::Teman Bersama::

Ahad, 15 Ogos 2010

Tasawwuff Ramadhan dan Kemuliaan Cubaan



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره ووالاه



Tasawwuff Ramadhan dan Kemuliaan Cubaan



"Barang siapa yang tidak mendekatkan diri kepada Allah dengan halusnya kebaikan yang Dia berikan maka dia akan diikat dengan rantai cubaan"



Manusia ada dua jenis, iaitu manusia yang mengetahui (makrifat) kepada ALLAH kerana diberi احسان (nikmat-nikmat) dan manusia yang makrifat kepada ALLAH kerana diberi cubaan. Kedua jenis manusia ini, semua adalah atas kehendak ALLAH Subhanahu Wa Taala. ALLAH Subhanahu Wa Taala adalah dzat yang maha bijaksana sehingga akan memberi nikmat atau cubaan atas kehendak-Nya sendiri.


Mempercayai kewujudan Malaikat. Ia hanya menekankan keperluan semua pekerja dan muslim untuk merasa menyakini bahawa ada Malaikat yang mencatat semua perbuatan kita luar dan dalam.


مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ

Ertinya : Tiada satu lafaz pun yang engkau sebutkan, kecuali ada baginya malaikat Raqib dan Atid yang mencatat [Qaf : 18]


يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ

"Allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al Quran dan As Sunnah) kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah)."(Surah Al-Qaf 2:269)



Semua makhluk diberi kebaikan baik muslim ataupun kafir, orang baik ataupun orang jahat. Sebagaimana firman ALLAH :



مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْعَاجِلَةَ عَجَّلْنَا لَهُ فِيهَا مَا نَشَاءُ لِمَنْ نُرِيدُ ثُمَّ جَعَلْنَا لَهُ جَهَنَّمَ يَصْلَاهَا مَذْمُومًا مَدْحُورًا (18) وَمَنْ أَرَادَ الْآَخِرَةَ وَسَعَى لَهَا سَعْيَهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَئِكَ كَانَ سَعْيُهُمْ مَشْكُورًا (19) كُلًّا نُمِدُّ هَؤُلَاءِ وَهَؤُلَاءِ مِنْ عَطَاءِ رَبِّكَ وَمَا كَانَ عَطَاءُ رَبِّكَ مَحْظُورًا

18. Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), Maka kami segerakan baginya di dunia itu apa yang kami kehendaki bagi orang yang kami kehendaki dan kami tentukan baginya neraka jahannam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir.

19. Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, Maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik.

20. Kepada masing-masing golongan baik golongan Ini maupun golongan itu[849] kami berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu. dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalangi.

[849] yang dimaksud baik golongan Ini maupun golongan itu ialah mereka yang tersebut dalam ayat 18 dan 19 di atas.

[Surah Al-Isra' : 18-20]



Semua manusia memang diberi kenikmatan oleh ALLAH, namun ada yang diberi secara banyak dan ada yang sedikit. Ada yang diangkat dan ada yang direndahkan. Ini semua adalah untuk memberi ujian kepada manusia. Bagi yang diangkat ada yang berasa bersyukur serta memanjatkan kesyukuraan dengan bersikap qanaah dengan pemberiaan ALLAH SWT. Namun, ada juga bagi yang diangkat dengan darjat, masih merasa tidak mencukupi dan berasa sepi.



Manakala bagi yang merasa dirinya rendah atau direndahkan pangkatnya, tidak kurang yang memanjangkan kegembiraannya dengan tetap memberi sumbangan sedekah kepada yang memerlukan. Tidak kurang pula yang berasa rendah pangkat ini menghela nafas kecewa kenapa dia yang dijauhkan dari kenikmatan berpangkat.



Jadi, dunia saya dan tuan-tuan pijakkan kaki ini adalah cubaan bagi manusia. Orang yang diberi pangkat apakah masih ingat dengan bawahannya dan apakah orang yang menjadi bawahan mahu berterima kasih kepada atasannya. Inilah yang telah dijelaskan oleh ALLAH dalam surah Al-An'am : 165



وَهُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلَائِفَ الْأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آَتَاكُمْ إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ الْعِقَابِ وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ (165)

“Dan dia lah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya dan Sesungguhnya dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [Al-An’am : 165]



Nikmat yang telah diberikan oleh ALLAH SUbhanahu Wa Taala kepada manusia memang berbeda-beda. Ada yang sangat disukai manusia dan ada yang kurang digemari sehingga ke tahap benci. Oleh karena itu setelah kita tahu bahawa semua yang diberi nikmat dengan kesukaan oleh ALLAH maka kita harus bersyukur. Sebagaimana firman ALLAH :



هَلْ جَزَاءُ الْإِحْسَانِ إِلَّا الْإِحْسَانُ (60)

Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (pula).

[Surah Ar-Rahman : 60]



Lalu apakah kita memberi manfaat kepada ALLAH SUbhanahu Wa Taala sehingga ALLAH SUbhanahu Wa Taala memberi kebagusan, kenikmatan, kemewahan, ketenangan kepada kita? Tentu sahaja tidak, ALLAH SUbhanahu Wa Taala memberi nikmat tanpa menunggu adanya manfaat dari kita. Hal ini sangat berbeza dengan watak manusia. Manusia hanya akan senang kepada orang yang berbuat baik kepada mereka. Setuju ?



Orang yang mahu bersyukur kepada ALLAH Subhanahu Wa Taala pasti akan diberi tambahan oleh ALLAH Subhanahu Wa Taala. Jadi احسان ALLAH diberi kepadanya adalah dua kali, pertama ALLAH memberi nikmat dan yang kedua ALLAH memberi tambahan jika manusia mahu bersyukur.



Ada orang yang tidak mahu bersyukur maka dia adalah orang yang sombong. Dia diberi mata, kaki, tangan, tapi tidak mahu bersyukur, paling hina dia sanggup menggunakan anggota yang dipinjamkannya oleh ALLAH Subhanahu Wa Taala untuk dia melakukan maksiat. Orang ini adalah orang yang telah kalah dalam menghadapi nafsunya. Orang yang telah sombong maka situasi yang tidak disedarinya bahawa dia dalam keadaan berbahaya kerana ALLAH Subhanahu Wa Taala tidak akan mengampuninya. Dalam surah Al-An'am ayat 44, ALLAH Subhanahu Wa Taala telah berfirman :



فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ (44)

44. “Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang Telah diberikan kepada mereka, kami seksa mereka dengan sekonyong-konyong, Maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.”

[Surah : Al-An’am : 44]



Mari kita merenung nasib Amerika Syarikat, sebuah negara yang kaya dengan majoriti penduduknya orang-orang kafir dan orang Islam hidup dalam kesengsaraan [Sila kaitkan dengan Negara Kita]. Ini tidak lain kerana ALLAH Subhanahu Wa Taala memberi cubaan kepada mereka. Mereka tidak ditumpaskan oleh ALLAH Subhanahu Wa Taala melalui bala tentera NYA, malah diberi pula dengan semua kenikmatan di dunia ini. Nah, gejala seks bebas itu nikmatkah? Lahir anak tiada berbapa dan beribu dikira kayu ukur ketamadunan? Atau bagaimana perlumbaan senjata mengakibatkan bencana di seluruh dunia? Bukankah di mana ada Amerika atau simbol-simboI terkenalnya seperti Mc Donalds, Coca Cola dan sebagainya, bumi tersebut akan dicemari penyakit al-wahan? nilah yang telah diisyaratkan oleh ALLAH Subhanahu Wa Taala dalam surah Al-An'am ayat 44 di atas. Yang difikirkan oleh Amerika hanyalah kemajuan dan keuntungan, dan ia dilihat oleh manusia dunia umumnya dengan mata kasar sebagai kayu ukur kemajuan peradaban insan. Tetapi tidak kepada manusia yang memandang dunia tidak lebih sebagai sebuah persinggahan.



Manusia tidak ingat kepada ALLAH kerana selalu hidup dengan kenikmatan, kemudahan dan kesenangan. Untuk itu ALLAH Subhanahu Wa Taala memberi cubaan agar manusia ingat kembali kepada-Nya. Nikmat itu ada dua, iaitu nikmat dhahir dan nikmat batin. Kedua nikmat tersebut adalah cubaan dari ALLAH Subhanahu Wa Taala. Kaya atau miskin, semuanya adalah cubaan. Ini semua dilakukan untuk melihat seberapa teguh keimanan seseorang kepada ALLAH Subhanahu Wa Taala. Dalam surah [Al-Anbiya' : 35] telah dijelaskan:



كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ (35)

35. Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). dan Hanya kepada kamilah kamu dikembalikan.



Manusia diberi harta, kesihatan, dan nikmat, kesemuanya berupa cubaan. Jadi kita harus selalu bersyukur kepada ALLAH Subhanahu Wa Taala. Ketika ini ramai orang yang tidak mahu bersyukur. Dan orang yang tidak mahu bersyukur akan mendapat cubaan berat daripada ALLAH Subhanahu Wa Taala berupa harta melimpah ruah, hati yang gundah semua ini diturunkan kepada si kaya dan si miskin yang hatinya jauh dari muraqabatullah. Inilah yang diisyarahkan oleh Ibnu Athaillah قيد إليه بسلاسل الامتحان.



"وصلى اللّه على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم"




Wallahu’alam

Melalui bimbingan ALLAH SWT Yang Maha Mulia :

Al-Faqir ila ALLAH Al-Qawwiy : Almukminun

2 Ramadhan 1431H/12082010

Petaling

http://almukminun.blogspot.com/2010/08/tasawwuff-ramadhan-dan-kemuliaan-cubaan.html


Tiada ulasan: