::Teman Bersama::

Khamis, 26 Mac 2009

Berdoa lawan Pemalas Berdoa..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصرهووالاه


Berdoa lawan Pemalas Berdoa..


Syahdan, ada 2 orang bernama Mahmud dan Ahmad.. Si Mahmud ini orangnya tidak pernah lelah dan malas dalam meminta dan memohon kepada ALLAH, sedangkan si Ahmad, dia malahan tidak pernah meminta dan memohon kepada ALLAH,. Dari deskripsi ini dapatkah kita simpulkan, bahawa Mahmud benar dan Ahmad sesat? Ishh.. Tunggu dulu..


Kita tanya alasan masing-masing.. Si Mahmud ditanyai, kenapa kau selalu meminta dan memohon kepada ALLAH? Kerana mengikuti Rasulullah, jawab Mahmud mantap, kerana Rasulullah mengajari untuk berdoa dan memohon kepada ALLAH, sekarang giliran si Ahmad, ditanyakan kepadanya, kenapa kamu tidak mahu meminta dan memohon kepada ALLAH? , jawaban Ahmad "Kerana Mengikuti Rasulullah", wahh.. Ahmad mulai menghuraikan " pada waktu isra' dan mi'raj, Rasulullah pernah berasa malu dan langsung meminta dan memohon kepada ALLAH agar dapat keringanan dalam melakukan sholat buat umat, padahal kewajiban sholatnya belum dikerjakan" begitu juga aku, kata Ahmad, aku malu meminta dan memohon kepada ALLAH, kerana nikmat yang telah ALLAH kurniakan kepadaku, yang aku tidak memintanya, tidak dapat aku mensyukuri semuanya.


Apabila aku tamak dan masih selalu memohon sedangkan aku tidak bisa mensyukurinya, malahan boleh menjadikan aku kufur nikmat, jadi aku lebih memilih qona'ah. Subhanallah, ternyata jawaban Ahmad sangat logik, dan menunjukkan ke warakan ke zuhudan dan ketertibannya. Jadi, jangan mudah langsung menjatuhkan seseorang itu sesat, sebelum anda tanyakan dulu alasan dan dasarnya apa? Begitulah, jangan bermudah-mudahan membid’ahkan manusia yang melaksana tugas dan tanggungjawabnya sebagai hamba.


Justeru, annaby sholluu alayh, sholawatullah alayh.. Wa yanalu albarokah, kullu man sholla alayh..




وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وبارك وسلم أجمعين، والحمد لله رب العالمين


Al-Haqir ila ALLAH AL-GHANIY:

Almukminun

http://almukminun.blogspot.com/2009/03/berdoa-lawan-pemalas-berdoa.html

29 Rabiulawwal 1430H

Tiada ulasan: