::Teman Bersama::

Khamis, 10 Jun 2010

Dia Manusia, Bukan Manusia Biasa


Dia Manusia, Bukan Manusia Biasa





بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره ووالاه





Quraisy di Makkah terhijab pandangan mereka dan tidak mengambil manfaat daripada keberadaan Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam. Orang kafir Quraisy mereka melihat batang tubuh Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam tanpa melihat Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam secara halus. Kini, ia dianuti kembali pada zaman ini. Natijahnya, sewenang-wenangnya Sayyidina Musthofa Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam disamakan dengan manusia lainnya.





ALLAH Subhanahu Wa Taala tidak pernah bersumpah di dalam kitab Zabur, Injil dan Taurat perihal susuk mulia Sayyidina Musthofa Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam. Tetapi, ALLAH Subhanahu Wa Taala bersumpah demi masa di dalam Al-Quran Al-Kareem :





[Allah SWT bersumpah dengan “umur” atau “nyawa” Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam]



لَعَمْرُكَ إِنَّهُمْ لَفِي سَكْرَتِهِمْ يَعْمَهُونَ




Demi umurmu (wahai Muhammad), sesungguhnya mereka membuta tuli dalam kemabukan maksiat mereka.(Al-Hijr: 72)





Sedangkan, di kalangan mereka yang mengaku Muslim berusaha, “BERJIHAD AKHBAR” dengan sesungguhnya untuk menjauhkan umat Islam daripada Nabi mereka yakni Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam.




Seseorang yang tenggelam dalam lautan penyaksian wahdah (kesatuan sifat-sifat ALLAH Subhanahu Wa Taala) pasti menghayati bahawasanya manusia dan seluruh alam ini tidak pernah terlepas daripada kekuasaan ALLAH Subhanahu Wa Taala. Oleh yang demikian, seseorang itu tidak mampu untuk keluar daripada kehambaan diri mereka kepada ALLAH Subhanahu Wa Taala lalu memilih untuk tidak mentaatiNya kerana penghayatan terhadap rasa kelemahan diri di hadapan kekuasaan ALLAH Subhanahu Wa Taala.




Adapun orang yang lalai daripada penghayatan ini adalah orang yang terkeliru dalam memahami erti dirinya sendiri dan erti kehidupan di sekelilingnya sehingga terhijab daripada hakikat bahawasanya dia tidak terlepas daripada kekuasaan ALLAH Subhanahu Wa Taala. Inilah hakikat kebiadaban terhadap Sayyidina Musthofa Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam. Hijab orang yang lalai tersebut adalah dirinya sendiri di samping makhluk-makhluk di sekelilingnya sehingga dia menyangka bahawasanya yang berperanan dalam memberi manfaat dan menolak kemudaratan daripada dirinya adalah dirinya sendiri dan makhluk-makhluk di sekitarnya, sedangkan pada hakikatnya, hanya ALLAH Subhanahu Wa Taala yang Maha Pemberi Manfaat dan Maha Menolak Kemudaratan.




Justeru, kepada para pembenci Maulid Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam, nyatakan nama-nama Imam-Imam Mazhab yang empat secara jelas dan terang menolak sambutan Maulid Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam. Para ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah tiadk nafikan bahawa kitab-kitab Maulid itu bukan Al-Quran, maka jelas kitab-kitab Maulid juga tidak terlepas daripada kesilapan dan kesalahan.




Imam Syafie Rahimahumullah apabila membaca sebanyak tujuh puluh kali Kitab Ar-Risaalah dihadapan murid-muridnya, pasti menjumpai kesalahan akan karangan yang ditulisnya. Imam Syafie Rahimahumullah berkata : ALLAH Subhanahu Wa Taala mahu menunjukkan tiada kitab tulisan makhluknya yang mampu menandingi Al-Quran.





يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَرْفَعُوا أَصْوَاتَكُمْ فَوْقَ صَوْتِ النَّبِيِّ وَلَا تَجْهَرُوا لَهُ بِالْقَوْلِ كَجَهْرِ بَعْضِكُمْ لِبَعْضٍ
أَنْ تَحْبَطَ أَعْمَالُكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تَشْعُرُونَ




Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara yang keras, sebagaimana kerasnya suara sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain, supaya tidak hapus (pahala) amalanmu[1408], sedangkan kamu tidak menyedari. (Al-Hujurat : 49)


[1408] meninggikan suara lebih dari suara nabi atau bicara keras terhadap nabi adalah suatu perbuatan yang menyakiti nabi. Kerana itu dilarang melakukannya dan menyebabkan hapusnya amal perbuatan.





Kritikan, penyamaan keagungan peribadi mulia Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam ini telah lama berlaku sebagaimana yang terakam di dalam al-Quran :




قَالُوا إِنْ أَنْتُمْ إِلَّا بَشَرٌ مِثْلُنَا تُرِيدُونَ أَنْ تَصُدُّونَا عَمَّا كَانَ يَعْبُدُ آَبَاؤُنَا فَأْتُونَا بِسُلْطَانٍ مُبِينٍ




Mereka menjawab: “Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami. Kamu bertujuan hendak menyekat kami daripada menyembah apa yang telah disembah oleh datuk nenek kami. Oleh itu, bawalah kepada kami satu bukti yang jelas nyata”.(Ibrahim;10)





Kelompok yang “berpenyakit hati” ini hanya sibuk mengembar-gemburkan kepada masyarakat awam tentang ayat-ayat berkaitan “kesamaan” Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam dengan manusia lainnya Pelik, tidak pula mereka menonjolkan ayat-ayat al-Quran dan al-Sunnah berkaitan dengan keagungan dan kemuliaan Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam yang terlalu banyak di dalam al-Quran dan al-Sunnah.




Ramai yang mengaku sebagai mujtahid mutlak. Bila mereka tidak faham akan ilmu seseorang, lantas dituduh sesat, bid’ah dan masuk neraka. Umpamanya, kita sebagai kanak-kanak atau bayi menyalahkan orang tua. Manakala, makanan manusia-manusia hebat dan dewasa adalah racun bagi kanak-kanak. Maksudnya, sesuatu ilmu itu kadangkala menjadi tidak sesuai untuk kita dalami jika tidak dilandasi dahulu ilmu-ilmu asas.




Pintu ijtihad masih terbuka lagi. Kalaulah anda mempunyai kebolehan ijtihad silakan anda masuk gelanggang berijtihad, kerana (هم رجال ونحن رجال) mereka (mujtahidin) lelaki dan kami juga lelaki. Apa salah kami juga berijtihad seperti mereka. Tetapi yang menjadi lucunya ialah orang yang tahu memberi ubat panadol kepada orang demam berlagak menjadi doktor pakar. Ada juga sesetengah pihak bergaya bahawa seandainya ائمة اربعة hidup masa kini, ائمة اربعة juga wajib ikut pandangan mereka.




Inilah bala serta musibah senyap yang sedang menerjah, mengoyah keimanan masyarakat kita hari ini. Bala dan musibah ini keluar daripada diri pendakwah yang tidak berketrampilan serta tiada ilmu untuk berhadapan dengan masalah ummah yang semakin membarah. Pendakwah yang mengaku sebagai daie dinilai dengan populariti. Kekerapan keluar di peti televisyen atau menggetengahkan isu-isu khilaffiyyah.




Pada zaman ini serangan musuh bukanlah satu-satunya penyebab penderitaan umat Islam. Di kalangan kita sendiri [umat Islam] ada musuh dalam Islam, tidak perlulah kita sebut siapa mereka kerana ianya telah pun diketahui umum. Musuh dalam selimut ini, tidak pula suka untuk menyerang musuh-musuh Islam yang sebenar tetapi sebaliknya, mereka menyebarkan pula permusuhan dan perpecahan di kalangan umat Islam di seluruh dunia. Oleh itu saya rasa ini merupakan tanggungjawab saya untuk melindungi mereka yang beriman daripada serangan mereka ini, yang tidak ada kerja lain, selain mencari kesalahan saudara sendiri.




Mereka berkerja bertungkus lumus untuk menaikkan rasa syak wasangka dan was-was kepada perkara-perkara yang sahaja mereka timbulkan agar ianya menjadi satu yang kontroversi dan seterusnya, menuduh saudara sendiri sebagai musyrik, kafir, dan mubtadi'. Mereka pula dengan senang-senangnya merubah pendapat-pendapat ulama-ulama yang terdahulu, yang selama 1400 tahun dianggap sahih dan benar oleh semua umat Islam dan menamainya sebagai bid'ah, syirik dan kufur! .WAHABBI-KEJi.




Ini nasihat buat diri dan semua yang mahu peduli :



  1. Usah sia-siakan usia anda dalam gelanggang perselisihan dan pertengkaran yang tidak dapat mengaut keuntungan duniawi dan juga ukhrawi.


  1. Fahami diri bahawa dimanakah kedudukan anda sebenar? Sebagai mujtahid, muhaddith ataupun sebagai mujtahid mutlaq atau mujtahid fil mazhab. Gelar Doktor Falsafah bukan taraf ukur untuk kita biadab dengan Rasulullah Shollallhu Alaihi Wassalam, Para sahabat (Ridhuanullahialaihim), Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam, Para Imam Mazhab yang empat dan alim ulama.


  1. Usah menonjolkan diri sebagai mujtahid jika tidak sampai kepada darjat ijtihad dan hanya mempunyai ilmu yang sedikit.


4. Jangan terpengaruh dengan mereka yang berpura-pura membawa aliran mengikuti Al-Quran dan Al-Sunnah sedangkan mereka berpegang dengan aqidah tajsim dan tasybih yang menyalahi dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan jumhur muslimin.




Mudah-mudahan ALLAH Subhanahu Wa Taala memberikan taufiq kepada kita agar dapat mengikuti jalan yang benar lagi lurus dan menjauhkan kita daripada menuruti jalan yang sesat lagi menyesatkan.




"وصلى اللّه على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم"



Wallahu’alam



Melalui bimbingan ALLAH SWT Yang Maha Mulia :

Al-Faqir ila ALLAH Al-Qawwiy : Almukminun

27 Jamadilakhir 1431H/10062010

Petaling

http://almukminun.blogspot.com/2010/06/dia-manusia-bukan-manusia-biasa.html

1 ulasan:

Muhammad berkata...

Jadual Program Tafaqquh Fiddin Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin : http://wp.me/piAx4-1Zg