[Jumlah rakaat Solat Tarawih][1]
Soalan: Berapakah jumlah rakaat Solat Tarawih?
Jawapan:
Hukum
Solat Tarawih adalah solat sunat yang dikerjakan pada malam-malam di bulan Ramadhan yang dilakukan selepas Solat Isya’ dan sebelum Solat Witir. Hukumnya adalah sunat muakkad[2] dan lebih utama didirikan secara berjemaah[3].
Istilah
Solat Qiyam Ramadhan (solat pada malam bulan Ramadhan) dinamakan Solat Tarawih kerana solat ini panjang dan banyak rakaatnya. Jadi, orang yang mendirikannya perlu berehat. Rehat ini dilakukan selepas mendirikan setiap 4 rakaat, kemudian mereka meneruskannya kembali (sehingga 20 rakaat). Sebab itulah ia dipanggil Solat Tarawih[4].
Ibn Manzhur menyebutkan di dalam Lisan al-Arab: “ اَلتَّرَاوِيحُ “ adalah jama’ (plural) “ تَرْوِيحَةٌ “, yang bermaksud “sekali istirehat”, seperti juga “ تَسْلِيمَةٌ “ yang bermaksud “sekali salam”. Dan perkataan “Tarawih” yang berlaku pada bulan Ramadhan dinamakan begitu kerana orang akan beristirehat selepas mendirikan 4 rakaat[5].
Jumlah rakaat Tarawih
Para ulama’ berbeza pendapat tentangnya dan mereka terbahagi kepada 2 pendapat:
1- Hanya 8 rakaat
2- Lebih dari 8 rakaat sama ada 20 atau 36 rakaat.
Menurut pendapat jumhur iaitu mazhab Hanafi, Syafi’e dan Hanbali: 20 rakaat (selain Solat Witir) berdasarkan ijtihad Sayyiduna Umar bin Khattab.
Menurut mazhab Maliki: 36 rakaat berdasarkan ijtihad Khalifah Umar bin Abd al-Aziz. Imam Malik dalam beberapa riwayat memfatwakan 39 rakaat[6]. Walau bagaimana pun, pendapat yang masyhur ialah mengikut pendapat jumhur.
Dalil
a) Dalil hanya 8 rakaat:
Solat Tarawih hanya 8 rakaat (menjadi 11 rakaat termasuk 3 rakaat Witir) kerana merujuk kepada hadith dari Sayyidatuna ‘Aisyah:
مَا كَانَ رَسُوْلُ اللَّهِ
“Tidaklah Rasulullah
b) Dalil lebih dari 8 rakaat:
i) Dalil nas khusus:
1) Hadith:
أَنَّهُ
“Rasulullah
Jumlah 11 rakaat tidak boleh dijadikan hujah untuk jumlah rakaat Solat Tarawih kerana Rasulullah
2) Hadith dari Ibn Abbas berkata:
كَانَ رَسُولُ اللهِ
“Adalah Rasulullah
berjamaah, sebanyak dua puluh rakaat ditambah witir.”[9]
3) Dalam Sunan al-Baihaqi dengan isnad yang shahih sebagaimana ucapan Zain ad-Din al-Iraqi dalam kitab Syarh At-Taqrib, dari As-Sa’ib bin Yazid t katanya:
كَانُوا يَقُومُونَ عَلَى عَهْدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ بِعِشْرِينَ رَكْعَةً
“Adalah para sahabat mendirikan solat Tarawih pada zaman Umar bin Al-Khattab
pada bulan Ramadhan dengan dua puluh rakaat.”[10]
Hadith ini telah shahihkan oleh Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Khulashah dan Al-Majmu’, dan ia diakui shahih juga oleh Az-Zayal’i dalam Nashb ar-Rayah, dishahihkan oleh As-Subki dalam Syarh al-Minhaj, Ibn al-Iraqi dalam Thorh at-Tathrib, Al-Aini dalam Umdah al-Qari, Imam Sayuthi dalam Al-Masabih fi Solat at-Tarawih, Ali al-Qari dalam Syarh al-Muwaththo’ dan An-Naimawi dalam Athar as-Sunan dan para ulama’ lain[11].
4) Diriwayatkan dari As-Sa’ib bin Yazid juga, dia berkata:
كنَّا نَقُومُ فِي زَمَنِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رضي الله عنه بِعِشْرِينَ رَكْعَةً وَالْوِتْرِ
“Kami pernah mendirikan (solat Tarawih) pada masa Sayyiduna Umar bin Al-Khattab
dengan dua puluh rakaat dan ditambah Witir.”[12]
5) Diriwayatkan oleh Yazid bin Ruman berkata:
كَانَ النَّاسُ فِي زَمَنِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ يَقُومُونَ فِي رَمَضَانَ بِثَلاَثٍ وَعِشْرِينَ رَكْعَةً
“Adalah orang ramai pada zaman Umar bin Al-Khattab mendirikan solat Tarawih
pada bulan Ramadhan dengan dua puluh tiga rakaat.”[13]
6) Diriwayatkan dari Al-Hasan:
أَنَّ عُمَرَ جَمَعَ النَّاسَ عَلَى أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ فَكَانَ يُصَلِّي لَهُمْ عِشْرِينَ رَكْعَةً
“Sesungguhnya Umar mengumpul orang ramai kepada Ubai ibn Ka’ab, lalu dia (Ubai)
mengimami solat bersama mereka dengan dua puluh rakaat.”[14]
Hadith bernombor 3, 4, 5 dan 6 di atas menunjukkan bahawa para sahabat Nabi
ii) Dalil nas umum:
Antara dalil lain dalam membolehkan ia dibuat lebih dari 11 rakaat ialah firman Allah I:
1)
وَافْعَلُواْ الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Dan kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).”[16]
Mengerjakan amal kebajikan tidak disebutkan di dalam ayat ini secara khusus dan berapa bilangannya. Ia membawa maksud mengerjakan amal kebajikan sebanyak-banyaknya.
2) Disebutkan di dalam hadith:
صَلاَةُ اللَّيْلِ مَثْنىَ مَثْنىَ
“Solat malam itu dilakukan dua rakaat dua rakaat.”[17]
3) Imam Muslim meriwayatkan, Rasulullah
اَلصَّلاَةُ خَيْرُ مَوْضُوعٍ فَمَن شَاءَ اِسْتَقَلَّ وَمَن شَاءَ اِسْتَكْثَرَ
“Solat adalah (termasuk) amal yang terbaik, maka barang siapa berkehendak, dia (boleh) menyedikitkan bilangan rakaatnya dan barang siapa berkehendak, dia (boleh) memperbanyak (bilangan rakaatnya, iaitu menyedikit atau memperbanyakkan solat sunat/ nawafil).”
iii) Kaedah Ushul
1) Kaedah Ushul Fiqh menyebutkan:
مَا أَكْثَرَ فِعْلاً كَانَ أَكْثَرَ فَضْلاً
“Ibadah yang banyak perlakuannya (pekerjaannya),
akan banyak mendapat fadhilat (pahala).”
Kaedah ini berdasarkan hadith Rasulullah
أَجْرُكِ عَلَى نَصَبِكِ
“Pahalamu berdasarkan kadar usahamu.”
Sembahyang adalah ibadat badan yang paling afdhal selepas mengucap dua kalimah syahadah mengikut sebahagian ulama’[18]. Sembahyang Tarawih pula sangat istimewa kerana dilaksanakan pada bulan yang sangat istimewa. Rasulullah
Hadith daripada Salman al-Farisi berkata:
خَطَبَنَا رَسُولُ اللهِ
“Rasulullah
Oleh itu, dari segi bilangan sahaja umpamanya, tentulah 20 rakaat Solat Tarawih lebih baik dari 8 rakaat dan pahalanya tentu sekali lebih banyak. Ini tidak termasuk pahala berapa kali qiyam, ruku’, sujud...., bacaan Surah Al-Fatihah, bacaan surah dan bacaan-bacaan lain ketika sembahyang, pahala mendengar orang membaca Al-Quran di dalam sembahyang, pahala sabar ketika qiyam yang mungkin agak lama dan panjang...jika dilakukan sebanyak 20 rakaat itu. Bolehlah diqiyaskan kepada perlakuan dan pembacaan yang lain yang ada kaitan dengan Solat Tarawih ini...Ta’ammaluu...
2) Kaedah lain menyebutkan:
اَلْمُثْبَتُ مُقَدَّمٌ عَلَى النَّافِي
“Yang menetapkan ada (sesuatu perkara), didahulukan
atas yang tidak menetapkannya.”
Dalam perbahasan Solat Tarawih ini, jika benar hadith Sayyidatuna ‘Aisyah di atas tentang Solat Tarawih, ia tetap tidak boleh dijadikan dalil untuk menolak pendapt Sayyiduna Umar dan para sahabat lain yang mereka ijma’ (sepakat) melaksanakannya dengan 20 rakaat. Dalam perkara ini, Sayyidatuna ‘Aisyah melihat Nabi
Pendapat para ulama’:
Berdasarkan dalil dan kaedah di atas, para ulama’ dalam mazhab Syafi’e (Syafi’iyyah) mengistinbatkan bilangan rakaatnya seperti berikut:
1) Disebutkan di dalam Mukhtashar Al-Muzani:
أَنَّ اْلإِمَامَ الشَّافِعِيَّ رحمه الله قَالَ: رَأَيْتُهُمْ بِالْمَدِينَةِ يَقُومُونَ بِتِسْعٍ وَثَلاَثِينَ وَأَحَبَّ إِلَيَّ عِشْرُونَ لأَنَّهُ رُوِيَ عَنْ عُمَرَ وَكَذَلِكَ بِمَكَّةَ يَقُومُونَ عِشْرِينَ رَكْعَةً يُوتِرُونَ بِثَلاَثٍ.
“Sesungguhnya Imam Syafi’e berkata: Aku telah melihat mereka di Madinah mendirikan (Solat Tarawih) denga 39 rakaat, dan aku menyukai 20 rakaat kerana telah diriwayatkan dari Umar. Dan begitu juga di Makkah, mereka mendirikan 20 rakaat dan mengerjakan Witir dengan 3 rakaat.”
2) Imam Nawawi berkata di dalam Syarh al-Muhazzab:
صَلاَةُ التَّرَاوِيحِ مِنَ النَّوَافِلِ الْمُؤَكَّدَةِ كَمَا دَلَّتْ عَلَى ذَلِكَ اْلأَحَادِيثُ الشَّرِيفَةُ الْمُتَقَدِّمَةُ وَهِيَ عِشْرُونَ رَكْعَةً مِنْ غَيْرِ صَلاَةِ الْوِتْرِ، وَمَعَ الْوِتْرِ تُصْبِحُ ثَلاَثًا وَعِشْرِينَ رَكْعَةً ... عَلَى ذَلِكَ مَضَتِ السُّنَّةُ وَاتَّفَقَتِ اْلأُمَّةُ، سَلَفًا وَخَلَفًا مِنْ عَهْدِ الْخَلِيفَةِ الرَّاشِدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رضي الله عنه وأرضاه – إِلىَ زَمَانِنَا هَذَا ... لَمْ يُخَالِفْ فِي ذَلِكَ فَقِيهٌ مِنَ اْلاَئِمَّةِ اْلأَرْبعَةِ الْمُجْتَهِدِينَ إِلاَّ مَا رُوِىَ عَنْ إِمَامِ دَارِ الْهِجْرَةِ مَالِكٍ بْنِ أَنَسٍ رضي الله عنه اَلْقَوْلُ بِالزِّيَادَةِ فِيهَا، إِلىَ سِتٍّ وَثَلاَثِينَ رَكْعَةً…فِي الرِّوَايَةِ الثَّانِيَةِ عَنْهُ – مُحْتَجًّا بِعَمَلِ أَهْلِ الْمَدِينَةِ فَقَدْ رُوِيَ عَن نَافِعٍ أَنَّهُ قَالَ: أَدْرَكْتُ النَّاسَ يَقُومُونَ رَمَضَانَ بِتِسْعٍ وَثَلاَثِينَ رَكْعَةً يُوتِرُونَ مِنْهَا بِثَلاَثٍ
“Solat Tarawih termasuk di dalam solat Nawafil yang muakkad seperti mana yang ditunjukkan perkara itu oleh hadith-hadith yang mulia yang telah disebut terdahulu. Ia adalah sebanyak dua puluh rakaat selain dari solat Witir. (Jika) bersama Witir maka ia menjadi 23 rakaat…atas jalan inilah berlalunya sunnah dan sepakat ummah, dari kalangan Salaf dan Khalaf dari zaman Khulafa’ ar-Rasyidin Umar ibn Al-Khattab, semoga Allah meredhainya dan dia meredhaiNya juga sampailah ke zaman kita ini…Tidak ada seorang pun ahli feqah dari kalangan empat imam mazhab (Hanafiyyah, Malikiyyah, Syafi’iyyah dan Hanabilah) membantah perkara ini, melainkan apa yang diriwayatkan dari Imam Dar al-Hijrah, Imam Malik bin Anas tentang pendapat yang lebih bilangannya pada solat Tarawih kepada 36 rakaat…Dalam riwayat kedua daripada Imam Malik, iaitu dengan hujahnya beramal dengan amalan penduduk Madinah iaitu: Sesungguhnya diriwayatkan dari Nafi’ sesungguhnya dia berkata: Aku mendapati orang ramai mendiri Ramadhan (solat Tarawih) dengan 39 rakaat dan mereka mendirikan Witir daripadanya sebanyak 3 rakaat…”[21]
Syaikh Muhammad Ali ash-Shabuni[22] menambah:
…أَمَّا الرِّوَايَةُ الْمَشْهُورَةُ عَنْهُ، هِيَ الَّتِي وَافَقَ فِيهَا الْجُمْهُورُ مِنَ الْحَنَفِيَّةِ وَالشَّافِعيَّةِ وَالْحَنَابِلَةِ عَلَى أَنَّهَا عِشْرُونَ رَكْعَةً وَعَلَى ذَلِكَ اتَّفَقَتِ الْمَذَاهِبُ اْلأَرْبعَةُ وَتَمَّ اْلإجْمَاعُ.
“Adapun riwayat yang masyhur daripada Imam Malik, iaitulah yang diittifaqkan Jumhur ulama’ dari kalangan Hanafiyyah, Syafi’iyyah dan Hanabilah atas solat Tarawih itu 20 rakaat. (Oleh itu) atas sebab perkara itulah (iaitu riwayat yang kedua ini), maka jadilah (solat Tarawih sebanyak 20 rakaat) adalah ittifaq empat mazhab dan lengkaplah (ia menjadi) ijma’.”[23]
3) Imam Nawawi juga menyebutkan di dalam Al-Majmu’:
مَذْهَبُنَا أَنَّهَا عِشْرُونَ رَكْعَةً بِعَشْرِ تَسْلِيمَاتٍ غَيْرِ الْوِتْرِ وَذَلِكَ خَمْسُ تَرْوِيحَاتٍ وَالتَّرْوِيحَةُ أَرْبَعُ رَكَعَاتٍ بِتَسْلِيمَتَيْنِ... وَبِهِ قَالَ أَبُو حَنِيفَةَ وَأَصْحَابُهُ وَأَحْمَدُ وَدَاوُدُ وَغَيرُهُمْ وَنَقَلَهُ الْقَاضِيُّ عِيَاضٍ عَن جُمْهُورِ الْعُلَمَاءِ. وَقَالَ مَالِكٌ: اَلتَّرَاوِيحُ تِسْعُ تَرْوِيحَاتٍ وَهِيَ سِتَّةٌ وَثَلاَثِينَ رَكْعَةً غَيْرُ الْوِتْرِ
“Mazhab kami ialah sesungguhnya ia 20 rakaat dengan 10 salam selain Witir. Jadi ada 5 rehat, dan setiap sekali rehat ada 4 rakaat dengan 2 salam…Dan mengikut juga pendapat inilah (iaitu 20 rakaat) oleh Abu Hanifah dan rakan-rakannya, Ahmad, Daud (azh-Zahiri) dan selain dari mereka. Al-Qadhi ‘Iyadh juga menukilkannya dari jumhur ulama’. Imam Malik berkata: Solat Tarawih ada 9 rehat iaitu 36 rakaat selain dari Witir.”
4) Imam Syarbini al-Khatib menyebutkan:
اَلتَّرَاوِيحُ عِشْرُونَ رَكْعَةً بِعَشَرِ تَسْلِيمَاتٍ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِن رَمَضَانَ لِمَا رَوَاهُ الْبَيْهَقِيُّ بِإِسْنَادٍ صَحِيحٍ أَنَّهُمْ كَانُوا يَقُومُونَ عَلَى عَهْدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ بِعِشْرِينَ رَكْعَةً.
“Tarawih itu 20 rakaat dengan 10 salam setiap malam bulan Ramadhan. Demikianlah hadith yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dengan sanad yang shahih bahawasanya sahabat-sahabat Nabi
5) Imam Jalal ad-Din al-Mahalli berkata:
وَرَوَى الْبَيْهَقِيُّ وَغَيْرُهُ بِاْلإِسْنَادِ الصَّحِيحِ كَمَا قَالَ فِي شَرْحِ الْمُهَذَّبِ أَنَّهُمْ كَانُوا يَقُومُونَ عَلَى عَهْدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ بِعِشْرِينَ رَكْعَةً
“Dan Imam Al-Baihaqi dan selainnya meriwayatkan dengan sanad yang shahih seperti yang dikatakan di dalam Syarah al-Muhazzab bahawasanya para sahabat mendirikan solat Tarawih pada zaman Umar bin Al-Khattab pada bulan Ramadhan dengan dua puluh rakaat.”[25]
6) Al-Allamah al-Imam Ar-Ramli berkata:
وَهِيَ عِشْرُونَ رَكْعَةً بِعَشْرِ تَسْلِيمَاتٍ في كُلِّ لَيْلَةٍ مِن رَمَضَانَ، لِمَا رُوِيَ أَنَّهُمْ كَانُوا يَقُومُونَ عَلَى عَهْدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ بِعِشْرِينَ رَكْعَةً
“Dan ia (Solat Tarawih) adalah 20 rakaat dengan 10 salam pada setiap malam dari malam-malam bulan Ramadhan kerana diriwayatkan bahawasanya para sahabat mendirikan solat Tarawih pada zaman Umar bin Al-Khattab pada bulan Ramadhan dengan dua puluh rakaat.”[26]
7) Imam Zainuddin bin Abd al-Aziz al-Malibari dalam kitab Fath al-Mu’in menyimpulkan bahawa solat Tarawih hukumnya sunat yang jumlahnya 20 rakaat:
وَصَلاَةُ التَّرَاوِيحِ سُنَّةٌ مُؤَكَّدَةٌ وَهِيَ عِشْرُونَ رَكْعَةً بِعَشْرِ تَسْلِيمَاتٍ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ لِخَبَرٍ (( مَن قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاِحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِهِ )) وَيَجِبُ التَّسْلِيمُ مِن كُلِّ رَكْعَتَيْن فَلَوْ صَلَّى أَرْبَعًا مِنْهَا بِتَسْلِيمَةٍ لَمْ تَصِحُّ.
“Solat Tarawih hukumnya sunat, 20 rakaat dan 10 salam pada setiap malam di bulan Ramadhan. Kerana ada hadith: Barang siapa melaksanakan (solat Tarawih) di malam Ramadhan dengan iman dan mengharap pahala, maka dosanya yang terdahulu diampuni. Setiap dua rakaat harus salam. Jika solat Tarawih 4 rakaat dengan satu kali salam maka hukumnya tidak sah……”[27]
8) Di dalam kitab Rahmah al-Ummah fi Ikhtilaf al-Aimmah karangan Al-Allamah Abi Abdillah Muhammad bin Abdur Rahman ad-Dimasyqi al-Uthmani asy-Syafi’e pada Hamisy al-Mizan al-Kubra menyatakan:
فَصْلٌ: وَمِنَ السُّنَنِ صَلاَةُ التَّرَاوِيحِ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ عِندَ أَبِي حَنِيفَةَ وَالشَّافِعِي وَأَحْمَدَ
وَهِيَ عِشْرُونَ رَكْعَةً بِعَشْرِ تَسْلِيمَاتٍ وَفِعْلُهَا فِي الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ
“(Fasal): Dan termasuk dari solat-solat sunat ialah Solat Tarawih pada bulan Ramadhan di sisi Abu Hanifah, Syafi’e dan Ahmad iaitu ia adalah sebanyak 20 rakaat dengan 10 salam. Dan mendirikannya secara berjama’ah adalah afdhal.” [28]
9) Syaikh Abd al-Qadir ar-Rahbawi menyebutkan di dalam kitabnya As-Solah ‘ala al-Mazahib al-Arba’ah:
وَعَدَدُ رَكْعِتِهَا عِشْرُونَ رَكْعَةً. وَهَذَا الَّذِي بَيَّنَهُ عُمَرُ بْنِ الْخَطَّابِ رضي الله بِفِعْلِهِ عِندَمَا جَمَعَ النَّاسَ أَخِيرًا فِي الْمَسْجِدِ، وَصَلاَتِهِمْ خَلْفَ إِمَامٍ وَاحِدٍ، وَوَافَقَهُ الصَّحَابَةُ عَلَى ذَلِكَ وَلَمْ يَكُن لَهُمْ مُخَالِفٌ مِمَّن بَعْدَهُمْ مِنَ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ...
“Dan bilangan rakaatnya (Solat Tarawih) 20 rakaat. Dan inilah yang diterangkan oleh Sayyiduna Umar bin Al-Khattab dengan perbuatannya ketika mengumpulkan para sahabat akhirnya dalam masjid. Dan (menyuruh) mereka bersembahyang di belakang seorang imam. Para sahabat bersetuju atas perbuatannya itu dan tidak ada seorangpun Khalifah yang datang selepas mereka (selepas sahabat) yang menyalahkan mereka (Umar dan generasi sahabat yang melakukan 20 rakaat).”[29]
10) Mufti Besar Negara Mesir, Al-Allamah Syaikh Ali Jum’ah[30] menyebutkan di dalam kitabnya Al-Bayan Lima Yasyghal al-Azhan:
وَالْحَقُ أَنَّ اْلأُمَّةَ أَجْمَعَتْ عَلَى أَنَّ صَلاَةَ التَّرَاوِيحِ عِشْرِينَ رَكْعَةً مِنْ غَيْرِ الْوِتْرِ، وَثَلاَثَ وَعِشْرِينَ رَكْعَةً بِالْوِتْرِ، وَهُوَ مُعْتَمَدُ الْمَذَاهِبِ الْفِقْهِيَّةِ اْلأَرْبَعَةِ: اَلْحَنَفِيَّةِ وَالْمَالِكِيَّةِ فِي الْمَشْهُورِ وَالشَّافِعِيَّةِ وَالْحَنَابِلَةِ.
“Dan yang benarnya (dalam perkara rakaat Tarawih) ialah, sesungguhnya umat Islam telah ijma’ ke atas Solat Tarawih itu 20 rakaat tidak termasuk Witir, dan 23 rakaat termasuk Witir yang mana itulah yang mu’tamad (dipegang) oleh mazhab-mazhab feqah yang empat: Mazhab Hanafi, pendapat yang masyhur dalam mazhab Maliki, mazhab Syafi’e dan mazhab Hanbali.”[31]
11) Di dalam kitab Al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah disebutkan:
وَقَدْ ثَبَّتَ أَنَّ صَلاَةَ التَّرَاوِيحِ عِشْرُونَ رَكْعَةً سِوَى الْوِتْرِ
“Dan sesungguhnya telah tetaplah (thabit) bahawa Solat Tarawih adalah 20 rakaat (menurut semua imam mazhab) selain Witir[32].
12) Disebutkan di dalam kitab Al-Hady an-Nabawi ash-Shahih fi Solah at-Tarawih karangan Syaikh Muhammad Ali ash-Shabuni:
قَالَ اْلإِمَامُ التِّرْمِذِي فِي جَامِعِهِ اَلْمُسَمَّى سُنَنِ التِّرْمِذِي: أَكْثَرَ أَهْلُ الْعِلْمِ عَلَى مَا رُويَ عَنْ عُمَرَ، وَعَلِيٍّ وَغَيْرِهِمَا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ
“Al-Imam At-Tirmizi berkata di dalam kitab Jami’nya yang bernama Sunan at-Tirmizi: Kebanyakan Ahl al-Ilm di atas pendapat seperti yang diriwayatkan dari Sayyiduna Umar, Sayyiduna Ali dan selain keduanya dari para sahabat Nabi
Ibn Rusyd menyebutkan di dalam Bidayah al-Mujtahid:
اِخْتَارَ مَالِكٌ – فِي أَحَدِ قَوْلَيْهِ – وَأَبُو حَنِيفَةَ وَالشَّافِعِي وَأَحْمَدُ اَلْقِيَامُ
بِعِشْرِينَ رَكْعَةً سِوَى الْوِتْرِ.
“Imam Malik telah memilih –dalam salah satu di antara dua pendapatnya-,
juga Abu Hanifah, Syafi’e, Ahmad dengan 20 rakaat selain Witir.” [33]
Seterusnya Syaikh Muhammad Ali ash-Shabuni menyebutkan:
“Bahawa kedua Haramaian (Masjidil Haram dan Masjid Nabawi) juga menjadi panduan dan ikutan kita dalam perkara Solat Tarawih 20 rakaat ini yang mana kedua-dua masjid suci ini mendirikan Solat Tarawih dengan 20 rakaat sejak zaman dahulu lagi sehingga sekarang.”[34]
Pendapat mazhab lain:
1) Mazhab Hanafi
Syaikh As-Sarakhsi menyebutkan:
إِنَّهَا عِشْرُونَ رَكْعَةً سِوَى الْوِتْرِ عِندَنَا، وَقَالَ مَالِكٌ: اَلسُّنَّةُ فِيهَا سِتَّةٌ وَثَلاَثونَ
“Sesungguhnya ia (Tarawih) 20 rakaat selain Witir di sisi kami, dan Malik berkata: Sunnah padanya 36 rakaat.”[35]
Syaikh Al-Kasani menyokong pendapat tersebut dengan mengatakan:
وَأَمَّا قَدْرُهَا فَعِشْرُونَ رَكْعَةً فِي عَشَرِ تَسْلِيمَاتٍ، فِي خَمْسِ تَروِيحَاتٍ، كُلُّ تَسْلِيمَتَيْنِ تَرْوِيحَةٌ، وَهَذَا قَوْلُ عَامَّةِ الْعُلمَاءِ
“Dan adapun kadarnya maka (ia adalah) 20 rakaat dalam 10 kali salam, 5 kali rehat, setiap 2 kali salam ada 1 rehat. Dan inilah pendapat kebanyak ulama’.”[36]
Pendapat ini disokong pula oleh Al-Allamah Ibn Abidin di dalam Hasyiahnya:
(قَوْلُهُ وَهِيَ عِشْرُونَ رَكْعَةً) هُوَ قَوْلُ الْجُمْهُورِ، وَعَلَيْهِ عَمَلَ النَّاسُ شَرْقًا وَغَرْبًا
“(Perkataannya: Dan ia 20 rakaat) adalah pendapat jumhur, dan atas pendapat inilah orang ramai beramal di timur dan barat.”[37]
2) Mazhab Maliki
Apa yang masyhur dalam mazhab Maliki ialah pendapat yang mengikut jumhur (iaitu 20 rakaat). Al-Allamah Ad-Dardir berkata:
(وَالتَّرَاوِيحُ ): بِرَمَضَانَ (وَهِيَ عِشْرُونَ رَكْعَةً) بَعْدَ صَلاَةِ الْعِشَاءِ، يُسَلِّمُ مِن كُلِّ رَكْعَتَيْنِ غَيْرَ الشَّفع وَالْوِتْرِ. (وَ) نَدِبَ (الْخَتْمُ فِيهَا): أَيْ اَلتَّرَاوِيحِ، بِأَن يَقْرَأَ كُلَّ لَيْلَةٍ جُزْءًا يُفَرِّقُهُ عَلَى الْعِشْرِينَ رَكْعَةً.
“(Dan Tarawih): pada bulan Ramadhan (iaitu 20 rakaat) selepas Solat Isya’, salam pada setiap 2 rakaat selain…. Dan Witir. (Dan) Sunat (mengkhatamkan Al-Quran dalamnya): iaitu ketika Tarawih dengan cara membaca satu juzu’ pada setiap malam yang dibahagi-bahagi dalam 20 rakaat.”[38]
Al-Allamah An-Nafrawi menyebutkan pendapat yang menguatkan pendapat jumhur ulama’ (20 rakaat) dan pengikut mazhab Maliki kembali kepada pendapat ini kerana ia adalah salah satu pendapat Imam Malik sendiri dengan katanya:
(كَانَ السَّلَفُ الصَّالِحُ) وَهُمُ الصَّحَابَةُ (يَقُومُونَ فِيهِ) فِي زَمَنِ خِلاَفَةِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ. وَبِأَمْرِهِ كَمَا تَقَدَّمَ (فِي الْمَسَاجِدَ بِعِشْرِينَ رَكْعَةً) وَهُوَ اِخْتِيَارُ أَبِي حَنِيفَةَ وَالشَّافِعِيِّ وَأَحْمَدَ. وَالْعَمَلُ عَلَيْهِ اْلآنَ فِي سَائِرِ اْلأَمْصَارِ. (ثُمَّ) بَعْدَ صَلاَةِ الْعِشْرِينَ ( يُوتِرُونَ بِثَلاَثٍ) مِن بَابِ تَغْلِيبِ اْلأَشْرَفِ لاَ أَنَّ الثَّلاَثَ وِتْرٌ، لأَنَّ الْوِتْرَ رَكْعَةٌ وَاحدَةٌ كَمَا مَرَّ، - إِلَى أَن قَالَ – وَاسْتَمَرَّ عَمَلَ النَّاسُ عَلَى الثَّلاَثَةِ وَالْعِشْرِينَ شَرْقًا وَغَرْبًا. (ثُمَّ) بَعْدَ وَقَعَةِ الْحَرَّةِ بِالْمَدِينَةِ (صَلُّوا) أَيْ اَلسَّلَفُ الصَّالِحُ غَيْرَ الَّذينَ تَقَدَّمُوا، لأَنَّ الْمُرَادَ بِهمْ هُنَا مَن كَانَ فِي زَمَنِ عُمَرَ بْنَ عَبْدِ الْعَزِيزِ (بَعْدَ ذَلِكَ) اَلْعَدَدُ الَّذِي كَانَ فِي زَمَنِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ (سِتًّا وَثَلاَثِينَ رَكْعَةً غَيْرَ الشَّفْعِ وَالْوِتْرِ) - إِلَى أَن قَالَ - : وَهَذَا اِخْتَارَهُ مَالِكٌ فِي الْمُدَوَّنَةِ وَاسْتَحْسَنَهُ. وَعَلَيْهِ عَمَلَ أَهْلُ الْمَدِينَةِ. وَرَجَحَ بَعْضُ أَتْبَاعِهِ اَلأَوَّلَ الَّذِي جَمَعَ عُمَرُ بْنِ الْخَطَّابِ النَّاسَ عَلَيْهَا لاِسْتِمْرَارِ الْعَمَلِ فِي جَمِيعِ اْلأَمْصَارِ عَلَيْهِ.
“Adalah Salafus Soleh) iaitu para sahabat (mendirikan padanya) iaitu pada zaman kekhalifahan Umar bin Al-Khattab. Dan dengan arahannya seperti yang disebutkan terdahulu (untuk mendirikannya) (di masjid-masjid dengan 20 rakaat) iaitulah pendapat yang dipilih oleh Abu Hanifah, Syafi’e dan Ahmad, dan itulah yang diamalkan sekarang di seluruh tempat. (Kemudian) selepas solat 20 rakaat (mereka mendirikan Witir dengan 3 rakaat) iaitu termasuk dalam bab melebihkan, bukanlah 3 rakaat itu dinamakan Witir, kerana Witir itu 1 rakaat sahaja seperti yang telah dijelaskan…-sehinggalah kepada perkataannya- Dan berterusanlah perbuatan orang ramai dengan 23 rakaat ini, di timur dan barat. (Kemudian) selepas berlakunya kemarau di Madinah (mereka sembahyang) iaitu ‘Salafus Soleh’ bersembahyang tidak seperti yang mereka telah dilakukan. Yang dimaksudkan ‘Salafus Soleh’ di sini ialah mereka yang berada pada masa Umar bin Abdul Aziz (selepas itu) (tidak seperti) bilangan yang telah dilakukan pada masa Umar bin Al-Khattab (iaitu dalam masa Umar bin Abdul Aziz, mereka melakukannya dengan) (36 rakaat tidak termasuk genap dan Witir) - sehinggalah kepada perkataannya-: Dan inilah yang dipilih oleh Imam Malik di dalam mudawwanah dan dia menganggap ia adalah baik (iaitu 36 rakaat itu). Dan pendapat ini menjadi pegangan penduduk Madinah. Dan sebahagian pengikut Imam Malik pendapat pertama (iaitu 20 rakaat) yang mana Umar bin Al-Khattab telah mengumpul orang ramai dengan bilangan ini agar amalan ini berterusan dilakukan di seluruh tempat.”[39]
3) Mazhab Hanbali
Al-Allamah Ibn Qudamah al-Maqdisi berkata:
وَالْمُخْتَارُ عِندَ أَبِي عَبْدِ اللهِ فِيهَا عِشْرُونَ رَكْعَةً. وَبِهَذَا قَالَ الثَّوْرِيُّ وَأَبُو حَنِيفَةَ وَالشَّافِعِيُّ. وَقَالَ مَالِكٌ: سِتَّةُ وَثَلاَثُونَ. وَزَعَمَ أَنَّهُ اْلأَمْرَ الْقَدِيمَ، وَتَعَلَّقَ بِفِعْلِ أَهْلِ الْمَدِينَةِ، فَإِنَّ صَالِحًا مَوْلَى التَّوْأَمَةَ قَالَ: أَدْرَكْتُ النَّاسَ يَقُومُونَ بِإِحْدَى وَأَرْبَعِينَ رَكْعَةً يُوتِرُونَ منْهَا بِخَمْسٍ.
“Dan (pendapat) yang dipilih di sisi Abu Abdullah (gelaran kepada Imam Ahmad bin Hanbal) padanya 20 rakaat. Dan inilah juga pendapat Sufyan Ath-Thuri, Abu Hanifah dan Syafi’e. Malik berkata: 36 (rakaat). Beliau mendakwa ia adalah perkara yang lama dan menghubungkan pendapatnya dengan perbuatan penduduk Madinah. Soleh maula kepada At-Tau’amah berkata: Aku mendapati orang ramai mendirikan (Solat Tarawih) sebanyak 40 rakaat dan melakukan Solat Witir 5 rakaat.”[40]
Al-Allamah Al-Bahuti menukilkan pendapat yang dipegang dalam mazhab Hanbali dengan katanya:
سُمِيَتْ بِذَلِكَ لأَنَّهُمْ يَجْلِسُونَ بَيْنَ كُلِّ أَرْبَعَ يَسْتَرِيحُونَ، وَقِيلَ مَشَقَّةٌ مِنَ الْمَرَاوَحَةِ وَهِيَ التِّكْرَارُ فِي الْفِعْلِ، وَهِيَ (عِشْرُونَ رَكْعَةً فِي رَمَضَانَ) لِمَا رَوَى مَالِكٌ، عَن يَزِيدٍ بْنِ رُومَانَ، قَالَ: كَانَ النَّاسُ يَقُومُونَ فِي زَمَنِ عُمَرَ فِي رَمَضَانَ بِثَلاَثٍ وَعِشْرِينَ.
“Dinamakan begitu kerana mereka duduk di antara setiap 4 rakaat berehat. Dan dikatakan, kesusahan dari…. Iaitu pengulangan pada perbuatan iaitu (20 rakaat pda bulan Ramadhan) mengikut apa yang diriwayatkan oleh Malik dari Yazid bin Ruman berkata: “Adalah manusia mendirikan solat Tarawih pada zaman Umar pada bulan Ramadhan dengan dua puluh tiga rakaat.”[41]
Pendapat Syaikh Ibn Taimiyyah dan Syaikh Abdullah bin Muhammad bin Abd al-Wahhab
Syaikh Muhammad Ali ash-Shabuni menyebutkan:
…..Syaikh Ibn Taimiyyah menyebutkan di dalam Al-Fatawa:
ثَبَتَ أَنَّ أُبَي بْنِ كَعْبٍ، كَانَ يَقُومُ بِالنَّاسِ عِشْرِينَ رَكْعَةً فِي رَمَضَانَ وَيُوَتِّرُ بِثَلاَثٍ فَرَأَى كَثِيرٌ مِنَ الْعُلَمَاءِ أَنَّ ذَلِكَ هُوَ السُّنَّةُ لأَنَّهُ قَامَ بَيْنَ الْمُهَاجِرِينَ وَاْلاَنصَارِ وَلَمْ يُنكِرُهُ مُنكِرٌ.
“Telah thabit sesungguhnya Ubay ibn Ka’ab telah mendirikan (solat Tarawih) bersama orang ramai sebanyak 20 rakaat pada bulan Ramadhan dan dia solat Witir dengan 3 rakaat. Maka orang ramai melihat perbuatan itu adalah sebagai sunnah kerana bahawasanya dia mendirikannya di antara sahabat dari Muhajirin dan Anshar dan tidak ada seorangpun yang menegahnya.”
Di dalam Majmu’ al-Fatawa an-Najdiyyah disebutkan bahawa Syaikh Abdullah bin Muhammad bin Abd al-Wahhab menyebutkan di dalam jawapannya tentang bilangan rakaat Tarawih:
أَنَّ عُمَرَ رضي الله عنه لَمَّا جَمَعَ النَّاسَ عَلَى أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ كَانَتْ صَلاَتُهُمْ عِشْرِينَ رَكْعَةً.
“Sesungguhnya Umar ketika mengumpulkan orang ramai bersama Ubay ibn Ka’ab, adalah solat mereka (ketika itu) sebanyak 20 rakaat.” [42]
Hujah kepada pendapat yang mengatakan rakaat Tarawih hanya 8 rakaat (dan menjadi 13 termasuk solat Witir)
1) Jumlah 13 rakaat bukan untuk Solat Tarawih, tetapi solat malam (Qiyamullail) atau Solat Witir
Syaikh Muhammad bin ‘Allan dalam kitab Dalil al-Falihin menerangkan bahawa:
“Hadith di atas adalah hadith tentang Solat Witir kerana Solat Witir itu paling banyak hanya sebelas rakaat, tidak boleh lebih. Hal itu terlihat dari ucapan ‘Aisyah bahawa:
مَا كَانَ رَسُوْلُ اللَّهِ
“Tidaklah Rasulullah
tidak pula pada bulan lainnya lebih sebelas rakaat….”
sedangkan solat Tarawih atau “Qiyam Ramadhan” hanya ada pada bulan Ramadhan sahaja.” [43]
Syaikh Al-Khan mengatakan di dalam Al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam asy-Syafi’i:
“Solat Tarawih hanyalah dilaksanakan pada malam bulan Ramadhan.”[44]
K.H. Siradjuddin Abbas berkata:
“Sembahyang yang dikatakan oleh Ummul Mu’minin Siti ‘Aisyah yang bahwa Nabi Muhammad
Beliau (K.H. Siradjuddin Abbas) menulis bahawa Imam Bukhari ketika meletakkan hadith ‘Aisyah ini di dalam Shahihnya, beliau (Imam Bukhari menulis):
بَابُ قِيَامِ النَّبِيِّ
“Bab pada menyatakan Qiyam Nabi
pada bulan Ramadhan dan pada bulan selainnya.”
Komen dari beliau ialah:
“Ini petunjuk bahwa Imam Bukhari juga berpendapat bahwa sembahyang ini bukan Sembahyang Tarawih, tetapi Sembahyang Tahajjud Malam yang dikerjakan dalam bulan Ramadhan dan luar Ramadhan.”[46]
Syaikh Abdullah bin Ibrahim al-Anshari[47] di dalam muqaddimah kitab Al-Hady an-Nabawi ash-Shahih fi Solah at-Tarawih menyebutkan:
أَمَّا حُجَّةُ مَن يَحْتَجُّ بِحَدِيثِ عَائِشَةَ مِنْ أَنَّ رَسُولَ اللهِ
وَلَعَلَّ أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ تَحْكِى غَالِبَ مَا كَانَ عَلَيْهِ رَسُولُ اللهِ
“Adapun hujah orang yang berhujah dengan hadith ‘Aisyah di mana sesungguhnya Rasulullah
Dan bolehlah dianggapkan bahawa Ummul Mukminin (dalam mengatakan tentang 13 rakaat itu) menceritakan apa yang selalu dilakukan oleh Rasulullah
Mungkin juga hadith Sayyidatuna ‘Aisyah menunjukkan Solat Witir kerana ia adalah solat malam yang dilaksanakan dengan 1 atau 3 atau 5 atau 7 atau 9 atau 11, yang dilakukan selepas solat Isya’, dilaksanakan pada bulan Ramadhan dan luar Ramadhan[50].
Al-Mukarram H.M.H. Alhamid Alhusaini di dalam bukunya Risalah Tentang Beberapa Soal Khilafiyah[51] mengatakan bahawa hadith ‘Aisyah tidak boleh dijadikan alasan kerana 2 sebab:
1- Hadith daripada ‘Aisyah menunjukkan apa yang dilihat oleh ‘Aisyah ketika giliran Baginda
Di dalam hadith dari ‘Aisyah menyebutkan:
مَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ
“Aku tidak pernah melihat Rasulullah
Walau bagaimana pun, terdapat hadith lain yang jelas menunjukkan Rasulullah
أَوْصَانِي حَبِيبِي بِثَلاَثٍ لَنْ أَدْعُهُنَّ مَا عِشْتُ: بِصِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ كُلَّ شَهْرٍ وَصَلاَةِ الضُّحَى وَبِأَن لاَّ أَنَامَ حَتَّى أُوتِرَ
“Kekasihku (Rasulullah
Di dalam hadith dari Abd ar-Rahman bin Abi Laila menyebutkan:
مَا أَخْبَرَنِي أَحَدٌ أَنَّهُ رَأَى النَّبِيُّ
“Tidak ada seorang pun yang pernah memberitahu kepadaku bahawa dia pernah Nabi
Pernyataan Sayyidatuna ‘Aisyah bahawa Nabi
2) Hadith lain menunjukkan Rasulullah
Hadith dari Ibn Abbas mengatakan:
كَانَ رَسُولِ اللهِ
“Adalah Rasulullah
Hadith dari Ali bin Abi Tholib pula menyatakan:
كَانَ رَسُولِ اللهِ
“Adalah Rasulullah
Dalam hadith dari Zaid bin Khalid al-Jahni pula mengatakan bahawa Rasulullah
Semua hadith ini menunjukkan bahawa sembahyang malam Rasulullah
2) Kedudukan istimewa para sahabat
Pendapat dan kedudukan para sahabat adalah sangat istimewa, terutamanya Sayyiduna Umar dan Kibar ash-Shahabah (para sahabat yang utama) yang hendaklah diikuti oleh umat Islam. Sabda Rasulullah
فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ مِن بَعْدِي
"Maka hendaklah kamu berpegang teguh kepada sunatku
dan sunat al-Khulafa' Ar-Rasyidun sesudah aku.”[57]
Oleh itu, Sayyiduna Umar tidak mungkin mengada-adakan sesuatu tanpa ada asas pendapat dari Rasulullah
Al-Allamah Taqiy ad-Din Abu Bakr bin Muhammad al-Husaini al-Hushni ketika menyebutkan tentang ijtihad Sayyiduna Umar menyuruh 20 rakaat itu menyatakan di dalam kitabnya Kifayah al-Akhyar fi Hall Ghayah al-Ikhtishar:
وَأَجْمَعَ الصَّحَابَةُ مَعَهُ عَلَى ذَلِكَ
“Dan para sahabat telah ijma’ bersama (pendapat)nya atas perkara itu (mengerjakan Tarawih 20 rakaat secara berjemaah dengan dipimpin oleh seorang imam di masjid).”[58]
K.H. Siradjudin Abas menulis:
“Saidina Umar, seorang Sahabat Nabi
Drs. K.H. Achmad Masduqi Machfudh dalam tulisannya telah menukilkan pendapat yang ditulis oleh Almarhum K.H. Ali Ma’sum Krapyak, Yogyakarta dalam bukunya berjudul Hujjah Ahlus Sunnah wal Jamaah:
“…..Imam Abu Hanifah telah ditanya tentang apa yang telah dilakukan oleh Khalifah Umar bin Khattab t Beliau menjelaskan, “Solat Tarawih adalah sunnah muakkadah. Umar t tidak menentukan bilangan 20 rakaat tersebut dari kehendaknya sendiri. Dalam hal ini beliau bukanlah orang yang berbuat bid’ah. Beliau tidak memerintahkan solat 20 rakaat, kecuali berasal dari sumber pokoknya iaitu dari Rasulullah
3) Jika benar jumlah 11 rakaat itu untuk Solat Tarawih (dan Witir), ia adalah apa yang dilihat oleh Sayyidatuna ‘Aisyah sahaja
Sebahagian yang lain mengatakan, jumlah yang dikatakan oleh Sayyidatuna ‘Aisyah, kerana mungkin itulah dilihat oleh Sayyidatuna ‘Aisyah ketika giliran Rasulullah
Renungan:
Syaikh Ali Jum’ah ketika menjawab persoalan berapa rakaat Tarawih ini menyebutkan di awal jawapannya:
“Bahawa terdapat golongan yang dengan lantang menyalahkan para Aimmah (Imam-imam mazhab) dan umat yang terdahulu, mengingkari mereka dengan ingkar yang keras dan menuduh para Aimmah dan umat ini melakukan bid’ah (dhalalah). Mereka juga mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah dengan kata mereka: “Tidak boleh menambah lebih dari 8 rakaat pada Solat Tarawih”. “[62]
Beliau menulis lagi:
وَلَمْ تَعْرِفِ اْلأُمَّةُ الْقَوْلَ بِأَنَّ صَلاَةَ التَّرَاوِيحِ ثَمَانُ رَكَعَاتٍ إِلاَّ فِي هَذَا الزَّمَانِ، وَسَبَبُ وُقُوعِهِمْ فِي تِلْكَ الْمُخَالَفَةِ اَلْفَهْمُ الْخَاطِئُ لِلسُّنَّةِ النَّبَوِيَّةِ، وَعَدَمُ قُدْرَتِهِمْ عَلَى الْجَمْعِ بَيْنَ اْلأَحَادِيثِ، وَعَدَمُ اِلْتِفَاتِهِمْ إِلَى اْلإِجْمَاعِ الْقَوْلِي وَالْفِعْلِي مِن لَّدُنِ الصَّحَابَةِ إِلَى يَوْمِنَا هَذَا، فَاسْتَشْهَدُوا بِحَدِيثِ عَائِشَةَ رضي الله عنها...
“Dan umat Islam tidak pernah tahu adanya pendapat yang mengatakan bahawasanya Solat Tarawih itu 8 rakaat kecuali pada zaman ini (zaman moden ini). Dan sebab terjatuhnya mereka ke dalam perkara khilafiyyah itu ialah kerana kefahaman yang salah kepada sunnah Nabi
Beliau seterusnya memberi komentar tentang golongan yang keras ini dengan katanya:
إِن لَمْ يَكُن مُسْتَنِدُ الأُمَّةِ فِعْلَ سَيِّدنَا عُمَرَ فَلِمَ تُؤَدِّي التَّرَاوِيحَ فِي جَمَاعَةٍ فِي الْمَسْجِدِ عَلَى إِمَامٍ وَاحِدٍ، وَكَأَنَّ هَؤُلاَءِ يَأْخُذُونَ مِن سُنَّةِ سَيِّدِنَا عُمَرَ جَمْعَ النَّاسِ عَلَى إِمَامٍ طَالَ الشَّهْرُ وَهُوَ مَا لَمْ يَفْعَلْهُ النَّبِيُّ
“Jika tidak berlaku sandaran umat kepada perbuatan Sayyiduna Umar, kenapakah umat Islam menunaikan Solat Tarawih secara berjemaah di masjid di belakang seorang imam?[64]. Dan adalah mereka[65] itu seolah-olah mengambil salah satu sunah (perlakuan) Sayyiduna Umar umpamanya mengumpulkan orang ramai di belakang seorang imam (untuk sembahyang Tarawih) sepanjang bulan Ramadhan, sedangkan perkara ini tidak pernah dilakukan Nabi
Kesimpulan:
1) Pendapat yang paling kuat tentang jumlah rakaat solat Tarawih adalah 20 rakaat. Inilah yang dipilih oleh ulama’ Hanafiyyah, Malikiyyah, Syafi’iyyah dan Hanabilah[71]. Ia telah menjadi ittifaq empat mazhab dan menjadi ijma’ di kalangan ulama’[72]. Walau bagaimana pun, kepada sesiapa yang melaksanakan Solat Tarawih 8 rakaat (menjadi 11 termasuk 3 rakaat Witir), juga mempunyai asasnya.
2) Hadith yang diriwayatkan oleh Sayyidatuna ‘Aisyah di atas lebih menunjukkan sunnahnya perlaksanaan solat-solat Sunat pada waktu malam (Nafilah Qiyam al-Lail) dan bukannya sunnahnya perlaksanaan Solat Tarawih[73].
3) Jumlah rakaat Tarawih ini hanyalah masalah furu’iyyah/ khilafiyyah yang tidak seharusnya menimbulkan bimbit-bimbit perpecahan di dalam masyarakat terutamanya masyarakat Islam di Malaysia yang sejak dahulu lagi sudah melaksanakan Solat Tarawih dengan 20 rakaat.
4) Pendapat yang mengatakan bid’ah (dhalalah) orang yang mengerjakan Solat Tarawih lebih dari 8 rakaat atau “ia seperti menambah Solat Zohor menjadi 5 rakaat”, adalah pendapat yang kurang cermat dalam beristidlal. Hendaklah kita sentiasa insaf dan menyedari kemampuan keilmuan diri sendiri di bandingkan dengan ketokohan, keluasan ilmu, kefahaman dan bashirah serta ketinggian ubudiyyah para ulama’ mu’tabar terdahulu dan sekarang.
5) Bulan Ramadhan ialah bulan beramal yang seharusnya amal ubudiyyah ditingkat dan digandakan kerana ganjaran besar yang dijanjikan Allah. Secara zahirnya, tentulah semakin banyak amal kebajikan dibuat, maka semakin besarlah juga ganjaran pahalanya. Walau bagaimana pun, setiap amalan mestilah disertai dengan ikhlas.
Antara tulisan yang boleh dirujuk dalam masalah ini ialah Al-Mashabih fi Solah at-Tarawih[74], karangan Imam Sayuthi, Al-Hady an-Nabawi ash-Shahih fi Solah at-Tarawih[75], karangan Syaikh Muhammad Ali ash-Shabuni, Tahqiq Ahkam Ba’dh Ummahat as-Solawat an-Nafilah[76], karangan Syaikh Muhammad Zaki Ibrahim, Al-Bayan lima Yasyghal al-Azhan[77], karangan Syaikh Ali Jum’ah dan Risalah Tentang Beberapa Soal Khilafiyah[78], H.M.H. Alhamid Alhusaini lain-lain.
Bagi mereka yang inginkan penjelasan lebih jelas tentang hadith Solat Tarawih dan perbahasannya secara ilmiah dan mudah serta pendapat golongan yang mengharamkan lebih rakaat pada Solat Tarawih dan jawapan kepada pendapat ini, bolehlah merujuk buku Tashhih Hadith Shalah at-Tarawih ‘Isyrin Rak’ah wa Ar-Radd ‘ala Al-Albani fi Tadh’ifih (Membetulkan Hadith Solat Tarawih 20 Rakaat dan Penolakan atas Al-Albani kerana Mendhaifkannya), karangan Syaikh Ismail bin Muhammad al-Anshari, anggota Dewan Mufti (Dar al-Ifta’), Kerajaan Arab Saudi.
[1] Jawapan ini dinukilkan sepenuhnya daripada buku Menjawab Persoalan Khilafiyyah, tulisan dan susunan Al-Faqir, Ustaz Muhadir bin Haji Joll. (Buku ini akan berada di pasaran sedikit masa lagi, InsyaAllah).
[2] sunat yang sangat dituntut untuk mengerjakannya bagi lelaki dan perempuan.
[3] Lihat Al-Hady an-Nabawi ash-Shahih fi Solah at-Tarawih, Syaikh Muhammad Ali ash-Shabuni, Jeddah, 1404H/1983M, ms. 38.
[4] Ibid, ms. 49-50.
[5] Lihat Lisan al-Arab, 1/615, perkataan: رَوَحَ rawaha.
[6] Lihat dalam Nail al-Author, 3/289.
[7] Muttafaq alaih dan An-Nasa’i.
[8] Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
[9] Riwayat Al-Baihaqi, Ath-Thobrani dan Abd bin Humaid. Walau bagaimana pun, Imam Sayuthi mengatakan: “Hadith ini Dhaif jiddan (terlalu dhaif) tidak boleh digunakan untuk berhujah”. (Lihat Al-Mashabih fi Solah at-Tarawih di dalam Rasa’il Hammah wa Mabahith Qayyimah, Bogor: Ma’had az-Zain al-Makki al-Ali li at-Tafaqquh fi ad-Din, Cetakan Pertama, 1428H/2007M, ms. 172. Kitab Rasa’il Hammah wa Mabahith Qayyimah ini adalah susunan Syaikhuna, Al-Faqih Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki. Kitab berbahasa Arab ini setebal 592 muka surat. Syaikh Muhammad Nuruddin telah mengumpul dan menyusun sebanyak 15 buah risalah dan 25 buah perbahasan yang diambil dari kitab-kitab tulisan para ulama’ muktabar termasuklah Al-Allamah al-Imam Ibn Al-Mulqan (guru Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani), Imam Al-Hafiz Jalal ad-Din as-Sayuthi, Al-Allamah Yusuf ad-Dijwi, Al-Allamah Zahid Al-Kauthari, Al-Allamah Syaikh Ismail Uthman Zain al-Yamani dan Al-Allamah Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki).
[10] As-Sunan al-Kubra, Al-Baihaqi, pada bab Apa yang diriwayatkan Tentang Bilangan Rakaat Qiyam pada Bulan Ramadhan, 2/496.
[11] Tashhih Hadith Shalah at-Tarawih ‘Isyrin Rak’ah wa Ar-Radd ‘ala al-Albani fi Tadh’ifih, karangan Syaikh Ismail bin Muhammad al-Anshari, ms. 7.
[12] Riwayat Al-Baihaqi. Imam Nawawi di dalam Khulashah mengatakan Isnadnya shahih.
[13] Riwayat Malik dalam Al-Muwaththo’.
[14] Ibn Qudamah di dalam Al-Mughni mengatakan bahawa ia diriwayatkan oleh Abu Daud.
[15] Lihat 40 Masalah Agama, K.H. Siradjuddin Abbas, Jakarta: Pustaka Tarbiyah Jakarta, 1425H/ 2005M, 1/318.
[16] Surah Al-Hajj: 77.
[17] Riwayat Al-Bukhari.
[18] Sabil al-Muhtadin li At-Tafaqquh bi Amr al-Din, Al-Imam Al-Allamah Syaikh Muhammad Ahmad bin Abdullah al-Banjari, Thailand: Maktabah wa Matba’ah Muhammad al-Nahdi wa Auladih, t.t, 1/11.
[19] Riwayat Ibn Khuzaimah di dalam Shahihnya.
[20] Lihat 40 Masalah Agama, 1/324.
[21] 3/527.
[22] Syaikh Muhammad ‘Ali ash-Shabuni hafizahullah ialah seorang ulama’ besar dan ahli tafsir yang sangat terkenal kerana ilmu dan wara’nya, dari Makkah. Beliau pernah menyandang jawatan Ketua Fakulti Syari‘ah di Universiti Umm al-Qura’, Makkah. Beliau mengarang banyak kitab terutamanya dalam bidang tafsir dan ilmu-ilmu Al-Qur’an (Ulum al-Qur’an) yang menjadi rujukan ulama’ seluruh dunia termasuklah Mukhtashar Tafsir Ath-Thobari, Mukhtashar Tafsir Ibn Kathir, At-Tafsir wa ‘Ulum al-Qur’an, Shafwah at-Tafasir, At-Tibyan fi ‘Ulum al-Qur’an, Rawa’i al-Bayan fi Tafsir Ayat al-Ahkam dan Qabas Min Nur al-Qur’an. Beliau mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan Al-Marhum, Al-Allamah Al-Muhaddith Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki semasa beliau masih hidup.
[23] Lihat Al-Hady an-Nabawi ash-Shahih fi Solah at-Tarawih, Syaikh Muhammad Ali ash-Shabuni, Jeddah, 1404H/1983M, ms. 54.
[24] Lihat Mughni al-Muhtaj, 1/226.
[25] Lihat Al-Mahalli, 1/217.
[26] Lihat Nihayah al-Muhtaj, 2/127.
[27] 1/360. Lihat juga di dalam I’anah ath-Tholibin, 1/265.
[28] 1/56.
[29] As-Solah ala al-Mazahib al-Arba’ah, Syaikh Abd al-Qadir Ar-Rahbawi, Al-Qahirah: Dar as-Salam, Cetakan Kedua, 1403H/1983M, ms. 169.
[30] Beliau adalah antara ulama’ besar Islam yang masih hidup pada zaman ini. Beliau mempunyai sanad keempat-empat mazhab. Beliau banyak menulis kitab-kitab yang sangat bermanfaat dalam mempertahankan kesucian aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah. Antara gurunya yang masyhur ialah Al-Allamah al-Muhaddith, Syaikh Abdullah bin Ash-Shiddiq Al-Ghumari dan Al-Allamah al-Muhaddith al-Muhaqqiq Syaikh Abd al-Fattah Abu Ghuddah.
[31] ms. 265-266.
[32] 1/276.
[33] ms. 66.
[34] Ibid, ms. 73.
[35] Al-Mabsuth, As-Sarakhsi, 2/144.
[36] Bada’i’ ash-Shana’i’, Al-Kasani, 1/288.
[37] Radd al-Mukhtar ‘ala Ad-Durr al-Mukhtar yang dikenali dengan Hasyiah Ibn Abidin, 2/46.
[38] Asy-Syarh ash-Shaghir, Ad-Dardir, di tepinya ada Hasyiah Al-Allamah Ash-Shawi, 1/404-405.
[39] Al-Fawakih ad-Dawani, An-Nafrawi, 1/318-319.
[40] Al-Mughni, 1/456.
[41] Riwayat Malik dalam Al-Muwaththo’. Lihat Kasysyaf al-Qina’, Al-Bahuti, 1/425.
[42] Al-Hady an-Nabawi ash-Shahih fi Solah at-Tarawih, ms. 70-71.
[43] 3/659. Lihat juga dalam Tashhih Hadith Shalah at-Tarawih ‘Isyrin Rak’ah wa Ar-Radd ‘ala al-Albani fi Tadh’ifih, ms. 13.
[44] Damasyq: Maktabah Dar al-Qalam, 1998, ms. 238.
[45] 40 Masalah Agama, 1/324.
[46] Ibid, 1/325.
[47] Mudir (Ketua), Yayasan Ihya’ at-Turath al-Islami, Doha, Qatar.
[48] Ia membawa maksud bahawa apa yang dilihat oleh Sayyidatuna ‘Aisyah sebanyak 13 rakaat itu ialah apa yang hanya dilihatnya di rumahnya dan Nabi
[49] Al-Hady an-Nabawi ash-Shahih fi Solah at-Tarawih, ms. 8-9.
[50] Lihat Landasan Amaliyah NU, Lajnah Ta’lif wan Nasyr Nahdlatul Ulama’, Jombang: Darul Hikmah, Cetakan Kedua, 2008, ms. 50.
[51] Semarang: C.V. Toha Putera, Cetakan Pertama, 1986M, ms. 219-224.
[52] Riwayat Muslim.
[53] Riwayat Muslim.
[54] Riwayat Muslim.
[55] Riwayat Muslim.
[56] Riwayat Muslim.
[57] Musnad Imam Ahmad.
[58] Kifayah al-Akhyar, tahqiq, takhrij dan ta’liq oleh Ali Abd al-Hamid Abu al-Khair dan Muhammad Wahbi Sulaiman, Bairut: Dar al-Khair, Cetakan Pertama, 1417H/1996M, ms. 112.
[59] 40 Masalah Agama, 1/319.
[60] ms. 24-40.
[61] Al-Bid’ah fi al-Mafhum al-Islami ad-Daqiq (Salah Faham Terhadap Bid’ah), Dr. Abdul Malik bin Abdur Rahman as-Sa’adi, terjemahan Muhammad Fadhli bin Ismail, Kuala Lumpur: Darul Nu’man, Cetakan Pertama, 2002M, ms. 193.
[62] Al-Bayan lima Yasyghal al-Azhan, Syaikh Ali Jum’ah, Al-Qahirah: Al-Maqthum, Cetakan Pertama, 1425H/2005M, ms. 265.
[63] Ibid, ms. 266.
[64] Umat Islam sejak dahulu lagi memang mengikut ijtihad Sayyiduna Umar ini. Sebab itulah mereka menunaikan Solat Tarawih secara berjemaah di masjid-masjid.
[65] iaitu orang yang mengatakan menambah rakaat Tarawih lebih dari 8 rakaat adalah bid’ah (dhalalah)
[66] iaitu Nabi
[67] iaitu tidak mengikut 20 rakaat seperti yang disuruh oleh Sayyiduna Umar.
[68] iaitu golongan yang membid’ahkan (dhalalah)orang yang sembahyang Tarawih 20 rakaat atau 36 rakaat
[69] Di sini ada dua maksud; pertama: kerana Nabi
[70] Al-Bayan lima Yasyghal al-Azhan, ms. 266.
[71] Hukum-Hukum Islam Menurut Empat Mazhab, Kiyai Hj. Ab. Hamid Sulaiman, Selangor: Kunjungan Kreatif Sdn. Bhd., Cetakan Pertama, 1995, ms. 76. Lihat juga Al-Kalim ath-Thoyyib: Fatawa ‘Ashriyyah (Fatwa-fatwa Kontemporari), Syaikh Ali Jum’ah, terjemahan H. Hasanuddin Dolah, H. Ribut Hasanuddin Batubara dan H. Muhammad Zuhirsyam, Selangor: Berlian Publications Sdn. Bhd., Cetakan Pertama, 2008,1/51 dan Risalah Tentang Beberapa Soal Khilafiyah, ms. 201-224.
[72] Lihat seperti yang dinukilkan oleh Syaikh Muhammad Ali ash-Shabuni di dalam kitabnya Al-Hady an-Nabawi ash-Shahih fi Solah at-Tarawih di atas.
[73] Lihat pendapat dari Syaikh Ali Jum’ah ini di dalam Al-Bayan lima Yasyghal al-Azhan, ms. 266.
[74] Lihat Rasa’il Hammah wa Mabahith Qayyimah, ms. 172-178.
[75] Al-Hady an-Nabawi ash-Shahih fi Solah at-Tarawih, Syaikh Muhammad Ali ash-Shabuni, Jeddah, 1404H/1983M.
[76] Tahqiq Ahkam Ba’dh Ummahat as-Selawat an-Nafilah, Syaikh Muhammad Zaki Ibrahim, ta’liq dan takhrij Mahy ad-Din Husain Yusuf al-Asnawi, Mishr: Dar Ihya’ at-Turath ash-Shufi, Cetakan Kelima, 2002M, ms. 50-58.
[77] Lihat Al-Bayan lima Yasyghal al-Azhan, ms. 265-270.
1 ulasan:
mohon dikongsi
Catat Ulasan