بسم الله الرحمن الرحيم
Mohon saudara-saudara seakidah mendoakan ayahanda saya yang ditimpa musibah. Semoga beliau diberi taufiq oleh ALLAH SWT Yang Maha Mulia agar sembuh daripada ujian. Beliau dimasukkan ke wad pada 27 Jamadil akhir 1430H / 22 Mei 2009 kerana mengadu sakit pinggang [Degenerative disc disease L2/L3, L3/L4] dan tidak dapat bangun..ALLAHU ALLAH.. kami (ahli keluarga) merindui ucapan nasihat, dorongan juga gurauan dan semangat ayahanda tercinta..
ALLAHUMMA...
ذَنْبِي عَظِيْمٌ يَـا عَظِيْمُ ** فَإِنَّنِي بِمُحَمَّدٍ أَرْجُوْ السَّمَاحَةَ فِيْهِ
فَبِهِ تَوَسَّلَ أَدَمٌ مِنْ كَرْبِهِ ** فَقَدِ اهْتَدَى مَـنْ يَقْتَدِي بِـأَبِيْه
“Dosaku terlalu besar wahai Yang Maha Besar! Sesungguhnya aku dengan (keberkatan) Nabi Muhammad mengharapkan keampunan MU Ya ALLAH.Maka dengannya,Nabi Adam bertawassul daripada kesalahannya,maka telah mendapat petunjuk sesiapa yang mengikut ayahnya(Nabi Adam ).” Sembuhkanlah apa jua marabahaya yang sedang menimpa ayahanda yg jua hamba MU..Husin B. Mintol...ALLAHUMMA AMEEN
DOA MENZIARAHI ORANG SAKIT
بسم الله الرحمن الرحيم
1. Al-Fatihah kepada Rasulullah s.a.w.
2. Surah Al-Ikhlas
3. Surah Al-Falaq
4. Surah An-Nas
5. Selawat kepada Rasulullah s.a.w.
6. Baca doa di bawah ini sebanyak 7 kali
Dari Ibnu Abbas Rasullullah ShollahuAlaihi Wassalam Bersabda;
أَسْأَلُ اللهَ الْعَظِيْمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ أَنْ يَشْفِيَكَ
Aku bermohon kepada Allah yang Maha Agung,
Tuhan bagi 'Arasy yang Agung bahawa Dia akan menyembuhkanmu.[Nama Pesakit: Husin Bin Mintol]
(Hadis riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Al-Hakim)
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وبارك وسلم أجمعين، والحمد لله رب العالمين
Al-Haqir ila ALLAH AL-GHANIY:
1 ulasan:
Assalamu'alaikum sahabat,
Semoga ALlah memberikan kesembuhan kepada ayah tuan, menghilangkan kerusuhan hati, memberikan kesabaran kepada tuan sekeluarga..
Aminn Ya Robb..
Catat Ulasan