Ucapan Takziah Kepada Tuan Blog Bahrus Shofa ; Al-Fadhil Ustaz Abu Muhd, [http://bahrusshofa.blogspot.com/] di atas pemergian ibunda tercinta ke Rahmatullah, semuga ruhnya dirahmati ALLAH SWT
AL-FATIHAH
بسم الله الرحمن الرحيم: فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ
Posted by almukminun at 9:34:00 PTG
Labels: Kehidupan
ليس المحب الذى يرجو من محبوبة عوضا او يطلب منه غرضا فان المحب من يبذل لك ليس المحب من تبذل له
Seorang pencinta bukanlah orang yang mengharapkan imbalan dari orang yang dicintainya, atau menuntut sesuatu dari kekasihnya. Tapi sejatinya, pencinta adalah orang yang bermurah hati memberi pada kekasihnya, bukan malah memperoleh sesuatu darinya.
Seorang hamba yang mencintai ALLAH Subhanahu Wa Taala tidak akan menuntut dariNYA, kecuali perasaan cinta yang serupa. Dan akan mempersembahkan yang terbaik dari amalnya untuk Zat yang ia cintai itu.
Kitab al Hikam Ibnu 'Athoillah As Sakandari RahimahuaAllahu Taala
Rasulullah juga telah memberi nasihat dalam perkara ini.Diriwayatkan dari Imam Tirmizi di dalam bukunya al-Jami’ dan juga oleh Al-hafiz Ibn muhammad Ibn Abu Bakr al-Qurashiyy di dalam bukunya As-Samt ( diam),bahawa nabi telah bersabda ,:
قل خيرا وإلا فاصمت
Bermaksud: berkatalah sesuatu yang baik(benar) dan jika tidak, diamlah.
Rasulullah saw bersabda "Seseorang yg tiada mempunyai sebarang ayat (Al-Quran) pun dalam hatinya adalah umpama sebuah rumah yg kosong"
(Riwayat At Tarmizi)
Rasulullah bersabda "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yg dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Jawab Rasulullah "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran."
(Riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)
Doa Nabi Ibrahim A.S
رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ
Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh"
[Al-Syu’araa : 83]
Imam Shafie RahimahuAllahu Taala berkata :
"Aku mencintai orang-orang yang soleh, meskipun aku belum termasuk golongan mereka. Aku membenci orang-orang yang durhaka meskipun sebenarnya, mungkin, aku pun termasuk dalam golongan mereka."
Mutiara Syair Sayyiduna Ali bin Abi Thalib
Aku menangis atas masa mudaku yang telah berlalu. Aduh! alangkah enaknya kalau masa muda itu dapat kembali lagi kepada kita
Seandainya masa muda itu bisa diperjualbelikan pasti aku
Akan tetapi jika masa muda itu sudah berlalu jauh dari kemuliaan maka memintanya untuk kembali lagi adalah sesuatu yang mustahil
Mutiara syair al-Imam asy-Syafi'i
Begitu juga pemimpin itu adalah dinilai dengan kemuliaan akhlaknya.
Bukanlah pemimpin itu dinilai dengan banyaknya pengikut dan pembela-pembelanya.
[Diwan Al-Imam Asy-Syafi'i, hal. 97]
Sesungguhnya demi Allah saya benar-benar ingin memberikan nasehat padamu.
Orang yang hanya mempelajari ilmu fiqih tapi tidak mahu menjalani tasawuf, maka hatinya tidak dapat merasakan kelazatan takwa. Sedangkan orang yang hanya menjalani tasawuf tapi tidak mahu mempelajari ilmu fiqih, maka bagaimana bisa dia menjadi baik?
Tersebut di dalam kitab Irsyad-ul ‘Ibad oleh asy-Syaikh Utsman bin Shihabuddin al-Funtiani iaitu kitab terjemahan bagi kitab al-Munabbihat 'alal Isti'dat li Yaumil Ma'ad oleh Ahmad ibn Hajar al-Asqolaani pada halaman 10:
[Artinya]: Daripada setengah hukama’: Tiga (3) perkara meluaskan dan membukakan dukacita [ialah]
• Dhikrullah dan
• Berjumpa berhimpun orang auliya [wali-wali Allah] dan
• Mendengar perkataan hukama’ dan ulama dan [orang] sholeh
MAJLIS BERSAMA AD-DAIE ILALLAH
AL-HABIB MUNZIR BIN FUAD AL-MUSAWA
Pengasas & Pimpinan Majelis Rasulullah, Jakarta .
Kunjungan khusus beliau ke Masjid al-Falah USJ pada hari Rabu, 3 Rabiul Awwal 1431/17 Feb 2010. Majlis bermula jam 6.30 petang
Aturcara majlis:
Muslimin dan muslimat di jemput hadir. Dan mohon para pelawat blog membantu menyebarkan maklumat ini. Jazakallahu khairan kathiran.
JADUAL 2008 | PENGAJIAN | SYEIKH | MUHAMMAD FUAD | KAMALUDDIN al-MALIKI |
WAKTU/ HARI | Kulliyyah Subuh | Kulliyyah Dhuha | Tengahari | Kulliyyah Maghrib |
ISNIN | | Dar al-Maliki, Taman TAR Ampang, :Kitab Minhaj Abiddin/ Fitnah Wahabbi | Surau Menara Wawasan Tkt 2, DBKL, :Kitab Aqidah Muslim | Masjid Negeri Sembilan,Seremban. :Kitab Hikam Abi Madyan/Kitab Syamail al Muhammadiah |
SELASA | | Rumah Haji Kamaruddin, Taman TAR, Ampang. :Kitab Keistimewaan Rasulullah SAW/Kitab Tafsir Surah Yaasin | ACS KL Satellite City, Wangsa Maju. :Kitab Musyahadah Roh Insan Yang Bertaqwa | Masjid al-Huda, Kg. Melayu Ampang. Minggu 1 & 3 :Kitab Agamu Dalam Bahaya Surau Kemensah Heights. Minggu 2 & 4 :Kitab Riyadhus Solihin/ Kitab Qul Hazihi Sabili |
RABU | | Madrasah al-Hasaniah Bukit 9, Kota, Rembau. :Kitab Minhaj al-Abiddin | | |
KHAMIS | | | | Madrasah al-Hasaniah Bukit 9, Kota, Rembau. Taman TAR, Ampang. :Bacaan Yaa sin/ Majlis Selawat |
JUMAAT | | Madrasah al-Hasaniah, Kg. Chenong Rembau. :Kitab Bahr al-Mazi/ Kitab al-Azkar | | Surau Saujana Impian, Kajang. Minggu 1 & 3. :Kitab Hikam Abi Madyan Dar al-Maliki, Taman TAR,Ampang. Minggu 2. :Kitab Hubungan Tasawwuf dengan Sunnah |
SABTU | | Dar al-Maliki, Taman TAR,Ampang. :Kitab Titisan Hujan/ Kitab Aqidah Muslim | | Madrasah al-Hasaniah Bukit 9, Kota, Rembau. :Kitab Siarus Salikin/ Kitab Qul Hazihi Sabili |
AHAD | Masjid Nerasau, Rembau. :Kitab Hikam Abi Madyan | Madrasah al-Hasaniah Bukit 9, Kota, Rembau. :Kitab Hikam Syeikh Atho’illah/ Kitab Bahr al-Mazi/ Tafsir Surah Yaa sin | | Masjed Jamek Rembau. Minggu 1 & 3. :Kitab Hikam Abi Madyan Surau Putra Heights. Minggu 2 & 4. :Kitab Hikam Syeikh Atho’illah/ Kitab Aqidah Muslim |
Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi : En. Maznor: 019-662 3826
“When someone criticises or disagrees with you, a small ant of hatred and antagonism is born in your heart. If you do not squash that ant at once, it might grow into a snake, or even a dragon.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan