Metallica dan Mental Ka Apa
Tak Peduli Isu Kalimah ALLAH?
Tuan Puan yang dikasihi oleh ALLAH,
Di antara Kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol
adalah disebabkan oleh seorang penyanyi! [Ayat Penegasan]
Al-Ziryab bergurukan
Ibrahim al-Musali dalam bidang seni nyayian beliau. Al-Ziryab sangat terkenal
di Baghdad dengan lagu-lagu yang didendangkan memuji dan memuja para pemimpin
golongan bangsawan. Kejayaan beliau di Baghdad akhirnya berakhir apabila para
penyanyi menaburkan fitnah hingga Al-Ziryab dihalau keluar oleh Khalifah dari
Baghdad.
Mutakhir, para artis-artis luar berpusu-pusu ke Malaysia disebabkan tidak laku
di negara mereka sendiri ya. Ketika zaman kita ini, penyanyi qasidah dan nasyid
pula ditabur fitnah oleh wahhabi dan syiah... Seperti ada jalan cerita yang
sama.
Setelah beberapa lama menantikan peluang,
akhirnya al-Ziryab mengunjungi Kota Cordoba untuk mencuba nasib di sana. Pada
ketika itu, orang-orang Islam Sepanyol masih tidak mengenali hiburan nyanyian.
Beliau amat tidak menyangka apabila persembahan beliau mendapat sambutan sangat
baik.
Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Rahman II, kerjaya
seni Al-Ziryab berkembang apabila beliau dijemput membuat persembahan di Istana
serta mengajarkan muzik, nyanyian dan fesyen kepada sesiapa yang berminat.
Ketika inilah bermulanya pelbagai fesyen bagi menyambut keraian yang pelbagai.
Semenjak kedatangan al-Ziryab, orang-orang Islam
Sepanyol mula mengenali sambutan yang disertakan dengan pertunjukkan tarian dan
muzik. Pada mulanya tarian dan nyanyian hanya dilakukan oleh kaum lelaki,
tetapi akhirnya kaum wanita turut bersama berhibur hingga mengakibatkan
pergaulan bebas. Sedikit demi sedikit syariat serta identiti umat Islam
Sepanyol dihakis.
Sultan Abdul Rahman II merupakan pecinta kepada
ilmu dan duduk bersama para ilmuan Islam Sepanyol. Namun, beliau tidak
menghalang aktiviti Al-Ziryab yang akhirnya menjadi ”TIANG KEHANCURAN” empayar
umat Islam Sepanyol.
Pada zaman itu, jumlah ulama sangat ramai, tetapi
pengaruh al-Ziryab dan kata-katanya lebih mendapat sambutan masyarakat.
Masyarakat yang dihidangkan dengan hiburan dan keseronokan, akhirnya sedikit
demi sedikit meninggalkan tugas JIHAD dan PERJUANGAN.
Kini, apa beza zaman kita dengan mereka,
permulaan jalannya sama, kehilangan perasaan empati kepada nasib saudara
seIslam di Palestin, Syria, Mesir, Rohingya (Arakan) dan Kashmir masih menjadi
dogma sepi.
Apabila saya ditanya, kenapa sedikit perkongsian
tulisan, jawab saya : ”...biarlah...umat ini bukannya suka membaca panjang-panjang
sebab mereka sudah kehilangan rasa manis majlis-majlis talaqqi ilmu, mereka
suka menjadi ILMUAN SEGERA walau bukan semua.”
Mohon doakan Proses Perjalanan Bantahan
Penggunaan Kalimah ALLAH oleh The Church di Mahkamah Rayuan Putrajaya. Pada 22
Ogos 2013.
al-faqir al-mukminun
15
Syawal 1434H/22082013
Sumber
rujukan :
Kerajaan
Islam Sepanyol: Serupakah Nasib Kita oleh al-Fadhil Ustaz Dr. Rosli Mokhtar
1 ulasan:
allahumma amin, pesan guru saya, dunia semakin tenat, jaga2lah hati kita.
Catat Ulasan