Loading...

::Teman Bersama::

Memaparkan catatan dengan label Aqidah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aqidah. Papar semua catatan

Ahad, 23 Oktober 2011

HIMPUN 1432 : Sebuah Pengalaman Yang Mendewasakan


























Limpahan puji kehadrat ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala Yang Maha Mulia , Yang mengangkat jiwa dan sanubari insan untuk mencapai kemulian, DIAlah ALLAH Yang menyingkirkan segala sifat-sifat keji yang ada di dalam hati manusia sehingga tidak menjumpai cahaya keindahan kasih sayang ALLAH, bagi mereka yang tidak putus berdoa diberikan olehNYA rezeki merasai kelazatan doa dan munajat. Dirasakan oleh para hambaNYA yang tidak berputus asa meminta dengan cahaya hati yang tiada ganti, walau hajat sihamba tidak dipenuhi. Bukankah ALLAH lebih mengetahui keperluan hamba-hambaNYA. Doa yang tidak terkabul itu sengaja dihimpun bagi menjadikan hambaNYA terus memuji dan menyembah ALLAH sesungguhnya tanpa jemu dengan menjadikan kejemuan sebagai tipuan sehingga semakin dekat si hamba kepada Rabb nya. Selawat dan Salam keatas Junjungan Mulia Saydina Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم


تَكَادُ السَّمَاوَاتُ يَتَفَطَّرْنَ مِنْهُ وَتَنشَقُّ الْأَرْضُ وَتَخِرُّ الْجِبَالُ هَدّاً

Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap,

أَن دَعَوْا لِلرَّحْمَنِ وَلَداً

Kerana mereka mendakwa mengatakan: (ALLAH) Ar-Rahman mempunyai anak.

[Surah al-Maryam:90-91]



alFaqir bertolak dari Bandar Baru Salak Tinggi jam 1100pagi, Sepang. Dipanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ALLAH yang Maha Mulia mencampakkan kenikmatan dalam kehibaan bacaan Maulid adh-Dhiul’lami di dalam kenderaan yang bergerak lancar serta tiba di Stadium Shah Alam jam 1230tengahari. Cakera keras tersebut dihadiahkan oleh sahabat alfaqir yakni Tuan Hairi. Beberapa peristiwa yang cuba alfaqir kongsikan dalam HIMPUNAN SEJUTA UMAT SELAMATKAN AKIDAH di Stadium Shah Alam, moga memiliki manfaat.



Peristiwa pertama :



Ketika melalui sekumpulan muslimin dan muslimat, tertera ke..perkasaan mereka. Salam dilafazkan kepada mereka. Salah seorang darinya dalam pertengahan usia berkata, “dik, PAS bagi ke awak datang sini...”. Tidak sempat nak mengucapkan salam, tersentak dibuatnya. Alfaqir menjawab ;..erm, macam mana pakcik tahu yang saya mewakili PAS ? Dijawabnya ; “...tu kupiah putih awak... [sambil beliau tersenyum]”



alfaqir : “uh, saya tidak mewakili PAS, had kupiah tutup kat ataih ni pun mengikut sunnah je Pakcik..” Pakcik :
“Habis tu, awak wakili siapa?”. alfaqir : “Uh, saya hadir atas nama Islam..”. Setelah bersalaman, kami terus ke tempat utama HIMPUN.



Peristiwa kedua :



Saya lalui gerai-gerai tersusun rapi diatapi khemah. Pelbagai barangan dijual. Makanan dan minuman, tertarik juga dengan beberapa jenis makanan. Tetapi, apabila melihat kepada jurujual, rasakan keinginan untuk makan dan minum tertutup erat kerana melihatkan ketidakpatuhan penjual kepada syariat. Berpakaian, ada yang tidak bertudung, bertudung tetapi tidak sempurna, menutup semua terbuka disana. Uh, bukan terhadap wanita sahaja ya, lelaki yang macho juga begitu. Terputus selera.



Saya dimaklumkan jam 2100 malam tadi Ustaz Azhar Idrus yang menjadi ikutan muda-mudi juga saya kagumi akan beraksi dalam Pelancaran Kelab Fotografi Anak Muda.



Saya singgah disebuah gerai buku. Ada dua orang pemilik atau pembantu gerai buku tersebut. Senyum saya tidak terbalas. Sangka baik saya dahulukan. Pertamanya saya melihat buku-buku yang tersusun kebanyakkannya terbitan daripada sebuah syarikat penerbit yang popular dengan seorang penceramah kontroversi yang pernah mengatakan Ibunda dan Ayahnda Saydina Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم kuffur. Naudzubillahi Minzaaliik. Sehingga kini tiada penarikan balik secara terbuka daripada beliau.



Saya membaca lebih separuh buku-buku tersebut dengan tajuk yang menghala kepada menolak akidah Asya’irah dan Matrudiyyah, menyamaratakan tasawuff sebagai sesat dan sebagainya. Hebat... Saya memegang sebuah buku berjudul Tareqat Naqsyabandiah al-Khalidiyyah di Malaysia: Satu Analisa Kritis Berdasarkan Al-Quran & As-Sunnah, penulisnya Dr. Rosdi Yusuf. Saya amati lagi ada kata-kata aluan daripada Dr. Radzi Othman. Alfaqir terperasan, uh dua sahabat baik Dr. MAZA. J



Saya bertanya kepada kedua pemilik atau pembantu gerai tadi, berapa harganya. Mereka memandang ke tempat lain dan tiba-tiba salah seorang pergi mendapatkan pelanggan yang lain. Sekali lagi hati saya berkata : “Takkan jauh kedudukan suara sehingga keduanya tidak dapat mendengar”. Manakala, saya menerima jelingan orang yang kedua, saya amati. Rupanya, saya mengenakan shawl. Sah, mereka cam saya. J Maka, saya tinggalkan keduanya dan berbual menerusi telefon bersama sahabat saya Ustaz JomFaham.blogspot sambil menuju ke perut Stadium Shah Alam.



Saya bertemu dengan Abang Azril . Mantan Pengerusi Islamik Outreach ABIM. Saya melihat beliau menjadi Ahli Jawatankuasa HIMPUN. ALLAHU ALLAH. Beliau yang saya kenali sebagai seorang yang pendiam. Aktif menulis juga sangat merendah diri, berhikmah dan ilmiah dengan pembacaan makalah-makalah yang hebat. Seorang yang sangat saya hormati dan kini bersingsing lengan mengangkat dan mengemas meja makanan. MASYAALLAH.



Usai menumpang solat di Surau orang kenamaan, dalam perjalanan menuju ke surau, sempat saya melihat Dr. Yusri Mohamad bersama para dif kehormat menikmati santapan tengahari, begitu juga ahli persatuan MUNSYID Malaysia. Saya terus berkawan dengan sahabat baharu bernama Naufal. Seorang pelajar jurusan perubatan dari al-Azhar. Muda, ceria dan penuh semangat hadir bersama bapanya yang juga sebagai orang kenamaan dari NGO IKRAM. Lontaran idea dan pandangannya yang mantap juga sempat menadah kalam hikmah daripada para pelajar senior seperti Ustaz Nazrul Nasir di Mesir.



Kemudian saya mengambil tempat di dalam Stadium Shah Alam, lebih tepat disebelah kiri tempat duduk dif-dif kehormat. Sengaja duduk dekat, dengan harapan boleh bersalam mengambil berkat di kalangan alim-ulama yang hadir. Ketika jam 1345, jumlah yang berhimpun beransur-ansur bertambah. Kelihatan rombongan Syed Suhaimi dari Terengganu turut hadir.



MUNSYID Malaysia memulakan persembahan dengan nasyid-nasyid yang menaikkan semangat. Nasyid medley didendangkan dengan penuh bertenaga. Paling menghibakan apabila Selawat Thola’al Badru Alaina didendangkan. Sungguh hiba. Terasa syahdu dan tenang rasa hati mendengar puji mengharap syafaat Saydina Musthofa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم . Tahniah MUNSYID.



Memadang dari jauh, kelibat MUNSYID Malaysia mengalunkan selawat, bagaikan gambaran kegembiraan para Ansar dan Muhajirin melihat kelibat Saydina Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم dan Saydina Abu Bakar As-Sidiq RA mendekati Madinah. Sayu dan hiba, melihat perpecahan di kalangan umat Islam khusus di Malaysia. Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki ketika mensyarahkan Kitab Tahzib Misykah karangan Imam Khatib at-Tibrizi, menjelaskan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dan para sahabat akan saling menaikkan semangat dengan berqasidah sebelum turun ke medan perperangan.



Dr. Yusri Mohamad memulakan ucapan dengan penuh wibawa. Bagai seorang pendekar mengangkat suara agar sebarang niat merosakkan Islam jangan dicuba. Dr. Yusri Mohamad yang juga merupakan Yang Dipertua Yayasan Sofa dan Pengerusi PEMBELA lantang menegaskan HIMPUNAN SEJUTA UMAT SELAMATKAN AKIDAH adalah himpunan selamat dan bermatlamat. Beliau contoh pejuang yang dihimpit kiri dan kanan. Disebelah sana dituduhnya opurtunis kerajaan. Disebelah sana dan sana dituduhnya suara rasmi NGO Pakatan Rakyat. Beliau seorang yang sangat tenang dan tidak gopoh dalam bicara juga tindakan. Amat istiqamah mempertahankan aqidah umat Islam dan tidak bertoleransi dengan ancaman terhadap akidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah.



Himpunan tanpa sebarang campurtangan politik dan bergerak sebagai penyatu umat Islam di Malaysia yang sekian lama ditimpa musibbah asabiyyah. Beliau, sesekali sebak apabila membicarakan perihal isu-isu yang menekan umat Islam, bahkan ia dilancarkan sendiri oleh mereka yang mengaku Muslim. Dr. Yusri Mohamad turut menempelak ahli-ahli politik yang cuba mengambil kesempatan dalam kapasiti “political millage” dengan menjadikan segala isu sebagai modal politik.



Beliau turut menjelaskan berhimpun adalah syariat. Sebagaimana saban minggu umat Islam diseluruh dunia tidak mengira bangsa berhimpun di masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lima hari sekali berhimpun di Surau dan Masjid solat berjamaah, terdekat himpunan agung manusia di Arafah dan Makkah. Berhimpun adalah syariat Islam menolak kata bebas “demokrasi” slogan barat.



Mengagungkan dan membesarkan syiar-syiar Islam adalah suatu suruhan dan ajaran yang jelas seperti yang termaktub pada firman ALLAH SWT yang bermaksud: Dan sesiapa yang memuliakan syiar (tanda-tanda) Tuhan, sesungguhnya ia adalah suatu manifestasi dari hati yang bertakwa kepada ALLAH. [al-Hajj: 32]



Dr. Azhar Bin Yaakob yang menjalankan kajian mengenai murtad dalam tesis Phd beliau menegaskan perlunya penggantian undang-undang Islam dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. HUDUD. Beliau mengingatkan umat Islam di Malaysia wajib bersatu untuk menolak sebarang ancaman musuh Islam. Perlunya gesaan kepada kerajaan agar membawa suara rakyat undang-undang Hudud diwujud segera. Maka tersipu-sipulah mereka yang bersuara, kononya HIMPUN tidak lebih konvokesyen kanak-kanak tadika.



Pidato diteruskan pula oleh Ustaz Farhan Abdulullah @ Mantan Pastor Yohanes. Sahabat kepada Ustaz Subri Arshad, guru alfaqir ketika setahun di Pulau Pinang. Beliau mengisahkan perjalanan hidupnya sebagai paderi dan akhirnya kembali kepada agama fitrah.



Datin Sri Fatini Yaacob penulis sejarah Natrah 1950, menggesa umat Islam ketika itu juga terpecah dengan ideologi politik suku. Ada UMNO, Hizbul Muslim dan PKMM yang pada waktu ini diulang siar sejarahnya dengan kewujudan UMNO, PAS dan PKR. Namun, ketika itu mereka bersatu apabila Natrah hendak dinafikan hak Muslimnya. Orang Islam sewaktu itu masuk ke Singapura, ada yang berbasikal, menaiki bas dan berjalan kaki semata-mata untuk membela maruah Islam. Ada yang terkorban syahid. Beliau bertanya kepada audien : mahukah peristiwa ini berlaku kembali ? Jika berlaku, pasti umat Islam akan bersatu.



Tahniah diucapkan diatas kelantangan suara mahasiswa, suara belia yang diwakili oleh GAMIS, perlunya hukum Islam diperjuangkan dan media massa wajar bersifat sensitif. PEMBINA-GPMS, Tiba masa suara pemuda-pemudi jangan diabaikan. Wakil NGO Belia FELDA, Abdullah Abu Bakar, bekas timbalan naib canselor UiTM, Datuk Ibrahim Abu Shah, turut menyampaikan syarahan.



Presiden FORCARD, Ustaz Kamaruzzaman yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan secara terang menekankan agar hukum Islam dikembalikan melebihi Perlembagaan sedia ada. Al-Quran, Sunnah, Qiyas, Ijma’ Ulama wajib dijadikan sumber pengambilan hukum yang utama.



Tiba pula giliran Sohibus Samahah Tan Sri Dr. Harussani Zakaria. Hujan renyai mulai turun. Sebagaimana sayunya para hadirin mendengar ucapan beliau dengan nada yang lembut, tetapi sangat menusuk kalbu. Dalam tempoh 15 minit atau kurang dari itu, kelihatan ramai yang menitiskan air mata. Beliau mengulangi, wajib umat Islam bersau atas nama akidah yang benar bagi menyelamatkan jika tidak generasi kini, untuk generasi akan datang dengan keselamatan akidah yang benar. Alfaqir tidak mendengar dengan jelas mengenai dalil yang dipetik oleh Sohibus Samahah Dr. Harussani, cuma yang terdengar السِّلْمِ كَآفَّةً yang membuatkan airmata mengalir. ALLAHU ALLAH.... Barangkali yang mengingati boleh berkongsi dengan alfaqir. Beliau juga membacakan sepotong ayat al-Quran :



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ



Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. [al-Baqarah : 208]



Cikgu Azmi yang dalam meneruskan perjuangan mempertahankan akidah umat Islam turut tidak terlepas daripada segala fitnah. Ada sahaja perkara yang diada-adakan oleh pentaksub asobiyyah dari “kedua-dua arah”. Beliau telah membacakan resolusi HIMPUN. Mengajak umat Islam terus menyatakan sokongan keapda bersatu menolak MURTAD. Kolumnis Harakah, ruang Catatan Hujung [23-25 Zulkaedah 1432H] Saudara Ahmad Lutfi Othman turut menyokong usaha HIMPUN setelah menerima emel balas daripada Cikgu Azmi.



Ketika giliran Y.B Dato’ Dr. Hassan Ali, beliau hadir sebagai umat Islam yang cintakan akidah yang saalim. Bukan atas nama POLITIK. Beliau hadir sebagai umat Saydina Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم yang mahu menjadi yang pertama mendahulukan jihad mempertahankan Islam tanpa menghiraukan sebarang tekanan-tekanan politik. Alunan zikir munajat dan doa beliau telah menyebabkan para peserta HIMPUN tidak dapat menahan sebak. Alfaqir merasakan umat Islam atau bukan Islam sangat memerlukan pemimpin yang berkarisma seperti beliau.



Kesimpulannya, tiada sebarang kesempatan diambil oleh ahli-ahli politik secara terang-terangan dalam HIMPUN. Majlis berlangsung dipenuhi TAKBIR, TASBIH, TAHMID memuji ILLAHI. Malah, tidak kira Cina, India, Melayu, Kadazan atau Iban melihat HIMPUNan ini sebagai titik pertemuan dalam perbezaan yang tercipta setelah sekian lamanya. Rata-rata ahli panel menyatakan umat Islam wajib bersatu. Tegakkan hukum ALLAH. Media massa perlu kedepankan isu murtad kerana ia bukan perkara picisan tetapi keutamaan. HIMPUN merupakan pertemuan bersejarah umat Islam untuk bermuhasabah diri akibat kebejatan gejala MURTAD.




قال رسول الله ِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
كُلُّ نَبِيٍّ سَأَلَ سُؤْلًا أَوْ قَالَ لِكُلِّ نَبِيٍّ دَعْوَةٌ قَدْ دَعَا بِهَا فَاسْتُجِيبَ فَجَعَلْتُ دَعْوَتِي شَفَاعَةً لِأُمَّتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ

(صحيح البخاري)



Sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم : “Semua Nabi memohon permohonan, atau semua nabi mempunyai doa yang ketika mereka berdoa dikabulkan, maka kujadikan doaku adalah syafaat untuk ummatku di hari kiamat” [Shohih Bukhari]



.اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم



“Ya ALLAH.... Sinarilah mata hati kami, bukakanlah pendengaran hati kami, perlihatkanlah kebenaran itu kepada kami sebagai suatu kebenaran, dan jadikanlah kami mampu mengikutnya. Serta tunjukkanlah kami kebatilan itu sejelas-jelasnya dan kurniakanlah kami kemampuan menjauhinya.”



Alfaqir ilallah:

Almukminun

25 Zulkaedah 1432H/23102011

0227pagi

BBST Sepang

Jumaat, 21 Oktober 2011

HIMPUN ; Perang Siffin, Kisah Saydina Ali RA dan Saydina Muawiyyah




HIMPUN : Perang Siffin, Kisah Saydina Ali RA dan Saydina Muawiyyah


Selawat dan Salam keatas Junjungan Mulia, Saydina Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم.


Tuan-Puan yang dikasihi, ingati kisah Perperangan Siffin di antara Saydina Ali Karamallahu Wajhah dan Saydina Muawiyyah. Perperangan ini merupakan perperangan saudara terbesar sesama umat Islam. Ia dipanaskan lagi oleh para munafiqun bagi meniup api sengketa di antara kedua-dua tokoh Islam terbilang ini.


Para munafiq itu takut seandaianya berlakunya penyatuan umat Islam maka agenda mereka akan berkubur. Konspirasi mereka akan tersungkur. Sejarah ini jugalah yang digunakan oleh syiah menyebarkah aqidah terlaknat mereka.


Melihatkan perseteruan ini, tentera kuffar iaitu Rome menawarkan peluang kepada Saydina Muawiyyah untuk memerangi tentera Saydina Ali RA.


Namun, apa yang disampaikan oleh beliau ? Adakah beliau melihat ini sebagai satu peluang memperluaskan pengaruh dan mendapatkan kemenangan mudah ?


Tuan-Puan yang dikasihi, malah Saydina Muawiyyah menolak dengan tegas dan keras agar tiada campurtangan "akidah asing" dalam perperangan ini.


HIMPUNan ini HIMPUNan kita UMAT ISLAM. Tiada kena mengena dengan perbedaan politik, fitnah jelik bagi melihat penyatuan umat ISLAM secara seluruh.


Bersatulah atas nama ISLAM. Apabila Tuan-Puan membulatkan tekad setelah istikharah, lepaskanlah segala simbol prasangka kepartian yang boleh menjadi tanda perbedaan kita dalam himpunan sebagaimana gesaan Sekretariat HIMPUN.


Hadir dan perbaharuilah niat sentiasa bahawa kita hadir bukan sebagai pelapor kesilapan yang mencari-cari ruang ketidaksempurnaan HIMPUNan. Tetapi kita hadir sebagai umat ISLAM yang mencintai ISLAM sebagai agama awal dan akhir kehidupan yang akan melengkapkan segala ketidaksempurnaan. Biarlah kita miliki kenangan tanggal 22 Oktober 2011 sebagai Muslim yang hidup dengan jasa tanpa dikenang.


.اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم


al-faqir ilallah : almukminun

almukminun.blogspot

23 Zulkaedah 1432 H / 21102011


P/s : Cadangan alfaqir, kita hadiri dahulu Majlis Yang dipimpin oleh Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki di Dewan Solat Bawah Masjid Negeri Selangor. Menunaikan solat sunat TASBIH, ZIKIR MUNAJAT dan TAUSIYYAH. Jam 0845 pagi - 1130 pagi. Kemudian kita beramai-ramai menuju ke Stadium Shah Alam. Seakdar cadangan.

Jumaat, 28 Januari 2011

Peristiwa Kelahiran Nabi Isa a.s. dalam Islam


Peristiwa Kelahiran Nabi Isa a.s. dalam Islam


Masyarakat Kristian di serata menyambut hari kelahiran Nabi Isa a.s. (Jesus Christ) setiap 25 Disember. Walaupun tarikh tersebut masih dalam perbincangan antara mereka yang menolak dan menerimanya, namun semangat mereka yang ingin dibincangkan. Mereka menzahirkan kegembiraan tersebut kerana kasih mereka kepada Nabi Isa a.s.. Namun, mereka bukan sekadar mengasihi Nabi Isa a.s., namun menjadikan Nabi Isa a.s. sebagai sebahagian daripada diri Tuhan.


Ketika mereka menzahirkan kegembiraan terhadap kelahiran Nabi Isa a.s. dalam masa yang sama menganggap dan mempercayai Nabi Isa a.s. ialah Tuhan, maka saya tertanya-tanya adakah setiap tahun, masyarakat Kristian menyambut hari lahir tuhan? Adakah tuhan lahir daripada seorang manusia bernama Maryam?


Jadi, kepercayaan agama orang-orang Kristian (Kristianiti) adalah suatu kepercayaan dilema samada ingin mempercayai Nabi Isa a.s. sebagai manusia atau sebagai Tuhan? Kalau Nabi Isa a.s. seorang manusia, mengapa masyarakat Kristian menyembahnya? Kalau Nabi Isa a.s. adalah Tuhan (atau sebahagian daripada diri Tuhan), bagaimana dia dilahirkan daripada seorang wanita manusia? Bahkan, bagaimana tuhan wujud daripada tiada kepada ada? Siapa yang mengadakannya daripada tiada? Mustahil dirinya yang tiada mengadakan dirinya sendiri.


Jadi, pilihan dalam diri masyarakat Kristian hanya salah satu daripada dua iaitu, yang lahir daripada rahim Maryam adalah manusia atau Tuhan? Atau, bolehkah seseorang itu manusia dan tuhan dalam masa yang sama?


Kitab Bible Menjawab Persoalan: “Tuhan atau Manusia?”


Nabi Isa a.s. adalah seorang manusia dan anak kepada manusia (iaitu Maryam). Semua orang Kristian tahu hakikat bahawasanya Nabi Isa a.s. adalah seorang anak manusia bernama Maryam. Oleh sebab itulah, mereka memperingati hari kelahiran Nabi Isa a.s. daripada kandungan Saidatina Maryam.


Bahkan, tentang kemanusiaan Nabi Isa a.s. juga, ianya diakui sendiri oleh Nabi Isa a.s.. Nabi Isa a.s. pernah berkata:


Jesus said: But you seek to kill me, a man that has told you the truth…”


Maksudnya: Nabi Isa a.s. berkata: “Tetapi kamu (orang Yahudi) cuba untuk membunuh saya, seorang manusia yang telah memberitahu kamu tentang kebenaran…” [John: 8:40]


Jadi, menyedari hakikat ini, bahawasanya Nabi Isa a.s. adalah seorang manusia dan anak kepada seorang manusia, maka adakah manusia dan seorang anak kepada manusia dalam masa yang sama adalah Tuhan?



Dalam Bible ada menyebut untuk menjawab persoalan ini:


"God is not a man, that he should lie; neither the son of man, that he should repent: hath he said, and shall he not do it? or hath he spoken, and shall he not make it good?",


Maksudnya:


Tuhan bukanlah manusia, sehingga Dia berdusta, dan bukanlah juga anak manusia, sehingga Ia menyesal. Masakan Dia berfirman dan tidak melakukannya, atau berbicara dan tidak menepatinya? [Numbers 23:19]


Jadi, dalam ayat ini menafikan ketuhanan sesiapa yang merupakan seorang dan anak kepada seorang manusia. Sedangkan Nabi Isa a.s. adalah seorang manusia dan seorang anak kepada manusia. Ini menunjukkan ayat ini tidak bersetuju dengan dakwaan ketuhanan Nabi Isa a.s..


Nabi Isa a.s. Sebagai Hamba Allah


Dalam Al-Qur’an sentiasa menegaskan tentang sifat kehambaan Nabi Isa a.s.. Ini menafikan ketuhanan Nabi Isa a.s.. Malah, dalam Bible sendiri ada menyebut tentang kehambaan Nabi Isa a.s. secara langsung dan secara tidak langsung.


Adapun antara perkataan yang menyebut kehambaan Nabi Isa a.s. secara langsung dalam Bible adalah seperti berikut:


“Indeed Herod and Pontius Pilate met together with the Gentiles and the people of Israel in this city to conspire against your holy servant Jesus….” [NIV]


Maksudnya:


Sebab sesungguhnya telah berkumpul di dalam kota ini Herodes dan Pontius Pilatus beserta bangsa-bangsa dan suku-suku bangsa Israel melawan Jesus, hamba-Mu yang kudus

[Acts 4:27]


Antara perkataan dalam Bible yang menyebut tentang kehambaan Nabi Isa a.s. adalah mengenai ibadah Baginda a.s.. Ini menunjukkan kehambaan Nabi Isa a.s..


Antara perkataan tersebut adalah:


… he went out into a mountain to pray, and continued all night in prayer to God.


Maksudnya:


…Dia (Nabi Isa a.s.) keluar untuk solat di atas bukit, dan terus-menerus dalam menyembah Tuhan (berdoa kepadaNya) pada sepanjang malam…” [Luke 6:12]


Ini menunjukkan kehambaan Nabi Isa a.s.. Kalau Nabi Isa a.s. adalah Tuhan, adakah dia seorang hamba kepada dirinya sendiri dan pergi ke atas bukit untuk menyembah dirinya sendiri? Ini suatu perkara yang mustahil.


Nabi Isa a.s. sebagai Rasulullah (Utusan Allah)


Allah s.w.t. berfirman:

مَا الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ وَأُمُّهُ صِدِّيقَةٌ كَانَا يَأْكُلَانِ الطَّعَامَ انْظُرْ كَيْفَ نُبَيِّنُ لَهُمُ الْآَيَاتِ ثُمَّ انْظُرْ أَنَّى يُؤْفَكُونَ (75)


Maksudnya:


Tidaklah Al-Masih putera Maryam itu melainkan hanyalah seorang Rasul yang mana telah berlalu sebelumnya beberapa rasul, dan ibunya seorang yang sangat benar. Kedua-duanya biasa memakan makanan. Perhatikan bagaimana Kami menjelaskan kepada mereka (ahli Kitab) tanda-tanda kekuasaan (Kami), kemudian perhatikanlah bagaimana mereka berpaling (dari memperhatikan ayat-ayat Kami itu). (Surah Al-Ma’idah: 75)


Dalam Bible juga menyebut perkara yang sama iaitu:


Lalu kata mereka pula kepada orang buta itu: "Dan engkau, apakah katamu tentangnya, kerana telah memelekkan matamu?" Jawabnya: "Dia adalah seorang nabi.”[John 9:17]


Dalam ayat yang lain juga (dalam Bible), Nabi Isa a.s. berkata


Sebab aku telah turun dari syurga bukan untuk melakukan kehendak-ku (sendiri), tetapi untuk melakukan kehendak Dia yang telah mengutusku.” [John: 6:38]


Ini menunjukkan betapa Nabi Isa a.s. sendiri mengakui kehambaan dan kerasulan dirinya, bagaimana seluruh masyarakat Kristian pula menyembahnya dan menjadikannya sebagai sebahagian daripada diri Tuhan?


Nabi Isa a.s.: Antara Islam dan Kristianiti


Islam adalah ajaran yang membenarkan ajaran para nabi terdahulu. Nabi Isa a.s. juga adalah nabi dan rasul yang disanjungi dan disayangi oleh umat Islam. Malah, umat Islam lebih menyayangi Nabi Isa a.s. berbanding orang-orang Kristian yang secara tidak langsung (atau secara langsung) mengkhianati Nabi Isa a.s. dengan menjadikannya sebagai tuhan di samping Allah s.w.t..


Nabi Isa a.s. sangat tidak bersetuju dengan perkara ini dan sangat malu di hadapan Allah s.w.t. kerana mereka yang mendakwa mengikutinya telah mengkhinatinya dengan mempertuhankannya.


Al-Qur’an menjelaskan hakikat ini:


116. Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Hai Isa putera Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: “Jadikanlah aku dan ibuku dua orang Tuhan selain Allah?”. Isa menjawab: “Maha suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya).Jika aku pernah mengatakan Maka tentulah Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha mengetahui perkara yang ghaib-ghaib”.


117. “Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau perintahkan kepadaku (mengatakan)nya Yaitu: "Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu", dan adalah aku menjadi saksi terhadap mereka, selama aku berada di antara mereka. Maka setelah Engkau menangkatku, Engkau-lah yang mengawasi mereka, dan Engkau adalah Maha Menyaksikan atas segala sesuatu. [Surah Al-Ma’idah: 116-117]


Dalam Bible juga menggambarkan bahawa Nabi Isa a.s. akan menolak dan membantah orang-orang yang mempertuhankannya di akhirat kelak.


21) Not every one that saith unto me, Lord, Lord, shall enter into the kingdom of heaven; but he that doeth the will of my Father which is in heaven.


22)Many will say to me in that day, Lord, Lord, have we not prophesied in thy name? and in thy name have cast out devils? and in thy name done many wonderful works?


23) And then will I profess unto them, I never knew you: depart from me, ye that work iniquity.


Maksudnya:


Bukan setiap orang yang berseru kepadaku: Tuhan…Tuhan akan masuk ke dalam kerajaan Syurga, melainkan dia yang melakukan kehendak Bapaku yang di syurga.


Pada hari itu (akhirat) banyak orang akan berseru kepada-Ku: “Tuhan, Tuhan, bukankah kami bernubuat demi nama-Mu, dan mengusir syaitan demi nama-Mu, dan mengadakan banyak mujizat demi nama-Mu juga?


Pada waktu itulah Aku (Jesus) akan berterus terang kepada mereka dan berkata: “Aku tidak pernah mengenal kamu! Enyahlah dari pada-Ku, kamu sekalian pembuat kejahatan!


Nabi Isa a.s. sendiri menganggap perbuatan memanggilnya sebagai tuhan, melakukan sesuatu dengan namanya dan menjadikan dirinya memiliki sifat-sifat ketuhanan sebagai perbuatan jahat yang sangat tercela.


Na’uzubillah


Islam dan Memperingati Peristiwa Kelahiran Nabi Isa a.s..


Al-Qur’an adalah kitab agung yang menyimpan kisah-kisah para rasul terdahulu serta umat-umat sebelum ini agar umat manusia khususnya umat Islam mengambil pelajaran. Antara kisah yang disebut dan diabadikan ingatannya dalam Al-Qur’an adalah mengenai kisah kelahiran Nabi Isa a.s. yang menjadi tanda daripada tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t..


Bahkan, Al-Qur’an bukan sekadar menceritakan tentang peristiwa kelahiran Nabi Isa a.s., malah Al-Qur’an juga menceritakan tentang peristiwa kelahiran ibunya yang mulia iaitulah Saidatina Maryam, seorang insan yang mulia daripada keluarga yang mulia.


Saidantina Maryam dalam Al-Qur’an


Allah s.w.t. berfirman:

إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَى آَدَمَ وَنُوحًا وَآَلَ إِبْرَاهِيمَ وَآَلَ عِمْرَانَ عَلَى الْعَالَمِينَ (33) ذُرِّيَّةً بَعْضُهَا مِنْ بَعْضٍ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ (34) إِذْ قَالَتِ امْرَأَةُ عِمْرَانَ رَبِّ إِنِّي نَذَرْتُ لَكَ مَا فِي بَطْنِي مُحَرَّرًا فَتَقَبَّلْ مِنِّي إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ (35) فَلَمَّا وَضَعَتْهَا قَالَتْ رَبِّ إِنِّي وَضَعْتُهَا أُنْثَى وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا وَضَعَتْ وَلَيْسَ الذَّكَرُ كَالْأُنْثَى وَإِنِّي سَمَّيْتُهَا مَرْيَمَ وَإِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ (36) فَتَقَبَّلَهَا رَبُّهَا بِقَبُولٍ حَسَنٍ وَأَنْبَتَهَا نَبَاتًا حَسَنًا وَكَفَّلَهَا زَكَرِيَّا كُلَّمَا دَخَلَ عَلَيْهَا زَكَرِيَّا الْمِحْرَابَ وَجَدَ عِنْدَهَا رِزْقًا قَالَ يَا مَرْيَمُ أَنَّى لَكِ هَذَا قَالَتْ هُوَ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ (37)


Maksudnya:


33. “Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga 'Imran melebihi segala umat (di masa mereka masing-masing),


34. (sebagai) satu keturunan yang sebagiannya (turunan) dari yang lain. dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


35. (ingatlah), ketika isteri 'Imran berkata: "Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang saleh dan berkhidmat (di Baitul Maqdis). kerana itu terimalah (nazar) itu dari padaku. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui".


36. Maka tatkala isteri 'Imran melahirkan anaknya, diapun berkata: "Ya Tuhanku, sesunguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamainya “Maryam” dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk."


37. Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakariya pemeliharanya. Setiap Zakariya masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakariya berkata: "Hai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?" Maryam menjawab: "Makanan itu dari sisi Allah". Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab.


Penjelasan


Adapun firman Allah s.w.t.: “Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga 'Imran melebihi segala umat (di masa mereka masing-masing)


Maka, para ulama’ mufassirin menafsirkan bahawasanya, Allah s.w.t. memilih untuk memuliakan Nabi Adam a.s., Nabi Nuh a.s., keluarga Nabi Ibrahim a.s. dan keluarga Imran. Mereka yang dimaksudkan daripada keluarga Nabi Ibrahim a.s. dan keluarga Imran adalah dari kalangan orang-orang yang beriman.


Ini kerana, daripada zuriat Nabi Ibrahim a.s. lahirnya banyak para nabi dan rasul dan yang paling agung adalah Nabi Muhammad a.s.. Adapun daripada zuriat Imran lahirnya Nabi Isa a.s.. Jadi, sebahagian ulama’ tafsir menjelaskan bahawasanya, Allah s.w.t. memilih untuk memberi kelebihan kepada zuriat Nabi Ibrahim a.s. dan keluarga Imran dari sudut kenabian dan zuriat yang taat.


Adapun Imran, maka beliau bernama Imran bin Yasham bin Amnun bin Manban bin Hizqiya bin Ahriq bin Yuyam bin ‘Azariya bin Amshiya bin Yawish bin Ahrihu bin Yazim bin Yahfasyath bin Asyabiraban bin Rahba’am bin Sulaiman a.s. bin Daud a.s., sebagaimana disebut dalam tafsir At-Tabari.


Dalam ayat ini menunjukkan bahawasanya keluarga Imran adalah sebuah keluarga yang mulia dan taat beribadah. Ia juga dapat dilihat pada nazar ibu Maryam (bernama Hannah) yang inginkan anaknya sebagai orang yang berkhidmat di tempat ibadah dan menjadi hamba yang soleh.


Ketika sampai waktu melahirkan, maka yang lahir dari kandungan Hannah adalah seorang perempuan sedangkan perempuan tidak sama keupayaannya berbanding seorang lelaki untuk berkhidmat di tempat ibadah. Setelah menamakan anaknya Maryam, maka Hannah tetap melaksanakan apa yang telah dinazarnya iaitu menjadikan Maryam sebagai seorang ahli khidmat di tempat Nabi Zakaria a.s..


Hasil didikan dan tarbiah Nabi Zakaria a.s., Saidatina Maryam membesar sebagai seorang wanita solehah yang mengosongkan waktunya kepada ibadah kepada Allah s.w.t.. Bahkan, Allah s.w.t. menceritakan juga bahawa Saidatina Maryam dikurniakan karamah dari Allah s.w.t. sebagaimana yang diisyaratkan dalam ayat:


Setiap Zakariya masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakariya berkata: "Hai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?" Maryam menjawab: "Makanan itu dari sisi Allah".


Bahkan, Allah s.w.t. juga memuliakan Saidatina Maryam dengan menjadikan salah satu nama daripada nama-nama surah dalam Al-Qur’an adalah bernama Surah Maryam, sebagai tanda kemuliaannya.


Al-Qur’an Memperingati Peristiwa Kelahiran Nabi Isa a.s.


Begitu juga, Al-Qur’an menjadikan kisah kelahiran Nabi Isa a.s. sebagai suatu tanda daripada tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t..


Antara kisah kelahiran dan kehidupan Nabi Isa a.s. disebutkan secara ringkas dalam Al-Qur’an adalah dalam Surah Ali Imran:

وَإِذْ قَالَتِ الْمَلَائِكَةُ يَا مَرْيَمُ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَاكِ وَطَهَّرَكِ وَاصْطَفَاكِ عَلَى نِسَاءِ الْعَالَمِينَ (42) يَا مَرْيَمُ اقْنُتِي لِرَبِّكِ وَاسْجُدِي وَارْكَعِي مَعَ الرَّاكِعِينَ (43) ذَلِكَ مِنْ أَنْبَاءِ الْغَيْبِ نُوحِيهِ إِلَيْكَ وَمَا كُنْتَ لَدَيْهِمْ إِذْ يُلْقُونَ أَقْلَامَهُمْ أَيُّهُمْ يَكْفُلُ مَرْيَمَ وَمَا كُنْتَ لَدَيْهِمْ إِذْ يَخْتَصِمُونَ (44) إِذْ قَالَتِ الْمَلَائِكَةُ يَا مَرْيَمُ إِنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكِ بِكَلِمَةٍ مِنْهُ اسْمُهُ الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ وَجِيهًا فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَمِنَ الْمُقَرَّبِينَ (45) وَيُكَلِّمُ النَّاسَ فِي الْمَهْدِ وَكَهْلًا وَمِنَ الصَّالِحِينَ (46) قَالَتْ رَبِّ أَنَّى يَكُونُ لِي وَلَدٌ وَلَمْ يَمْسَسْنِي بَشَرٌ قَالَ كَذَلِكِ اللَّهُ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ إِذَا قَضَى أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (47) وَيُعَلِّمُهُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَالتَّوْرَاةَ وَالْإِنْجِيلَ (48) وَرَسُولًا إِلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ أَنِّي قَدْ جِئْتُكُمْ بِآَيَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ أَنِّي أَخْلُقُ لَكُمْ مِنَ الطِّينِ كَهَيْئَةِ الطَّيْرِ فَأَنْفُخُ فِيهِ فَيَكُونُ طَيْرًا بِإِذْنِ اللَّهِ وَأُبْرِئُ الْأَكْمَهَ وَالْأَبْرَصَ وَأُحْيِي الْمَوْتَى بِإِذْنِ اللَّهِ وَأُنَبِّئُكُمْ بِمَا تَأْكُلُونَ وَمَا تَدَّخِرُونَ فِي بُيُوتِكُمْ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَةً لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ (49) وَمُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَلِأُحِلَّ لَكُمْ بَعْضَ الَّذِي حُرِّمَ عَلَيْكُمْ وَجِئْتُكُمْ بِآَيَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ (50) إِنَّ اللَّهَ رَبِّي وَرَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُ هَذَا صِرَاطٌ مُسْتَقِيمٌ (51) فَلَمَّا أَحَسَّ عِيسَى مِنْهُمُ الْكُفْرَ قَالَ مَنْ أَنْصَارِي إِلَى اللَّهِ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنْصَارُ اللَّهِ آَمَنَّا بِاللَّهِ وَاشْهَدْ بِأَنَّا مُسْلِمُونَ (52) رَبَّنَا آَمَنَّا بِمَا أَنْزَلْتَ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ (53) وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ (54) إِذْ قَالَ اللَّهُ يَا عِيسَى إِنِّي مُتَوَفِّيكَ وَرَافِعُكَ إِلَيَّ وَمُطَهِّرُكَ مِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا وَجَاعِلُ الَّذِينَ اتَّبَعُوكَ فَوْقَ الَّذِينَ كَفَرُوا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأَحْكُمُ بَيْنَكُمْ فِيمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ (55) فَأَمَّا الَّذِينَ كَفَرُوا فَأُعَذِّبُهُمْ عَذَابًا شَدِيدًا فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَمَا لَهُمْ مِنْ نَاصِرِينَ (56) وَأَمَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَيُوَفِّيهِمْ أُجُورَهُمْ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ (57) ذَلِكَ نَتْلُوهُ عَليْكَ مِنَ الْآَيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيمِ (58) إِنَّ مَثَلَ عِيسَى عِنْدَ اللَّهِ كَمَثَلِ آَدَمَ خَلَقَهُ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ قَالَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (59)


Maksudnya:


42. Dan (ingatlah) ketika Malaikat (Jibril) berkata: "Hai Maryam, Sesungguhnya Allah telah memilih kamu, mensucikan kamu dan melebihkan kamu atas segala wanita di dunia (yang semasa dengan kamu).


43. Hai Maryam, taatlah kepada Tuhanmu, sujud dan ruku'lah bersama orang-orang yang ruku'.


44. Yang demikian itu adalah sebagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepada kamu (ya Muhammad); Padahal kamu tidak hadir beserta mereka, ketika mereka melemparkan anak-anak panah mereka (untuk mengundi) siapa di antara mereka yang akan memelihara Maryam. dan kamu tidak hadir di sisi mereka ketika mereka bersengketa.


45. (Ingatlah), ketika Malaikat berkata: "Hai Maryam, seungguhnya Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran seorang putera yang diciptakan) dengan kalimat (yang datang) daripada-Nya, namanya Al-Masih Isa putera Maryam, seorang terkemuka di dunia dan di akhirat dan termasuk orang-orang yang didekatkan (kepada Allah),


46. Dan Dia berbicara dengan manusia dalam buaian dan ketika sudah dewasa dan Dia adalah termasuk orang-orang yang saleh."


47. Maryam berkata: "Ya Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, Padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang lelaki pun." Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril): "Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu, Maka Allah hanya cukup berkata kepadanya: "Jadilah", lalu jadilah Dia.


48. dan Allah akan mengajarkan kepadanya Al Kitab, hikmah, Taurat dan Injil.


49. dan (sebagai) Rasul kepada Bani Israil (yang berkata kepada mereka): "Sesungguhnya aku telah datang kepadamu dengan membawa sesuatu tanda (mukjizat) dari Tuhanmu, Yaitu aku membuat untuk kamu dari tanah berbentuk burung; kemudian aku meniupnya, Maka ia menjadi seekor burung dengan seizin Allah; dan aku menyembuhkan orang yang buta sejak dari lahirnya dan orang yang berpenyakit sopak; dan aku menghidupkan orang mati dengan seizin Allah; dan aku kabarkan kepadamu apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumahmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah suatu tanda (kebenaran kerasulanku) bagimu, jika kamu sungguh-sungguh beriman.


50. Dan (aku datang kepadamu) membenarkan Taurat yang datang sebelumku, dan untuk menghalalkan bagimu sebagian yang telah diharamkan untukmu, dan aku datang kepadamu dengan membawa suatu tanda (mukjizat) daripada Tuhanmu. kerana itu bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.


51. Sesungguhnya Allah, Tuhanku dan Tuhanmu, kerana itu sembahlah Dia. Inilah jalan yang lurus".


52. Maka tatkala Isa mengetahui keingkaran mereka (Bani lsrail) berkatalah dia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama) Allah?" Para hawariyyin (sahabat-sahabat setia) menjawab: "Kamilah penolong-penolong (agama) Allah, Kami beriman kepada Allah; dan saksikanlah bahwa sesungguhnya Kami adalah orang-orang yang berserah diri.


53. Ya Tuhan Kami, Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan dan telah Kami ikuti rasul, kerana itu masukanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang menjadi saksi (tentang keesaan Allah)".


54. orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. dan Allah Sebaik-baik pembalas tipu daya.


55. (ingatlah), ketika Allah berfirman: "Hai Isa, Sesungguhnya aku akan merehatkanmu (atau mengangkatmu) dan mengangkat kamu kepada-Ku serta membersihkan kamu dari orang-orang yang kafir, dan menjadikan orang-orang yang mengikuti kamu di atas orang-orang yang kafir hingga hari kiamat. kemudian hanya kepada Akulah kembalimu, lalu aku memutuskan diantaramu tentang hal-hal yang selalu kamu berselisih padanya".


56. Adapun orang-orang yang kafir, Maka akan Ku-siksa mereka dengan siksa yang sangat keras di dunia dan di akhirat, dan mereka tidak memperoleh penolong.


57. Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan yang saleh, Maka Allah akan memberikan kepada mereka dengan sempurna pahala amalan-amalan mereka; dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim.


58. Demikianlah (kisah 'Isa), Kami membacakannya kepada kamu sebagian dari bukti-bukti (kerasulannya) dan (membacakan) Al Quran yang penuh hikmah.


59. Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi Allah, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: "Jadilah" (seorang manusia), Maka jadilah Dia.

[Surah Ali Imran: 42-59]


Ini menunjukkan betapa Islam juga memperingati peristiwa kelahiran Nabi Isa a.s. malah memperingati seluruh kehidupan Nabi Isa a.s. secara umumnya agar dapat mengambil pelajaran dan sebagai tanda kecintaan kepada Nabi Isa a.s..


Sesungguhnya, dalam peristiwa kelahiran Nabi Isa a.s. yang tanpa ayah adalah antara tanda kebesaran Allah s.w.t.. Malah, ianya adalah suatu ujian kepada Maryam a.s. untuk menerima apa sahaja ketentuan daripada Allah s.w.t. walaupun berhadapan dengan musibah. Saidatina Maryam terus tabah walaupun dihina oleh masyarakat sekeliling hanya kerana Allah s.w.t. dan redha dengan ketentuanNya.


Inilah contoh dan sikap kejujuran seorang hamba kepada Allah s.w.t. yang hanya mementingkan redha Allah s.w.t. daripada redha makhluk kerana sentiasa memerhatikan hanya kepadaNya. Kejujuran dibalas dengan kejujuran Allah s.w.t. juga seraya menjadikan Nabi Isa a.s. sebagai nabi dan rasul lalu menjadi seorang yang sangat diberkati. Anak yang soleh dan diberkati adalah antara anugerah yang paling berharga bagi seorang ibu (dan bapa).


Anugerah Allah s.w.t. diberi kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Berbahagiala bagi insan yang jujur terhadap Allah s.w.t. dalam kehambaan mereka kerana redha Allah s.w.t. yang menanti mereka di sebalik kejujuran mereka adalah sangat agung lagi berharga.


Kesimpulan


Islam merumuskan suatu kesimpulan mudah kepada Ahlul-Kitab termasuklah orang-orang Kristian agar kembali kepada ajaran tauhid dengan beriman kepada kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan syariat Islam.


Allah s.w.t. berfirman


Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam". [Surah Ali Imran: 64]


Wallahu A’lam


Al-Faqir ila Rabbihi Al-Jalil

Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin


http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/328