Dialog Dengan Seorang Bapa (Empty Nest)
Semalam, ALLAH SWT luangkan sedikit masa buat saya dan seorang “Pakcik” diminta saya memanggilnya, beliau seorang kakitangan swasta yang sangat berpengaruh, iaitu salah seorang jamaah di Masjid tempat saya berkerja. Saya katakan pada akhir bicara, mohon izin beliau untuk dimuatkan perkongsian beliau pada waktu perbincangan kami di dalam laman maya saya. ALHAMDULILLAH, setelah beliau mendapat celik akal natijah perbincangan, terus keizinan beliau berikan.
Sebagai ayah, beliau mengadu kepada saya mengenai anaknya yang usianya menghampiri 20-an.
Dia berkata, “Saya tidak tahu, apa yang seharusnya saya lakukan...saya sudah menyerah!”
Saya bertanya, “Apakah yang pakcik maksudkan? Apakah anak pakcik nakal? Berani menengking orang tua? Atau matanya rakus melihat wanita? Atau apa masalah sebenarnya?” (Berikut pernyataan berunsur konfrantasi mengikut kaedah kaunseling setelah pakcik tersebut kerap mengeluh tanpa terus menyatakan maksud keluhan)
Dia mendongakkan muka dengan bernada keras, “Sebaliknya nak! Saya mengeluh kepada encik, kerana anak saya memiliki semangat yang terlalu besar untuk mendalami agama. Daripada sekecil-kecil perkara sehingga perkara yang besar, dia terlalu mencermati halal haramnya. Hampir setiap solat fardhu, dia laksanakan berjamaah di masjid. Waktunya dihabiskan untuk mendalami ilmu agama daripada Tuan-tuan guru yang saya sendiri tidak mengenalinya. Kitab-kitab yang anak saya dalami pada saya bukan ringan, tetapi sangat berat difahami...Saya bimbang.
Perbincangan kami anak-beranak berkisar perihal Iraq ditakluki syiah, Arab Saudi dengan kerajaan wahabbi, Sudan, Chehnya. Pakcik katakan kepada dia supaya meninggalkan kebiasaan yang dilakukannya dan kembali normal ke alam remaja.”
“Saya terlalu bimbang dengan perkembangan anak saya ni. Nak, mungkin kamu boleh memberikan cadangan kepada pakcik.”
Jujurnya, saya kagum dengan luahan dan permata yang dimiliki pakcik ini serta hairan dengan persoalan beliau. Kagum kerana beliau begitu menghormati anak muda seperti saya ini, kerana jarang berjumpa dengan golongan atasan yang ingin mengambil peduli suara anak muda. Hormat, kerana beliau sudah tentu memiliki sistem pentarbiyahan yang baik sehingga mampu mendidik anak beliau sebegitu rupa. Hairan dengan luahan kebimbangan terhadap anak beliau.
Saya mengambil nafas dalam-dalam. Saya mulai bicara selepas diam berfikir; “Bertuahnya pakcik. Memiliki anak yang padanya pakcik sendiri dapat belajar darinya. Hari ini, masih banyak bapa yang menginginkan ruang untuk belajar. Mereka dan saya sendiri! impikan anak soleh yang pakcik miliki. Nah, ALLAH SWT sertakan kemudahan buat pakcik dengan mutiara berharga di dalam keluarga pakcik sendiri. Minggu ini kita disibukkan dengan kebimbangan gejala mat rempit. Pakcik pula bimbang dengan sifat mulia dimiliki oleh anak pakcik. Pada saya, seruan-seruan masyarakat barat bahawa; apabila anak sudah dewasa, inilah masa untuk ibu bapa bebas daripada tanggungjawab kepada anak-anak (empty nest). Ini adalah tidak benar.”
Kata pakcik tersebut; “Nak, anak pakcik ini masih terlalu muda usianya, umurnya baru 20-an.”
“Pakcik, saya nasihatkan pakcik terus mengalakkan anak pakcik menuntut ilmu. Zaman akhir ini, paling membinggungkan ialah pelajar yang belajar agama dilihat pelik. Muslimin yang beramal dengan sunnah Sayyiddinna Muhammad Shollalhu AlaihiWassalam dianggap jahil. Apatah lagi anak pakcik. telah ALLAH SWT bukakan pintu hatinya dengan berguru kepada para mualimmin yang faqih perihal agamanya dalam usia yang muda. As-Syeikh Tuan Guru Muhammad Fuad Kamaluddin Al-Maliki, As-Syeikh Tuan Guru Faiz Hj. Ahmad (Adik As-Syeikh Dato' Mohd Murtadza Ahmad), guru-guru yang pakcik katakan ini bukan calang-calang orangnya.
Saya katakan, betapa ramai anak-anak yang memiliki fikiran yang cerdas, dimana para ibu bapa mereka sendiri tidak memilikinya, justeru, tidak mampu membimbing keceradasan mereka ke arah jalan yang ALLAH SWT redha.
Kami berpisah selepas setengah jam berbicara. Masing-masing pulang dengan doa dan harapan agar dapat belajar daripada perbualan sebentar tadi.
Al-Haqir ila ALLAH AL-GHANIY:
Almukminun
13 Jamadil awal 1430H
Melaka
2 ulasan:
salam...
abg ikhram!...teruja baca...bertuahnya pakcik tu!...n lebih2 lg sahabat yg baru awal 20 an tu...ya Allah...benar, gol ini yg dipandang pelik sekarang....akhir zaman, yg pelik jadi biasa, yg biasa jd pelik....hrmm
Entah la zul.kadang2 bingung juga ya..Indah kan, bilamana ALLAH SWT menginginkan kebaikan kpd hamba NYA,DIA boleh buat apa sahaja DIA suka..mudah-mudahan kitalah yg dipilih bagi merasa nikmat iman itu..ALLAHU ALLAH..
almukminun
Catat Ulasan