaki dengan sukarela, ataupun dengan dipaksa, hanya lazim mengqadha sahaja.”


Kata Imam Nawawi : Pendapat yang lebih shahih, ialah wajib satu kaffarah sahaja atas lelaki, tidak atas perempuan, kerana kaffarah itu harta yang diberikan kerana jima’ (bersetubuh), maka haruslah diberatkan keatas lelaki sahaja. [Pedoman Puasa, m/s 130]


5.Gugur kaffarah dengan kedatangan mati atau gila pada hari yang sama berlakunya masalah ini, disebabkan ternafi taklif ke atasnya. Dengan syarat mati atau gila yang tidak disengajakan. Tidak gugur kaffarah dengan kedatangan sakit, safar (bermusafir) dengan tujuan yang baik, dipenjarakan atau sebagainya. [Fiqhul-Ibadaat, oleh al-Hajjah Durayyah hal. 338]


Penutup


Sedikit perkongsian ini adalah sebagai sebuah peringatan kepada diri yang menulis. Juga dengan sifat bimbang, asbab keruntuhan susila, akidah umat berpunca daripada kalangan benih-benih HARAM yang wujud di dalam rahim si ibu yang dipimpin oleh para suami yang berajakan nafsu syahwat semata.


Moga dengan sedikit pengetahuan perihala perkara membatalkan puasa di bulan Ramadhan ini bakal membuka hati para teman yang bergelar suami dan isteri di luar sana agar merindui untuk dipimpin.


Izinkan rohani tuan-puan dipimpin melalui majlis-majlis ilmu. Usah katakan tuan-tuan sudah hadam perihal ilmu fardhu ain dari bab solat, zakat, puasa, haji dan lain pelbagai lagi fiqah ibadah di dalam Islam. Jika ya telah dihadami, makan aman tenteramlah dunia ini daripada kalangan mubtadi’, golongan syiah dan mujassimmah wahabbi.


Wallahu ‘alam.


"وصلى اللّه على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم"


Petikan Kitab : Ihya’ Ramadhan


Al-Haqir ila ALLAH Al-Ghaniy:


Almukminun


20 Ramadhan 1430H / 10092009


http://almukminun.blogspot.com/

Selasa, 23 Jun 2009

Perihal Mencari Suami Soleh ; MUSLIM, TAAT BERAGAMA DAN BAIK AKHLAQNYA


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره ووالاه


Perihal Mencari Suami Soleh ;


MUSLIM, TAAT BERAGAMA DAN BAIK AKHLAQNYA





ALLAH SWT berfirman dalam ayat berikut:




" ... Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk menguasai orang-orang yang beriman" [QS An-Nisaa': 141]







" ... Mereka tiada henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran) seandainya mereka sanggup. Barangsiapa yang murtad diantara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat; dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya"

[QS Al-Baqarah: 217]







" ... Janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mu'min) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya pemuda yang mu'min lebih baik daripada orang musyrik walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke syurga dan ampunan dengan izin-Nya ... "

[QS Al-Baqarah: 221]







Petunjuk mencari suami yang pertama dan utama ialah dia harus taat beragama kerana melalui “kekuasaan aqidah” selaku suami yang berilmu memudahkan urusan untuk memimpin keluarga. Hanya dengan panduan aqidah yang telus bebas daripada pengaruh mujassimmah, tasybih, taqiyyah serta sekalian aqidah sesat mampu mempengaruhi suasana keluarga muslim yang aman di dalam peliharaan rahmat ALLAH SWT.




Wanita muslim yang menikah dengan lelaki bukan muslim bererti telah melaksanakan pelakuan yang haram, kerana wanita muslim hanya dihalalkan bersuamikan seorang lelaki muslim.




Wanita muslim yang melanggar ketentuan ini maka pernikahannya tersebut tidak sah dan dinilai sebagai perbuatan zina.




Wanita muslim yang menikahi lelaki bukan muslim akan mengalami kerugian duniawi dan ukhrawi. Di dunia dia akan mengalami kemerosotan aqidah sehingga kecintaannya kepada agama dan semangatnya untuk dekat dengan ALLAH SWT semakin lemah. Kecelaruan kejiwaan ini akan menimbulkan keraguan dan perasaan bingung mudah menerjah apabila menghadapi masalah dalam kehidupan.




Kerugian Ukhrawi




Adapun kerugian ukhrawi iaitu azab dan siksa daripada ALLAH SWT apabila jenazah diasak memasuki liang kubur sehingga hari kebangkitan berupa azab neraka.




Setiap muslim yang bergelar bapa, saudara lelaki atau mempunyai hubungan langsung dengan wanita yang akan bernikah, harus mencari dengan jelas keIslaman lelaki yang melamar anak perempuan atau dirinya. Jika lelaki tersebut bukan seorang muslim maka wanita atau orang tua harus menolak lamarannya. Jika lelaki tersebut bersedia menjadi seorang muslim maka yang bersangkutan diuji dahulu keIslamannya beberapa lama sehingga dapat dibuktikan apakah dia menjadi muslim secara ikhlas atau hanya berpura-pura.




Rasulullah saw bersabda dalam sebuah hadits:



"Bila datang seorang lelaki yang kamu redhai agama dan akhlaqnya, hendaklah kamu nikahkan dia kerana kalau engkau tidak mahu menikahkannya, niscaya akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang meluas." (H.R Tirmidzi dan Ahmad)




Hadits tersebut memerintahkan kepada seluruh kaum muslimin khususnya para orang tua atau wali untuk memerhatikan ketaatan beragama dan akhlaq lelaki yang akan menjadi suami kepada anak atau wanita di bawah tanggungjawab perwaliannya.




Apabila ada lelaki yang taat beragama dan baik akhlaqnya namun dia tidak mampu membiayai dirinya untuk menikah, masyarakat muslim harus memberikan bantuan kepadanya tentang yang bersangkutan agar pemuda tersebut dapat menikah dengan baik.




Jika tidak ada yang membantu dan membiarkan pemuda tersebut membujang kerana tidak mendapatkan wanita yang bersedia menjadi isterinya maka mereka yang membujang mudah terjerumus ke dalam perzinaan yang berakibat rusaknya moral masyarakat.




Pandangan kepada Harta




Seorang wanita yang sering kali lebih memerhatikan kemampuan material daripada lelaki yang akan menjadi calon suaminya akan mengabaikan sisi agama dan tanggung jawabnya dalam merealisasikan kehidupan beragama sehari-hari. Ia menganggap bahawa yang lebih penting adalah kemampuan material seorang suami untuk mewujudkan kesejahteraan bagi keluarganya.




Anggapan seperti ini akan merugikan wanita tersebut kerana suami yang beranggapan bahawa yang penting adalah pemenuhan keperluan harta benda serta si suami tidak mahu peduli terhadap pembentukkan akhlaq yang baik di kalangan ahli keluarganya. Dia merasa bebas dan merdeka untuk berbuat apa sahaja selagi dapat memenuhi keperluan material keluarganya.




Pandangan mata kasar melihat si isteri dan anak-anaknya mempunyai kecukupan terhadap harta benda, tetapi rupanya mereka sedang menderita akibat tekanan mental dan mengalami gangguan psikologi akibat perbuatan sewenang-wenang suaminya. Perhatian dan kasih sayang adalah kunci kebahagiaan sesebuah keluarga.




Apalah yang hendak dibanggakan dengan kebahagiaan berupa kemewahan harta benda dunia, andai seisi ahli keluarga kerana tidak mendapat kasih sayang daripada seorang ketua keluarga yang terlalu runsing mencari kekayaan dunianya.




Muslimah, Utamakan Keselamatan Agamamu




Seorang muslimah yang benar-benar lebih mengutamakan keselamatan agamanya daripada sekadar mengejar hawa nafsunya, hendaklah menjauhkan diri dari langkah yang membahayakan keselamatan agama dirinya dan anak-anaknya yang bakal dilahirkannya.




Kelak, jangan sampai terjadi setelah menikah, seorang muslimah menjadi orang yang meninggalkan agamanya, misalnya meninggalkan solat tanpa alasan yang dapat dibenarkan, melepaskan jilbabnya dan perbuatan dosa lain yang dimurkai oleh ALLAH SWT.




Menjauhi Kemaksiatan




ALLAH SWT berfirman dalam ayat berikut:




"Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari siksa api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; pennjaganya malaikat- malaikat kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah atas perintah Allah kepada mereka dan selalu taat pada apa yang diperintahkan." [QS At-Tahrim: 6]




Ayat di atas menegaskan bahawa kepala keluarga bertanggung jawab untuk mejauhkan anggota keluarganya dari segala macam perbuatan dosa. Seorang suami yang membiarkan isteri dan anak-anaknya melakukan perbuatan dosa tanpa sebarang usaha mengelak dan mencegahnya, maka dia tidak layak untuk menjadi kepala keluarga.




Setiap wanita muslim perlu memperhatikan perkara ini kerana lelaki yang mempunyai pengetahuan agama yang baik belum tentu taat dalam beragama.




Adakalanya mereka memanfaatkan pengetahuan agamanya untuk memutarbalikkan yang haram menjadi halal. Bijak berkata atas kapasiti gelaran PHD, namun dengan bangga menjisimkan ALLAH SWT dengan makhluknya.




Seorang wanita atau walinya sebelum menerima seorang lelaki untuk menjadi suaminya harus memperoleh keyakinan bahawa calon suaminya adalah orang yang tidak suka, bahkan sangat membenci kemaksiatan. Suami yang tidak peduli dengan kemaksiatan sama halnya dengan mendapatkan teman yang menjerumuskan diri dan keluarganya ke dalam neraka.




Kuat Semangat Jihadnya




Maksud jihad disini ialah kesungguhan untuk membentengi dan membela kepentingan Islam dari mereka yang ingin menghancurkan Islam. Apabila seorang muslim berdiam diri dalam menghadapi musuh-musuh bererti dia lemah semangat jihadnya dan tergolong di kalangan orang yang lemah imannya.




Seorang wanita muslim harus memerhatikan masalah ini, kerana suami yang lemah semangat jihadnya akan mengakibatkan kehidupan keagamaan keluarganya menjadi lemah.




Pastikan lorongan berupa sokongan, bantuan diberikan kepada sisuami untuk mengutamakan perjuangan demi agama yang kamu berdua anuti (Islam) dibela hingga ke titisan darah terakhir sisuami. Biar menjadi bukti tulus kepada dunia bahawa suami yang kamu nikahi itu adalah mujahidfillah!




Daripada Keluarga Yang Soleh dan Taat Kepada Orang Tuanya




Keluarga yang soleh akan berusaha melakukan segala sesuatu dengan sebaik baiknya sehingga membawa kebaikan kepada keluarganya dan masyarakat di sekitarnya. Keluarga ini selalu takut dan malu kepada ALLAH SWT ketika mereka berfikir-fikir akan melalukan perbuatan dosa.




Bagi mengetahui apakah calon suami termasuk dari keluarga yang soleh harus diadakan suatu penelitian dan pengamatan terhadap perkara-perkara yang bersangkutan. Cara yang dapat dilakukan adalah dengan mengunjungi keluarga calon suami, memperhatikan lingkungan tempat tinggalnya dan lingkungan tempat dia bekerja serta pergaulan bersama teman-temannya.




Ketika berkeinginan melakukan penelitian ini, seorang muslimah tidak harus menziarahi sendiri, tetapi dengan mewakilkannya kepada saudaranya atau jika ingin datang langsung sebaiknya ditemani oleh salah seorang saudaranya.




Dari Ibnu Umar r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda:

"Berbaktilah kepada kedua orang tua kalian, niscaya kelak anak-anak kalian berbakti kepada kalian dan peliharalah kehormatan (isteri-isteri orang), nescaya kehormatan isteri-isteri kalian akan terpelihara."

(H.R Thabarani, hadits hasan)




Anak-anak yang taat kepada kedua orang tua, iaitu anak yang mematuhi perintah orang tua dan tidak melanggar larangannya selama hal yang diperintahkan atau yang dilarangnya tidak sesuai dengan syariat Islam.




Anak-anak soleh solehah seperti ini akan memperoleh keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Anak yang berbakti kepada orang tuanya kelak menjadi orang tua yang ditaati oleh anak-anaknya.




Anak-anak mampu merasakan pancaran batin dari orang tua yang taat kepada orang tuanya, sehingga hal tersebut secara psikologi dirasakan oleh anak-anaknya, kemudian mendorong mereka untuk taat kepada orang tuanya juga.




Rahsia psikologi ini diungkapkan oleh Sayyiddinna Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam dalam hadits di atas. Apabila calon suaminya seorang yang durhaka kepada orang tuanya, maka kemungkinan besar ia akan berlaku durhaka pula kepada isterinya...




"وصلى اللّه على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم"




Wallahu’alam

Al-Haqir ila ALLAH Al-GHANIY;

Almukminun

16062009

http://almukminun.blogspot.com/

SPS, Penang