::Teman Bersama::

Rabu, 18 Januari 2012

Refleksi : Sesi Kaunseling Kes M_ _


Refleksi : Sesi Kaunseling Kes M_ _
Bukan sekadar sebagai kaunselor yang terikat dengan AKTA-FAKTA. Tetapi lebih tinggi daripada itu diikat dengan autoriti tertinggi yakni Al-Quran wa Hadith Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم. Pada bicara Kaunselor kitab rujuknya AKTA 1998 [Malaysia].
Tetapi jangan lupa akan firmannya : "an yutqinahu" ALLAH kasih kepada hamba NYA yang berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan urusan umat.
"Begitu pula dalam segala urusan pekerjaan hatta sebagai seorang Kaunselor:
“Berjuanglah kamu di jalan Allah - dengan melakukan kebaikan - dengan perjuangan yang sehabis-habis bersungguh-sungguh, Dia telah memilih kamu dan tiada dijadikannya kesempitan dalam beragama" [Surah al-Hajj: 78]
Berjuang disini bermaksud melaksanakan amanah dengan terbaik kepada klien tanpa mengira agama, taraf sosioekonomi atau bangsa. Gembira untuk melaksanakan amanah. Sedih dan takut andai tidak tertunai amanah.
"Maka berlumba-lumbalah kamu dalam perkara-perkara kebajikan"
[Surah al-Baqarah: 148]
Dengan merasakan semakin bersemangat menjalankan kebajikan dibalik kesibukan. Seboleh-bolehnya dipenuhkan masa melaksana pelbagai perkara kebaikan semata-mata untuk mengharap redha ALLAH SWT .
Jika dirujuk kepada APA Ethical Principles, ada dijelaskan mengenai etika seorang kaunselor/psikologis untuk mengadakan perbincangan bersama rakan sejawatan (colleagues ). Rujuk : APA Ethical Principles, Principle C : Professional and Scientific Responsibility;
Psychologist/Counselor consult with, refer to, or cooperate with other professionals and institutions to the extent needed to serve the best interests of their patients, clients, or recipients of their services. (page 264)
Tetapi Islam telah lama mengajarkan kita akan etika ini, sebagaimana firman ALLAH SWT :
“Maka hendaklah kamu bertanya kepada ahli zikir (alim ulama) seandainya kamu tidak mengetahuinya.” [Surah al-Nahl: ayat 43]
Malah etika ini tertakluk terhadap semua bidang pekerjaan halal lagi baroqah. Itulah keistimewaan al-Quran.
Coretan ringkas al faqir buat mengingatkan diri agar tidak lupa. Dibalik kejayaan, kesenangan walau tidak semewah mana, masih ada sipenderita akidah yang gusar serta memerlukan bantuan “Saya-Anda”. Sibuk kita mempertahankan ego, lupa mengutama mana yang utama. Bagaimana lena tidurmu, dibalik derita mereka... ALLAH ALLAHU ALLAH..Mohon doa mendoakan.
WALLAHU’alam
Almukminun
25 Safar 1433H / 18012012
اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم

http://almukminun.blogspot.com/2012/01/refleksi-sesi-kaunseling-kes-m.html

Tiada ulasan: