Loading...

::Teman Bersama::

Selasa, 24 Mac 2009

Memuliakan Sayyidinna Muhammad Shollahu Alaihi Wassalam


Memuliakan Sayyidinna Muhammad Shollahu Alaihi Wassalam

Tersebut di dalam kitab I'anathuth Tholibin Hasiyah Fathil Mu'in (kitab fiqh standar madzhab syafi') karya Sayyidisy-Syaikh Abu Bakar Syatha ad-Dimyathi:-

Telah berkata Imam Hasan al-Bashri (Wafat 116H, pernah bertemu dengan lebih kurang 100 orang shahabat): "Aku kasihkan jika aku mempunyai emas seumpama gunung Uhud, untuk kunafkahkan atas pembacaan mawlid ar-Rasul".

Telah berkata Shaikh Ma'ruf al-Kharkhi (wafat 200H): "Sesiapa yang menyediakan makanan untuk pembacaan mawlid ar-Rasul, mengumpulkan saudara-saudaranya, menyalakan lampu-lampu, berpakaian baru, berwangi-wangian, berhias-hias, demi membesarkan mawlid Nabi Muhamad, niscaya dia akan dihimpunkan oleh Allah Ta`ala pada hari qiamat bersama-sama kumpulan pertama daripada para nabi dan jadilah dia berada pada setinggi-tinggi syurga".

Telah berkata Syaikh Sirri as-Saqathi (wafat 253H): "Sesiapa yang menyengajakan suatu tempat yang dibaca padanya Mawlidin Nabi, maka dia telah menyengajakan satu taman dari taman-taman syurga karena tidaklah dia menyengajakan tempat demikian selain daripada kecintaannya kepada ar-Rasul . Dan telah bersabda Nabi :
Artinya: "Sesiapa yang mencintaiku, dia bersamaku dalam syurga."

Telah berkata Shaikh Junaid al-Baghdadi (wafat 297H): "Sesiapa yang hadir mawlid ar-Rasul dan membesarkan pangkat baginda, maka telah berjayalah dia dengan iman".

Kata-kata para tabi'in ini juga bisa didapati didalam kitab an-Nafahatul Miskiyyah fi fadhilathi qiraati maulidi khairil bariyyah karangan asy-Shaikh Muhammad bin Abdullah as-Suhaimi dan juga terjemahannya yang bertajuk Hembusan Kasturi oleh Fadhilatul Ustaz Taha as-Suhaimi.

-catatan

(1) Imam Hasan al-Bashri adalah seorang tokoh tabi'in terkemuka. Ayahnya adalah pelayan kepada Zaid bin Thabit al-Anshori , sedangkan ibunya yang bernama Khoyyirah adalah pelayan kepada Ummu Salamah . Beliau dilahirkan pada 2 tahun terakhir sebelum wafatnya Khalifat Umar al-Khattab . Bertemu dengan lebihkurang 100 orang shahabat. Wafat pada tahun 116H dalam usia 89 tahun.

Al-Haqir ila ALLAH Al-Ghaniy; Almukminun
27 Rabiulawwal 1430H
http://almukminun.blogspot.com/2009/03/memuliakan-sayyidinna-muhammad-shollahu.html

1 ulasan:

Ahmad Safiuddin B. Zamani berkata...

teringat kmk masa ceramah maulid syeikh fuad..syeikh fuad madah,mn ada lah majlis,dimana majlis ya x dsebut selawat ke atas Junjungan Muhammad S.A.W..maka org yg balit dr majlis ya umpama mbak bau yg busuk balit ke rumah nya..tp mn di majlis ya ada dsebut selawat ke atas Junjungan Muhammad S.A.W,maka org yg blt dr majlis ya umpama mbak balit wangi-wangian ke rumah nya..wallahualam