Ustaz Mohd Halizal Allias
Kedah Darul Aman, Malaysia
Beliau juga boleh dihubungi melalui email : abu_fathurrahman@yahoo.com.my
Sudah berkali-kali ana tegaskan dalam kuliah, isu fahaman wahabiyyah bukan isu yang boleh kita politikkkan secara kepartian.Isu ini adalah isu yang perlu dibahaskan secara ilmiah,berfakta dan penuh dengan kejujuran demi mencari cahaya kebenaran.Misalnya, adakah boleh kita berbicara selaku seorang pensyarah pada anak yang belum kenal alif ba ta.Hari ini tatkala sebahagian ahli jamaah yang belum matang melepasi proses tarbiyah,lalu bila pimpinan cepat melatah maka ini pasti memberi kekeruhan kepada jamaah.
Andai Tn Guru Hj Hadi itu laksana mentari yang bersinar dalam perjuangannya yang begitu ana kagumi keikhlasan dan kesabarannya dalam memimpin jamaah,maka Ust Zamihan itu menjadi bulan yang menerangi kegelapan umat buat memberikan sinaran yang mampu membela ahlu sunnah wal jamaah.Namun pada ana ada pihak tertentu yang cuba menangguk di air yang keruh yang mahu melihat perpaduan jamaah ini runtuh.
Pada ana tidak perlu kita melulu dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan biar diperiksa dulu kesahihan laporan.Alhamdulillah lebih kurang jam 1 pagi tadi ana berbual panjang dengan Pegawai JAKIM Ust Zamihan berkaitan dengan apa yang sebenarnya berlaku.Menurut beliau ceramah yang beliau sampaikan di Hotel Pan Pacific KLIA pada hari Isnin malam selasa yang lalu dihadiri lebih kurang 130 orang hadirin termasuk Menteri Pengajian Tinggi,Timbalannya,Timbalan Ketua Polis Negara dan hampIr kesemua Naib Canselor IPTA adalah menjelaskan tentang fahaman wahabiyyah dan beliau hanya menyentuh isu mantan mufti Perlis Dr Asri dan lansung tidak menyebut nama Tn Guru Presiden PAS atau nama bekas Menteri Besar Perlis.
Namun bagai ada yang tidak kena, kerana apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini seperti berikut:
"Malaysiakini difahamkan dalam mesyuarat anti-keganasan anjuran pihak polis Isnin lalu seorang pegawai daripada sebuah agensi agama memberikan penerangan tentang 'hubungan' beberapa tokoh agama dan politik dengan Wahabi dan Jemaah Islamiah (JI).Menurut sumber-sumber, selain Abdul Hadi, turut dikaitkan sama dengan 'lingkaran' itu, antaranya bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas mufti negeri Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan mufti sekarang Dr Juanda Jaya."
Menurut Ust Zamihan beliau telah menghubungi Malaysiakini dan meminta supaya mereka menarik balik laporan yang salah itu kerana beliau tidak pernah menyebut nama pemimpin berkenaan,atau Malaysiakini bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang.Sebab itu katanya,sekiranya Presiden PAS atau bekas Menteri Besar Perlis ingin menyamannya beliau tidak kisah kerana beliau lansung tidak menyebut nama mereka.Sebab itulah juga katanya lagi kaedah fiqh perlu diambil kira: 'al-bayyinah alal mudda'ie wal yaminu 'ala man ankara'.
Maafkan ana Tn Guru,sekadar teguran dengan penuh rendah diri, sepatutnya isu ini perlu diteliti dengan berhati-hati agar tidak ada pihak yang menyalah erti. Tindakan mengadakan kenyataan secara tergesa-gesa sebenarnya boleh menyebabkan keadaan yang tidak selesa buat ahli PAS di kalangan golongan biasa.
Pada hemat ana juga, point yang penting di sini ialah 'fahaman Asriisme' ini memilih jalan 'playsafe' demi memastikan ideology mereka sampai tidak kira zaman Pakatan Rakyat(PR) atau Barisan Nasional(BN).Mantan mufti Perlis itu boleh berkhidmat dengan Shahidan Kassim dan juga dalam masa yang sama boleh mencium tangan Tok Guru Menteri Besar Kelantan selepas tidak memegang jawatan mufti.Disini jelas menggambarkan ketidakjelasan pendirian mantan mufti ini.Rasanya adalah lebih baik pandangan Pesuruhjaya PAS Perlis perlu diambil kira ataupun pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS Dato Dr Haron Din.Ini kerana kedua-dua mereka pada ana lebih mengenali tindak tanduk bekas Mufti berkenaan.Bahkan barangkali Ust Yussainee Yahya juga punya pengalaman dengan bekas mufti itu.
Dalam kita ingin memerintah Malaysia pastinya rakyat menilai tahap professionalisme kerja buat kita.Apatah lagi yang hadir itu orang cerdik pandai yang tahu apa yang disebut oleh Pegawai JAKIM berkenaan.Selaku pimpinan pemuda PAS Wallahi,Wabillahi,Watallahi ana sanggup korbankan jiwa dan raga ana jika isu ini dimainkan untuk menangkap Presiden PAS yang ana kasihi.Membujur lalu,melintang patah,azam takkan layu,perjuangan takkan sudah…Allahu Akbar!!!
(Penjelasan yang lebih lengkap kepada aritikel ini,telah ana hantarkan kepada tranungkite,jika terdapat perbezaan isi dari versi asal, itu hanya sebagai maklumat tambahan).
http://kiyaiharaki.blogspot.com/2010/06/penjelasan-isu-tghh-dan-ust-zamihan.html
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Wahabbi-Malaysiakini [Jaringan Islam Liberal] melaga-lagakan Ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Ulas Al-Faqir ila ALLAH Al-Ghaniy : almukminun
Saya memohon dan merayu kepada para pemimpin Islam [samada anda bertaraf PM,TPM,Menteri atau Timb.Menteri atau anda merupakan Presiden Parti, Pemimpin Rohani bagi parti atau anda adalah ahli-ahli biasa], tanpa mengira warna politik masing-masing [Kerajaan Islam atau pembankang Islam].
Inilah bahana fitnah besar daripada wahabbi serta gelandungan mereka Islam liberal dalam menabur fitnah terhadap sesama alim ulama di negara Malaysia yang kita cintai ini. Mereka [wahabbi-Islam liberal] sengaja mewujudkan pertelingkahan di kalangan alim ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Dalam rancak kita menghalang penyebaran firqah pelik wahabbi dan Jaringan Islam Liberal, firqah syiah dan hizbut tahrir menyusup masuk ke dalam masyarakat kerana para ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah terus disibukkan dalam menanggapi kekeliruan yang dibawa oleh golongan wahabbi-liberal.
Malaysiakini didokongi dengan agenda liberalisme agama. Lihat kepada kontroversi-kontroversi yang mereka cipta. Dengan kehadiran MAZA dengan fahaman wahabi ala liberalnya, mereka berkerjasama demi kuasa. Mereka di antara satu sama lain saling memperkuda. Semua demi kesinambungan firqah jelik, pelik dan jelas melanggari majoriti ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Tuan-tuan, tanpa mengira warna politik masing-masing [Kerajaan Islam atau pembankang Islam], bagaikan ada “missing link” di antara wahabbi dan gerakan islam liberal di Malaysia. Isu Jamaah Islah [JI], timbul selepas satu FORUM AHLI SUNNAH WAL JAMAAH AL-SALAFIYYAH SENUSANTARA yang di adakan di Perlis pada hari Sabtu, 12 Jun 2010 bertempat di Masjid Tuanku Syed Putra, Kangar. Kemudian isu [JI] ini timbul. Kita para pendokong haraki Islam atau pendokong kerajaan berlapang dadalah dengan membiarkan pihak Polis melaksanakan tugas mereka dengan amanah demi perpaduan ummah. Sekali lagi saya tegaskan buat pihak penguasa [kerajaan/pembangkang] usah jadikan isu JI ini sebagai senjata menjatuhkan seteru anda. Biarkan PDRM tanpa ada tekanan dalam menjalankan tugasan mereka.
Sebagaimana kata Al-Fadhil Ustaz Mohd Halizal Allias, isu ini bukan isu yang boleh dibincangkan secara logik akal atau menafsir tanpa disiplin ilmu yang khusus keatas seseorang individu. Sekali lagi pernyataan bahawa belajar berguru atau bertalaqqi dengan mereka yang ahli adalah pencegah kepada pemikiran tanpa panduan ilmu yang jitu. Wahabbi-Jaringan Islam Liberal bukan isu yang boleh dipolitikkan. Kerana mereka wahabbi-Jaringan Islam Liberal lah yang akan menyusup masuk ke dalam sistem parti-parti politik samada kerajaan atau pembangkang untuk mereka wahabbi-Jaringan Islam Liberal menguasai pemerintahan negara Malaysia yang kita cintai ini, seterusnya menjayakan impian mereka ke arah mewujudkan negara Islam yang terbabas aqidahnya. Nauzdubillahi miin zaaliik. Ya ALLAH, mohon dijauhkan bencana aqidah ini.
Kita lihat hari ini, salah faham terhadap agama, kebanyakannya berasal daripada golongan yang suka membaca tanpa guru, lantas memahami dengan salah dan menyesatkan pula kefahaman orang lain. Lihat sahajalah ajaran-ajaran sesat yang timbul sekarang, kebanyakannya adalah intepratasi dari kitab-kitab yang sahih. Bukankah ini adalah bukti yang cukup jelas betapa syaitan menyesatkan manusia yang membaca dan belajar tanpa berguru? [Al-Fadhil Ustaz Syed Abdul Kadeer Al-Jofree]
Firman ALLAH Subhanahua Ta'ala dalam surah An-Nisa' ayat 58 yang berbunyi : Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada orang yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkannya dengan adil ".
Daripada Abu Hurairah R.A dia berkata:
“Ketika Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam di dalam suatu majlis berbicara dengan orang ramai maka datang seorang `arab badawi lalu bertanya: "Bilakah hari kiamat?". Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam meneruskan ucapannya. Ada yang berkata "Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam dengar (apa yang ditanya) tetapi Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam tidak suka apa yang ditanya". Sementara yang lain pula berkata "Bahkan Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam tidak mendengar". Apabila telah selesai ucapannya, Baginda bertanya: "Manakah orang yang menyoal". Jawab (badawi tersebut): "Saya di sini wahai Rasulullah". Baginda bersabda: "Apabila dihilangkan amanah maka tunggulah kiamat". Tanya badawi tersebut: "Bagaimanakah menghilangkan amanah itu". Sabda Baginda: "Apabila diserahkan urusan kepada bukan ahlinya maka tunggulah kiamat". (Riwayat al Bukhari)
Bermati-matian dengan bersembunyi diatas nama Islam, MAZA dan rakan-rakannya menjatuhkan air muka Institusi Ulama-Mufti di Malaysia. MAZA secara sengaja dan halus melaga-lagakan Institusi Mufti dengan Ulama harakiah Islam Malaysia. Pernahkah perkara ini berlaku sebelum gelombang wahabbiyah menimpa keharmonian umat Islam di Malaysia? Mereka wahabbi dan pejuang liberalisasi agama mengaitkan kononnya Institusi Mufti menjadi kuda tunggangan kerajaan. Tuduhan apa ni? Manakala, jamaah Islam yang begitu memusuhi kerajaan mengambil peluang dengan mengiyakan saranan-saranan wahabbi-liberal ini. Apakah kita lupa dengan ikrar haraki iaitu mengajak ummah dengan mendekati aqidah yang sohih.
Saya tidak kata institusi agama seperti JAKIM “tidak” tercemar dengan kejahatan politik sang penguasa. Apa yang saya kesalkan mengapa maruah institusi mufti disamaratakan juga? Atau apakah JAKIM langsung tidak menjalankan amanah mereka? Tidakkah kita sedar ada di kalangan para simpatisme gerakkan Islam di dalam Institusi-Institusi agama itu juga turut mendokongi kita yang fokus ke arah kewujudan negara Islam. Janganlah hanya kerana mereka yang duduk di lapangan yang bukan politik seperti badan bukan kerajaan (NGO Islam), kita katakan mereka bukan pejuang Islam. Jadi apa pula halnya kerjasama dengan DAP yang menolak terus Negara Islam yang kita islahkan. ALLAHU ALLAH.
Maka, dengan terhapusnya sistem kepercayaan masyarakat kepada institusi agama, wahabbi dan jaringan Islam liberal akan mudah menyusup masuk ke kotak akal umat.
Mohon umat Islam dan para pejuang haraki Islam bertenang dengan fitnah besar yang sedang diusahakan oleh Malaysiakini-Islam liberal-wahabi dalam melaga-lagakan para alim ulama kita.
Wallahu’alam
http://almukminun.blogspot.com/
ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:
“ (pujukan orang-orang munafik itu) seperti (pujukan) syaitan ketika ia berkata kepada manusia, “ membangkanglah kamu! ”, kemudian ketika manusia itu menjadi kufur ia berkata, “ sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu, kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, tuhan semesta alam ”. ( Al Hasyr: 16 )
Petikan berita :
Al-Jazeera melaporkan:
http://english.aljazeera.net/news/asia-pacific/2010/01/201012893539919721.html
newstraitstimes melaporkan:
http://www.nst.com.my/nst/articles/Anetworkofterror/Article/
Global JIHAD melaporkan:
2 ulasan:
lol
malaysiakini tu mengarut la ye?
ishh
isu ni bahaya...
tp pasal msia kini tu br denga,
sejauh mana kebenarannya ya?
wallahu'alam..
Catat Ulasan