::Teman Bersama::

Isnin, 15 Jun 2009

Bersiap Mati Sebelum Mati

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


Bersiap Mati Sebelum Mati


Kenyataanya, zaman akhir ini penuh susah dan payah, urusan agama menjadi terkebelakang untuk difikirkan tindakannya. Kesempatan untuk melaksanakan urusan peribadatan dirasakan sempit kerana keinginan dunia yang menghambat. Begitu pula umur manusia hari ini secara relatifnya terlalu pendek.


Sedangkan ALLAH SWT Yang Maha Penguji pula sangat teliti, kematian semakin dekat, perjalanan yang harus ditempuh sangat panjang. Maka, satu-satunya bekal adalah taat!


Tidak mungkin waktu yang telah berlalu akan kembali lagi. Beruntunglah serta berbahagialah orang-orang yang tetap taat. Sebaliknya rugi dan celakalah orang-orang yang tidak mahu taat.


Apabila mengingati bahawa jalan yang akan dipilih nanti sangat sulit dan risiko yang akan dihadapinya pula sangat besar, maka jarang sekali orang-orang yang memilih jalan itu. Malah, di antara orang-orang yang telah menempuh jalan itu pula sangat sedikit yang benar-benar menjalankannya.


Manakala, bagi orang-orang yang menempuh jalan itu, sangat sedikit yang sampai kepada tujuannya dan mencapai apa yang dikejarnya.


Orang-orang yang memiliki keberhasilan ialah manusia mulia pilihan ALLAH SWT bagi ma’rifat dan mahabbah kepadaNYA. ALLAH SWT memelihara dan memberikan taufiq kepada mereka dan ALLAH SWT menyampaikannya penuh kurnia dengan keridhaan dan syurgaNYA.


Kita berharap, semoga ALLAH SWT memasukkan kita ke dalam golongan orang-orang yang beruntung dengan memperolehi rahmatNYA.


“Rasulullah Shollahu Alaihi Wassalam telah memberi perkhabaran melalui penyampaian daripada para ulama; bahawa aku hanya mempunyai satu Tuhan, ALLAH SWT Yang Maha Mulia, ALLAH SWT Yang Maha Kuasa, ALLAH SWT Yang Maha Mengetahui, ALLAH SWT Yang Maha Hidup, ALLAH SWT Yang Maha Berkehendak, ALLAH SWT Yang Mahasuci serta tidak bertempat atau dijisimkan sebagaimana makhlukNYA dan ALLAH SWT Yang mempunyai kuasa menghukum andai aku mendurhakaiNYA. ALLAH SWT megetahui segala rahsia hatiku atau lintasan-lintasan buruk dan baik yang berputar di kepalaku.”


Apabila hati seseorang telah berkata demikian, bererti dia telah sedar bahawa hal itu adalah mungkin dan masuk akal. Dia mengetahui serta mendengar perkataan-perkataan Rasulullah SAW melalui para ulama. Dalam hati dia berkata;


“Hal itu adalah mungkin dan sangat masuk akal, kerana di dalam sepintas sahaja aku sudah dapat menangkap maksud yang dinyatakan”


Ketika ini, hati menjadi khuatir tentang nasib dirinya kerana merasa takut. Itulah yang dimaksudkan dengan lintasan hati yang membuatnya takut, sehingga seseorang sedar dan itu menjadi hujjah yang mengikatnya kepada tujuan pelaksanaan kebaikan dalam kehidupannya yang pasti berakhir dengan kematian.


Al-haqir ila ALLAH Al-Qawiyy;

Almukminun

http://almukminun.blogspot.com/

12062009

SPS, Penang


Tiada ulasan: