Bar Video

Loading...

::Teman Bersama::

Sabtu, 25 Februari 2012

Berjuang Bersama Ulama Tanpa Rasa Jemu


Berjuang Bersama Ulama Tanpa Rasa Jemu



Mudah-mudahan kisah pecinta tegar manusia agung yang kita kongsikan kasihnya ini menjadi motivasi buat menguatkan iltizam dalam jalan dakwah yang penuh fitnah. Biarlah kita menjadi bahan fitnah, asal sahaja jangan kita tanpa sedar atau sengaja mencipta fitnah. Jalan dakwah ini tidak dihamparkan dengan permaidani kemudahan melainkan kesukaran. Jangan kita sanggah mereka yang berjuang atas kesanggupan dan keupayaan dan kemampuan mereka yang tidak pula sama dengan kita.



Pagi 3 Rabiulakhir 1433 penuh baraqah di Al-Jenderami, alfaqir merenung jauh visi dan misi masyaikh seperti Syeikhna Muhammad Fuad Kamaluddin Al-Maliki dan Tuan Guru Syeikh Muhammad Hafidz Bin Haji Selamat serta seluruh masyaikh Ahlu Sunnah Wal Jamaah di bumi Melayu Nusantara ini.



Tidak lupa mereka yang bermatian berjuang mempertahankan syiar Islam tanpa lelah sebagaimana Habib Muhammad B. Alawi Al Attas as-Sarawaki, Habib Wan Izzuddin Al-Aidrus as-Sarawaki, Ustazuna Zamihan Mat Zin Al-Ghari, mereka semua berjuang atas landasan ilmu yang berdepan pelbagai peristiwa sedih dan pilu. Mujur, disisi mereka ada para murid setia yang bermandi keringat bersama. Ziarahilah mereka, lihatlah tanpa tanya kepada mereka keperluan yang memungkinkan dakwah mereka dimudahkan melalui sumbangan walau tidak seberapa nilainya.



Pagi hening ini, alfaqir teringat kisah penuh motivasi buat seluruh pendukung para guruguru mulia kita. Abu Qatadah menahan Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم dari terjatuh sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abi Qatadah RA berkata :



“Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم sedang berkhutbah kepada kami dengan bersabda : “Sesungguhnya kamu menghabiskan hidup kamu dan malam kamu dalam perjalanan (bermusafir) kemudian esok kamu juga akan datang membawa air INSYA’ALLAH.” Maka para sahabatpun pergi tanpa menoleh ke kiri atau ke kanan. Telah berkata Abu Qatadah: “Ketika Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dalam perjalanan menunggang kenderaan hingga pertengahan malam, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم menguap dan merasa mengantuk maka aku mendatanginya dengan tidak disedari oleh Baginda صلى الله عليه وآله وسلم untuk menjadi tempat bersandar badan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم yang mulia hingga tegak semula serta tidak jatuh dari kenderaannya”



Perawi juga menyebutkan : “Sehinggalah sampai ke pertengahan malam itu sangat melelapkan mata kadangkala Nabi صلى الله عليه وآله وسلم hampir jatuh dari tunggangannya, maka aku telah mendatangi Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dan menjadi penyandar tubuhnya, kemudian Baginda صلى الله عليه وآله وسلم mengangkat kepala dan berkata : “Siapa ini?.””



Aku menjawab : “Abu Qatadah.”



Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bertanya; “Sejak bila kamu menunggangi kenderaan dan menyanggah badan aku?.”



Aku menjawab : “Semenjak malam tadi.”



Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: “Semoga ALLAH سبحانه وتعالى menjaga kamu sebagaimana kamu menjaga Nabi NYA”


[Hadith Shohih riwayat Imam Muslim 681,472/1]



ALLAHU ALLAH... Abu Qatadah Radhiallahu Anhu menjaga keselamatan Nabi sepanjang malam dalam keadaan serba kekurangan. Begitulah anda pada mata kami, buat para pendukung guru-guru mulia. Walau apa sahaja jawatan anda. Andalah pemilik kemuliaan atas keindahan ilmu para guru-guru mulia yang anda “tegakkan” perjuangan mereka. Berbahagialah dengan kesukaran yang anda pilih dalam memastikan kesinambungan dakwah Ahlu Sunnah Wal Jamaah mekar dibalik sikap ketidakpedulian umat lainnya. Anda adalah wira!.....



"وصلى اللّه على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم"



Mohon doa mendoakan

Alfaqir ilallah : almukminun

3 Rabiulakhir 1433H/25022012

Masjid Jenderam Hilir , Dengkil

http://almukminun.blogspot.com/2012/02/berjuang-bersama-ulama-tanpa-rasa-jemu.html

Selasa, 21 Februari 2012

Adab Memuliakan Ulama




Adab Memuliakan Ulama.


Berkata Habib Amri Azmatkhan [anak murid Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdlullah Al-Banjari Al-Makki] di Masjid Negeri Shah Alam pada 11022012:


Firman ALLAH SWT :

"Dan berendah dirilah kamu terhadap orang-orang yang beriman."
[Surah al-Hijr: Ayat 88]


Dia antara kesalahan adab murid terhadap Syeikh mereka :


1-Hari ini kita memperlakukan para masayaikh bagaikan rakan-rakan kita.

2-Kita silangkan kaki di hadapan mereka.

3-Melihat-lihat jam bagaikan berkata "..sudahlah Syeikh, dah lewat ni.."

4-Bersandar

5-Berbual, walaupun berbisik, kira-kira, apa perasaan kita ketika mana kita sedang bercakap, orang lain turut bercakap...

6-Kita menjadi wali dihadapan orang ramai, tetapi menjadi musuh dihadapan ALLAH سبحانه وتعالى .

7-Ber "sms"

8-Firman ALLAH سبحانه وتعالى yang bermaksud:
Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang beriman sama ada lelaki atau perempuan tanpa kesalahan yang mereka perbuat maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.
[Surah al-Ahzab: Ayat 58].

9-Daripada Ibn Abbas RA, katanya:
Barangsiapa menyakiti fuqaha’ maka dia telah menyakiti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, barangsiapa yang menyakiti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم maka dia telah menyakiti ALLAH سبحانه وتعالى.

10-Jangan disebabkan kita yang menjemput dan "membelanjakan" wang atas urusan dakwah para masyaikh, kita secara tidak perasan terkurang adab dihadapan para masyaikh. Seolah-olah kita memperlakukan mereka secara paksa tanpa mahu tahu keuzuran yang dihadapi mereka dalam usaha dakwah yang berterusan.

11-Berebut untuk bersalaman sehingga para masyaikh tertolak disebabkan kegopohan untuk bertabaruk, tetapi yang sunnah menjadi punah.

12-Terfikirkah kita bebanan, tanggungan di mahsyar bagi para masyaikh yang mengajar, mereka menanggung bebanan kita yang tidak beramal dengan ilmu yang dipelajari. Mereka khuatir, tidak menjalankan dakwah secara menyeluruh sehingga umat yang jauh dari Saydina Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم mengenal dan cinta kepada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم . Tetapi apa pula perlakuan kita kepada orang yang mengajarkan kita cinta ?

13-
إذا لم تكن حافظًا واعيًا فجمعك للكتب لا ينفع

Maksudnya:

Jika kamu tidak seorang penghafal lagi seorang yang faham [ulama],
Maka kitab-kitab yang kamu himpun [pelajari] itu tiada manfaat.

14-Ayuh cintailah para ulama,orang yang lebih berusia, jika mereka lebih muda dari kita, anggaplah kelimuan mereka menjauhi kejahilan kita.

Perlakukan mereka pada tempatnya, beradablah dihadapan mereka. Dalam hal ini, alfaqir mencontohi dan meneladani guru-guru al-faqir seperti; al-Fadhil Ustaz Din Kuala Kangsar[Pasir Tumboh], Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al-Maliki, Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Maliki, Habib Wan Izzuddin al-Aidrus as-Sarawaki juga Al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Haji Joll as-Sanariyy. Perhatikanlah, teladanilah mereka apabila bertemu, bersapa dan bertutur bersama para alim ulama.

WALLAHU'alam

"وصلى اللّه على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم"

Mohon maaf zahir dan batin.Mohon doa mendoakan.

alfaqir;almukminun
28 Rabiul'awwal 1433/21022012


Isnin, 20 Februari 2012

Ulama Yang Mana...



ULAMA AL-SU'



by Ustaz Termizi Yaacob on Friday, 29 April 2011 at 11:00 •



وقال معاذ بن جبل وذكر علماء السوء

Dan telah berkata Muadz bin Jabal memperingatkan tentang ulama su’:



من إذا وعظ عنف وإذا وعظ أنف فذاك فى أول درك من النار


- iaitu dia yang jika memberi peringatan kepada manusia, ia bersikap kasar; jika dia diingatkan oleh manusia, ia menolak dengan tinggi hati. maka yg seperti itu di dalam lapisan pertama neraka.



ومن العلماء من يأخذ علمه مأخذ السلطان فذلك فى الدرك الثانى من النار


dan dari ulama itu siapa yang menjadikan ilmunya alat untuk mendapatkan pemberian penguasa/sultan. maka yg seperti itu di dalam lapisan kedua neraka



ومن العلماء من يخزن علمه فذلك فى الدرك الثالث من النار


dan dari ulama itu siapa yang menahan ilmunya (tidak menyampaikannya). maka yg seperti itu di dalam lapisan ketiga neraka.



ومن العلماء من يتخير الكلام والعلم لوجوه الناس ولا يرى سفلة الناس له موضعا فذلك فى الدرك الرابع من النار


dan dari ulama itu siapa yang memilih-milih/memperelok-elokkan pembicaraan dan ilmu guna menarik wajah orang-orang dan ia tidak memandang orang-orang yang memiliki kedudukan rendah. maka yg seperti itu di dalam lapisan keempat neraka.



ومن العلماء من يتعلم كلام اليهود والنصارى وأحاديثهم ليكثر حديثهم فذلك فى الدرك الخامس من النار


dan dari ulama itu siapa yang mempelajari berbagai perkataan dan pembicaraan orang Nasrani dan Yahudi guna memperbanyak pembicaraannya. maka yg seperti itu di dalam lapisan kelima neraka.



ومن العلماء من ينصب نفسه للفتيا يقول للناس سلونى فذلك الذى يكتب عند الله متكلفا والله لا يحب

المتكلفين فذلك فى الدرك السادس من النار


dan dari ulama itu siapa yang mengangkat dirinya sendiri seorang mufti dan ia berkata kepada manusia, “Bertanyalah kepadaku.” Orang itu ditulis di sisi Allah sebagai orang yang memaksakan/membebankan diri dan Allah tidak menyukai orang yang membebankan diri. maka yg seperti itu di dalam lapisan keenam neraka.



ومن العلماء من يتخذ علمه مروءة وعقلا فذلك فى الدرك السابع من النار


dan dari ulama itu siapa yang menjadikan ilmunya sebagai kebanggaan dan kepuasan intelektual saja. maka yg seperti itu di dalam lapisan ketujuh neraka.



كتاب :التذكرة في أحوال الموتى وأمور الآخرة


( الإمام القرطبي )



http://almukminun.blogspot.com/2012/02/ulama-yang-mana.html


Ustaz Termizi Yaakob


Rabu, 15 Februari 2012

Nasihat Buat Penasihat



Nasihat Buat Penasihat

Buat juru nasihat, nasihatilah manusia dengan kejernihan rahsiamu dan ketaqwaan hatimu. Janganlah kamu nasihati mereka dengan "kebaikan lahirmu" serta "keburukan rahsiamu".


Wahai jurunasihat, nasihatilah manusia dengan 'keburukan rahsiamu' dan 'kekotoran hatimu'.

sebenarnya engkaulah yang lebih berhak mendengar nasihat yang keluar dari mulutmu sendiri.


Jangan sesekali merasa hatimu bersih dan rahsiamu jernih.


فَلَا تُزَكُّوا أَنفُسَكُمْ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَى

"Maka janganlah kamu merasa bahawa kamu suci bersih dari dosa. Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa"....


Sebaliknya bertaubatlah, bersyukurlah kerana dirimu yang kotor busuk buruk itu diambil oleh ALLAH ta'ala untuk menasihati manusia.


Apa akan jadi jika dirimu yang kotor buruk itu dicampak ke lembah yang hina - yang sememangnya tempat engkau yang selayaknya.


وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَا مِنكُم مِّنْ أَحَدٍ أَبَدًا

"Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia ALLAH dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya;"


Ustaz Termizi Yaakob

21 Rabiul’awwal 1433

Mohon doa mendoakan.

اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم

http://almukminun.blogspot.com/2012/02/nasihat-buat-penasihat-nasihat-buat.html

Khamis, 26 Januari 2012

Maulid dan Bid’ah




Maulid dan Bid’ah


Erm, maleh nak layan sebenarnya puak wahhabi yang ngaku salafi kononnya nih. Tapi apa nak buat, kalau buat tak tau, ntah apa-apa kenyataan depa akan mengharu-birukan orang awam macam saya nih.


Kasihanilah Tuan-Tuan Guru dan Asatizah kita yang terpaksa menjawab balik isu-isu khilafiyyah yang ditimbulkan oleh puak pengadu domba “wahhabi”. Sedangkan banyak lagi urusan umat yang perlu diselesaikan oleh mereka Asatizah ASWJ yang kita kasihi. Lepas tak tahu nak kata apa, depa akan kata : "..banyak lagi kerja dakwah nak kena buat seperti gejala sosial, kebobrokan pemimpin...lalalala...". Dah kita pula yang jadi "defensive" lepas isu bid'ah yang dimulakan oleh mereka.


Buat Tuan-Tuan Guru dan Asatizah ASWJ yang alfaqir hormati, mohon teguran serta tunjuk ajar ya.


La dah masuk bulan Rabiul'awwal, maka akan bergemalah laungan bid'ah oleh deme. Antara hadith yang cukup suka depa guna had nih :


سمعت رسول الله صـلـعـم يقـول لا تجعـلوا بيوتكم قـبورا ولا تجـعلـوا قـبرى عـيـدا


Masalahnya depa wahhabi yang bukan “salaf” ini mengambil sekerat tu jah hadith tersebut, lalu disyarahkanlah dengan semahu dan sepandai-pandainya bagai ilmu itu dia yang punya, terutama pada maksud “janganlah kamu menjadikan rumah-rumahmu sebagai kuburan, dan janganlah kamu menjadikan kuburanku sebagai per-sidangan hari raya.” sedangkan yang penuhnya :



سمعت رسول الله صـلـعـم يقـول لا تجعـلوا بيوتكم قـبورا ولا تجـعلـوا قـبرى عـيـدا وصلوا على فإن صلاتكـم تـبلغـنى حـيث كــنتم


Ertinya :


"Saya mendengar Nabi صلى الله عليه وآله وسلم Bersabda janganlah kamu menjadikan rumah-rumahmu sebagai kuburan, dan janganlah kamu menjadikan kuburanku sebagai persidangan hari raya. Bershalawatlah kepadaku, kerana shalawatmu sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada."
(Hadith Riwayat. Al-Nasa'i, Abu Daud dan dishahihkan oleh Al-Nawawi).


Bersempena bulan Rabiul’awwal 1433 penuh kemuliaan ini kita tinggalkan permusuhan kepartian, eratkan silaturrahim, teguhkan akidah ahlul haq dengan melazimi sirah perjuangan junjungan Saydina Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم dengan memeriahkan sambutan Maulid Junjungan Mulia Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم.


Maaf zahir dan batin. Mohon doa mendoakan.


اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم


Al-faqir : almukminun
2 Rabiulawwal 1433H / 26012012

Jadual Majlis Mawlid Terkini :
http://majlisilmu.blogspot.com/


Isnin, 23 Januari 2012

Hari Isnin Kepada Kita


Hari Isnin Kepada Kita


Bila tiba hari Isnin, semacam satu “dosa” jika tidak berasa “dukacita” dan “sengsara”. Ganas ayatnya, tetapi begitulah adatnya. Jika tidak didengari dari mulut seorang lainnya bahawa Isnin adalah hari “malas bekerja, setalah dua hari bersukaria”. ALLAHU ALLAH..


“Monotony Monday”


Ayat yang lazin digunakan di kalangan sahabat-sahabat kita di Barat. Kini meresap masuk dalam kebudayaan Melayu yang tidak berapa fasih dan yakin untuk berbahasa Melayu. “Montony” bermaksud : tedious sameness or repetitiousness of daily routine. Pengulangan perkara dan perbuatan yang sama untuk rutin harian. “Monday” : Saya rasa semua faham dan Isnin lah yang cuba saya kongsikan dalam keterbatasan ilmu menurut perkataan yang umum suka iaitu “CINTA”.


Isnin merupakan hari kelahiran Nabi kita, junjungan Mulia Saydina Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم . Kita, INSYAALLAH, dengan "niat",mendapat pahala dengan berasa bahagia dan gembira dengan Hari Isnin, walau dilihat sebahagian manusia hari biasa-biasa. :)


Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu Baginda صلى الله عليه وآله وسلم menjawab :


وسئل عن صوم يوم الثنين قال ذاك يوم ولدت فيه ويوم بعثت أو أنزل علي فيه


Hari tersebut aku dilahirkan dan hari tersebut aku dibangkitkan menjadi Rasul atau diturunkan ke atasku (wahyu) pada hari tersebut””

[Hadith Riwayat Imam Muslim dalam Sahihnya no: 1997]


Kini, saya pulangkan perkongsian juga ingat-mengingatkan untuk {saya dan anda}. Mahu mengikut acuan “budaya adat Barat” atau berjiwa besar dengan hari Isnin sebagai hari mengingati cinta hati (Saydina Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم ).


Ayuh berasa bangga dan gembira dengan hari Isnin yang menjelma. Kita hidupkan sunnah Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم setiap hari, bulan dan tahun selama kehidupan kita. Kerana itu bermawlid ke atas junjungan mulia Saydina Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم adalah satu tanda ingatan ikhlas seorang pencinta kepada yang dicintainya.


Mohon doa mendoakan ya...


اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم


Alfaqir ilallah :


Almukminun

29 Safar 1433H/23012012

[1 hari ke 1 Rabiul’awwal 1433H ]

http://almukminun.blogspot.com/2012/01/hari-isnin-kepada-kita.html


Jadual Majlis Mawlid Terkini :

http://majlisilmu.blogspot.com/