::Teman Bersama::

Selasa, 5 Februari 2008

Palestin dalam Ingatan


Tiba waktu kepada para muslimin bangkit
Subuh hari
berjalan ke mussollah yang dihias indah
namun tidak teriisi dengan jemaah
Walau dihias indah dengan gah

Lain pula keadaannya
Saudara Palestin itu, menyusun langkah dengan penuh gagah
langkah diatur dengan megah
kerana yakin
bahawa dengan penyatuan
umat Palestin pasti menjadi Tuan
Kepada bumi yang dijajah haram israel laknatullah

Sedang para remaja di sini
masih dibuai mimpi keseronakkan dengan hiburan mengasyikkan
Lalai mencari maksud kepada kehidupan

Lamunan serta dodoian keselesaan yang kita rasai, adalah impian setiap kanak-kanak bumi Palestin
Remaja berkejaran hingga gelap gelita mencari-cari sesuap nasi
Buat keluarga yang dikasihi
Ketika kita dalam kilauan lampu neon
Mereka sekadar cukup memasang pelita
yang sesekali terpadam ditiup angin yang membolosi tingkap-tingkap tidak bercermin

Esak tangis kerana lapar bagai alunan lagu menghibur
Gundah dan resah bukan kerana takut penjajah
Tetapi kerana mencari titik penyudah dalam melaksana misi di bumi anbiyya
Kadangkala mereka berasa sendirian dengan pertanyaan;
Dimana saudaraku di kejauhan,tidakkah mereka merasa kasihan
serta turut sama dalam perjuangan.

25 Muharram 1429
almukminun

Tiada ulasan: