::Teman Bersama::

Selasa, 1 November 2011

Dr. Asri : Mana Utama, Elton John atau Taliban




Dr. Asri : Mana Utama, Elton John atau Taliban



Selawat dan Salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم



Saya tidak terkejut dengan kenyataan dangkal Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengenai tuduhan melulunya mengenai konsert Elton John elgay. Sebagaimana biasa, ahli ilmu sedia tahu akan kegemaran Dr.Asri untuk mencipta polemik-polemik baharu yang sebenarnya tidak diperlukan oleh umat Islam, tetapi sangat dicintai oleh beliau. Beliau turut menuduh Pemuda PAS sebagai taliban! Wujud persamaan di antara Dr. Asri [mantan mufti Perlis] dan Dr. Juanda Jaya yang memegang tampuk Mufti Perlis yang mana keduanya gemar benar dengan melabel orang sebagai taliban.



Sebagaimana biasa, akan ada yang berkata, usah anta layan Dr. MAZA, buang masa. Tetapi pada saya, jika tidak dijawab dengan tertib, maka yang menjadi mangsa muda-mudi yang galak mencari ilmu dengan menjadikan “internet” sebagai guru, paling malang melulu meyakini ucapan Dr. Asri. Paling rugi, kita kehilangan pemuda-pemudi yang dimomokkan oleh Dr. Asri agar menggali hal-hal ranting agama yang ribuan tahun telah diselesaikan oleh alim ulama dahulu walaupun tidak ber”pHD”.



Polemik-polemik baharu ini akhirnya akan mencipta pelbagai spekulasi yang mewujudkan suasana tidak harmoni di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Paling malang, sepanjang pengamatan saya dalam siri-siri “mencipta polemik” oleh Dr. Asri, beliau lebih gemar menjadikan isu agama sebagai bahan debat orang awam yang diketahui tiada asas ilmu agama. Paling tidak “gentleman” beliau akan merekayasa kesimpulan dengan pelbagai tuduhan.



Ayat-ayat sebegini adalah lumrah buat Dr. Asri untuk menutup pekong kesilapan yang dibuat tanpa usul periksa. Maka diterima pula oleh pentaksub beliau; fitnah, “saya tak kata pun”, atau “isu air ludah; saya terima daripada sumber yang dipercayai”, “saya dulu ditahan oleh JAIS dan pernah di halang berceramah di Pahang” :



..Jabatan Agama Islam Pahang pernah halang saya berforum dengan Ustaz Nasirudin Tantawi di Kuantan. Kononnya atas arahan Mufti Pahang sebab tidak sesuai untuk rakyat Pahang. Jabatan Agama sanggup tunggu berjam-jam untuk tujuan itu. Saya ingin lihat sejauh manakah kesungguhan Jabatan Agama Pahang untuk menghalang anak-anak muda dan tua MUSLIM menyertai konsert Elton John di Genting, Pahang..apakah Jabatan Agama ada kesungguhan yang sama? sanggupkah mereka mengeluarkan arahan khas itu?! sanggupkah mereka menunggu di pintu masuk untuk memastikan tiada muslim yang sertai..kita tunggu dan lihat nanti..[FB Dr.MAZA]



Dr. Asri, tidakkah kenyataan di facebook tuan tersebut merujuk kepada ayat ini :



“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada ALLAH; Sesungguhnya ALLAH penerima taubat, lagi Maha mengasihani”

(Al-Hujurat ayat 12).



Saya tidak pasti samada Dr.Asri tahu mengenai latarbelakang Elton yang terkenal sebagai simbol gay di kalangan para homoseksual. Elton telah mendirikan rumah tangga dengan rakan homeseksualnya David Furnish [lelaki tanpa pembedahan] pada 21 Disember 2005, selepas kerajaan Britain membenarkan perkahwinan sejenis.



Dr. Asri, mereka memiliki anak yang bernama Zachary Jackson Levon John, dilahirkan melalui ibu tumpang pada 25 Disember 2010 di California. Kira-kira imej ini sesuai atau tidak kepada kepelbagaian masyarakat di Malaysia ini.


Barangkali Dr. Asri boleh membuat pembuktian agama manakah di dunia ini yang menghalalkan aktiviti homoseksual. Saya sertakan hujah daripada sudut pandang para sahabat daripada agama Kristian :



“Then there is homosexuality which likewise is condemned in Scripture. The Apostle Paul, writing by inspiration of the Holy Spirit, declares that homosexuality "shall not inherit the kingdom of God" (I Corinthians 6:9; 10).

Now Paul does not single out the homosexual as a special offender. He includes fornicators, idolators, adulterers, thieves, covetous persons, drunkards, revilers and extortioners.

And then he adds the comment that some of the Christians at Corinth had been delivered from these very practices: "And such were some of you: But ye are washed, but ye are sanctified, but ye are justified in the name of the Lord Jesus, and by the spirit of our God" (
I Corinthians 6:11). All of the sins mentioned in this passage are condemned by God, but just as there was hope in Christ for the Corinthians, so is there hope for all of us.”



Kenyataan yang dibuat timbul oleh Dr. Asri berlaku selepas gesaan dalam persidangan CHOGM (Commonwealth Heads of Government) di Perth Australia mengenai gesaan mewujudkan kebenaran aktiviti homoseksual dihalalkan di negara-negara “jajahan” CHOGM. Walaubagaimanapun ,masih ada negara-negara Komonwel yang memiliki jatidiri utuh dalam menolak gesaan tersebut.



Seterusnya, isu gay ini juga timbul selepas perancangan program Seksual Merdeka 2011 [http://www.seksualitimerdeka.org/] yang akan diadakan pada 1-13 November 2011 bertempat di The Annexe Gallery, KL. Masih tidak mengejutkan apabila kumpulan yang menyokong program ini terdiri daripada; Amnesty International, Malaysia Bar Council Malaysia Human Rights Committee, EMPOWERKLWord, KRYSS (Knowledge & Rights with Young people through Safer Spaces), JusticeForSisters, MyConstitutionCampaign, MyNetra, Precious Old China Restaurant, PTFoundation, PusatRakyatLoyarBurok, Rev Yap Kim Hao, QuekSueYian, SUARAM, Tenaganita, Women'sAidOrganisation, Women's Candidacy InitiativeUnited Nations Theme Group on HIV,
dan ramai lagi.



Satu persatu jika dikaji, saya tertarik dengan Datuk Ambiga dan SUARAM yang begitu bersungguh-sunguh mencipta momokan Hak Asasi Manusia. Di dalam perhimpunan BERSIH, Datukl Ambiga dan SUARAM lah banyak bersuara. Parti-parti pembangkang mengiya kerana sokongan berpihak kepada mereka.



Tetapi tolonglah bersikap matang, ketika hambatan homoseksual di jadikan cagaran masa depan anak muda, bersuaralah wahai pemerintah dan pembangkang menentang kezaliman, kerakusan hak asasi manusia ciptaan barat. Mengapa kita menjadi pengikut? Dalam hal ini tahniah buat Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi dan Dato’ Dr. Hasan Ali yang bersungguh mempertahankan akidah umat Islam dalam HIMPUNAN SEJUTA UMAT SELAMATKAN AKIDAH walau diterjah dengan pelbagai tuduhan tidak berasas. Parti, NGO lain dimana anda disaat umat memerlukan. Barangkali ini tugas selanjutnya HIMPUN.



Menurut Mohamad Shatar Sabran (2003:133-134), terdapat lima katogeri gay. Secara umumnya, golongan gay ini mempunyai kategorinya yang tersendiri dan terbahagi kepada lima kategori. Kategori yang pertama adalah trade homosexual yang merujuk kepada golongan gay yang sudah berkahwin atau yang sudah bercerai. Dalam kategori ini, kebanyakan daripada mereka berpendapatan rendah dan terdiri daripada individu yang bekerja dalam kumpulan bawahan seperti kerani, tukang cuci, pembantu rumah dan sebagainya. Golongan gay ini sebenarnya tidak mempunyai rasa cinta dan sayang terhadap pasangan masing-masing. Mereka hanya ingin melampiaskan nafsu semata-mata. Mereka juga sering bertukar-tukar pasangan kerana sudah menjadi lumrah lelaki kerana mempunyai keinginan seks yang begitu besar.



Bagi kategori kedua pula dinamakan sebagai closet queen. Golongan ini terdiri daripada golongan yang belum berkahwin dan berpendapatan rendah. Hal ini demikian mungkin kerana mereka tidak mempunyai latar belakang akademik yang baik di samping dianggap bermasalah dalam pembelajaran formal di sekolah dan cenderung melakukan salah laku disiplin. Selain itu, mereka mempunyai perwatakan seperti lelaki sejati yang memiliki tubuh yang sasa dan wajah yang tampan. Oleh yang demikian, mereka tidak pernah menonjolkan identiti mereka yang sebenar sebagai seorang homoseksual kepada masyarakat umum.



Kategori yang seterusnya ialah gay guys. Mereka yang tergolong dalam kategori ini lebih suka menonjolkan dirinya sebagai seorang pengamal homoseksual kepada umum. Mereka yang tergolong dalam kategori ini boleh dilihat melalui tingkah laku mereka yang seakan-akan perempuan. Contohnya, ia dapat dilihat dari segi percakapan, jelingan dan juga pakaian mereka yang seakan-akan perempuan. Kebiasaannya, mereka terdiri daripada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan masih bujang.



Kategori yang ketiga adalah ambisexuals. Kebanyakannya terdiri daripada golongan atasan yang mempunyai jawatan yang tinggi dan berpendapatan sederhana ke atas. Bagi mereka, keinginan untuk melakukan seks adalah tidak terbatas dan tidak mengira jantina pasangan kerana mereka hanya mementingkan kepuasan seks sahaja.



Manakala bagi kategori yang terakhir ialah situational homosexuals. Kategori ini merujuk kepada mereka yang ‘terpaksa’ menjadi pengamal homoseksual kerana faktor-faktor yang tertentu. Contohnya, faktor kemiskinan yang membawa kepada seseorang itu mengambil jalan mudah bagi memperoleh sumber pendapatan tidak kira melalui jalan betul mahupun salah. Selain itu, faktor persekitaran juga mempengaruhi seseorang untuk terdorong melakukannya terutamanya bagi pelajar sekolah berasrama yang mempunyai satu gender sahaja kerana mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya.



Cukup dahulu sehingga disini. Saya tidak berniat untuk menyentuh hukum homoseksual yang jelas difahami oleh orang Islam. Barangkali dimasa hadapan.



Saya yakin, di kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai agama pasti turut menentang pembiakan virus homoseksual dari meresapi akal fikir dan daya tindak anak-anak.



Satu pertanyaan saya, Tuan terkenal sebagai individu yang anti Majlis Maulid Saydina Rasulillah صلى الله عليه وآله وسلم, gemar membid’ahkan amalan qunut, tahlil-baca yassin malam Jumaat, pakai serban, menghina keturuna Syed dan Syarifah, memperlekeh pondok ASWJ, menghalang ziarah makam Rasulillah صلى الله عليه وآله وسلم, mengatakan kitab Ihya'Ulumuddin karya Hujatul Islam Imam Al-Ghazali sebagai tidak boleh dipercayai kerana banyak hadith dhoif, dan kesemuannya yang tidak sempat dinyatakan disini, semua bid'ah, haram dan masuk neraka.


Buat Dr. Asri, bermuhasabahlah, tidak semua ilmu dikuasai oleh tuan. Jika tidak mampu membantu, jangan menjadi pencelaru. Jika tidak tahu, usah melulu menyatakan sesuatu yang tuan tidak tahu. Sudahkah tuan meminta maaf kepada para alim ulama yang tuan hina dan sakiti? Tetapi mengapa, apabila isu si gay Elton John timbul, tuan saya lihat paling menonjol mempertahankan. Apakah isu-isu khilafiah di atas tidak penting berbanding isu si gay Elton John. Saya tidak akan lupa kenyataan Tuan mengenai HIMPUN; apa guna menjerit dan berhimpun kalau orang Islam tetap meninggalkan Islam. Kenyataan-kenyataan tuan mengenai agama Islam kerap menimbulkan kontroversi dan membawa kepada jatuhnya persepsi awam terhadap ulama, pendakwah, para pejuang dan Islam sendiri.

Daripada Abi Said Al-Khudri RA berkata : aku pernah mendengar Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda:
"Barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka wajib baginya untuk mencegah dengan tangannya, jika beliau tidak mampu, maka cegahlah dengan kata-katanya, jika beliau tidak mampu juga, maka cegahlah dengan hatinya(membenci), sesungguhnya mencegah dengan hati itu adalah selemah-lemah iman."

[Hadis riwayat Imam Muslim]


WALLAHu’alam

اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم

Alfaqirilallah: almukminun

4 Zulhijjah 1432H / 31102011

http://almukminun.blogspot.com/2011/11/dr-asri-mana-utama-elton-john-atau.html

Tiada ulasan: