Bagaimana Menangani Ibu Yang Keguguran Bayi : Pendekatan Kaunseling Islam
Perhatian daripada seseorang individu amat mustahak, tetapi perhatian dan belas yang dipamerkan seharusnya mendatangkan kesan yang menenangkan. Tidak salah, bahkan adalah sangat mulia bagi kita yang memberikan semangat dan sokongan kepada seseorang yang mengalami keguguran. Kadangkala, niat kita yang ikhlas untuk menenangkan seseorang yang mengalami keguguran disalah ertikan, malah bagaikan memerah limau di luka. Pada saat ini, seseorang wanita yang mengalami keguguran memerlukan sokongan daripada seseorang seperti kita, selain daripada suami dan ahli keluarganya.
Kata-kata seperti : “tak mengapa, boleh cuba lagi” atau “bersabarlah, kematian ni pasti” atau “jangan menangis, kamu kena kuat”. Pada fahaman literal pernyataan ini tidak salah, walaubagaimnapaun kita jangan lupa mereka yang melalui kesedihan, penderitaan keguguran ini tidak sama seperti kita yang melihat dan berkata.
Sabda Rasulullah s.a.w: "Anak yang mati keguguran disolatkan dan didoakan bagi kedua orang tuanya agar memperolehi keampunan dan rahmat.”
[Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi]
Sekiranya berlaku keguguran dan bayi yang meninggal telah berumur 120 hari (4 bulan), maka ia perlu diperlakukan seperti mengurus jenazah biasa. Dalam menguruskan jenazah kita hendaklah mengikut cara-cara yang sesuai dengan syariat Islam iaitu memandikannya, mengafankannya, solat dan menguburkan. Tetapi bagi bayi yang keguguran, jika tidak dapat dimandikan, cukuplah dengan mengafankan, solat dan menguburkan sahaja.
Manakala doa yang dibaca dalam solat jenazah itu ialah doa untuk kedua ibu bapa bayi yang meninggal itu bukan untuk bayi yang meninggal itu sendiri.
Tujuan kita memberikan semangat adalah untuk menyedarkan dan merasionalkan pesakit untuk segera sedar dan bangkit daripada kesedihan yang dirasai. Saranan ini mungkin membantu :
Hubungi beliau dengan segera selepas menerima berita keguguran yang dialaminya. Tujuannya untuk memberi isyarat tersirat bahawa ramai rakan-rakannya sangat mengambil berat akan dirinya. Hantarkan pesanan melalui email, pesanan ringkas melalui telefon bimbit, surat atau menelefon beliau sekiranya keadaan dirasakan sesuai.
Galakkan dia untuk menangis. Anggapan bahawa menangis itu lemah adalah salah. Malah merasakan menangis itu menyebabkan perasaan sedih semakin bertambah juga menyalahi norma kebenaran. Apa yang perlu dilakukan ialah menarik perasaan wanita tersebt untuk merasai kehilangan dan bukan menidakkan kehilangan. Benar, andai keluar air mata darah sekalipun, sesekali yang pergi tidak mampu kembali. Menangis membantu menenangkan perasaan, kemurungan yang dialami. Menangis sebenarnya sangat merehatkan emosi yang terperangkap terlalu lama di dalam hati. Pandang wajahnya dan ucapkanlah “tidak mengapa untuk dirimu menangis”. Jangan sesekali meminta beliau berhenti menangis dan katakanlah : “menangislah, mengadulah kedukaan ini kepada ALLAH, kerana DIA lah Yang Maha Memiliki setiap nyawa.”. Bagi yang mahram, peluklah dia kerana dibahu adalah tempat paling selesa untuk menangis. ALLAHU ALLAH.
Malah, Islam sendiri mengalakkan umatnya untuk menangis, sebagaimana sabda Rasulullah Shollallahu Alalihi Wassalam :
Menyedarkan beliau bahawa keguguran itu beerti “kehilangan bayi”. Selama berbulan-bulan bakal ibu mengimpikan untuk mendukung, mendakap, mengagah-agah bayi yang dinanti, apatah lagi untuk melihat bayi dibesarkan didepan mata. Tetapi, bayi itu telah pergi. Kemungkinan-kemungkinan menyerang kota fikir ibu yang mengalami keguguran dan sangkaan seperti adalah mustahil untuk hamil pada masa hadapan. Kita rasionalkan kepada ibu-ibu yang mengalami keguguran dengan kata-kata yang lembut bahawa beliau kehilangan seorang bayi, bukan bermakna tiada peluang pada mada hadapan. Inilah yang dinamakan sebagai kata-kata peneguhan.
Bercakap, hanya ketika anda diminta untuk bercakap. Kebanyakkan orang merasakan dia perlu bercakap sesuatu atau apa sahaja asal sahaja dia bercakap apabila berdepan dengan orang yang mengalami apa sahaja isu atau keguguran. Tindakan ini adalah tidak benar jika digeneralisasikan kepada semua individu kerana, ada dikalangan individu yang berasa selesa untuk didengari tanpa perlu mendengar. Biarkan ibu yang keguguran tersebut bercakap dan meluahkan emosinya yang mungkin adanya perasaan marah, benci, dendam dan kecewa. Biarkan...Bercakaplah apabila beliau meminta untuk anda bercakap. Apabila anda bercakap, pastikan anda bercakap sesuatu yang dapat melegakan perasaannya.
Bantu dia untuk rehat. Tawarkan bantuan seperti mengemas rumah, menyediakan makanan, membasuh pakaian atau bantuan yang dapat memberi ruang kerehatan buat beliau. Semestinya suamai adalah insan utama yang wajib berada disisi. Keguguran perlu ditanggapi sebagai sebuah kematian jiwa bukan perkara kecil yang cuti diambil hanya beberapa hari. Pastikan sokongan yang diterima oleh ibu keguguran anak diberikan sehingga beliau merasa kembali normal dan berfungsi sebagai dirinya yang sebenar.
Berterusan memantau keadaan beliau sehingga beberapa minggu ke depan. Dia mungkin memilih untuk bersendirian. Tetapi, nayatakan kepada beliau samada anda boleh menziarahinya pada minggu hadapan atau pada bila-bila masa. Perhatikan dan pastikan bahawa dia tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan keburukan kepada dirinya.
Tawarkan bantuan tanpa syarat kepada beliau. Maklumkan kepada beliau bahawa anda bersedia untuk memberi bantuan kepadanya bila-bila sahaja yang dia diperlukan. Pastikan anda benar-benar bersedia untuk membantu ketika dia benar-benar memerlukan anda.
Jauhkan perasaan bersalah yang dialaminya. Sesetengah wanita menyalahkan dirinya yang menyebabkan berlakunya keguguran. Katakan kepadanya bahawa keguguran yang berlaku bukan disebabkan kesalahannya. Beliau sangat memerlukan seseorang untuk merasionalakan dirinya bahawa dia tiada kaitan dengan berlakunya keguguran tersebut.
Suami beliau juga memerlukan bantuan. Selain membantu ibu yang keguguran, jangan dilupakan bahawa suaminya juga memerlukan bantuan sebagaimana yang diterima oleh si isteri. Mungkin suami tidak melahirkan atau merasakan kesakita sejak mengandungkan dan melahirkan bayi yang tidak bernyawa, tetapi suami juga adalah insan yang menjadi asbab kewujudan bayi tersebut. Perasaan, kehilangan, kekecewaan juga adalah sama sebagaimana isteri.
Setiap individu memiliki waktu penyembuhan sendiri. Waktu penyembuhan tanpa ubat-ubatan, walaubagaimanapun bimbinglah mereka yang keguguran atau mengalami kemurungan akan pergantungan sebenar terhadap setiap dukacita dan kecewa yakni ALLAH SWT Yang Maha Memiliki setiap daya yang kita tidak punyai.
"Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari ALLAH SWT, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka itu adalah dari kesalahan dirimu sendiri.
[Surah Annisa 4: 79].
Barangkali musibah itu sebagai penebus dosa-dosa yang sengaja atau tidak kita sengaja kerjakan. ALLAH SWT mengkehendaki datangnya musibah berupa kesusahan, rasa sakit, kekurangan harta, dan kematian tidak lain sebagai penghapus dosa hamba-hambanya. Mudah-mudahan di akhirat tiada dosa yang tidak diperhitungkan lagi kerana hukumannya sudah ditunaikan oleh ALLAH SWT di dunia....ALLAHu ALLAH...
Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam bersabda, "Apabila ALLAH SWT menghendaki kebaikan bagi hamba-hambanya, maka didahulukan baginya hukuman di dunia dan apabila ALLAH SWT menghendaki keburukan, maka dibiarkan dengan dosa-dosanya, sehingga dosa-dosanya itu dibalas pada hari kiamat." (HR Abu Daud).
Naudzubillahi Miinzaliikk...Muga dgn kemuliaan ALLAH SWT dilapangkan hamba2 NYA faqir ini daripada berbuat sesuatu yang tidak disukai oleh NYA..
Musibah sebagai ujian untuk kenaikan darjat di sisi ALLAH SWT.
Sabda Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam, "Sesungguhnya orang-orang soleh akan diperberatkan (musibah) ke atas mereka. Dan tidaklah seorang Mukmin tertimpa suatu musibah, seperti tertusuk duri, atau lebih ringan dari itu, kecuali akan dihapuskan dosa-dosanya dan ditingkatkan darjatnya."
(HR Ahmad, Ibnu Hiban).
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهشَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
"وصلى اللّه على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم"
Al-Faqir ila ALLAH Al-Qawwiy :
Almukminun
18 Zulkaedah 1431H
26102010
Subang Jaya, Selangor DE, Malaysia
http://almukminun.blogspot.com/2010/10/bagaimana-menangani-ibu-yang-keguguran.html
1 ulasan:
Info yang menarik.Terima kasih
Catat Ulasan