::Teman Bersama::

Rabu, 6 Februari 2008

ZIARAH HABIB UMAR BIN HAFIZ KE MALAYSIA




Berita gembira untuk para Muhibbin. Berikut adalah tentatif Safar habib Umar di Malaysia. Dari Melaka, Kelantan, Terengganu, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Jom kita pi ramai-ramai. Merentasi sempadan politik. Insya Allah.... Dipetik dari blog Majlis Ilmu (abu zahrah).


2 Safar 1429H/ 9 Februari 2008 (Sabtu)
Tiba dari Singapura.

3 Safar 1429H/ 10 Februari 2008 (Ahad)

- Ziarah al-‘Arifbillah Habib Ali bin Ja’afar al-Aidrus حفظه الله
- Ke Melaka. Ziarah dan program bersama anak Habib Ali bin Ja’far al-Aidrus حفظه الله
- Maghrib di Kg Ulu, Bandar Melaka

4 Safar 1429H/ 11 Februari 2008 (Itsnin)

  • Berangkat ke Kelantan Darul Naim. Kunjungan hormat kepada YAB Dato’ Menteri Besar Kelantan Darul Naim. Majlis Ramah Mesra Bersama Dato’ Menteri Besar dan YB Timbalan Menteri Besar serta beberapa orang Exco Negeri. Penyampaian Cenderahati
  • Lawatan ke YIK dan KIAS. Majlis Ramah Mesra dan Perbincangan Manhaj Pengajian
  • 2.30 petang - Ziarah Makam Tok Kenali
  • 3.30 ptg - Lawatan Ke Pondok Moden Kandis, Bachok.Majlis Ramah Mesra Warga Pondok Moden
  • Berangkat Ke Pondok Pasir Tumbuh. Solat Maghrib. Majlis Zikir & Maulid. Ceramah Memperingati Ulamak Silam (Tok Kenali)


5 Safar 1429H/ 12 Februari 2008 (Selasa)

  • 9.30 pagi - Bicara Ilmu (Balai Islam Lundang, Kelantan). Sesi Penyampaian Ceramah:Tajuk : “al-Tariqah al-Sufiyah Sebagai Dakwah Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah Berhadapan Arus Globalisasi”.
  • 10.30 pagi - Minum Ringan
  • 11.00 pagi - Sesi Dailog dan Soal Jawab
  • 2.30 petang - Majlis Tausiyat dan Taujihat Kepada Pelajar. Sesi Penyampaian Ceramah Tajuk : “Madrasah Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah Dalam Pembinaan Spritual, fikrah dan Fizikal Pelajar Muslim”. Sesi Soal Jawab
  • Program bersama para saadah Ba’alawi Kelantan
  • 9.00 malam - Ceramah Perdana (Padang Perdana Kota Bharu). Tajuk ceramah: Hijrah al-Rasul


6 Safar 1429H/ 13 Februari 2008 (Rabu)

  • Berangkat ke Terengganu Darul Iman Kunjungan hormat kepada YAB Dato’ Sri Menteri Besar Terengganu Darul Iman.
  • 3.00 petang - Pertemuaan dengan Para Pendakwah Terengganu.
  • 7.00 petang - Kuliah Maghrib di Masjid Cabang 3.


7 Safar 1429H/ 14 Febuari 2008 (Khamis)

  • 8.00 pagi - Lawatan ke Universiti Darul Iman ( KUSZA ) .
  • Kembali ke Kuala Lumpur
  • 7.00 petang – 9.30 malam di Masjid Putra Jaya. YAB Perdana Menteri Malaysia akan turut bersama.


8 Safar 1429H/ 15 Februari 2008 (Jum’at)

  • Berkhutbah Jumaat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak
  • Malam – Program di Madrasah al-Hasaniah (Yayasan Sofa), Shaikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki ar-Rembawi. – Rembau, Negeri Sembilan.


9 Safar 1429H/ 16 Februari 2008 (Sabtu)

  • 10.00 pagi - Muhadarah di Seminar Fiqh Nusantara. Anjuran Yayasan Itmam, Abim,Muafakat dan Persatuan Ulama’. Pembentangan oleh Habib Umar di sebalah pagi sebagai tetamu undangan atas tajuk, “Hubungan FIQH MAZHAB SHAFIE dengan ALIRAN ASYA'IRAH”. Pembentangan ini akan diterjemahkan ke Bahasa Melayu



  • Seminar Fiqh Nusantara ini diadakan dari jam 8.30 pagi – 5.00 petang bertemakan MENGURANGKAN KEKELIRUAN – PENGUKUHAN PERPADUAN. Seminar berlangung di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Pendaftaran dan Bayaran : Pelajar (RM5) / Dewasa (RM10) Untuk penyertaan dan lebih pasti sila hubungi Tuan Haji Ghazali 019-3402578 atau En Fadzil 012-3307172.




  • 7.30 malam - JILSAH DI MASJID AL-FALAH USJ 9, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN. Majlis bermula dari jam 5.30 petang. Tajuk ceremah Habib Umar adalah Tariqat Sufiyah: Definisi, sejarah, kepentingan dan peranannya di dalam penyebaran dakwah Islam. Insyaallah ada penterjemah ke bahasa Melayu.

9 Safar 1429H/ 17 Februari 2008 (Ahad)

  • Pertemuan dengan para pelajar Madrasah Nur
  • Habib Umar dan Rombongan berangkat kembali ke Yaman
almukminun

http://www.almukminun.blogspot.com/

24 Muharram 1428

Tiada ulasan: