Loading...

::Teman Bersama::

Rabu, 2 Mei 2012

Diri Yang Pelik



Tidak pelik apabila seorang Muslim kelihatan asing di kalangan orang kafir, disebabkan dia berusaha mempertahan dan beramal dengan ibadah majoriti ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah [ASWJ]. Tetapi suatu perkara yang pelik, apabila seorang Muslim 
kelihatan pelik dengan amalan bertentangan dengan kelompok majoriti ulama ASWJ [as-Sawadul A’zhom].


Dia menjadi penghalang, pengadu domba, pelaku bid'ah dholalah, pencetus isu-isu "ranting" dan mengajak memusuhi sesama umat Islam tanpa keinginan menyeru pihak bermusuh agar bersatu.


Sabda Baginda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم :

“Sesungguhnya umatku tidak akan bersepakat pada kesesatan. Oleh karena itu, apabila kalian melihat terjadi perselisihan maka ikutilah kelompok majoriti (as-Sawadul A’zhom).”

[HR. Ibnu Majah, Abdullah bin Hamid, at Tabrani, Abu Nu’aim]


Tuan-Puan yang dikasihi, janganlah disebabkan kesibukan kita mempertahankan kelompok parti menyebabkan kita terleka akan peri penting mendahulukan akhlak dan berkasih sayang. Juga jangan sesekali dilupakan, disaat umat disibukkan dengan permasalahan SYIAH, WAHHABI dibiarkan bebas berencana.


Mohon maaf zahir dan batin serta doa mendoakan.


Sollu.....

اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم


al-faqir : http://almukminun.blogspot
10 Jamadilakhir 1433/02052012

Tiada ulasan: