Bila digunakan pada tempatnya, maka ia akan menghangatkan, memasak, menerangi dan membawa keindahan.
Namun bila ditaruh bukan pada tempatnya, maka akan membakar dan menghanguskan. Inilah api yang dhahir.
Bagaimana dengan api yang batin, ketika berpijar dalam kerinduan kepada ALLAH SWT.. Nafas Muhammadiy.. Jiwa Muhammadiy.. Semangat Muhammadiy saw..
Demikianlah jiwa-jiwa yang merindukan ALLAH, insan-insan mulia yang bernafas di muka bumi dalam satu nafas..
Oleh sebab itu, ALLAH SWT menamakan Nabi Muhammad SAW adalah “Siraajan Muniira” (Pelita yang berpijar terang benderang), dan pelita itu terang karena apinya.
Api cinta Sayyidina Muhammad SAW kepada ALLAH SWT.
Cinta yang paling suci dari semua cinta.
ليس المحب الذى يرجو من محبوبة عوضا او يطلب منه غرضا فان المحب من يبذل لكليس المحب من تبذل له
Seorang pencinta bukanlah orang yang mengharapkan imbalan dari orang yang dicintainya, atau menuntut sesuatu dari kekasihnya. Tapi sejatinya, pencinta adalah orang yang bermurah hati memberi pada kekasihnya, bukan malah memperoleh sesuatu darinya.
Seoranghamba yang mencintai ALLAH Subhanahu Wa Taala tidak akan menuntut dariNYA, kecuali perasaan cinta yang serupa. Dan akan mempersembahkan yang terbaik dari amalnya untuk Zat yang ia cintai itu.
Kitab al HikamIbnu 'Athoillah As Sakandari RahimahuaAllahu Taala
Sekadar hamba kepada ALLAH SWT Yang Maha Mulia.Menerus usaha demi keredhaanNYA.
Hubungi: tuhibbun_ihsan at yahoo dot co dot uk
Sabda Rasulullah SAW:
"Dua nikmat yang sering diabaikan oleh orang ramai, iaitu ketika masih sihat dan ketika masa lapang"
dpd:Kitab Mau'izatul Mu'minin (Karangan al-Allamah al-Marhum asy-Syaikh Jamaluddin al-Qasimi ad-Damasyqi)
"Wajiblah ada di antara kamu suatu umat(golongan) yang menyeru (manusia) kepada melakukan kebaikan, menyuruh berbuat yang baik dan melarang berbuat jahat. Mereka itulah orang yang (berjaya) bahagia" (ali-Imran:104)
Allah SWT berfirman:
"Dan tolong-menolonglah kamu atas kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong-menolong atas dosa dan permusuhan" (al-Maidah:63)
Rasulullah juga telah memberi nasihat dalam perkara ini.Diriwayatkan dari Imam Tirmizi di dalam bukunya al-Jami’ dan juga oleh Al-hafiz Ibn muhammad Ibn Abu Bakr al-Qurashiyy di dalam bukunya As-Samt ( diam),bahawa nabi telah bersabda ,:
قل خيرا وإلا فاصمت
Bermaksud: berkatalah sesuatu yang baik(benar) dan jika tidak, diamlah.
Rasulullah saw bersabda "Seseorang yg tiada mempunyai sebarang ayat (Al-Quran) pun dalam hatinya adalah umpama sebuah rumah yg kosong"
(Riwayat At Tarmizi)
Rasulullah bersabda "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yg dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Jawab Rasulullah "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran."
Allahu Akbar nahnul Muhammadiyyuna walillahil hamd...Allahu akbar, kami dibawah pimpinan Rasulullah SAW dan segala puji bagi Allah...bersatulah kamu Wahai kaum muslimin dibawah siyadah dan za'amah Rasulullah SAW!!!!
::Dikurniakan Hikmah & Bersama Orang Sholeh::
Doa Nabi Ibrahim A.S رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh"
[Al-Syu’araa : 83]
Imam Shafie RahimahuAllahu Taala berkata :
"Aku mencintai orang-orang yang soleh, meskipun aku belum termasuk golongan mereka. Aku membenci orang-orang yang durhaka meskipun sebenarnya, mungkin, aku pun termasuk dalam golongan mereka."
::Tn Guru Baba Aziz,Syeikh Muhammad Fuad, Syeikh Audah dan Syeikh Ahmad::12Syawal1429/Masjid WPKL
::Al-Fadhil Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Maliki An-Nadwi::
::Al-MarhumSyeikhSaiyyidSabiq::
::DrRAMADHAN BOUTI bersama HABIB ALI::
::HABIB MUNZIR BIN FUAD AL_MUSAWA::
::AL-FADHIL AL-WALID SHEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU ABDULLAH AL-BANJARI AL-MAKKI::
::Sayyid Ahmad Bin Sayyid Muhammad 'Alwi Al-Maliki Al-Hasani::
::Haqir::
::Bersama Mufti Iraq::
Mutiara Syair Sayyiduna Ali bin Abi Thalib
Aku menangis atas masa mudaku yang telah berlalu. Aduh! alangkah enaknya kalau masa muda itu dapat kembali lagi kepada kita
Seandainya masa muda itu bisa diperjualbelikan pasti aku kan berikan kepada penjualnya apapun yang ia inginkan
Akan tetapi jika masa muda itu sudah berlalu jauh dari kemuliaan maka memintanya untuk kembali lagi adalah sesuatu yang mustahil
::Pasir Tumboh::
Mutiara syair al-Imam asy-Syafi'i
Sesungguhnya orang yang faqih itu adalah dinilai dengan perbuatannya Bukanlah orang yang faqih itu dinilai dengan ucapan dan perkataannya.
Begitu juga pemimpin itu adalah dinilai dengan kemuliaan akhlaknya.
Bukanlah pemimpin itu dinilai dengan banyaknya pengikut dan pembela-pembelanya.
Begitu juga orang yang kaya itu adalah dinilai dengan keadaan (kedermawanan)nya Bukanlah orang yang kaya itu dinilai dengan banyaknya harta bendanya.
[Diwan Al-Imam Asy-Syafi'i, hal. 97]
Berusahalah engkau menjadi seorang yang mempelajari ilmu fiqih dan juga menjalani tasawuf, dan janganlah kau hanya mengambil salah satunya.
Sesungguhnya demi Allah saya benar-benar ingin memberikan nasehat padamu.
Orang yang hanya mempelajari ilmu fiqih tapi tidak mahu menjalani tasawuf, maka hatinya tidak dapat merasakan kelazatan takwa. Sedangkan orang yang hanya menjalani tasawuf tapi tidak mahu mempelajari ilmu fiqih, maka bagaimana bisa dia menjadi baik?
[Diwan Al-Imam Asy-Syafi'i, hal. 47]
::...::
Tersebut di dalam kitab Irsyad-ul ‘Ibad oleh asy-Syaikh Utsman bin Shihabuddin al-Funtiani iaitu kitab terjemahan bagi kitab al-Munabbihat 'alal Isti'dat li Yaumil Ma'ad oleh Ahmad ibn Hajar al-Asqolaani pada halaman 10:
[Artinya]: Daripada setengah hukama’: Tiga (3) perkara meluaskan dan membukakan dukacita [ialah] • Dhikrullah dan • Berjumpa berhimpun orang auliya [wali-wali Allah] dan • Mendengar perkataan hukama’ dan ulama dan [orang] sholeh
::.Bhalasah di Rubat Mundok Thailand.::
::Jaringan Ukhuwwah::
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
::KAMi PRO TAJDID::
MAJLIS BERSAMA AD-DAIE ILALLAH AL-HABIB MUNZIR BIN FUAD AL-MUSAWA
MAJLIS BERSAMA AD-DAIE ILALLAH AL-HABIB MUNZIR BIN FUAD AL-MUSAWA
MAJLIS BERSAMA AD-DAIEILALLAH AL-HABIB MUNZIR BIN FUAD AL-MUSAWA Pengasas & Pimpinan Majelis Rasulullah, Jakarta .
Kunjungan khusus beliau keMasjid al-Falah USJpada hari Rabu,3 Rabiul Awwal 1431/17 Feb 2010. Majlisbermula jam 6.30 petang
Aturcara majlis:
Bacaan Wirdul lathif
Azan/Sholat Maghrib
Bacaan Maulid ad-Dhiya al-Lame'
Qasidah
Ceramah oleh Habib Munzir ( dalam Bahasa Melayu)
Sholat Isya'/bersurai.
Muslimin dan muslimat di jemput hadir. Dan mohon para pelawat blog membantu menyebarkan maklumat ini.Jazakallahu khairan kathiran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan