Loading...

::Teman Bersama::

Rabu, 18 November 2009

Bukan Kerana Benci, Tetapi Mengambil Peduli


Bukan kerana benci, tetapi mengambil peduli.


Atas sikap Dr. Asri yang cuba mewujudkan polemik di kalangan masyarakat awam atas isu YDP YADIM yang surat rasminya belum pun di serahkan kepada beliau. Namun, kecoh satu negara ada tentangan daripada Persatuan Peguam-Peguam Syarie Malaysia beserta NGO-NGO Islam di Malaysia yang memandang berat malapetaka akibat lantikan Asri ke jawatan YDP YADIM.



Sikap tidak proffesional bekas mufti Perlis ini juga terlihat dengan sikap tergopah gapah beliau mengeluarkan kenyataan media atas desakan NGO-NGO Islam terhadap isu perlantikan beliau ke jawatan YDP YADIM. Apakah tindak tanduk Dr Asri ini boleh dilihat sebagai "sekuel kadok naik junjung?" Beliau dilihat memperlecehkan urusan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dalam hal ehwal lantikan YDP YADIM.



Manakala berbekalkan jawatan "mufti Perlis yang dimantankan", Dr. Asri dilihat menjaja isu penahanan beliau. Persoalan yang dimainkan ; apakah perlu seorang "mufti yang dimantankan" perlu mendapatkan tauliah mengajar? Beliau terlalu takjub dengan gelar PHD yang dimiliki atau ijazah yang masih menjadi persoalan ketulenannya. Beliau lupa bahawa ketika menuntut di Jordan dahulu, berpuluh-puluh teman beliau telah tampil memberi bukti bahawa Ijazah sebagaimana yang didakwa Asri tidak wujud. Tunggu dan lihat lakonan Asri seterusnya.



Dibuktikan dengan sikap tawaddhu para Mufti Malaysia yang jelas menyatakan gelar Mufti, doktor phd, ijazah , sarjana bukan syarat menyebar ilmu tanpa tauliah. Mereka sendiri memohon tauliah di negeri yang hendak ditabur ilmu. Bagaikan tetamu memohon memasuki rumah tetamu. Salam dan pengenalan harus dihulur. Apatah lagi bagi menyebarkan ilmu, ditakuti tetamu yang belum dikenali menyebar salah ilmu, berkemungkinan si tetamu membawa ilmu taqiyyah-mujassimmah.



Wahai Orang Awam ; Bersikap Adillah Menilai


Firman Allah S.W.T.: Maksudnya:


Allah Yang Maha Pemurah, yang telah mengajarkan al-Qur’an. Allah menciptakan manusia,mengajarnya berbicara (menerangkan sesuatu cetusan daripada fikiran dan perasaannya).’(Surah ar-Rahman : 1-4)



Adil? Bersikap sebagaimana ilmu tersingkap. Usah memandai-mandai menilai perihal agama dari sudut benci dan suka kepada popularnya nama atau kontroversinya FATWA.



Tetapi berkelakuan merujuk ijmak (majoriti) ulama tanpa terpesona dengan bermudah-mudahan dalam amalan ibadah sehingga menyerupai pemikir-pemikir liberal.



Bukan menidakkan kemampuan akal tuan-tuan menerima dan menganalisis logik. Tidak juga menolak kepandaian pembaca budiman memberi pendapat lalu membuata kesimpulan bahawa kata-kata, tulisan yang dicetak, atau wajah yang sering ke udara menjadi penunjuk aras tuan-tuan bahawa tokoh itu teraniaya hanya kerana dia seorang yang popular.

Bagaimana pula isu Dr Asri di sekitar tahun 2007 menghalau ulama Yaman daripada memberikan kuliyah tanpa tauliah di Perlis semasa beliau masih bergelar Mufti Kerajaan Negeri?



Ini Bagaimana?



Negeri Perlis di bawah Mufti yang dimantankan Dr. Asri tidak mempunyai undang-undang tauliah?



"KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991 NEGERI (Perlis)":-
Bilangan: 29 Seksyen: 33- Kesalahan: MENGAJAR AGAMA TANPA KEBENARAN:- Hukuman: Denda RM1,000 @ Penjara 6 bulan @ kedua-duanya
Bil: 30 Seksyen: 34*- MENGAJAR @ MENJALANKAN SESUATU ISTIADAT YANG BERTENTANGAN DENGAN HUKUM SYARAK YANG DIAMALKAN DI NEGERI PERLIS Hukuman: Denda RM5,000 @

Penjara 3 tahun @ kedua-duanya
* Boleh tangkap tanpa waran
[dinukil dari http://islam.perlis.gov.my/index_files/penguatkuasa.htm ]


Lihat Isu Aqidah Di Luar Lingkung Kepartian



Maka terbukalah pekung-pekung mereka yang mengaku menyokong parti Islam. Sebagaimana Saari Sungib, juga pengikut-pengikut wahabbi yang telah mendaftarkan diri sebagai ahli parti. Dulu bukan main kutuk Dr.Mashitah serta pemuka-pemuka UMNO. Tetapi apabila beliau menyatakan sokongan terhadap penolakan penahanan Dr. Asri, pasti tepukan diberikan hanya utk kemenangan aqidah songsang wahabbi mujassimmah. Apa kata kalau yg ditahan oleh JAIS org agama umno?. Maka tersebarlah berita...JAIS dibawah kepimpinan PR telah menjalankan tugas dengan amanah..Jangan gentar para penjawat awam..kamu diamanahkan ALLAH SWT atas tugasan. Laksanakan tugasan melangkaui batas kepartian.



Penulis mahu mengajak mereka yang benar-benar cintakan Aqidah Islam Ahlus Sunnah Wal Jamaah, usah bermudah-mudah dengan iktiqad aqidah. Baik kamu penyokong kerajaan atau pembangkang, walau ia hadaf yang sama, pastikan perjuangan menolak aqidah mujassimmah, syiah, liberal dan segala kesesatan sebagai keutamaan.



Hanya dengan penyucian aqidah ini, bakal membentuk hati-hati yang faham matlamat sebenar yang dia perjuangkan. Mana mungkin hati yang disaluti kesesatan aqidah mampu mengangkat Al-Quran, As-Sunnah Rasulullah sebagai sumber pengambilan hukum dalam pembentukan daulah Islamiah.



Artikel ini sebagai sebuah pencerahan agar kita yang kekurangan ilmu agama ini tidak memandai-mandai dalam memberi komentar tahanan Dr. Asri.



Orang yang tidak memperkatakan sesuatu yang tidak berfaedah baginya merupakan tanda kejayaan hidupnya sebagai seorang mukmin.


Allah S.W.T. berfirman:

Maksudnya: ‘Sesungguhnya telah berjaya orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya, orang yang menjauhkan diri daripada perbicaraan yang tidak berguna.’
(Surah al-Mukminun : 1-3)



http://almukminun.blogspot.com/


25 Zulkaedah 1430H

Tiada ulasan: