Selasa, 18 September 2012
Musim Haji 1433H : Bani Hashim (Keturunan Rasulullah ) di Makkah.
Musim Haji 1433H : Bani Hashim
(Keturunan Rasulullah ) di Makkah.
Pengalaman ini saya alami
ketika diizinkan oleh ALLAH SWT untuk menunaikan umrah pada Mei 2010. Dari saat
sebelum menunaikan Umrah, saya berdoa semoga ALLAH temukan dengan nasab
Junjungan Mulia Sayyiduna Muhammad . Saya mendengarnya dari lisan guru-guru saya
agar menziarahi ahlul bayt Sayyiduna Muhammad , berkhidmat kepada mereka hatta termampu
melemparkan senyum.
Sejak tiba di bumi Madinah, asal
sahaja bertemu Habaib di sana saya bertanyakan kisah Bani Hashim yang berada di
Bumi Hijjaz [sebelum ditukar kepada Arab Saudi] dalam rampasan kuasa terancang
oleh wahhabi. Ia dimulai oleh Muhammad Bin Abdul Wahab sejak tahun 1125 H / 1713 M. Pada waktu tersebut
gerakkan menjatuhkan empayar Kerajaan Uthmaniyyah giat dijalankan. Ia
dijalankan secara rahsia dengan penyerapan fitnah dan sengketa. Paling utama,
apabila sesebuah pemerintahan dijauhkan dari amalan kerohanian dan
majlis-majlis keilmuan, maka amat mudah musuh mengambil tempat. Sifat tamak dan
gila kuasa apabila ada pada jiwa, halal diharamkan dengan kewenangan.
Pada 10 Mei 2010, sehari
sebelum bertolak pulang, usai menunaikan solat fardhu Asar, dalam doa akhir
saya bermohon dengan lintasan di dalam hati agar dipertemukan dengan keturunan
Sharif Makkah selepas mereka diusir oleh kerajaan saud dan wahhabi. Selesai
mengusapkan tangan ke wajah, tegur seorang Pak Arab yang didalam gambar
tersebut disisi kanan Syeikh. Beliau memperkenalkan diri dengan nama sebagai
Yusuf al-Mansor, seorang usahawan dari Dubai dan menyatakan amat bangga dengan
kemajuan Malaysia. Menurut beliau UAE menjadikan Malaysia sebagai acuan
bernegara. Saya pintas, mohon ambil yang baik dan doakan serta jauhi buruk yang kelihatan.
Beliau menyatakan, dalam
sebulan sekurang-kurangnya sekali beliau akan menziarahi Makam Sayyiduna
Muhammad dan menunaikan Umrah. Menurut beliau lagi, akan
kerap ke Madinah dan Makkah apabila berdepan dengan isu dan terbeban masalah.
ALLAH.... Kali ini beliau ke bumi suci ini bersama isteri ketiga. Had ni,
biarlah rahsia na. Etika kerahsiaan Kaunselor
^_^
Memang ramah dan mesra.
Kemudian beliau bertanyakan kepada saya, mahukan Tuan bertemu dengan Syeikh
Ahmad ? Cucunda Sayyiduna Muhammad yang bersalasilah dengan Raja Jordan. Saya :
hanya menitiskan airmata kesyukuran tidak-tidak terhingga. Entah bagaimana perasaannya ya.
Syeikh Yusuf al-Mansor
memimpin tangan saya menuju ke sebuah tempat yang betul-betul menghadap
pancuran emas Kaabah. Seorang lelaki sedang menuangkan teh kemudian dimasukkan
daun pudina. Usai memberi salam dan ta’ruf. Dalam bualan tersebut Syeikh Ahmad
menceritkan mengenai kisah penaklukan Bumi Hijjaz dan peranan wahhabiah.
Emm...berderai airmata. Syeikh Ahmad bukan calang-calang orang, beliau
merupakan jutawan berlian dan emas. Syeikh Ahmad menyatakan mengikut kefahaman
beliau Raja Jordan merupakan permulaan kepada sistem monarki setelah perpecahan
jazirah Arab dibawah ta’luk Yahudi melalui gerakan dan peranan yang dimainkan
oleh British dan Amerika Syarikat. Mohon rujuk Kitab Fitnatul Wahabbiah [Karya
Al-Allamah Sayyid Ahmad Zaini Dahlan, mantan Mufti Makkah] sebagai rujukan. Dalam status jutawan masih duduk bersila
memberi minum buat para tetamu ALLAH. Hari itu beliau berkelapangan, jika bukan
beliau akan ada anak atau pekerja beliau yang akan memberikan minuman.
Dalam masa kami berbual pasti
Syeikh Ahmad disapa oleh Pakcik-Pakcik Arab yang melalui kami. Terakhir, semasa
gambar ini diambil, seorang “Syeikh Arab berjubah tinggi dari paras buku lali
terjerit-jerit : “..bid’ah..bid’ah..bid’ah...”. Dengan senyum menguntum Syeikh
Ahmad berkata kepada kami : “..biarkan dia, kewarasannya tidak sihat, moga
ALLAH mengampunkannya...”.
Buat para tetamu ALLAH menuju
Fisabilillah, Mohon doakan alfaqir, keluarga, pejuang ASWAJA dan Ulama di
Baitullah.. Mohon doa mendoakan. Semoga Tuan Puan memperolehi Haji mabrur.
اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك
و سلم
Al-faqir ilallah :
Almukminun
2 Zulkaedah 1433H/18092012
Posted by almukminun at 2:43:00 PTG
Labels: Ibadah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan