::Teman Bersama::

Rabu, 25 April 2012

Kecantikan Demi Kecantikan




Kecantikan Demi Kecantikan


Lelaki : Anda dilihatkan seorang wanita cantik, lalu anda memuji akan kecantikkannya. Esok, anda bertemu lagi seorang wanita jelita lain, anda memuji dan berkeinginan ke atasnya. Kemudian, anda bertemu lagi seorang wanita cantik, anda terus memasang impian tanpa kesudahan. Kecantikan dan keindahan tidak pernah memberi kepuasan.


Ketahuilah, itulah panahan syaitan. Bila dilayan, ia semakin berkeinginan. Ia memuji kejadian yang haram dilihat dan disentuh. Ia mengeji yang halal bagi menjentik emosi. Tertutup memikirkan untuk menghalalkan yang haram. Sebagaimana kedua orang tua, penjaga atau ibu bapa yang menyusahkan sebuah urusan "pernikahan".


Jauhilah, beriltizam dengan :


Sabda Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم :

"Wahai para pemuda, barangsiapa yang memiliki ba'ah, maka menikahlah. Kerana itu akan lebih menundukkan pandangan dan lebih menjaga kemaluan. Barangsiapa yang belum mampu, maka berpuasalah kerana berpuasa itu sebagai ubat pengekang darinya  "
[Hadith RIwayat Bukhari;5065]


Wanita bukan untuk dikagumi atau dihina, tetapi dimuliakan kerana tanpa wanita, hidup seorang lelaki tidak dilengkapi. Wanita, jika dipuji atas kecantikannya, ia tidak akan kekal lama. Tetapi wanita, jika dicintai kerana agamanya, itulah bekalan kebahagian hakiki seorang insan bernama lelaki.


“Wanita dan Lelaki Saling Melengkapi”

Mohon doa mendoakan  J

اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم

3 Jamadilakhir 1433H/25042012


Tiada ulasan: