LONGBOARD, Da’wah Rentas
Kaedah : Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم Memberikan Didikan
Dengan Memerhatikan Situasi Keadaan Anak Didik.
Tuan-Puan yang dikasihi,
Kebiasaan yang berlaku, orang dewasa kerap merasakan
nasihat mereka perlu pada setiap masa. Maka, nasihat itu perlulah dengan “berkata-kata”.
Maka, akan wujudlah generasi belia dan remaja yang akan sentiasa mengelak dari
bertembung dengan kalangan orang dewasa kerana takut di “khutbahkan” tanpa
mengira suasana. Sesuai ke Tuan-Puan, seorang remaja yang sedang mengayuh
basikal, mendaki bukit 47 darjah dengan nafas tercunggap-cunggap, tiba-tiba dirapati oleh seorang dewasa lantas
membahas dan menasihatkan kepentingan menjaga adab pergaulan. Terus diterjah
tanpa rapport dan daya “menarik hati”. Ayuh kita lihat, akhlak junjugan mulia
Saydina Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم dalam metodologi da’wah Baginda.
Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya (pada bab yang menjelaskan tentang upaya Nabi
صلى الله عليه وآله وسلم dalam mengatasi
kebosanan para sahabat dalam mendengar nasihat dan pendidikan ilmu pengetahuan)
dan Imam Muslim di dalam Kitab sahihnya (pada bab yang menerangkan tentang
sikap cerdas Rasulullahصلى الله عليه وآله وسلم dalam memberikan nasihat, dengan lafaz berasal
dari Imam Muslim) meriwayatkan dari al-‘Amasy, dari Syaqiq Abu Wail, dia
berkata : (Pada suatu saat) kami tengah duduk
(menunggu) di samping pintu rumah Abdullah ibn Mas’ud, Yazid ibn Mu’awiyah
al-Nakha’i lalu berhampiran kami, maka kami berkata : “Tolong beritahu Abdullah
ibn Mas’ud bahawa kami menantinya”. Maka
dia pun menyampaikannya, sehingga tidak berapa lama kemudian Abdullah ibn Mas’ud
keluar menemui kami, lalu dia berkata: “Aku telah diberitahu (oleh Yazid bin Mu’awiyah)
bahawa kalian sedang menunggu. (Sebenarnya aku telah mengetahui kedatangan
kalian) namun aku khuatir saat ini kalian akan merasa bosan (belajar denganku).
Kerana, sesungguhnya Rasulullahصلى الله عليه
وآله وسلم sendiri selalu memilih waktu dan (memerhatikan)
keadaan kami (sebelum Baginda صلى الله عليه وآله وسلم mengajar), sehingga
tidak setiap hari Baginda صلى الله عليه وآله وسلم
menasihati (mengajar kami) lantaran khuatir
kami akan merasa bosan”
[Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah dalam Buku 40 Strategi
Pendidikan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم
Terbitan Pelima Media Sdn. Bhd ]
Longboard
Longboard merupakan sukan yang dikategorikan sebagai
ekstrem. Sukan ini juga boleh dikatakan masih baharu di Malaysia selain dari sukan
skateboard. Reka bentuk papan luncur longboard
berbeza daripada skateboard, terutama saiznya yang lebih besar. Longboard
berasal dari Oahu, Hawaii dan pada mulanya peluncur menggunakan longboard atau
skateboard sebagai aktiviti sampingan untuk memanaskan badan apabila laut
tenang dan tiada ombak.
Seharian bersama “longboarders” menggambarkan sikap
mereka yang sebenar. Mereka dibahagi-bahagikan tugas yang akan menyapu jalanan
untuk memastikan ia bebas dari batu-batuan yang boleh menghalang kelancaran
aktiviti “downhill”. Ada di kalangan long boarders memberikan nasihat untuk
berdoa menaiki kenderaan sebelum memulakan aktiviti riadah mereka. Ketika
segala aktiviti selsai dijalankan, para longboarders akan bersam-sama mengutip
sampah seperti botol-botol plastik dan sisa kotoran lain untuk memeastikan
keadaan jalan kembai seperti sediakala.
Longboarders juga mengenakan pakaian yang bersesuaian
agar selari dengan tuntutan syariat agama. Menurut mereka, peserta yang tidak
mengenakan helmet, kasut atau body cover akan dipandang sinis oleh para
longbarders kerana tidak berdisiplin.
Tuan-Puan yang dikasihi.
Perkongsian ini untuk mengajak semua di kalangan kita
dalam kesibukkan berteggang urat mencari salah, ayuh kita duduk semeja mengatur
langkah kerja da’wah yang tidak pernah sudah. Kepelbagaian da’wah harus ada di
kalangan dai’e ummah. Selari dengan peredaran zaman, akan terus lahirlah
pelbagai sukan, permainan, aktiviti remaja dan belia. Maka, dengan kefahaman
kita beragama perlu terus bersedia untuk turut sama menjadi tenaga penggisi kepada
mereka. Jangan nanti, setelah dihinggapi penyakit sosial, keruntuhan aqidah dan
murninya wahhabi juga syiah di kalangan belia, baru kita terhencut-hencut untuk
mengatur langkah.
Firman Allah :
فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ
حَنِيفًا فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ
لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا
يَعْلَمُونَ
Maksudnya: Maka hadapkanlah mukamu (sepenuh jiwa ragamu) kepada
agama (Islam/ tauhid) dalam keadaan bersih (dari syirik), (ia adalah) fitrah
Allah yang mana Allah menjadikan manusia berada atas fitrah ini, tidak ada
perubahan bagi ciptaan Allah, itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakkan
manusia tidak mengetahui.
[Surah al-Rum : 30]
Permasalahan yang berlaku hari ini ialah
ramai menjadi ‘penghukum’ kepada REMAJA berbanding ‘pendakwah’ yang berusaha
mendekati mereka. Ramai yang pandai berkata-kata tetapi mengelak apabila diajak
bersama berusaha mempelbagaikan metodologi da’wah buat belia remaja. Perlu ada
rasa khuatir, bahawa kita menjadi di antara penyebab remaja lari dari mencintai
keperibadian hidup beragama. Ia boleh sahaja berlaku disebabkan sikap tergopoh
gapah kita menjadi penghukum. Akhirnya kita menjadi “pendosa” dibalik rasa
bahagia.
Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dalam sabda baginda:
إِذَاْ أَذْنَبَ الْعَبْدُ نُكِتَ
فِيْ قَلْبِهِ نُكْتَةٌ سَوْدَاْءُ فَإِنْ تَاْبَ
صَقُلَ مِنْهَاْ فَإِنْ عَاْدَ زَاْدَتْ حَتَّى تَعْظُمَ فِيْ قَلْبِهِ فَذَلِكَ
الرَّاْنُ الَّذِيْ ذَكَرَهُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ كَلَّاْ بَلْ رَاْنَ عَلَى
قُلُوْبِهِمْ مَاْ كَاْنُوْا يَكْسِبُوْنَ
Maksudnya : Apabila seseorang mukmin itu melakukan sesuatu dosa
maka ada titik hitam dalam hatinya, sekiranya dia bertaubat dan beristighfar
maka bersihlah hatinya itu, sekiranya ia berulang (dosanya) maka bertambahlah
(titik hitam itu) sehingga ia menutupi hatinya, maka itulah al-ran yang disebut
oleh Allah dalam al-Quran yang bermaksud “bahkan apa yang telah mereka usahakan
itu (kekufuran dan kemaksiatan) telah menutup hati mereka”
[Al-Hakim, al-Mustadrak `Ala
al-Sahihayn, Juz.1, halaman 45]
Jom, sertai saya J
Wallahu’alam
Mohon doa mendoakan ya.
Jom berselawat:
اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و
سلم
19 Rejab 1433/09062012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan