Perihal Mencari Isteri Solehah
TAAT BERAGAMA
Rasulullah saw bersabda:
"Wanita itu dinikahi atas empat perkara iaitu kerana hartanya,kerana keturunannya, kerana kecantikannya atau kerana agamanya.Akan tetapi pilihlah berdasarkan agamanya agar dirimu selamat." (HR Bukhari dan Muslim)
Hadits tersebut memberikan gambaran mengenai kriteria-kriteria yang menjadi bahan pertimbangan seorang lelaki memilih seorang wanita sebagai isterinya. Lelaki yang mengutamakan kriteria agama dijamin oleh ALLAH SWT pasti akan memperoleh kebahagiaan dalam berkeluarga.
Agama atau diin ialah keyakinan yang disertai peribadatan sesuai dengan ketentuan syari'at Islam. Bila keyakinan dan peribadatan yang dilakukan menyimpang dari ketentuan syari'at Islam, maka orang yang melakukannya telah sesat. Untuk mengetahui ketaatan seseorang, kita harus berpedomanpada ketentuan Al Qur'an dan Sunnah Sayyiddinna Muhammad Shollahu Alaihi Wassalam.
Dalam memilih seorang wanita untuk menjadi isteri, pertama kali hendaknya kita menilai ketaatannya dalam beragama seperti yang disabdakan oleh Rasulullah saw dalam hadits di atas.
Tanda utama seseorang dikatakan taat beragama, apabila dia dapat menjalankan ketentuan pokok yang menjadi rukun Iman dan rukun Islam dengan benar. Orang yang beriman kepada ALLAH SWT hanya meyakini ketentuan-Nya. Dia tidak mempercayai ramalan ahli nujum dan peramal.
Orang yang mempercayai ahli nujum atau peramal bererti tidak sepenuhnya beriman kepada ALLAH SWT. Perbuatan itu disebut syirik kerana berlawanan dengan keyakinan bahawa hanya kepada ALLAH SWT yang mengetahui segala perihal yang ghaib. Tanda lain seseorang dikatakan taat beragama ialah apabila dia menjalankan ibadah yang telah diperintahkan dengan tekun dan benar. Ibadah pokok dalam Islam yang tidak dapat ditinggalkan (kecuali yang dibenarkan oleh syari'at) adalah solat.
Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam menyatakan bahawa solat adalah perkara yang pokok dalam Islam. Hal ini disebutkan dalam hadits berikut: Dari Abu Hurairah ra.;
Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam bersabda: "Perbuatan manusia yang pertama kali dihisab pada hari kiamat kelak adalah solatnya. Bila solatnya baik, dia akan beruntung dan selamat. Akan tetapi, bila solatnya tidak benar, dia akan gagal dan kerugian. Jika ada yang kurang sedikit dari kewajiban yang dilakukannya, kelak ALLAH SWT yang Maha Gagah dan Maha Mulia akan berfirman:
'(Wahai Malaikat), perhatikanlah apa hamba-Ku ini melakukan solat sunnah sehingga dapat menyempurnakan kekurangannya dalam melakukan solat wajib', kemudian semua amalnya akan dihisab dengan cara seperti ini." (HR Tirmidzi, hadits hasan)
Maksud hadits ini ialah seseorang dinilai taat beragama apabila dia menunaikan kewajiban solat dengan benar. Seseorang yang mengaku
Apabila dia melakukan solat tetapi tidak mengikuti tuntunan Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam, maka solatnya tidak benar. Manusia seperti ini termasuk orang yang tidak taat beragama.
Seorang lelaki yang hendak menilai ketaatan calon isterinya, haruslah mengerti ajaran Islam mengenai keyakinan dan peribadatan secara benar sebagaimana diajarkan dalam Al Qur'an, sunnah Sayyiddina Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam, Ijmak beserta qiyas ulama.
Bila dia sendiri tidak mengetahui perkara yang menjadi ketetapan dan hal-hal yang bukan menjadi ketetapan Islam, tentu dia tidak akan dapat memilih calon isteri yang taat beragama dengan benar menurut ketentuan syari'at Islam.
Seorang lelaki tidak seharusnya mudah terpesona dengan penampilan
Kita tidak semestinya menilai seorang wanita berdasarkan ukuran dan norma yang berlaku dalam masyarakat, kerana norma yang berlaku di tengah masyarakat belum tentu sesuai dengan ajaran Islam.
Apabila langkah awal telah ditempuh dengan benar, kelak rumah tangga kita dapat berjalan dengan dokongan serasi, harmonis dan penuh kemesraan kerana masing-masing mendasarkan langkah dan niatnya hanya kerana ALLAH SWT.
Segala bentuk kesulitan dan goncangan dalam mengharungi bahtera rumah tangga akan dihadapi dengan penuh ketenangan dan fikiran tenang tenteram, kerana kedua belah pihak selalu pasrah dan berlindung kepada kehendak dan kekuasaan-NYA ALLAH SWT Yang Suci daripada bertempat. Sikap semacam ini akan sangat membantu suami isteri dalam membina rumah tangga sesuai dengan keridhaan ALLAH SWT.
Calon isteri yang tidak taat beragama akan mengalami akibat buruk pada pendidikan anak-anak kelak. Ia tidak akan mendorong anak-anaknya untuk solat dan mengaji, tidak dapat membedakan halal dan haram. Andai ketua keluarga iaitu sisuami, begitu patuh kepada syarak, namun kepincangan di satu pihak bakal mengoncang keharmonian ahli keluarga.
Anak-anak yang tidak mengenal aturan agama dengan baik dan benar,
Cara yang dapat dilakukan seorang lelaki yang ingin mengetahui apakah calon isterinya termasuk di kalangan yang taat beragama atau tidak, antara lain dengan mengamati caranya berpakaian, berhias dan bergaul. Apakah sesuai dengan ketentuan Islam. Misalnya, mengamati apakah dia memakai pakaian muslimah atau tidak, berkhalwat (berduaan) dengan lelaki bukan mahram atau tidak.
Menanyakan kepada orang-orang yang dekat dengan dirinya, seperti kerabat dekat, jiran tetangga atau teman-teman dekatnya mengenai ketaatannya menjalankan solat lima waktu, ketaatannya menjalankan puasa di bulan Ramadhan, sikapnya kepada jiran tetangga atau kaum kerabatnya.
Datanglah sendiri kepada keluarga si wanita untuk melakukan penelitian dan pengamatan secara langsung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan