::Teman Bersama::

Rabu, 24 November 2010

Di antara Jamaah, Usrah dan Talaqqi






Di antara Jamaah, Usrah dan Talaqqi




Tarbiyyah ruhiyyah berkurangan dengan amat mendadak dalam kalangan harakah Islam. Para mutarabbi dibiarkan tercari-cari sendiri hikmah dalam silibus tarbiyyah & dalam program-program haraki.




Apa sudah jadi, jika yang mengaku daie, mejalankan program atas nama tarbiyyah,utk menarik ahli kepada jamaah, tetapi daie itu sendiri kering dengan tarbiyyah ruhiyah.






Mahu mendidik,tetapi lupa untuk memberi masa duduk bertalaqqi demi ilmu. Usrah, bedah buku, akhirnya menjadi medan menunjuk ilmu.Tuan-puan, dalam kita berpersatuan, berjamaah, usah lupa kita sentiasa makhluk lemah yang tersangat kurangnya laras ilmu kepada ALLAH SWT Yang Maha Mulia.





Sekali lagi, tidak menidakkan usaha yang lain memberi faham agama kepada manusia banyak, tetapi mencetus cakna akan permasalahan umat disebabkan kecelaruan aqidah, asbab penyakit rasuah, biadab, hilang maruah dan hati sentiasa gundah.





Petikan Firman ALLAH SWT ini, memberi pandangan alam ;




مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْعَاجِلَةَ عَجَّلْنَا لَهُ فِيهَا مَا نَشَاءُ لِمَنْ نُرِيدُ ثُمَّ جَعَلْنَا لَهُ جَهَنَّمَ يَصْلَاهَا مَذْمُومًا مَدْحُورًا (18) وَمَنْ أَرَادَ الْآَخِرَةَ وَسَعَى لَهَا سَعْيَهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَئِكَ كَانَ سَعْيُهُمْ مَشْكُورًا (19) كُلًّا نُمِدُّ هَؤُلَاءِ وَهَؤُلَاءِ مِنْ عَطَاءِ رَبِّكَ وَمَا كَانَ عَطَاءُ رَبِّكَ مَحْظُورًا



18. Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), Maka kami segerakan baginya di dunia itu apa yang kami kehendaki bagi orang yang kami kehendaki dan kami tentukan baginya neraka jahannam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir.





19. Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, Maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik.





20. Kepada masing-masing golongan baik golongan Ini mahupun golongan itu[849] kami berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu. dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalangi.





[849] yang dimaksud baik golongan Ini mahupun golongan itu ialah mereka yang tersebut dalam ayat 18 dan 19 di atas.




[Surah Al-Isra' : 18-20]


Bercakap tentang isu harakah dan sufiyah, ana sangat kagum dengan kupasan oleh guru yang dikashi Al-Fadhil Ustaz Raja Ahmad Mukhlish.





Ini kata beliau :





Setiap bidang ada ahlinya. Hal ini sangat jelas termasuklah dalam tradisi keilmuan dan amaliyyah Islam. Antara bidang-bidang utama dalam lapangan ilmu Islam adalah bidang aqidah, fiqh dan tasawwuf (akhlak dan tarbiah).





Sejak zaman salaf lagi, bidang-bidang ilmu tersebut dipimpin oleh mereka yang berkelayakan atau ahli dalam bidang tersebut. Ketika bidang ilmu terpisah daripada amali dan tarbiah, maka golongan ulama' yang murobbi mengambil alih bidang tarbiah secara khusus lalu mereka menjadi golongan sufi.





Golongan sufi inilah yang memimpin bidang tarbiah ruhiyyah dalam masyarakat Islam sejak zaman salaf lagi lalu mereka terus bertahan sehinggalah hari ini. Sepanjang lebih seribu tahun di mana para ulama' sufi diakui sebagai ahli dalam bidang tarbiah ruhiyyah islamiyyah, maka sudah pastilah hanya dengan tarbiah sufiyyah, seseorang dapat melalui proses tarbiah yang sempurna.





Tanpa bertujuan untuk membandingkan dengan alliran haraki, golongan sufi telah terbukti melalui catatan sejarah, mengembangkan tarbiah ruhiyyah dalam masyarakat Islam dengan berkesan. Sedangkan, aliran haraki muncul sebagai natijah daripada penilaian sesetengah pihak bahawa golongan sufi sudah tidak lagi melakukan tugas mereka yang asal.





Walaupun penilaian itu kurang tepat, tetapi niat ikhlas sesetengah pelopor aliran haraki wajar dipuji. Namun, seharusnya, sebagaimana Imam Hasan al-Banna, mereka perlulah merujuk kepada golongan sufi yang muktabar dalam bidang tarbiah ruhiyyah ini. Hal ini sebagaimana ditegaskan sendiri oleh Imam Hasan Al-Banna dan Sheikh Sa'id Hawwa dalam kitab Tarbiyyatuna Ar-Ruhiyyah.





Ilmu-ilmu Islam yang lain sekalipun perlu diambil secara bersanad daripada mereka yang berkelayakan, apatah lagi ilmu tasawwuf dan tarbiah yang melibatkan ilmu praktikal ini sudah pasti lebih memerlukan kepada sanad dan qudwah (contoh). Ilmu tarbiah tidak diambil daripada suhuf (lembaran) tetapi diambil daripada rijal (mereka yang telah merealisasikannya daripada proses persahabat dengan murobbi2 sebelum mereka).





Penyelesaiannya tetaplah kembali mengambil tarbiah ruhiyyah daripada ahli-ahlinya yang mewarisi kesinambungan tarbiah tersebut daripada para murobbi sebelum mereka yang seterusnya bersambung kepada Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam.




-Buat diri dan yang mahu peduli


-24112010


-Khemah Hulu Yam Selangor


-Jambori PRS Remaja


http://almukminun.blogspot.com/2010/11/di-antara-jamaah-usrah-dan-talaqqi.html

Tiada ulasan: