Selasa, 22 November 2011
Guru-Guru Kami Dari Indonesia
Guru-Guru Kami dari Indonesia
Selain daripada Guru-guru yang mahsyur di Tanah Melayu ini, ada di kalangan penuntut-penuntut ilmu di Malaysia yang bergurukan para ahli ilmu dari Indonesia. Guru-guru yang kami cintai di Malaysia terdiri daripada kalangan warga atau berketurunan dari Indonesia sebagai contoh ; Al-Alammah al-Muhaqiq al-Habib Zein Bin Sumaith, Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki, Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Maliki An-Nadwi al-Banjari, Almarhum Habib Syeikh Bin Ahmad Al-Musawa, Almarhum Habib Abdullah Bin Ahmad Bin Bin Hamid al-Kaff, Habib Munzir Fuad Al-Musawa, Habib Ali Zeinal Abidin Al-Hamid, Syeikh Rohimuddin Nawawi al-Jahary al-Banteni, serta ramai lagi. Itu belum sebut nama sahabat-sahabat Indonesia saya semasa ngaji di Pondok atau di [FB] ini sendiri.. Maksudnya apa :) ...
Maksudnya, orang yang "berilmu", pasti tidak mahu memusuhi atau di musuhi hanya kerana “sifat kebencian” yang berasal dari “syaitan”. Ya, syaitan. Pelik ya, kita bazirkan tenaga negatif dengan membenci saudara seIslam. Berbanding menyalurkan kebencian yang dituntut terhadap penghina-penghina agama Islam. Saling berbalas kata-kata mungkar sudah pasti tidak akan membina penyatuan. Bagaimana ditukar dengan kata-kata mulia, nasihat-menasihati dengan menjadi pengharmoni suasana.
Ada pihak yang sengaja menanam benci di antara dua buah negara Islam yakni Malaysia dan Indonesia. Tuan-Puan bayangkan jika kedua-dua buah negara ini bersatu, kuffar harbi pasti tidak keruan kerana takut akan kesatuan umat Islam. Maka, kepada kita yang mengaku Islam, usah terjebak sama menyirami api yang marak dengan petrol yang semakin hari semakin naik harganya. .
Uh, semalam semasa kuliah Maghrib, jumlah jamaah yang hadir dalam 3 sof. Satu pertiga dari kalangan remaja dan kanak-kanak. Disebabkan waktu Isya’ la awai. Tamat zikir dan doa, Tok Imam seloroh pakat balik awai ngadap bola.
Bagi para pendakwah, membuat keputusan tepat mengikut suasana setempat amat bermanfaat. Perhati mad’u didepan mata. Barangkali dengan keputusan kita membuatkan mad’u yang baharu mendekati agama semakin cinta bahawa Islam tidak rigid rupanya, tidak larang bermain bola sepak asal kena syariat. Lain pula halnya dengan orang berilmu yang menjadi mad’u kita. Bergantung kepada kebijaksanaan dan situasi semasa.
Mana mungkin orang berilmu sengaja melibatkan dirinya ke lembah yang membawa dosa. Uh, siapa kata saya tidak bermain bola sepak . Kot ada lepas ni cadangan lepas tamat kuliah, kita turun beriadah futsal, badminton dan ragbi. . Jangan lupa hubungi saya. Kesihatan ruhani dan fizikal dicergaskan. Badan yang cergas menghasilkan otak yang cerdas. Mudah-mudahan para pencinta Saydina Muhammad صلى الله عليه وسلم. dihimpunkan oleh ALLAH di syurga di mana tiadanya rasa-rasa benci permusuhan melainkan yang ada hanya cinta. Islam untuk semua dan bukan terhad kepada bangsa. Mohon doa-mendoakan.
Sollu’ alan Nabiy ...
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Alfaqir almukminun
26 Zulhijjah 1432H/22112011
http://almukminun.blogspot.com/2011/11/guru-guru-kami-dari-indonesia.html
Posted by almukminun at 9:37:00 PG
Labels: muhasabah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan