Betapa ampunan sesama manusia tidak dikhususkan menjelangnya Raya, bahkan setiap masa. Begitulah peribadi Sayyidinna Muhammad Rasulullah Shollahu alaihi Wassalam, tauladan terpuji kepada umat di akhir zaman ini.
Bulatkanlah tekad kalian menjelangnya akhir Ramadhan yang dilalui dengan istiqamah ibadah ini dengan bertaqqarub kepada ALLAH SWT. Maka dalam menuju Aidulfitri mulia serta bulan-bulan seterusnya, tekad bersabar menghadapi segala cubaan yang teramat sukar lagi berat dengan ingatan daripada Imam Al-Fudhail;
"Barangsiapa tidak membulatkan tekad untuk menempuh jalan menuju akhirat, maka ia akan menghadapi empat macam kematian:
1] Mengalami Mati Putih, yakni mati kelaparan
2] Menghadapi Mati Merah, iaitu melawan syaitan laknatullah
3] Mengalami Mati Hitam, yakni dicela, diejek dan dihina orang.
4] Menghadapi Mati Hijau, iaitu terkena musibah secara berterusan"
Pelihara Syariat Di Hari Mulia!
::Maaf Zahir dan Batin::
Al-Haqir ila ALLAH AL-GHANIY:
AlMukminun
1 Syawal 1429H
http://almukminun.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan