Loading...

::Teman Bersama::

Selasa, 9 November 2010

Fenomena Dunia, Merasa Lazat Dengan Cintanya Manusia.



Fenomena Dunia, Merasa Lazat Dengan Cintanya Manusia.





“Barang siapa yang sibuk dengan tuntutannya terhadap dunia, nescaya dibalakan dengan kehinaan di dalamnya”. (Lata’if al Minan fi Syarh Hikam Abi Madyan).






Maka di antara bentuk kehinaan itu ialah dipalingkan hati dari merasakan dirinya mendapat bahagian cinta dari ALLAH SWT dan menyebabkan hilangnya rasa baik sangka terhadap-Nya.






Mohon doakan saya beserta keluarga juga para asatizah yang ikhlas bermatian memperjuangkan aqidah ahlul haq daripada cela wahabbiah, syiah, Islam liberal, nasionalisme sekularis dan lain-lain.






Peringatan inilah yang zahir dalam firman ALLAH :
“Dan sesiapa yang berjihad sesungguhnya dia berjihad untuk dirinya sendiri, sesungguhnya Allah adalah Maha Kaya daripada (memerlukan) sekalian alam.” (al-Ankabut: 6)






Di antara tanda cinta ALLAH SWT kepada hamba-hamba-Nya juga, Dia sentiasa membuka pintu keampunan-Nya kepada mereka yang melampaui batas dan menzalimi diri sendiri dengan melakukan dosa dan maksiat.






Malah, ALLAH SWT melarang para hamba-Nya berputus asa dari rahmat dan kasih sayang-Nya walau sebesar mana pun dosa dan maksiat yang mereka lakukan.






ALLAH SWT berfirman yang bermaksud:



Katakanlah, wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas (melakukan dosa), janganlah kalian berputus asa dari rahmat ALLAH… (al-Zumar: 53)






ALLAH SWT dengan sifat Pengasih dan Penyayang-Nya membuka seluas-luasnya pintu keampunan buat mereka dengan pelbagai jalan. Di antara jalannya adalah memperbanyakkan amal kebajikan kerana ia adalah penghapus kejahatan.






[Syarah Oleh Syeikhuna Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al-Maliki]






Sama-sama kita mendoakan para guru-guru kita yang dikasihi terus dirahmati oleh ALLAH SWT dalam memberi bimbingan buat kita yang sangat-sangat tandus akan ilmu.






Apalah gunanya ilmu tinggi melangit andai amalan, ibadah yang dikerjakan hanya usaha sia-sia kerana diselaputi rasa ujub.-Kongsi buat diri...






" ..... Dan bahawasanya Imam asy-Syafi`i dan Imam Abi Hanifah dan Imam Malik bin Anas dan Imam Ahmad bin Hanbal dan setinggalnya (yakni bakinya) ulama ahli ijtihad itu sekaliannya tetap atas hidayah yang sempurna daripada Allah ta`ala pada hukum i'tiqad dan lainnya. Maka wajib atas tiap-tiap seorang yang bukan ahli ijtihad bahawa ia taqlid yakni mengikut pada hukum fiqh akan salah suatu daripada mazhab mereka itu .....





[Petikan kitab ushuluddin "I'tiqad Ahlus Sunnah wal Jama`ah", halaman 7 karya Syaikh Muhammad Mukhtar bin 'Athoorid Bogor rahimahUllah.]






“Ya Allah, limpahkanlah sholawat ke atas Junjungan Sayyidina Muhammad, sholawat keredhaan dan redhailah sekalian para sahabat baginda seredha-redhanya.”






Al faqir ila ALLAH :
Almukminun
2 Zulhijjah 1431 H/08112010
Kajang, Selangor D.E

1 ulasan:

Fakeh berkata...

Assalamualaikum,

Berikut ialah beberapa kajian dan bahan bukti yang akan memberi kita faham dengan jelas tentang gerakan senyap Kaum Muda dan Wahabbi Salafi yang sedang mengancam aqidah umat islam di negara ini.

SILA KLIK http://www.docstoc.com
UNTUK CARIAN TAJUK-TAJUK BERIKUT
• Bangsa Melayu Mengikut Ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah
• Tok Ayah Zid Kedai Lalat
• Kuasa Tiang Kepada Cita-Cita
• 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
• Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
• Jom Kenali Dr Maza & Co
• Ahlul Bait Yang Dicerca

SILA KLIK http://www.4shared.com
UNTUK CARIAN TAJUK-TAJUK BERIKUT
• Rasulullah Budak Kampung
• Maulid Tandingi Krismas
• Sifat 20 Tidak Wajib (Nik Aziz)
• Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 1)
• Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 2)
• Asma’ Wa Sifat (Hadi Awang)
• Sifat 20 – Dr Mohd Asri al-Wahabbi
• Sifat 20 – Rasul Dahri al-Wahabbi
• Sifat 20 – Fathul Bari al-Wahabbi

Taklif pengkaji telah pun selesai, maka terserahlah kepada budi bicara pembaca sekalian untuk menerima ataupun sebaliknya. Bagi mereka yang mendapat hidayah, maka bertindaklah mengikut kadar upaya tangan (kuasa/undi), lidah (dakwah/hebahan) atau hati (doa) bagi mempertahankan aqidah hakiki Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang bersendikan mazhab tauhid Imam Abu Hasan Ali bin Ismail al-Asy'ari ra dan Imam Abu Mansur al-Maturidi ra; mazhab feqah Imam Abu Hanifah ra, Imam Malik bin Anas ra, Imam Muhammad as-Syafie ra atau Imam Ahmad bin Hanbal ra; mazhab tasauf Imam Ghazali qsa dan Imam Junaid al-Baghdadi qsa.


FAKEH KHALIFAH SAKA
fakeh@hush.com