Kelompok Al-Mutanattiun : Wahabbikah mereka?
بسم الله الرحمن الرحيم
Beberapa artikel Dr. Asri saya teliti melalui ruangan maya sahabat saya melalui blog beliau Jarumemas. Di dalam blog sahabat saya ini juga di sertakan bebarapa “fatwa mantan mufti yang menolak dunia”.
Diam tidak bererti tidak mengambil peduli dengan kebiadaban pemuka-pemuka yang tidak mengaku pembawa virus wahabbi ini. Benar, menjadi cita-cita umat Islam untuk melihat perbedaan khilaf ditinggalkan. Saya menyambut seruan ini!. Tetapi kuujuban golongan wahabbi ini menyebabkan para pejuang Ahlus Sunnah Wal Jamaah berasa terpanggil menjawab segala tohmah daripada golongan “bermudah ibadah” ini. Masakan dengan segala bentuk penghinaan kepada institusi ulama, tasawwuf, tarekat yang disamakan sebagai sesat seperti mereka meyamakan hadith-hadith maudhu’ dan dhaif. http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=194235.
Paparan-paparan kecerdikan mereka membuatkan umat Islam berantakan. Bingung dengan tindakan fundamentalis agama ini.
Kehadiran artikel yang faqir ini adalah semata-mata mengharapkan keampunan daripada ALLAH SWT atas kelemahan usaha mereka yang mengetahui perihal agama, tetapi berdiam diri walaupun melihat akidah, ibadat umat Islam terus-terusan dikelirukan oleh pemuka pembid’ah.
Larangan Melampau di Dalam Islam
1. Perintah ALLAH SWT supaya sentiasa memohon agar ditunjukkan jalan yang lurus.
Islam jelas menganjurkan kesederhanaan dan menolak pelampauan sebagaimana dalil-dalil berikut;
Firman ALLAH SWT;
[Al-Fatihah;6-7]
Ayat ini memberi makna agar umat Islam menjauhi dua kelompok ekstrem yang berbeza pembawakan mereka. Pertama, umat Islam perlu menjauhi kelompok ekstrem yang mencuaikan perintah agama dan kelompok ekstrem kedua ialah yang melampau dalam menunaikan perintah agama.
2. Islam melarang pelampauan di kalangan umat Islam.
Firman ALLAH SWT;
“Dan itu adalah batas-batas ALLAH, maka janganlah kamu melampauinya dan barangsiapa yang melampaui batas-batas ALLAH, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.” [Al-Baqarah; 229]
Jelas, ayat ini memberi gambaran erti pelampauan adalah melanggari ajaran Islam.
ALLAH SWT berfirman;
[An-Nisa; 171, Al-Maidah; 77]
Ayat ini pada dasarnya ditujukan kepada ahli Kitab, tetapi, pengajaran perlu diambil oleh umat Islam agar tidak mengikut jejak langkah pelampauan ahli kitab.
Manakala Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
“”Jauhilah kamu dari melampau dalam agama.” [Riwayat Ahmad, Ibnu Khuzaimah, An-Nasa’ii, Ibn Majah dan Al-Hakim]
Hadith ini mendidik umat Islam supaya menjauhi pelampauan dalam agama sebagai suatu larangan mutlak.
3. Umat Islam diperintah untuk Istiqamah
Firman ALLAH SWT;
“Dan beristiqamahlah sebagaimana yang diperintahkan kepada kau dan (juga) orang yang bertaubat bersama kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya DIA Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan” [Hud; 112]
4. Akibat buruk daripada sifat melampau
ALLAH SWT berfirman;
“Dan itu adalah batas-batas ALLAH, maka janganlah kamu melampauinya dan barangsiapa yang melampaui batas-batas ALLAH, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.” [Al-Baqarah; 229]
Kezaliman wujud apabila berlakunya pelampauan menurut ayat tersebut.
Rasulullah SAW bersabda;
“Jauhilah kamu dari melampau dalam agama.” [Riwayat Ahmad, Ibnu Khuzaimah, An-Nasa’ii, Ibn Majah dan Al-Hakim]
“Musnahlah mereka yang melampau” [Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad]
Kedua-dua hadith ini menerangkan akibat pelampauan ialah menatijahkan kehancuran.
Rasulullah SAW berasbda;
“Janganlah kamu memberatkan atas diri kamu, nescaya ALLAH SWT akan memberatkan atas kamu. Sesungguhnya satu kaum telah memberatkan diri mereka, maka ALLAH memberatkan ke atas meeka. Itulah saki baki mereka di biara-biara. Kependitaan yang mereka cipta yang tidak kami wajibkan ke atas mereka” [Riwayat Abu Daud]
Hadith ini memperjelaskan bahawa pelampauan akan mengakibatkan kesulitan dalam hidup.
Barangkali, manusia yang galak menyumbangkan fatwa-fatwa syaz, gesaan-gesaan populis demi ketaksuban terhadap gelar diri atau demi memastikan keruntuhan akidah ummah boleh dikatakan tergolong dalam kelompok ini?
Ciri-Ciri Pelampau Dalam Islam
Sebagaimana dinyatakan di dalam Al-Quran dan Sunnah, di antara ciri-ciri melampau ialah;
1. Mengambil ringan dan mencuaikan perintah agama atau memberat sulit urusan agama.
Firman ALLAH SWT;
“Tunjukanlah kami jalan yang lurus, jalan orang-orang yang kau beri nikmat ke atas mereka, bukan jalan orang-orang yang dimurkai ke atas mereka dan bukan jalan orang-orang yang sesat.”
[Al-Fatihah;6-7]
2. Kelompok Al-Mutanattiun
Kelompok ini disebut di dalam hadith Rasulullah SAW yang bermaksud;
“Musnahlah mereka Al-Mutanattiun” [Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad]
Manakala Imam An-Nawawi menyatakan Al-Mutanattiun sebagai mereka yang suka mendalami dalam sesuatu perkara, yang berlebih-lebih dan melampau batas dalam kata-kata dan perbuatan[1].
Barangkali kerakusan mengejar gelar-gelar utama dunia, agar diri dianggap proffesor serba tahu, telah membenam sifat kehambaan kepada ALLAH SWT. Lantas adab-adab beza pendapat terus dilupa. Kelebihan dalam isi penulisan yang dikurniakan ALLAH SWT diguna sebagai medium menghina orang lain, agar diri dianggap mulia.
Keegoaan atas ilmu yang dimiliki akhirnya menidakkan kebenaran bahawa Ahlus Sunnah Wal Jamaah menolak tarikat-tarikat yang menyeleweng daripada Al-Quran dan Sunnah. Sikap “memukul rata” bahawa semua tarikat adalah sesat, menunjukkan kecetakan ilmu tuan empunya penulisan. Sedangkan Rasulullah SAW melalui kalam mulia bersabda;
“Barangsiapa yang mengadakan dalam Islam perkara yang baik baginya pahala dan pahala bagi mereka yang beramal dengannya” [Hadith Riwayat Muslim]
Sabda Rasulullah SAW;
“Siapa yang bertambah ilmunya sedangkan hidayahnya (amalanya) tidak bertambah,maka ia hanya bertambah jauh daripada rahmat ALLAH SWT.” [Hadith riwayat Abu Mansor Ad Dilami dalam Musnad Al-Firdaus Al-Ihya 1/95]
Bimbang pemburuan ilmu selama ini adalah kerana keuntungan dunia semata. Demi kemahsyuran, kemewahan, pangkat dan mengumpul pengikut. Andai perasaan bersalah ini dirasakannya, bahawa dia sememangnya sedang menjalani kehidupan penuh kehinaan, maka kesilapan-kesilapan tersebut perlu segera diperbetul.
Wallahu’alam
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وبارك وسلم أجمعين، والحمد لله رب العالمين
Al-Haqir ila ALLAH AL-GHANIY:
Almukminun
16 Jamadil Awwal 1430H
http://almukminun.blogspot.com/2009/05/kelompok-al-mutanattiun-wahabbikah.html
[1]
Ibid, ms 68. Lihat An-Nawawi, Syarh Muslim, Dar Ihya’ At-Turats Al-Arabi, Beirut, 1392H, juz 16, ms 220.
1 ulasan:
adakah orang yang melampau ini merujuk kepada orang yang berlebih dalam agama yg boleh dikategorikan sebagai bid'ah. Adakah kependitaan itu boleh dirujuk kepada tarekat yg melampau dalam beragama (bid'ah). Mungkinkah?
Catat Ulasan