بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره ووالاه
Qadariyyah ; “Qadar Berasal dari DIRI HAMBA”
Ghailan bin Marwan Ad-Dimasyqy, tokoh Qadariyyah, mengatakan takdir manusia ditentukan oleh manusia sendiri, tiada campur tangan ALLAH.
Dengan kejayaan kaum muslim mendepani kepimpinan dunia melalui penaklukan 1/3 dunia. Maka kaum Yahudi dan Nasrani sangat mendendami kejayaan tentera-tentera Islam. Maka muncullah pemuka Syiah bernama Abdullah bin Saba’ dengan agenda menakluk minda mukmin melalui kecelaruan Syiah. Begitu pula pembawa agenda menyamakan ALLAH SWT dengan makhluk jika bukan Muhammad Bin Abdul Wahab dengan aliran pemikiran Ibnu Tamiyyah yang kontroversi dengan menjadikannya sebagai dasar pegangan.
Di kalangan kaum Nasrani pula muncul Sousan dari Iraq dengan sifat munafiq berpura-pura memasuki Islam. Sousan berjaya mempengaruhi Ma’bad bin Abdullah Al-Jauhani Al-Bashri dengan idea-idea pemikiran Yunani yang menjadi mainan dogma Nasrani. Sousan telah mengajarkan masalah takdir kepada Ma’bad.
Di dalam dunia Islam, Ma’bad dikenali sebagai orang yang pertama memperkenalkan masalah takdir dalam Islam. Dia telah datang dari Iraq ke Madinah menyebarkan fahaman Qadariyyah.
Muslim bin Yasar meriwayatkan bahawa Ma’bad selalu mengatakan seperti dikatakan kaum Nasrani. Dia tetap berbuat seperti itu sampai akhirnya dia ditentang oleh Abdul Malik bin Marwan pada tahun 80 Hijriah, lalu dibunuh dan disalib di Kota Damsscus.
Di antara orang yang mengambil ajaran Ma’bad adalah Ghailan bin Marwan Ad-Dimasyqy. Ia mengatakan tentang qadar baik dan buruknya. “Qadar berasal diri hamba .” Maksudnya, takdir terhadap manusia itu ditentukan oleh manusia itu sendiri, dan tidak ada campur tangan dari ALLAH Subhanahu Wa Taala.
Surat Ghailan Kepada Khalifah
Ghailan ad-Dimasyqy semakin bersemangat menyeru kepada fahaman Qadariyyah di Syam. Namun, Khalifah Umar Bin Abdul Aziz sentiasa memberi kritikan kepada ajaran songsang Ghailan.
Kemudian, Ghailan mengutus surat kepada Umar Bin Abdul Aziz agar membahas masalah ini secara objektif.
Di antara surat-surat yang dihantar Ghailan berbunyi begini;
“Engkau mempunyai mata hati, tetapi tidak berdaya. Engkau dapat melihat, tetapi tidak berdaya. Ketahuilah Umar, engkau engkau mengetahui Islam sebagai suatu ucapan kerana keadaan dan gambaran yang mempunyai kekuatan.
Wahai orang yang mati di antara orang-orang yang mati, engkau tidak mengetahui suatu pengaruh lalu mengikutinya, tidak mendengar sebuah suara lalu mengambil manfaat darinya. Akhirnya muncullah kezaliman terhadap sunnah dan muncullah perbuatan bid’ah. Orang pandai ditakut-takutkan sehinggan tidak berani berbicara, manakal orang bodoh tidak diberi kesempatan untuk bertanya
Boleh jadi umat ini akan selamat kerana seorang pemimpin, dan boleh jadi umat ini akan hancur kerana seorang pemimpin. Lihatlah dirimu sebagai pemimpin yang mana?
ALLAH SWT berfirman;
“Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah kami” [Surah Al-Anbiya ; 73]
Itulah pemimpin yang diberi petunjuk. Dia dan para pengikutnya saling bekerja sama.
ALLAH SWT juga berfirman;
“Dan kami jadikan mereka pemimpin-pemimpin yang menyeru (manusia) ke neraka dan pada hari kiamat mereka tidak akan tertolong ” [Surah Al-Qashash ; 41]
Tentunya tidak ada seorang penyeru yang berkata ‘kemarilah ke dalam neraka’ sehingga tiada seorang pun yang mengikutinya. Sebab orang-orang yang menyeru kepada neraka adalah mereka yang menyeru kepada perbuatan maksiat kepada ALLAH.
Wahai Umar, adakah engkau mendapatkan seorang hakim yang menghina perbuatannya sendiri, atau dia berbuat sesuatu yang menghina dirinya sendiri atau menyeksa orang yang dihukum dan menghukum siapa yang telah dia seksa?
Atau adakah engkau mendapatkan orang yang memiliki rasa kasih sayang membebani manusia sesuatu diluar kemampuannya, atau menyeksanya kerana dia mampu?
Adakah engkau mendapatkan orang yang adil membawa manusia kepada kezaliman dan saling menzalimi? Adakah engkau telah mendapatkan orang yang benar membawa manusia kepada pembohongan dan saling membohongi.
Cukuplah keterangan ini sebagai suatu penerangan, atau kebutaan hal ini sebagai kebutaan. “
Debat Yang Membawa Kematian
Setelah mendapat surat itu, Khalifah Umar Bin Abdul Aziz memangil Ghailan untuk berdiskusi. Ghailan berjanji untuk tidak berdakyah medakyahkan ajaran sesat Qadariyyah lagi. Sebaliknya berlaku selepas kemangkatan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz.
Ghailan tetap menyebarkan fahaman sesat qadariyyahnya sehingga pemerintahan Khalifah Hisyam bin Abdul Malik. Khalifah Hisyam bin Abdul Malik yang menyedari kesesatan Ghailan menyedari virus bahaya yang sedang meresap ke dalam masyarakat. Hukuman mati selepas diminta bertaubat oleh Khalifah Umar Bin Abdul Aziz perlu dilaksanakan.
Justeru Khalifah Hisyam telah menemui cara dengan mempertemukan Ghailan yang sesat dengan ahli fiqh dari Syam, Imam Al-Auza’i dalam satu diskusi. Al-Auza’i telah berdebat dengan Ghailan sebagaimana yang tercatat di dalam kitab Al-Aqdul Farid.
Hisyam bin Abdul Malik mengundang Ghailan lalu berkata kepadanya, “Orang-orang banyak berbicara tentang dirimu.”
“Benar, wahai Amirul Mukminin, Panggilkan sesiapa sahaja yang engkau kehendaki untuk berdebat denganku. Bila engkau dapat mengalahkan aku dengan perdebatan itu, akan kuberikan kebebasan kepadamu terhadap leher dan jiwaku,” ucap Ghailan dengan penuh bongkak.
“Engkau cukup adil,” kata Hisyam.
Imam Al-Auza’i berkata kepada Ghailan, “Pilihlah sesuka hatimu: bila setuju, engkau boleh memilih tiga masalah, empat masalah atau satu masalah sahaja.”
Ghailan berkata, “Tiga masalah sahaja.”
Al-Auza’i berkata, “wahai Ghailan, adakah ALLAH Azza Wa Jalla membatalkan apa yang dilarangya?”
Ghailan menjawab, “Aku tidak mempunyai pengetahuan tentang masalah ini.”
Al-Auza’i berkata, “Ini satu masalah.”
Kemudian ia melanjutkan lagi, “Beritahu kepadaku tentang ALLAH Azza Wa Jalla, apakah DIA menghalangi apa yang diperintahkan NYA?”
Ghailan menjawab, “Ini lebih sulit dari yang pertama. Aku tidak mempunyai pengetahuan sedikit pun tentang masalah ini.”
Al-Auza’i berkata, “Ini sudah dua masalah, wahai Amirul Mukminin.”
Lalu dia bertanyakan lagi soalan kepada Ghailan. “Beritahukan kepadaku tentang ALLAH Azza Wa Jalla, apakah dia mendukung terhadap apa yang diharamkanNYA?”
Ghailan menjawab, “Ini lebih sulit dari masalah pertama dan kedua. Aku tidak mempunyai pengetahuan sedikit pun mengenai hal ini.”
Al-Auza’i berkata, “Wahai Amirul Mukminin, ini sudah tiga masalah.”
Kemudian, dengan kegagalan Ghailan pembawa ajaran qadariah sesat menjawab pertanyaan Al-Auza’i lalu Khalifah Hisyam Abdul Malik memerintahkan hukuman pancung dikenakan ke atas Ghailan.
Lalu Imam Al-Auza’i menerangkan; “Tidakkah engkau mengetahui bahawa ALLAH membatalkan apa yang dilarangNYA terhadap Nabi Adam untuk memakan buah pohon?
ALLAH SWT jualah yang menakdirkannya memakan buah pohon itu dan akhirnya Adam pun memakannya.”
Al-Auza’i berkata lagi, “Tidakkah engkau mengetahui bahawa ALLAH menghalangi apa yang dilarangNYA, wahai Amirul Mukminin? ALLAH SWT memerintahkan iblis untuk bersujud kepada Nabi Adam, tetapi DIA menghalangi iblis bersujud kepada Adam.
Tidakkah engkau mengetahui , wahai Amirul Mukminin, bahawa ALLAH mendukung apa yang dilarangNYA?” DIA (ALLAH) menghalangi manusia memakan bangkai, darah, dan daging babi, tetapi membolehkan kembali memakan larangan pengharaman tersebut jika hamba NYA di dalam keadaa terpaksa (darurat).
Khalifah Hisyam berkata, wahai Auza’i “Khabarkan kepadaku tentang masalah yang pernah engkau tanyakan kepada Ghailani?”
Imam AL-Auza’i berkata, “Aku pernah berkata kepadanya: Beritahu kepadaku tentang ALLAH Azza Wa Jalla, bagaimana DIA menciptakan dirimu? Apakah DIA menciptakan dirimu seperti kehendak NYA atau apabila engakau sendir mengkehendaki?”
Lalu, Ghailan menjawab : Apabila ALLAH mengkehendaki.
Aku berkata kepadanya : Beritahu kepadaku tentang ALLAH Azza Wa Jalla, apabila DIA mematikanmu, lalu ke manakah engkau akan berjalan? Seperti yang engkau kehendaki atau seperti yang ALLAH kehendaki?
Ghailan menjawab : Seperti yang ALLAH kehendaki.
Barang siapa yang tidak dapat memperbaiki ciptaannya, tidak dapat menambahkan rezekinya, tidak dapat memanjangkan ajalnya dan dia tidak dapat menjalankan dirinya sebagaiamana yang dirinya kehendaki, apakah lagi kehendak yang ada sebagai kemampuannya wahai Amirul Mukminin?
Sesungguhnya orang-orang qadariyyah tidak puas dalam firman-firman ALLAH SWT,sabda Nabi Muhammad Rasulullah, perkataan tentang penghuni syurga, neraka, perkataan mengenai malaikat dan juga mengenai iblis.
Sedangkan telah ALLAH SWT terangkan di dalam Al-Quran ; “Lalu Tuhannya(ALLAH Subhanahu Wa Taala) memilihnya dan menjadikannya termasuk orang-orang yang soleh” [Al-Qalam:68:50]
Firman ALLAH SWT juga:
“Mahasuci ENGKAU, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah ENGKAU ajarkan kepada kami” [Al-Baqarah :2:32]
ALLAH SWT juga berfirman bagi menempelak golongan-golongan yang menjadikan akal sebagai panduan hidupnya:
“Para Nabi, di antaranya Nabi Syuaib, berkata, ‘Dan tiada taufik bagiku kecuali dengan pertolongan ALLAH. Hanya kepada ALLAH aku bertawakkal, dan kepada NYA lah aku kembali’” [Hud:11:88]
Wallahu ‘alam.
"وصلى اللّه على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم"
Al-Haqir ila ALLAH Al-Ghaniy:
Almukminun
2 Zulhijjah 1430H
http://almukminun.blogspot.com/2009/11/qadariyyah-qadar-berasal-dari-diri.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan