::Teman Bersama::

Khamis, 5 Ogos 2010

HARAM MEMBATALKAN PUASA TANPA SEBAB


HARAM MEMBATALKAN PUASA TANPA SEBAB



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره ووالاه




Al-Haqir Ila ALLAH Al-QAWWIYY : Almukminun

24 Syaaban 1431H / 05082010




Ibadah puasa adalah di antara rukun Islam yang lima. Sehingga para ulama menyenaraikan sebagai satu dosa besar meninggalkan puasa di bulan Ramadhan dengan sengaja. Hukumnya adalah haram.




Dengan tibanya Ramadhan kali ini kita akan disajikan dengan pelbagai karenah di kalangan Muslim dan Muslimat dalam mendepani Ramadhan kali ini. Ada yang demam lalu mengisytiharkan dirinya ada keringinan untuk tidak berpuasa. Ada yang menajdikan alasan tidak bersahur untuk menggelakkan diri dari berpuasa. Ada pula di kalangan muslimah yang uzur tanpa segan silu berbuka di pantri-pantri pejabat kerana punya “lesen besar” untuk tidak berpuasa.




Daripada Abdullah bin Umar R.A, telah bersabda Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam :



“Islam itu ditegakkan di atas lima dasar : (1) Menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan yang berhak (patut disembah) melainkan ALLAH, bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh ALLAH (2) Mendirikan solat lima waktu (3) Membayar zakat (4) Mengerjakan haji (5) Berpuasa pada bulan Ramadhan.”



[Hadith ini diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Imam Ahmad]




Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili menyatakan :



“Berbuka puasa Ramadhan tanpa uzur adalah juga daripada dosa-dosa besar, kerana padanya tunjuk biadab terhadap kemuliaan Ramadhan, memburuksangkaan orang berpuasa, mendedah diri dengan berani kepada binasa dan kejahatan, menentang peraturan Islamtentang puasa, merosakkan salah satu dari rukun-rukun Islam.”



[Al-Muharramat wa-‘Atsaruha as-Saiyi’ah ‘alal-Mujtama’, hal.40]




Peringatan demi peringatan diberikan buat mereka yang alpa. Bahawa betapa besarnya dosa yang dilakukan dengan meninggalkan puasa di bulan Ramadhan.




Al-Hafidz adz-Dzahabi menyatakan :


“Ketetapan di sisi orang mukmin ialah sesiapa yang meninggalkan puasa Ramadhan tanpa sakit dan tanpa sebab-sebab lain yang membolehkan ia berbuka, maka sesungguhnya ia lebih jahat lagi buruk daripada penzina, lanun dan peminum arak, bahkan syak pada keislamannya...”

[Kitab al-Kabaa’ir, hal.77]




Apakah kita masih mahu memandang ringan atas segala amaran dan peringatan keras daripada ALLAH Subhanahu Wa Taala dan Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam?




Orang yang berbuka puasa tanpa uzur atau yang tidak berpuasa langsung pastinya akan di hukum dengan hukuman yang berat pada hari akhirat kelak iaitu : Ia dibangunkan dalm keadaan penuh dosa dan dia diseret lalu diseksa dalam neraka.




Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam bersabda :



“Sesiapa yang berbuka puasa sehari di bulan Ramadhan tanpa rukhshah dan tidak pula sakit, tidak dapat menggantikan puasanya yang ditinggalnya itu oleh puasa sepanjang masa, jika dilakukannya.”



[Hadith ini diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, lafaz darinya, Abu Daud dan Ibnu Majah]




Berdasarkan hadith ini, berkata sesetengah ulama bahawa membatatalkan puasa dengan sengaja atau tidak berpuasa langsung kerana malas adalah dianggap dosa besar, tidak dapat diganti balik dengan qadha. Apatah lagi jika seseorang itu mahu berpuasa langsung dengan alasan membebankan dan Islam tidak memaksa berbuat demikian, maka hukumnya Murtad wal iyazubillah. Jatuh hukum ini kerana menentang hukum ALLAH yang jelas terkandung dalam ayat suci Al-Quran.




Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., katanya : Aku dengar Rasulullah Shollallahu Alaihi Wasaslam bersabda:



“Tatkala aku sedang tidur, datang kepadaku dua orang lelaki lalu kedua-duanya memegang lenganku, lalu mebawaku ke sebuah bukit yang sukar dilalui. Maka kedua-duanya berkata: Naiklah. Aku menjawab : Saya tidak mampu untuk mendakinya. Lelaki itu berkata. Sesungguhnya kami akan memudahkan pendakian untukmu.



Lalu aku pun mendaki bukit itu. Sehingga apabila aku sampai di dataran bukit tersebut, tiba-tiba aku terdengar suara yang amat keras. Aku pun berkata : Suara apakah ini? Mereka menjawab : Ini adalah jeritan penghuni neraka. Kemudian aku dibawa pergi, tiba-tiba aku berhadapan satu kaum yang tergantung pada urat besar atas tumit mereka, bibir mulut mereka dipecah-pecahkan, darah mengalir begitu banyak dari celahan bibi mulut mereka.



Berkata rawi : Aku Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam bertanya : Siapakah mereka in? Lelaki itu menjawab : Mereka ialah orang-orang yang terbuka puasa sebelum waktu berbuka puasa.“



[Hadith ini diriwayatkan oleh Ibnu Hibban, Ibnu Khuzaimah dan al-Hakim]




Wallahu ‘alam.

"وصلى اللّه على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم"

Al-Haqir ila ALLAH Al-Ghaniy:

Almukminun

http://almukminun.blogspot.com/2010/08/haram-membatalkan-puasa-tanpa-sebab.html

24 Syaaban 1431H / 05082010

Tiada ulasan: