::Teman Bersama::

Isnin, 23 November 2009

Apabila PRESIDEN PERSATUAN RENANG MALAYSIA BERBICARA PERIHAL AGAMA


Apabila PRESIDEN PERSATUAN RENANG MALAYSIA BERBICARA PERIHAL AGAMA




Shahidan cadang hanya satu mufti di Malaysia




KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan hanya satu jawatan mufti diwujudkan di negara ini bagi mengelakkan pertikaian dan perselisihan pendapat sesama mereka.



Katanya, pada masa ini setiap negeri mempunyai mufti dan perbezaan pandangan di kalangan mufti-mufti akan menimbulkan keresahan rakyat kerana isu agama adalah sensitif.



"Perkara ini perlu dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja untuk dibincangkan pada mesyuarat akan datang," katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini hari ini selepas membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) berhubung kenyataan Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Zamihan Mat Zain AlGhari mengenai bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.



Zamihan baru-baru ini mendedahkan, berdasarkan pemeriksaannya, bidang pengkhususan Dr Mohd Asri melibatkan Bahasa Arab dan Sastera dan pendedahan itu disifatkan Shahidan sesuatu perkara yang mengaibkan.



Shahidan juga berharap peraturan baru diwujudkan berhubung pelantikan mufti termasuk memastikan mereka mempunyai pendidikan bertaraf doktor falsafah (PhD) dan hafal al Quran selain mahir dalam hal ehwal syariah.



Sementara itu, Shahidan berkata laporan kepada JAIPs dibuat bagi membersihkan nama baik kerajaan negeri Perlis yang telah melantik Dr Mohd Asri sebagai Mufti Perlis sebelum ini.



Pengarah JAIPs Malek Hussin yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) berkata laporan Shahidan itu akan dikaji dan dipanjangkan ke peringkat MAIPs termasuk menyembah maklum kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua MAIPs.



Turut mengiringi Shahidan membuat laporan itu ialah bekas Pengarah JAIPs, Md Sadik Ismail.



Semalam, Shahidan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tambun Tulang membuat laporan di Balai Polis Kangar berhubung kenyataan Zamihan selain memorandum oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kepada Yang diPertuan Agong berhubung isu Dr Mohd Asri. BERNAMA



http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/11/5/mstar_berita/20091105154251&sec=mstar_berita



ULASAN Al-Faqir;



Bilamana ada isu yang keluar perihal tokoh pejuang tajdid wahabbi yang bernama Dr. Asri, maka pasti akan ada pembela beliau yang bernama Dato’ Seri Shahidan Kassim.



Paling mengharukan, Dato’ Seri Shahidan Kassim akan membawakan pelbagai saranan pelik bagi menunjukkan kealiman beliau dalam bidang ilmu Islam. Hmm..



Shahidan turut menafikan pembabitan beliau sebagai pendokong gerakan wahabbi di Perlis. Dalam merealisasikan negeri berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.



Tidak lupa juga penafian Shahidan mengenai penganjuran Seminar Pemikiran Muhammad Bin Abdul Wahab bahawa itu tidak lebih daripada sekadar seminar. Barangkali pemikiran Muhammad Bin Abdul Wahab lebih wajar dimani berbanding ketokohan Sayyiddinna Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam melalui penganjuran Maulidur Rasul yang kerap dibid’ah, dikafir sesatkan oleh pembawa ajaran wahabbi.



Penganjuran Seminar Muhammad Bin Abdul Wahab pada tahun 2006 ketika dibawah mufti beliau yang dimantankan iaitu Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dilihat tidak lebih sebagai pemujaan kepada keperibadian Muhammad Bin Abdul Wahab dibanding dengan keperibadian Rasulullah Shollahu Alaihi Wassalam.



Kini Dato’ Seri Shahidan Kassim sedang berjuang pula di medan “kolam renang” sebagai PRESIDEN PERSATUAN RENANG MALAYSIA [http://www.nsc.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=342]. Usaha beliau dalam memberi komentar mengenai Islam dilihat sangat tidak sealiran dengan salah satu jawatan (PRESIDEN PERSATUAN RENANG MALAYSIA) daripada sekian banyak jawatan yang cuba direbutnya.



Saranan agar Shahidan mentarbiyahkan ahli-ahli gabungan di bawah persatuan yang ditunjanginya juga adalah perlu bagi memastikan gejala maksiat yang terang-terangan berlaku di kolam-kolam renang seluruh Malaysia dapat diatasi dengan gabungan tenaga bersama bekas mufti Perlis selama dua tahun Dr. Asri Zainul Abidin.



4 Zulhijjah 1430H



http://almukminun.blogspot.com/

1 ulasan:

aryna berkata...

assalamualaikum wbt...

kombinasi yg menarik..
ahli politik di kanan, artis di kiri.. apa yg nak ALLAH sampaikn dri gambar ni yg dpt kita faham dan ambil iktibar? sesungguhnya ALLAH tu maha ADIL lg maha KAYA..

soalan saya, apa tarbiyyah yg nak dibuat 3 org "ahli agama" ni?!
adakah pakaian perenang2 wanita dan lelaki akan menutup aurat?!
adakah wanita akan dilarang dari menjadi atlit perenang secara terbuka ditonton bukan ajnabi?
adakah kolam antara wanita dan lelaki akan diasingkan?!
adakah jurulatih juga ditetapkan lelaki utk lelaki dan perenang wanita jurulatih jg wanita?

kita tunggu dan lihat, tarbiyyah dan perubahan apa org2 tajdid muda 3 orang ni nak buat!

wallahualam..