::Teman Bersama::

Memaparkan catatan dengan label Majlis Ilmu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Majlis Ilmu. Papar semua catatan

Selasa, 2 Oktober 2012

Ringkasan Biografi Habib Syekh Bin Abdul Qadir Asseggaf





Ringkasan Biografi Habib Syekh Bin Abdul Qadir Asseggaf


Isnin, 01 September 2008


Nama Habib Syekh bin Abdul Qadir Asseggaf sebagai pendakwah, boleh jadi belum dikenal secara  meluas di kalangan masyarakat. Namun di kalangan jamaah majlis shalawat atau kegiatan Maulidan, Beliau cukup dikenali. Terutama kerana ketokohan beliau dikurnikan oleh ALLAH dengan memiliki suara yang sangat merdu.


Selain itu beliau juga mencipta sendiri lagu qashidah yang nada dan iramanya dapat diterima telinga masyarakat, baik masyarakat yang akrab dengan kegiatan majlis shalawat mahupun masyarakat awam.


Dengan suara yang merdu ini, Habib Syech berhasil memikat kalangan muda sehingga mereka menyukai qashidah dengan syair-syair yang seluruhnya bersumber dari kitab Simthud Durar. Ribuan bahkan jutaan belia turut bergabung dalam acara-acara selawat yang dianjurkan.


Sebenarnya syair-syair qashidah yang dibawakan beliau bukanlah syair puji-pujian yang baru, namun Habib Syekh berhasil membentuk dan mengemas kini irama pembacaan maulid Tradisional menjadi lebih indah dan menggoda telinga yang mendengarnya.


Selain itu, Habib Syekh bin Abdul qadir Asseggaf ini juga suka berkongsi dan memberi, meskipun beliau sendiri kadangkala dalam kekurangan. Bahkan ketika awal pembabitan  dakwahnya ke pelosok-pelosok Indonesia, beliau membawa nasi bungkus, untuk dibahagikan kepada para jamaah.


Dengan Kereta Angin


Perjalanan hidup Habib kelahiran Solo, 20 September 1961, ini cukup berliku. Beliau pernah berjawa sebagai seorang usahawan tapi kemudian muflis. Di saat sulit itu, Habib Syekh melakukan dakwah menggunakan kereta angin ke pelosok-pelosok untuk melaksanakan tugas dari sang guru, almarhum Habib Anis bin Alwi Alhabsyi, imam masjid Riyadh Gurawan Solo.


Pada saat itu Habib Syekh bin Abdul Qadir Asseggaf juga sering diejek sebagai orang yang tidak punya pekerjaan dan habib jadi-jadian. Namun Habib Syekh tidak pernah marah atau mendendam kepada orang yang mengejeknya. Justeru sebaliknya, beliau tetap tersenyum dan memberi sesuatu kepada orang tersebut.


Terkadang Habib Syekh bin Abdul Qadir Asseggaf secara istiqamah memberikan ta’lim di sebuah daerag bernama Kebagusan, sedangkan dakwah rutinnya di kota Solo dan kota kota di Jawa Tengah.


Buat seluruh rakyat Malaysia, INSYA’ALLAH, khabarnya beliau akan hadir ke Malaysia pada tarikh 20-22 Oktober 2012. Mohon kuti perkembangan dari [The Official " Inteam Band " Fan Page]  ya. Jom berkasih sayang saling doa mendoakan ya..    ^_^


Sumber: Majalah Kisah Islam Al-Kisah No.18/25 Ogos - 7 September 2008


WALLAHU'alam   ^_^


Sumber Gambar : FB : [The Official " Inteam Band " Fan Page] 


16 Zulkaedah 1433H
02102012

Jumaat, 28 September 2012

Tuan Guru Dato' Dr Haron Din dan Syeikh Mohd Zainul Asri Bin Romli




Majlis Ilmu
Tarikh : 14 Zulkaedah 1433 [Ahad]30 September 2012
Tempat : Masjid Al-Falah USJ 9 Subang Jaya
1-Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din Hafizhullah
[Waktu : 0900 pagi – 1030 pagi]
2- Syeikh Mohd Zainul Asri Bin Romli
[Waktu : 1100 pagi – 12.30 tgh]

Jemput Hadir dan Mohon Doa Mendoakan Ya...

Selasa, 24 Julai 2012

Menyendiri bagi seorang murid dari Gurunya adalah bagaikan racun yang mematikan.




Menyendiri bagi seorang murid dari Gurunya adalah bagaikan racun yang mematikan.


Seorang murid menyangka dirinya sudah mencapai darjat kesempurnaan.


"Oleh itu lebih baik aku menyendiri," dia berkata didalam hatinya.


Maka pergilah dia mengasingkan dirinya di suatu tempat dan berada disitu dalam jangkamasa yang lama jauh dari pengetahuan Gurunya. Setiap malam dia bermimpi ada beberapa orang yang datang membawa seekor unta kepadanya dan berkata : “Kami akan menghantarmu ke syurga.”


Maka naiklah dia keatas punggung unta dan mereka berangkat kesebuah tempat yang indah dan nyaman, penuh dengan manusia yang gagah dan tampan. Makanan-makana yang lazat dan anak-anak kecil bermain di gigi sungai. Dia tinggal di situ sehingga terbit fajar, kemudian dia jatuh dari tidur dan tersedar bahawa dia masih berada di dalam biliknya. Disebabkan pengalaman ini, dia menjadi bangga dan angkuh.


“Setiap malam aku menziarahi syurga.” Dia berkata dengan bangga memuji dirinya sendiri.


Maka terdengarlah kisah anak muridnya oleh Syeikh Abul Qasim al-Junaid salah seorang tokoh sufi meninggal tahun 298H. Syeikh Junaid mendatangi anak muridnya dan bertanyakan keadaan yang dialami oleh murid beliau.


Pesan Syeikh Abul Qasim al-Junaid : “..malam nanti apabila engkau dihantarkan kesana, ucapkanlah :


سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ  وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيُّ الْعَظِيمِ عَدَدَ خَلَقِ اللَّهِ وَبِدَوَامِ مُلُكِ اللهِ

"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah"


Malam itu seperti biasa, murid Syeikh Junaid dihantar ke tempat tersebut. Dalam hatinya dia tidak yakin terhadap perkataan Syeikh Junaid, tetapi ketika sampai di tempat itu, sekadar acuh tidak acuh dan mencuba-cuba dia mengucapkan : “سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ ” [Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah.....]


Sekelip mata orang-orang yang berada disitu meraung-raung kesakitan dan bertempiaran lari. Kemudian terlihatlah olehnya bahawa tempat itu merupakan tempat pembuangan sampah dan berselerakkan tulang-tulang ternakan. Setelah menyedari kekeliruan dan tipuan syaitan ketasnya, si murid lantas bergabung kembali dalam halaqah-halaqah zikir dan ilmu yang dipimpin oleh Gurunya.


Sedarlah dia bahawa menyendiri bagi seorang murid adalah bagaikan racun yang mematikan. Begitulah kisah seorang murid yang merasakan sudah cukup berilmu tanpa izin memisahkan dirinya dari majlis-majlis ilmu pimpinan Guru-gurunya. Permasalahan yang sama turut berlaku kepada para pencinta ilmu, tetapi hanya galak menelaah tanpa talaqqi bersumber dari sanad yang sahih. Begitu halnya dengan ketagihan sumber dari INTERNET dan buku yang hanya merupakan tempelan maklumat yang perlukan perbahasan dan syarahan dari Guru dan Ulama. Maka, bertambahlah kebodohan dan akibat tipuan-tipuan syaitan. Bersyuhbahlah bersama para ulama bagi membimbing perjalanan yang dihimpit masa.


Mohon doa mendoakan.


اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم




Al-faqir ilallah :
almukminun
4 Ramadhan 1433h / 24072012

Ahad, 10 Jun 2012

Majlis Ilmu Bersama Dato' Dr Syeikh Muhammad Afifi al-Akiti





Majlis Ilmu Bersama Dato' Dr Syeikh Muhammad Afifi al-Akiti di Kota Bharu sempena 100 Tahun Majlis Agama Islam Kelantan, 


Sabtu 16/6/2012: Jam 0800 Pagi : Tempat : Kelantan Trade Center 'Diskusi Intelektual Islam'. 


Sabtu 16/6/2012: Jam 1900 Malam : Tempat : Masjid Muhammadi, Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj



Khamis, 10 November 2011

Khamis, 3 November 2011

Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah III


Wacana Pemikiran & Peradaban Ummah III

Tema:

Siyasah Syar’iyyah Dalam Konteks Religio-Politik Semasa Malaysia

.

Tarikh:
12 November 2011 (Sabtu)

Masa:
8:00 pagi – 5:00 ptg

Tempat:
Moot Court
Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim
Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia

PENDAFTARAN ADALAH PERCUMA

Untuk pendaftaran awal sila hubungi :

Sdr. Nasrul – 012-650-6404
Sdr. Wan Burhan – 016-395-6497

Tajuk-tajuk pembentangan dan para pembentang (klik)

Cara untuk daftar (klik)

Khamis, 8 September 2011

Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Puchong Perdana







Kuliah Maghrib Perdana Bersama Ulama Tersohor :




Al-Fadhil Al-Ustaz Azhar Idrus




Bertempat : Masjid As-Salam Puchong Perdana [Tepi Tasik]




Tarikh : 27 Syawal 1432H / 25 September 2011 [Ahad]




Muslimin dan Muslimat Di Jemput Hadir







Jumaat, 1 Julai 2011

Selasa, 21 Jun 2011

Kitab Perjalanan Menuju Kecintaan Rasulullah SAW


Syarah Kitab Perjalanan Terindah Menunju Kecintaan Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam akan Dipimpim Oleh : Al-Fadhil Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Bin Raja Jamaludin


Tarikh : 21 Jun 2011 / 20 Rejab 1432H / selepas solat Maghrib

Tempat : Surau Taman Muhibbah, Kajang Selangor [dibelakang Tabung Haji Kajang]

Muslimin dan Muslimat Dijemput hadir...



Jumaat, 25 Februari 2011

Jemputan Ke Majlis sambutan Maulidur Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wassalam 1432 H



Jemputan ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432H

Bersama Al-Musnif Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Maliki An-Nadwi

dan Kumpulan Ahbabul Mustafa [Pondok Yasin]



1-Tempat :
Surau Kota Warisan Bandar Baru Salak Tinggi
Masa : Maghrib / 25 Februari 2011 / Jumaat malam Sabtu



2-Tempat : Masjid Kampung Salak Tinggi, Sepang
Masa : 9 pagi / 26 Februari 2011 / Sabtu pagi



3-Tempat : Surau Kota Seriemas
Masa : Maghrib / 26 Februari 2011 / Sabtu malam Ahad



4-Tempat : Masjid Al-Falah USJ 9 Subang Jaya
Pengajian Kitab Sairus Salikin
Masa : 9pagi -1230 tgh / 27 Februari 2011



Tuan-Puan Dijemput Hadir

Khamis, 20 Januari 2011

JADUAL TUAN GURU SYEIKH MOHD HAFIDZ HJ. SELAMAT [1432 H]

JADUAL TUAN GURU SYEIKH MOHD HAFIDZ HJ. SELAMAT logo YAJcolour1.jpg

TAHUN 1432 Hijriah

Hari

Masa

Kitab

Bab

Lokasi

Catatan

Isnin

2000-2200 malam

Bahrul’ Mazi Juzu’ 20

Hadith

Masjid Al-Jenderami

Setiap Minggu

Rabu

2000-2200 malam

Siarus Salikin Juzu’ 3-4

Tasawwuff

Masjid Al-Jenderami

Setiap Minggu

Sabtu

0900-1130 pagi

Sabilul Muhtadin

Fiqh

Masjid Al-Jenderami

Setiap Minggu

1700-1830 petang

Siraj Al-Huda

Tauhid

Masjid Al-Jenderami

Setiap Minggu

2000-2200 malam

Tafsir Nur Al-Ihsan

Tafsir

Masjid Al-Jenderami

Setiap Minggu

Ahad

0900-1100 pagi

Minhajul Abiddin

Tasawwuff

Masjid Al-Jenderami

Setiap Minggu

http://almukminun.blogspot.com/

Jadual Di Luar Pondok

Hari

Masa

Kitab

Bab

Lokasi

Catatan

Selasa

2000-2200 malam

Tauhid

Madrasah Taufiqqiah Kajang

Minggu 1 & 3

2000-2200 malam

Matan Jauharatul Tauhid

Tauhid

Madrasah Taufiqqiah Kajang

Minggu 2 & 4

Rabu

0900-1130 pagi

Jauhar Al-Mauhub

Tasawwuf

Madrasah Taufiqqiah Kajang

Setiap Minggu

Khamis

0900-1100 pagi

Al-Hidayah Shoiibin / Tafsir Nur Al-Ihsan

Fiqh / Tafsir

Masjid Tmn. Tun Dr. Ismail Kota Damansara

Setiap Minggu

Jumaat

0900-1100 pagi

Siarus Salikin Juzu’ 1-2

Tasawwuf

Madrasah Taufiqqiah Kajang

Setiap Minggu

2000-1000 malam

Tahafut Al-Arba’in

Tasawwuff

Masjid As-Syakirin Jenderam Hilir

Minggu 1 & 3

http://almukminun.blogspot.com/

Pejabat: 03-87680200

Laman web : http://www.aljenderami.com.my

Email:info@aljenderami.com.my

Selasa, 18 Januari 2011

::Ceramah Umum Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki::


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ

Sabtu, 25 Disember 2010

Pengisian Malam Tahun Baharu

MAJLIS MUHIBBIN NABI SAW
(MAJLIS PARA PECINTA NABI SAW)

MALAM PERHIMPUNAN PARA PECINTA NABI
DENGAN BACAAN
MAULID AD-DIYA' AL-LAMIE',
BURDAH IMAM BUSHAIRI,
HIMPUNAN QASIDAH

DAN
TAZKIRAH PARA HABIB DAN USTAZ

pada :

JUMAAT

25 MUHARRAM 1432

bersamaan :

31 DIS 2010

LEPAS MAGHRIB
(7.00 mlm - 11.00 mlm)

DI MASJID AL-FALAH USJ 9

adakah anda mencintai Nabi SAW ?
adakah anda suka kebaikan dunia / akhirat ?
adakah anda mahukan kejayaan dunia akhirat ?
adakah anda membenci majlis maksiat ?
adakah anda juga tak mahu kerosakan dan bencana ?

ANDA ADALAH DIJEMPUT BERSAMA KAMI
BERSOLAWAT DAN BERMUNAJAT
AGAR KITA SEMUA DIBERIKAN KESEJAHTERAAN DUNIA / AKHIRAT.
BAWALAH KELUARGA DAN ANAK2 ANDA BERSAMA

kerjasama anda diperlukan untuk menyebarkan maklumat ini
jazakumullah khairan kathiran

edaran :
http://alfalahusj9.blogspot.com/