Transkrip Penghinaan Ustaz Dr. Zahazan
Terhadap Ibunda Sayyiduna Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم
Dalam Program Tafsir Al-Quran Siri 172 di Radio IKIM.FM Pada 10 Ogos 2011.
Jam 0630pagi-0645pagi.
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
Pesanan Al-faqir tuan blog : Tuan-Puan yang dikasihi, jawablah dengan ikhlas persoalan-persoalan ini, dan bacalah dengan iktiqad keyakinan bahawa tiada kecintaan hakiki daripada seseorang kepada kita, melainkan cintanya Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم kepada kita dengan sesungguhnya. Maka, apakah agaknya yang dirasai oleh Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم apabila ucapan-ucapan yang menghiris hati ini dilafazkan keatas Baginda صلى الله عليه وآله وسلم .
Soalan :
- Ilmu bukan diambil melalui popularnya Ustaz/ memiliki PHd/ kerap muncul di TV/ tinggi statistik para pengunjung di blognya. Tetapi ilmu diperolehi melalui talaqqi yang mana ilmu yang tuan puan miliki sanadnya sampai kepada Sayyiduna Rasulillah صلى الله عليه وآله وسلم . Bilamana tiada, maka mulut menjadi celupar menyatakan Ayahnda & Ibunda Sayyiduna Rasulillah صلى الله عليه وآله وسلم kufur...Naudzubillahi miinzaliik. Setuju ?
- Apa ya perasaan anda apabila ada manusia yang terkenal / memiliki pHD mengatakan Bonda Sayyiduna Muhammad Rasulillah صلى الله عليه وآله وسلم kufur ??? Naudzubillahi minzaliik.
- Sanggup anda pertahankan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم walaupun manusia yang meyatakan itu adalah seorang tokoh yang terkenal? Kerap keluar di televisyen? Bahkan dia dijadikan rujukan kerana kepetahannya berkata-kata ?
- Tuan-Puan pernah mengaji akan bab ahlu Fatrah ?
- Apa agaknya perasaan Tuan-Puan apabila ibu bapa tuan-puan dikatakan kuffar ?
- Tidakkah mereka memahami perasaan seorang anak andai kedua orangtuanya dicerca & dicaci?
اللــــــــهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Permulaan Bicara Ustaz Dr. Zahazan Mohamad [Sila klik pada siri 172 dan 173] :
Asalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Bacaan hadith.
Saudara penerbit.....
Kita menyambung surah Attaubah pada ayat 113 dan 114
|
“Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.” [At-Taubah 113] |
|
“Dan bukanlah istighfar Nabi Ibrahim bagi bapanya (dibuat) melainkan kerana adanya janji yang dijanjikan kepadanya; dan apabila ternyata kepada Nabi Ibrahim bahawa bapanya musuh bagi Allah, ia pun berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu lembut hati lagi penyabar.” [At-Taubah 114] |
Mintalah ampun kepada ALLAH bagi orang-orang musyrik, walaupun orang musyrik itu merupakan kaum kerabatnya dan sesudah jelaslah kaum-kaum musyrik itu penghuni neraka jahanam.
Dan permintaan ampun dari Ibrahim kepada ALLAH untuk bapanya tidak lain adalah sebagai janji daripada Ibrahim yang diikrarkan kepada bapanya itu. Maka tatkala jelas kekufuran nyata bapanya itu, maka Ibrahim berlepas diri darinya. Sesungguhnya Ibrahim sangat lembut hatinya lagi penyantun.
Saudara pendengar yg dirahmati dan dikasihi ALLAH sekalian. Ini merupakan satu ayat yang memberi fokus kepada perkara yang namanya istighfar.
Dalam kuliah-kuliah ayat terdahulu bagaimana Nabi Muhammad SAW ditegah daripada memohon keampunan kepada golongan musyrikun yang nyata kesesatannya.
Berkata, dalam sebuah riwayat dari Imam ahmad dari Ibnu Musayat dari ayahnya ketika abu talib ketika matinya masuk Rasulullah dan disisi Abu Talib ada Abu Jahal dan Abdullah Abi Umayyah Nabi bersabda Ya Abi Talib, Wahai pakcik ucapkanlah Lailahaillah, satu kalimah yang dengannya aku mampu membelamu dihadapan ALLAH SWT.
Maka Abu Jahal dan Abdullah Abi Umayyah yang berada disitu telah bersama2 telah mencegah Abt daripada mengucap agama tauhid. Adakah kamu ni benci dengan agama moyang kita Abu Mutalib. Adakah engkau cuba mencari agama lain daripada datuk kita.
Akhirnya Abu Talib berkata, aku akan tetap berada dalam agamanya Abu Mutalib. Jadi Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam telah bersabda aku akan terus meminta keampunan untukmu selama aku tidak dilarang melakukannya, lalu ALLAH telah menurunkan ayat yang sedang kita bincangkan ini [ayat tersebut surah attaubah].
Tidak sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang beriman meminta keampunan kepada ALLAH bagi kaum musyrikun walaupun kaum musyrikun itu adalah kaum kerabatnya sudah jelas kaum musyrikun itu penghuni neraka. Lalu apabila turun ayat ini saudara yang dimuliakan ALLAH sekalian.
Ayat yang berikutnya sesungguhnya engkau tidak akan beri hidayah kepada sesiapa yang dikasihi wahai Muhammad tetapi ALLAH yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakinya[surah al-Qasas : ] Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.
Dalam riwayat Ibnu Tajari dari Sulaiman Abi Ubaidah. Nabi sampai ke Makkah, Nabi melalui satu kawasan kuburan, Nabi duduk dan berdoa, bila Nabi bangkit daripada doa, keadaan Nabi dalam keadaan bersedih. Kami bertanya kenapa wahai Nabi kami melihat Nabi menangis, kenapa wahai nabi. Nabi telah pun menjawab, aku telah minta izin kepada ALLAH untuk menziarahi kubur ibuku, lalu ALLAH mengizinkanku, dan aku meminta kepada ALLAH untuk berdoa untuk keampunan kepadanya. Lalu ALLAH tidak mengizinkan kepada ku untuk memohon keampunan bagi orang yang mati kafir.Jadi Nabi SAW kelihata menanagis dengan sedih. Al-Afi menitipkan larangan bagi orang beriman dari mendoakan bagi orang kafir.
Bahawa Nabi ingin minta keampunan bagi ibu Nabi SAW. Lalu ALLAh melarang, Lalu Nabi SAW telah bertanya, Sesungguhnya, Nabi Ibrahim, seorang khalilullah, sahabat ALLAH dan dia pernah meminta ampun bagi bapanya.
Ali bin Abi Talhah meriwayataan daripada Ibnu Abbas Radhiallahuanhuma. Tetapi bila turun ayat yang sedang kita bincangkan mereka telah menghentikan meminta ampun kepada kerabat mereka yang telah mati, tetapi mereka tidak dilarang memohon keampunan bagi kerabat-kerabat mereka yang masih hidup sampailah mereka mati. ALLAH turunkan ayat 113 dan 114 attaubah tersebut.
Apabila jelas kepada Ibrahim , bapanya adalah musuh ALLAH, maka Ibrahim pun berlepas diri darinya. Disini Ibnu Abbas RA, berkata Ibrahim terus menerus meminta ampun bagi bapanya sehingga dia mati. Tapi bila telah nyata ayahnya mati kafir dan dalam keadaan memusuhi agamanaya,maka dia berhenti dari berdoa.
Tapi apabila diketahui bapanya mati dalam keadaan kafir dalam keadaan memusuhi agamanya maka dia berhenti mendoakannya maka. Juga pandanga Jadi Ubait bin ubait , berkata Nabi Ibrahim A.S berlepas diri daripada ayahnya sehinggalah Nabi Ibrahim bertemu ayahnya di akhirat dalam keadaan pada wajah ayahnya berdebu, ayahnya berkata sekarang aku nak menuruti kehendakmu anakku, menuruti perintahmu dakwahmu. Wahai ALLAH bukankah Engkau telah berjanji takkan menghinaku pada akhirat tidak ada yang lebih menghinakanku melainkan kehinaan bapaku.
Nabi Ibrahim berkata kepada ALLAH, tidak lebih menghinakanku melainkan engkau menghina ayahku, maka berkata ALLAH kepada Nabi Ibrahim A.S, lihatlah engkau kebelakang wahai Ibrahim, maka dilihatnya seekor dabuk [anjing hutan yang banyak bulunya] yang berlumuran darah, maka dabuk ini diseret dan dilemparkan kedalam neraka untuk mengurangkan rasa sedih yang dialami oleh Nabi Ibrahim.
ALLAH nak mengurangkan stress seorang nabi yang melihat akan bapanya dibakar, maka ALLAH menukarkannya kepada dabuk. Daripada Abdullah Bin Mas’ud, alawah ini maksudnya banyak berdoa, Nabi Ibrahim seorang yang banyak berdoa kepada ALLAH SWT, Nabi Ibrahim seorang yang hebat, “business man” yang hebat, hartanya banyak, banyak berdoa.
Setiap kali masuk kekebun, dia akan solat sunat dhuha dahulu. Siapa yang susah diringankan. Tidak akan makan melainkan dengan tetamu. [bunyi telefon Ustaz Zahazan] Dia amat menjaga kebajikan pekerjanya. Ada juga yang mengatakan awah ini amat penyayang. Ada yang menyatakan yakin.
Saudara yang dirahmati dan dikasihi sekalian, ada yang menyatakan awah ini menurut Imam Suyuti dalam Durur Mansur awah ini orang yang banyak bertasbih kepada ALLAH SWT dan banyak lagi riwayat yang menceritakan Nabi Ibrahim. Nanti kita lihat bagaimana Nabi Ibrahim meminta kepada ALLAH dengan doanya : Ya ALLAH tunjukkan kepadaku bagaimana mahu dihidupkan orang yang telah mati ini. ALLAH memuji orang-orang beriman, ALLAH jelaskan ada 8 kriteria, masuk lagi perincian, bahawa orang-orang yang beriman yang kedudukan tinggi disisi ALLAH SWT ini tidak akan memohon keampunan bagi orang-orang kafir.
Ayat 114 memutuskan yang berjual beli tidak akan melakukan.
Orang-orang yang dikasihi oleh ALLAH ini tidak akan memohon keampunan bagi orang-orang kafir. Maka terputus darah kerana tiada kesatuan iman. Ini diulas oleh Syed Qutub dalam Fizilalil Quran.
Dapat kita lihat disini janji ALLAH ini pasti oleh ayat lalu tentu sahaja mengiuran kaum musyrikin jadi bagi menghapuskan yang ada dibenak mereka, ataupun dibenak muslimin, jika Rasulullah boleh mendoakan bagi keluarganya dikalangan orang kafir, maka barangkali boleh ALLAH beri keampunan. Ayat ini menyatakan tidak patut sama sekali, tidak boleh sama sekali, bahkan tuan-puan, tidak boleh, bukan tidak boleh bagi orang beriman tetapi bagi ketua orang beriman yakni Rasulullah SAW.
Bahkan Rasulullah SAW yang telah mencapai kedekatan dengan ALLAH SWT tidak boleh memohon keampunan bagi ibu Nabi pun tidak boleh Baginda SAW memohon keampunan kepada ALLAH SWT. Kita boleh lihat bagaimana kisah Abdullah Bin Ubai Bin Salul, yang kita bincangkan sebelum ini pada ayat 84 dan 85, apabila dia meminta ayahnya dipakaikan jubah Nabi SAW untuk mendapatkan syafaat Nabi SAW. Saudara, Imam Ar Razi, menyatakan dalam kitab tafsirnya alfatih ghoib, dengan menghubungkan ayat ini dengan ayat awal mengenai berlepas diri daripada rang-orang kafir, walaupun sikafir ini merupakan sanak saudara, ini ayat yang kita bincangkan bagi orang yang telah mati walaupun sikafir merupakan sanak saudara ini telah meninggal dunia. Ya kita kena raikan, penuhi hajat mereka didunia, selagi tidak bercanggah dengan kehendak ALLAH. tetapi setelah mati, tiada lagi doa bagimu.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Jawaban balas oleh Panel Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan JAIS, ketika menjawab tuduhan Ustaz Farid Ravi didalam tulisannya dalam salah buah akhbar arus perdana :
PANDANGAN MENGENAI STATUS IBU BAPA NABI MUHAMMAD S.A.W. MATI
DALAM KEADAAN KAFIR ATAU SEBALIKNYA
ISU DAN MASALAH
Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menerima surat aduan bertulis mengenai status keislaman ibu bapa Nabi Muhammad S.A.W yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan bertarikh 30 April 2010 (Jumaat). Persoalan tersebut telah dijawab secara panjang lebar oleh seorang pendakwah dari sebuah IPTS. Dengan menggunakan hujah beberapa hadith, pendakwah tersebut menyimpulkan bahawa ibu Nabi (Aminah) dan bapa Nabi (Abdullah) mati dalam keadaan bukan dalam Islam dan kedua-duanya akan masuk api neraka dan diazab.
Berikutan penjelasan isu di atas, ianya telah menimbulkan sensitif di kalangan umat Islam dan terdapat rungutan supaya jawapan tersebut dikaji semula. Berikut adalah sanggahan terhadap isu tersebut.
PENJELASAN MENGENAI HADITH BERKAITAN BAPA NABI DI DALAM NERAKA
Berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Muslim dengan lafaz:
Daripada Hammad ibn Salamah daripada Thabit, daripada Anas ibn Malik RA: “Sesungguhnya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W. "Wahai Rasulullah! Di manakah bapaku?" Rasulullah S.A.W. menjawab, "Di dalam neraka." Tatkala lelaki tersebut berpaling, Rasulullah S.A.W. memanggilnya lalu berkata, "Sesungguhnya bapaku dan bapamu di dalam neraka.”
Keterangan daripada pendakwah tersebut menterjemahkan maksud lafaz hadith secara harfiah: “Sesungguhnya bapaku dan bapamu di dalam neraka.” Tanpa meneliti dengan lebih mendalam pelbagai disiplin ilmu, maka dengan tergesagesa beliau menyatakan bahawa ayahanda Nabi mati dalam kekufuran.
Bahagian Penyelidikan & Pembangunan, JAIS menyanggah pandangan tersebut di atas. Jika diteliti dalam kesepakatan para ahli hadith, mereka mengesahkan bahawa lelaki yang bertanya kepada Rasulullah S.A.W. itu ialah seorang A’rabi (Badwi). Pendapat ini disepakati berdasarkan hadith yang menceritakan kisah yang sama, yang diriwayatkan oleh Mu’ammar daripada Thabit. Tetapi, perbezaan di antara kedua-dua jalan ialah hadith yang diriwayatkan melalui jalan Mu’ammar tidak mempunyai lafaz:
إِنﱠ أَﺑِﻲوَ أَﺑَﺎكَ ﻓِﻲاﻟﻧﱠﺎرِ
Maksudnya : “Sesungguhnya bapaku dan bapa kamu di dalam neraka.”
Berdasarkan maksud hadith berkenaan jelaslah bahawa lafaz di atas tidak disepakati oleh para perawi hadith.
Hadith yang diriwayatkan oleh Mu’ammar tanpa lafaz tersebut lebih diyakini dari aspek riwayat dan lafaz, menurut ahli hadith, Mu’ammar adalah seorang yang lebih terpelihara hafazannya dan dia tidak menerima sebarang kritikan dari ulama Jarah dan Ta’dil. Tambahan lagi al-Bukhari dan Muslim bersepakat dalam menyatakan keyakinan mereka terhadap Mu’ammar. Ini berbeza dengan situasi Hammad yang hanya diyakini oleh Muslim tetapi tidak di sisi al-Bukhari.
Katakanlah lafaz Hammad ibn Salamah dalam Sahih Muslim di atas adalah dari lafaz Nabi S.A.W. sendiri, maka ia tidak juga boleh dijadikan sandaran dalam menghukum kekufuran ayah Nabi S.A.W. kerana ‘illah dari aspek matan menunjukkan bagaimana Rasulullah S.A.W. menggunakan teknik dan kaedah yang membawa erti kesamaran supaya keadaan menjadi lebih tenang dan terkawal. Rasulullah S.A.W. menggunakan lafaz persamaan kedudukan bagi kedua-dua bapa untuk tujuan-tujuan tertentu.
Di antaranya:
a) Tujuan menyemarakkan semangat mendalami ajaran Islam.
Apabila Rasulullah S.A.W. menyatakan persamaan kedudukan kedua-dua bapa mereka di dalam neraka, wujud persamaan dan tautan hati lelaki A’rabi terhadap Rasulullah S.A.W. dan lebih bersemangat untuk mendalami ajaran Islam.
b) Tujuan mengelak kontroversi ke agama asal.
Sekiranya Rasulullah S.A.W. menyatakan bahawa bapa A’rabi tersebut di dalam neraka, sedangkan bapa Baginda S.A.W. di dalam syurga, maka lelaki A’rabi itu akan merasakan jurang perbezaan di antara mereka berdua dan dikhuatiri perkara ini akan menyebabkan lelaki A’rabi tersebut menjauhi Islam serta kembali murtad.
c) Tujuan menang-menang.
Sekiranya Rasulullah S.A.W. membezakan kesudahan bagi kedua-duanya, dikhuatiri lelaki A’rabi yang terkenal dengan sikap degil dan keras hati akan mengeluarkan kata-kata sumpahan dan cacimaki terhadap Rasulullah S.A.W. yang bakal mengundang laknat dan kemurkaan Allah S.W.T.
d) Tujuan dakwah secara bijaksana.
Teknik yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. bertujuan untuk mengelakkan fitnah dan sebarang kejadian yang tidak diingini terhadap kaum A’rabi dan kaum kerabatnya. Ini juga bertujuan untuk menarik lebih ramai kaum kerabat lelaki A’rabi tersebut memeluk Islam.
Sekiranya dikaji dengan lebih luas lagi, terdapat banyak lafaz-lafaz dari hadith Nabi S.A.W. yang menunjukkan gaya kaedah sebegini. Kerana Nabi S.A.W. adalah seorang yang bijak dalam berdakwah dan berbicara dengan manusia sekadar mana pencapaian akal para pendengarnya.
Apabila berurusan dan berbicara dengan orang Arab Badwi, maka mu’amalah Nabi S.A.W. lebih lembut, mengalah, bertolak ansur dan lunak berbanding dengan mereka yang telah lama memahami serta mendalami Islam.
Selanjutnya jika dikaji secara teliti, terdapat pandangan daripada Hafiz al-Suyuti mengatakan bahawa hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ini diriwayatkan oleh Hammad ibn Salamah dengan makna, bukan dengan lafaz.
Manakala lafaz itu berbunyi :
إِنﱠ أَﺑِﻲوَ أَﺑَﺎكَ ﻓِﻲاﻟﻧﱠﺎرِ
Ianya merupakan lafaz yang tidak disepakati oleh para perawi dari jalan hadith yang lain. Berdasarkan riwayat Mu’ammar daripada Thabit pula, tidak kedapatan lafaz di atas, akan tetapi diriwayatkan dengan lafaz yang lebih umum.
Dalam riwayat yang lain, dikeluarkan oleh al-Bazzar dalam Musnadnya dan alTabrani di dalam kitab al-Mu’jam al-Kabir dengan sanad rijal yang sahih, daripada Sa’ad ibn Abi Waqqas :
Maksudnya, “Sesungguhnya seorang A’rabi datang bertemu Nabi S.A.W. lalu bertanya, "Wahai Rasulullah! Di manakah bapaku?" Rasulullah S.A.W. menjawab, "Di dalam neraka." Maka lelaki Badwi tadi bertanya pula, "Di mana pula bapamu?" Rasulullah S.A.W. menjawab, "Tatkala kamu berjalan berhampiran kubur seorang kafir, beritakan kepadanya bahawa dia di dalam neraka.”
Hadith yang diriwayatkan dari Sa’ad ibn Waqqas ini secara jelas menerangkan bahawa lelaki yang bertanya soalan kepada Rasulullah S.A.W. ini adalah seorang badwi. Disebabkan oleh Badwi tersebut dikhuatiri akan murtad kerana imannya belum mantap, kefahamannya mengenai Islam masih cetek. Kerana itu, secara psikologi Rasulullah S.A.W. menjawab sedemikian.
Para ulama menyatakan bahawa lafaz “Abi” di dalam riwayat Muslim bukanlah ditujukan kepada Abdullah kerana tradisi masyarakat Arab ialah mereka memanggil ayah, bapa saudara dan datuk dengan gelaran “Abi”. Ini yang harus difahami dengan jelas oleh para penafsir hadith.
RUMUSAN
Jika diteliti kesimpulan yang diberikan oleh pendakwah dari IPTS itu, beliau menegaskan bahawa berdasarkan hadith-hadith sahih yang dipetik dari Bukhari dan Muslim, jelaslah ibu bapa Nabi meninggal dunia berstatus kafir. Walaupun hadith tersebut sahih dari segi sanadnya tetapi jumhur ulama berpendapat bahawa teks hadith ini tidak boleh difahami secara zahir semata-mata. Ia adalah suatu yang biasa berlaku ketika penafsir berinteraksi dengan hadith. Bukan hanya kesahihan sanad menjadi penentuan hukum daripada sesuatu hadith. Terdapat juga kaedah-kaedah tertentu dalam memahami teks hadith itu sendiri yang perlu dipatuhi.
Berdasarkan kaedah-kaedah dalam memahami sesuatu teks hadith, jelaslah bahawa penafsiran hadith di atas tidak mendokong kesimpulan bahawa ibu dan bapa Nabi S.A.W. kufur dan diazab. Pertamanya, makna zahir hadith ini tidak boleh diterima kerana ia bertentangan dengan nas-nas al-Quran. Antaranya, ayat-ayat yang mensabitkan bahawa Nabi S.A.W. adalah berasal daripada keturunan yang mulia dan terpelihara seperti dalam Surah al-Syu’ara' 26 : 219 yang bermaksud, "dan (Allah melihat) pergerakanmu di antara orang-orang yang sujud". Ibnu 'Abbas r.a, seperti yang diriwayatkan oleh al-Bazzar, al-Tabrani dan Abu Nuaim serta dalam tafsir al-Tabari dan al-Qurtubi, berpendapat bahawa ayat ini bermaksud bahawa Nabi sa.w. telah berpindah dari satu sulbi ke satu sulbi di kalangan nenek moyang yang sujud dan beriman.
Maksud zahir hadith ini juga bertentangan dengan nas-nas al-Quran.
Hal ini menurut satu kaedah bahawa Allah SWT tidak akan mengazab sesuatu kaum sebelum dikirimkan para rasul-Nya untuk menyampaikan agama yang benar. Lihat al-Qur’an Surah al-Isrā' 17 : 15, Surah al-An’ām 6 : 131, Surah al-Syu’arā' 26 : 208 dan Surah al-Nisā' 4 : 165. Terdapat pula ayat-ayat yang menafikan bahawa terdapat rasul yang dikirim kepada kaum Nabi Muhammad S.A.W. sebelum kebangkitan Baginda. Lihat juga Surah Sabā' 34 : 44 dan Surah al-Qasas 28 : 46. Maka kesimpulan yang lebih tepat adalah kedua-dua ibu dan bapa Nabi S.A.W. sama ada beriman dengan peninggalan risalah rasul-rasul yang terdahulu ataupun tergolong dalam kalangan Ahlul Fatrah, iaitu mereka yang berada di zaman yang tiada rasul, menyebabkan mereka secara prinsipnya tidak akan diazab.
Adalah menjadi suatu kewajipan bagi semua umat Islam termasuk para pendakwah hendaklah meneliti sesuatu hukum itu dengan mendalam dan mengambil kira kesan positif terhadap umat Islam sejagat. Pandangan yang bersifat membina kekuatan umat Islam lebih afdal berbanding mengeluarkan sesuatu kenyataan yang bersifat merendahkan maruah umat Islam di kalangan bukan Islam. Adalah lebih baik dan berakhlak dengan mencontohi akhlak seperti yang ditunjukan dalam al-Qur`an. Jika diteliti dalam al-Qur`an, terdapat satu ayat berbunyi dengan maksudnya “Sesungguhnya mereka yang menyakiti Allah dan RasulNya, mereka dilaknat oleh Allah di dunia dan akhirat serta disediakan bagi mereka azab yang menghinakan.”
Dalam satu kenyataan yang lain disebut : Dan tiadalah perkara yang lebih menyakitkan Rasulullah S.A.W. selain menyatakan bapa Baginda diazab di dalam neraka. Berdasarkan maksud ayat di atas dapatlah difahamkan bahawa umat Islam diperintahkan supaya sentiasa menjaga adab dan menghormati Nabi S.A.W. dan ahli keluarga termasuk kedua ibu bapanya.
Umat Islam tidak dibenarkan untuk menyakiti hati Rasulullah S.A.W. dengan mengeluarkan apa-apa kenyataan sama ada secara tulisan mahupun secara lisan. Adalah amat tidak beradab bagi orang yang sanggup mengeluarkan kata-kata yang secara langsung menyakiti ibu bapa Rasulullah S.A.W. dengan berpandukan hadith-hadith seperti yang dinyatakan di atas.
Justeru, JAIS berpandangan, ibu bapa Rasulullah S.A.W. mati dalam keadaan tidak diazab dan tidak dimasukkan dalam neraka kerana berpandukan ayat al-Qur`an Surah Al-Isra 17 : 16 yang maksudnya : “Dan Kami tidak akan mengazab seseorang pun kecuali telah sampai padanya utusan (dakwah) dan dia enggan menerima”.
Dalam istilah yang lebih mudah difahami, dapat dikatakan bahawa kedua ibu bapa Nabi Muhammad iaitu Aminah dan Abdullah termasuk dalam golongan ahli fatrah iaitu golongan manusia yang tidak sampai dakwah dan golongan tersebut tidak diazab oleh Allah S.W.T. Sementara itu, kebanyakan ulama Shafie berpendapat bahawa ibu bapa Nabi dan ahli keluarganya sebelum kedatangan Islam, adalah berpandukan kepada agama al-Hanifiyyah dan tiada bukti mereka menyembah berhala. Sila lihat Fatwa Mantan Mufti Mesir Asy-Syeikh Muhammad Bakhit al-Muti’iy dalam Al-Fatawa Al-Islamiyyah, 1982.
PENUTUP
Adalah dicadangkan supaya umat Islam tidak membincangkan hadith-hadith yang menjurus kepada timbulnya isu percanggahan pendapat di kalangan para ulama secara terbuka. Dikhuatiri ianya boleh memberi impak negatif terhadap masyarakat awam yang kurang memahami tentang percanggahan pendapat tersebut.
Perbincangan ilmiah berkaitan sesuatu hadith secara tertutup sama ada di kalangan pelajar atau golongan akademi adalah sesuatu yang amat digalakkan, tetapi perbincangan secara terbuka khususnya melalui media massa seperti surat khabar dan sebagainya tidak digalakkan dan hendaklah dihentikan serta merta !
Semua pihak hendaklah berhati-hati dengan mana-mana media yang didapati mempunyai tendensi yang kuat bagi membuka ruang dan peluang memperagakan lslam dengan permasalahan remeh temeh dan sensitif.
Disediakan oleh,
Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan
Jabatan Agama Islam Selangor
Pada: 3 Jun 2010 / 20 Jamadilakhir 1431H
اللــــــــهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
http://almukminun.blogspot.com/2011/08/transkrip-penghinaan-ustaz-dr-zahazan.html
13 Ramadhan 1432H
18 ulasan:
Salam,
Saya mohon share di FB saya dan amat terkilan dgn apa yg telah di sampaikan
AA
Salam,
Isu ini pernah menjadi tajuk hangat sekitar tahun 2010 dan sedihnya ia masih berulang lagi.
http://pondokhabib.wordpress.com/2010/05/10/kedudukan-ibubapa-rasulullah-saw/#comment-3543
Azleen Ashaari (AA)
Silakan Tuan AA. Mohon doakan alfaqir.
Salam Tuan,
Siri 173 (http://ikimfm.my/ikimfm/index.php?op) yg jelas dan ketara utdz zahzan menyebut nama ibu Nabi Saw "Aminah, mati dlm kafir kerana masa itu Islam belum ada"
Islam belum ada?? Kan PELIK...
Kalau begitu atau ikut logik akal bagaimana halnya Nabi2 yg diutus ALLAH sebelum Nabi Saw?
Hanya padaMU Ya ALLAH kami mohon perlindungan dari ilmu yg tidak bermanfaat..Aminnn
AA
asif jiddan.
semalam ana dengaq kuliyyah dr zulkifli al bakri yg menaqalkan kata2 syeikh said ramadhan al boutytentang hal ni. pohon komen dr syeikhuna.
Inikan soal khilaf.. apala yg susah2..
Dah memang ibu bapa Nabi x masuk Islam pun. Apa pun yg kita kata x kan mengubah hakikatnya.. bukan penghinaan Ustz Zahazan pun. Beliau hanya menyebut pandangan para ulama'.. itu satu daripada pendapat ulama'.. sikit2 kata orang hina Nabi.. amalan yg Nabi suruh x buat pun. Buat yg reka sendiri je.. bila org panggil ahlul bid'ah tau pulak marah.. ingatlah, agama ni bukan hak milik tok nenek kita ataupun tok guru2 pondok kita dulu, tapi milik Allah.. bukan sesuka hati kita, tapi kena ikut dalil dan nas. Bukan pakai akal je.. asal akal rasa baik semua jadi ibadat? Kalau macam tu x payah hantar Nabi pun x pe, buleh pikir buat ibadat sendiri.. satu lagi, akal orang ni setakat mana la sgt nk banding dgn ilmu Allah? pastu penilaian akal ni x sama antara setiap orang berdasarkan uruf dan pengalaman.. org putih kata telanjang ramai2 tu biasa je.. bagi akal diorang.. tp bagi kita itu memalukan.. kan x sama.. sebab tu kena ikut yg ditetapkan oleh yg mencipta seluruh manusia..
"Perbincangan ilmiah berkaitan sesuatu hadith secara tertutup sama ada di kalangan pelajar atau golongan akademi adalah sesuatu yang amat digalakkan, tetapi perbincangan secara terbuka khususnya melalui media massa seperti surat khabar dan sebagainya tidak digalakkan dan hendaklah dihentikan serta merta !"
Apa ni? Kata sayang Nabi sgt? Kenapa takut sgt kalau org belajar hadis? Takut sgt hadis Nabi tu kenapa?? Takut lain daripada yg diajar di pondok2?? Islam itu milik Allah wahai manusia.. bukan hak kamu & pondok kamu!
Satu ayat popular pondok ialah: " baru belajar dua tiga hadis dah nk membid'ah kan orang" haru betul.. hadis ni kalau baru belajar satu pun nk kena amal dah.. bukan belajar beribu hadis baru nk amal satu.. lain la golongan yg takut hadis.. memang x nak amal pun.. hadis tu xde maknanya pun bg ahli bid'ah.. tp bg ahli sunnah, sepotong hadis tu pun amat2 sgt besar dan agungnya.. sebab tu kena amal, kena bincang, kena ajar org supaya seluruh manusia faham dan dapat merasai kebesarannya..
Bukan ke Nabi kata ' fain tanaza'tum fi shai in farudduhu ilaLlahi war Rasul'.. punca umat Islam hari berpecah kerana x nak kembali kpd Allah dan Rasul.. degil barangkali.. bahkan kedegilan mempertahankan amalan turun temurun ada persamaan dgn kedegilan abu jahal mempertahankan ajaran nenek moyang..
Kalau semua umat Islam bila berselisih pendapat segera kembali pada 2 sumber ini maka x ada la perpecahan, puak2, dan pergaduhan.. bahkan bid'ah pun akan x wujud sama sekali!!.. bukankah Nabi kata setiap bid'ah itu sesat? Tapi nk jugak takwil lg.. kenapa berani sgt? Kalau takwilan itu x betul nk jawab macamana di akhirat? Bukan ke elok kita ambil jalan yg lebih selamat? Macam Imam Syafie yg suka ambil jln yg lebih selamat dlm setiap fatwanya.. bukankah Nabi kata jalan yg selamat itu "ma ana 'alaihi wa ashabi" iaitu jln ku & para sahabatku. Jadi benda yg Nabi & Sahabat x buat tu x payah la nk buat, x payah la nk pertahankan sgt.. bukan apa, takut termasuk golongan yg 72 lagi tu aje..
Kenapa yang emosional sgt ni...drpd gaya brcakap pon nampak x ilmiah dah. Ayat "Fa in tanaza'tum fi syai in.." yg sedar /i tulis td bukan hadis nabi..itu ayat quran surah an-nisa ayat 59..mcmana sedara/i nk brhujjah kalu ikut main taip je tanpa merujuk dulu...isk2..belajar lg ye !
mengapa perlu diperbahaskan kedudukan orang lain sama ada di syurga atau neraka? bukan kerja kita hamba dhaif ini untuk mengadilinya... Baiki saja diri sendiri dahulu. x perlu bincangkan isi kandungan kitab amalan orang lain sedangkan kitab amalan sendiri belum jelas kedudukannya. Banyak lagi isu perbincangan yang perlu diketengahkan untuk pembangunan ummah. Ini isu yang akan mencetuskan pertelingkahan sesama mukmin. Berhentilah beremosi dan timbanglah sesuatu dengan positif mengikut neraca budaya percambahan ilmu yang berkembang merata-rata di sekitar kita...
ASTAGHFIRULLAH, ALLAZI LA ILAHA ILLA HUA AL-QAYYUM WA ATUBU ILAIH.
perbahasan diatas xde kene mengenepon dengan budak pondok..xdepon yang emosional.. orang wahabi yang malu nak letak name macam hang je yang emosional dan pandai buat bid'ah.. Nabi xpernahpon berdakwah pakai intenet mcm hang.. jadi sape2 wat cmni ahli bid'ah ka?? so hang degil jgk nak sebar dakwah wahabi hang pakai intenet pasai apa.. ?? memang betoi2 ahlul bid'ahla hang ni...hahaha..
Tak usahlah nak bgaduh pasal benda ni...malu kat org bukan Islam. Kalau dh tau ini satu khilaf baik kita pakat cari dan tnya maklumat yang sahih dripada ulamak hadith. X semua org tahu tentang semua perkara...tanyalah org lebih tahu jika kamu tidak mengetahui.
Allahua'lam
Baik beramal dr gaduh isu ni..biar Allah saja menentukan
Apa yang saya belajar, ibu bapa nabi muhamad SAW adalah dikalangan orang beriman dengan agama hanif, agama nabi ibrahim. Beriman ni maksudnya percaya kepada Allah.
bukan kafir. Islamla.
Saidatina khadijah ?
Islam ni bila? masa nabi terima wahyu masa umur 40thn.
akidah ketuhanan.Syariat kerja buat.
itu dahulu secara ringkasnya...
Penjelasan jais diatas tu tak jelas lagi ke, kalau nak guna hadith saja,bagaimana keterangan dr Al-Quran yg dikaitkan seperi yg sijelaskan tu...department
http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2014/02/benarkah-ibu-bapa-rasulullah-saw-masuk.html
Catat Ulasan