::Teman Bersama::

Isnin, 23 Januari 2012

Hari Isnin Kepada Kita


Hari Isnin Kepada Kita


Bila tiba hari Isnin, semacam satu “dosa” jika tidak berasa “dukacita” dan “sengsara”. Ganas ayatnya, tetapi begitulah adatnya. Jika tidak didengari dari mulut seorang lainnya bahawa Isnin adalah hari “malas bekerja, setalah dua hari bersukaria”. ALLAHU ALLAH..


“Monotony Monday”


Ayat yang lazin digunakan di kalangan sahabat-sahabat kita di Barat. Kini meresap masuk dalam kebudayaan Melayu yang tidak berapa fasih dan yakin untuk berbahasa Melayu. “Montony” bermaksud : tedious sameness or repetitiousness of daily routine. Pengulangan perkara dan perbuatan yang sama untuk rutin harian. “Monday” : Saya rasa semua faham dan Isnin lah yang cuba saya kongsikan dalam keterbatasan ilmu menurut perkataan yang umum suka iaitu “CINTA”.


Isnin merupakan hari kelahiran Nabi kita, junjungan Mulia Saydina Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم . Kita, INSYAALLAH, dengan "niat",mendapat pahala dengan berasa bahagia dan gembira dengan Hari Isnin, walau dilihat sebahagian manusia hari biasa-biasa. :)


Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu Baginda صلى الله عليه وآله وسلم menjawab :


وسئل عن صوم يوم الثنين قال ذاك يوم ولدت فيه ويوم بعثت أو أنزل علي فيه


Hari tersebut aku dilahirkan dan hari tersebut aku dibangkitkan menjadi Rasul atau diturunkan ke atasku (wahyu) pada hari tersebut””

[Hadith Riwayat Imam Muslim dalam Sahihnya no: 1997]


Kini, saya pulangkan perkongsian juga ingat-mengingatkan untuk {saya dan anda}. Mahu mengikut acuan “budaya adat Barat” atau berjiwa besar dengan hari Isnin sebagai hari mengingati cinta hati (Saydina Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم ).


Ayuh berasa bangga dan gembira dengan hari Isnin yang menjelma. Kita hidupkan sunnah Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم setiap hari, bulan dan tahun selama kehidupan kita. Kerana itu bermawlid ke atas junjungan mulia Saydina Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم adalah satu tanda ingatan ikhlas seorang pencinta kepada yang dicintainya.


Mohon doa mendoakan ya...


اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم


Alfaqir ilallah :


Almukminun

29 Safar 1433H/23012012

[1 hari ke 1 Rabiul’awwal 1433H ]

http://almukminun.blogspot.com/2012/01/hari-isnin-kepada-kita.html


Jadual Majlis Mawlid Terkini :

http://majlisilmu.blogspot.com/

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalmualaikum..

AllahummaSolliAlaSaidinaMuhammad...

Baca penulisan ini, teringat sewaktu kuliah 2 tahun lepas ketika mana ustaz di kampus mengajar subjek FIQH SIRAH.. diajukan soalan berkenaan hari isnin, mengapa kita berpuasa pada hari isinn..mengapa?? (soalan lebih kurang begitu bunyinya..)
Saya yang duduk dibarisan tengah menjawab dengan samar2, dengan suara tenggelam timbul..."lianna...hari isnin adalah hari kelahiran Rasulullah saw,so puasa itu utk menyambut kelahiran baginda...(diterjemah kedalam bahasa melayu :D )Rupanya ustaz mendengar suara saya..dan rupanya ia adalah benar..amat bermanfaat penulisan ini utk menambahkan ilmu pengetahuan..shukran,,,jom lah kita menjadikan permasalahaan atau apa sahaja yang kita hadapi dengan mengajukan soalan kepada diri kita.. "andai Rasulullah saw bersama aku pada masa ini, dalam keadaan ini, apa yang Baginda saw lakukan?" semoga ianya dapat memupuk rasa cinta kita kepada Rasulilullah saw.. wallahualam..