KAHWIN RENTAS JAMAAH
Mohd Dzul Khairi Mohd Noor Artikel ini diperolehi dengan izin.
Akhirnya hajat dan impian saya bakal tercapai. Sekurang-kurangnya, bakal.
Insya Allah pada 24 Mac ini, pimpinan tertinggi Gamis akan mengadakan Uzlah Qiyadah bersama pimpinan PKPIM, Karisma dan Teras. Terima kasih kepada Abang Hilmi Presiden PKPIM yang sudi menguruskan Uzlah Qiyadah ini. Juga terima kasih kerana sudi menyambut idea saya untuk mengadakan usrah dan pertemuan antara pimpinan tertinggi jamaah.
Ini saya kira sejarah. Perkumpulan jamaah berkumpul untuk berkenalan lebih dalam dan meningkatkan kerjasama antara satu sama lain. Setelah kami bersama-sama menentang kezaliman kerajaan dalam isu PPSMI, kini kami akan mengorak langkah yang lebih terkedepan.
Buang yang keruh, ambil yang jernih. Lupa yang lama, bina sejarah baru. Jika kita boleh bertolak ansur dengan non-muslim, maka sesama ki9ta, kita mesti membina ukhuwah yang kukuh lagi teguh.
Tujuan Uzlah Qiyadah menurut kefahaman saya ialah:
1-Mengeratkan perhubungan dan meningkatkan persefahaman
2-Memperkasakan nilai intelektualiti melalui perbincangan
3-Perkongsian idea
Saya diberi penghormatan oleh Abang Hilmi untuk memberikan kuliah Maghrib. Pasti saya akan menyajikan kuliah tersebut dengan idea-idea bugar untuk memastikan hubungan antara kami akan bertambah erat dan tidak akan mampu dirungkaikan.
Saya semakin gembira apabila dipertemukan Allah dengan exco Dakwah PKPIM saudara Ikram ketika saya menyampaikan kuliah di Kajang semalam. Saya pertama kali melihat beliau, dapat mengecam bahawa beliau merupakan sahli gerakan. Sungguh, saya tidak menipu. Kita mudah sekali mengenal dan mengecam orang yang sama fikrah perjuangan dengan kita hanya dengan melihat raut wajah dan renungan mata sahaja.
Apatah lagi apabila berbual. Perbualannya pasti lain daripada yang lain dan penuh dengan makna.
Menariknya apabila saudara Ikram akan mengangkat akad nikah hari ini.
“Siapa pasangan nta?” tanya saya. “Sahabat PKPIM ke?” Tanya saya lagi untuk mendapatkan kepastian.
Beliau tersenyum seraya menjawab, “Bukan”. Saya terkejut. “Bakal zaujah ana ialah budak Gamis,” kata beliau tersipu malu.
Saya sangat gembira dengan keadaan ini. Abang Mamat.Com adalah PKPIM namun berkahwin dengan pimpinan muslimat kalangan Gamis. Kini saudara Ikram pula mengulangi sejarah Abang Mamat.Com dengan mengikat tali perkahwinan dengan sahabat Gamis.
Ini yang menariknya.
Awalnya, bertemu secara rambang.
Kemudian, berada dalam majlis mesyuarat untuk membincangkan perkara yang sama.
Seterusnya dalam usrah ataupun Uzlah Qiyadah.
Tamrin Rentas Jamaah akan menyusul.
Selepas itu, Baitul Dakwah atau Baitul Muslim. Wah, ini membuatkan saya semakin sesak nafas dan rasa gembira menyeluruhi saya.
Saya baru terfikir untuk berkahwin dengan orang Arab. Tapi fenomena yang berlaku sekarang mungkin mengubah pendirian saya.
“Mungkinkah saya akan berkahwin dengan sahabat PKPIM atau Karisma?”
Mohd Dzul Khairi Mohd Noor
3 ulasan:
salam..rasanya x terlambat lagi kan nak ucap...
barakallaahu laka wabaaraka 'alaika wa jama'a bainakumaa fii khair...:)
Tahniah..
apa salah kahwin rentas jamaah?? yg penting sama tegakkan agama ALLAH.. apa ada pada nama jamaah? yg penting aqidah and amalan kita..
satu lagi, bagi saya asalkan orang tu tahu n nak wat keje agama..
ni sekadar pandangan saya...=)
-maskokus_06@y.c
Catat Ulasan