::Teman Bersama::

Selasa, 28 Disember 2010

Kata Kita




Kata Kita



Kita diberi benci oleh manusia, KIta diberi kecewa oleh manusia walaupun segala bakti kita berikan kepada mereka.




Janji diberi oleh manusia kepada kita, tetapi ditunaikan, masih belum tentu manusia berjaya. Bahkan ALLAH SWT tidak sesekali membiarkan hambaNYA menangis sendiri.




Tidak pernah ALLAH SWT izinkan perancangan dengki mengenai hamba yang dikasihiNYA. Ditimpakan musibah berupa ujian, kerana kasihnya ALLAH SWT kepada hambaNYA yang dipilih. ALLAH.....




Mengapa masih keliru dengan penguasaan ALLAH SWT atas daya yang kita ada. Bahawa daya itu terbatas cuma.




Kitalah yang berusaha atas keizinan ALLAH SWT... dan kitalah juga penyebab bala ditimpakan kepada diri dan sekeliling yang ada.




Kita berkata-kata,seolah-olah diri kitalah yang paling sempurna, manusia lain cela akidah-akhlak-ilmu belaka.




Kitalah yang penyebab insan mahu mengenal Islam, terus jauh daripada mahu mengenalinya. Nudzubillahi Miinzaaliik.




Itulah kita, sentiasa sombong dengan anugerah-nikmat pinjaman daripada ALLAH SWT.
Api amarah kita biarkan menyala dihati, dimulut kita maafkan kesalahan orang, dihati tersemat dendam-benci.




Kadangkala,kita tahu dan sedar perlakuan sombong-umpat-fitnah-bohong itu keji, Kita jga "selalu" sedar, betapa pelakuan menzalimi, menyakiti hati insan itu sangat keji lagi dimurkai oleh ALLAH SWT.
Tetapi disebalik tahu, sedar yang kita rasa itu, niat dan matlamat keji masih tetap kita taati, seolah-olah tidak yakin-percaya akan hal dosa-pahala.




Itulah kita...dengan gelaran :




Insan,kuli,bos,ustaz,ustazah,doktor,kerani,pegawai Tentera,pegawai Polis,Pak Menteri,Ketua Parti....Kita-saya,terus mengatakan terlupa,alpa dan terlalu ego untuk mengakui, bahawa ada saat kita dipuncak tinggi, ada saat kita diuji dengan kata mulia dan peringatan berjela. Sedangkan amalan tidak selari dengan kata. ALLAHU ALLAH...




faqir'ilallah:


almukminun
http://almukminun.blogspot.com/
22 Muharram 1431H
28122010
Shah Alam, Selangor

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semoga ALLAH MERAHMATI