::Teman Bersama::

Jumaat, 23 September 2011

::Apa Sumbangan Kita Terhadap Perjuangan Akidah ASWJ::




::Apa Sumbangan Kita Terhadap Perjuangan Akidah ASWJ::



Mohon para sahabatku saling mendoakan dan mengaminkan : Ya Allah, permudahkanlah perjuangan para asatizah, guru, pendidik, pensyarah, pelajar , ibu ayah, anak anak ASWJ di Malaysia ini. Perteguhkanlah kami dalam manhaj ASWJ. Jauhkanlah kami dari fahaman yang menyebabkan kami berpecah belah, bermusuh-musuhan yang jauh dari jalanMu yang lurus.. Aminn Ya Robbal 'alamiinnn.. Sahabat Saya : Ustaz Jom Faham [jomfaham.blogspot]



Tuan-Puan,

Saya sebagaimana Tuan-Puan memiliki tidak kurang penting pelbagai tanggungjawab. Kepada ibu ayah, isteri, anak-anak, jamaah, para pelajar, jiran dan pelbagai organisasi. Kecil bagi orang lain. Tetapi saya yakin besar kepada diri Tuan-Puan.



Begitu juga para pejuang yang bersungguh-sungguh, ikhlas mereka menegakkan akidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah tanpa mengemis wang daripada sesiapapun. Semuanya mereka lakukan tanpa ada sebarang keinginan yang mereka kedepankan.



Masa yang mereka laburkan tanpa tahu apa pulangan dunia dimasa hadapan. Mereka menulis makalah, artikel mengenai bahaya-bahaya fahaman yang mampu menggugat perpaduan akidah yang lama terbina di bumi bertuah Malaysia ini. Mereka keluarkan wang sendiri menerbitkan buku-buku khusus untuk disebarkan kepada masyarakat tidak mereka ceritakan kepada umum.



Kadangkala sehingga mereka difitnah, dibuang negara, malah ada di antaranya terpaksa berhijrah kerana mendapat tekanan-tekanan dari pihak-pihak tertentu.



Jerih mereka kita tidak rasa. Udara pagi yang kita nyamani kadangkala tidak terdetik hasil titik peluh para pejuang-pejuang akidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah ini. Asatizah para pejuang ini kita sedikit pun tidak hargai.



Tuan-Puan, saya kerap ditanya dan "diminta" ; Bagaimana kiranya kami boleh sumbangkan kepada perjuangan menegakkan dan mempertahankan akidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah ini daripada fahaman-fahaman wahabbi, syiah, hizbut tahrir, sesat ?



Mudah jawabnya ; Apa yang Tuan-Puan miliki ? dan lihat apa yang sering diwar-warkan oleh para Guru-Guru, Ustaz-Ustaz? Mereka menginginkan Tuan-Puan menyertai, mengaji, bertalaqqi dalam majlis-majlis ilmu. Ilmunya pula bersanad sehingga ke Junjungan Mulia Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم . Itu adalah bantuan UTAMA yang diperlukan mereka. Lihat, tidak menguntungkan mereka jika diamati dengan mata dunia bukan. Masyarakat yang berilmu ampuh dari diresapi pengaruh-pengaruh ideologi pecah belah. Jangan taksub. Belajar adabul ikhtilaf. Saling menghormati pandangan.



Tuan-Puan yang memiliki anak-anak, INFAK kan anak-anak Tuan-Puan untuk AKHIRAT. Cita-citakanlah mereka untuk menjadi seorang ulama, ustazah, ustaz yang menyumbangkan kembali kepada kekuatan Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Bagaimana? Melalui sekolah-sekolah agama seperti Sekolah Tinggi Islam As-Sofa, Kolej Islam As-Sofa, Pondok-Pondok Ahlu Sunnah Wal Jamaah di Malaysia.



Tuan-Puan, apa yang Tuan-Puan miliki lagi? Perbankan Islam ? Kemahiran ? IT [Teknologi Maklumat]? Kemahiran Kaunseling ? Dengan jalan yang Islam redha. Kedoktoran ? Membantu Guru-guru yang diuji dengan pelbagai penyakit semisal. Guaman ? Betapa ramai tokoh-tokoh Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang Tuan-Puan sayangi disaman tanpa pembelaan.



Mudahnya, apa sahaja yang mampu Tuan-Puan berikan makan serahkanlah ia kerana ALLAH. Jika kerana dunia, untuk disanjung nama sebagai pejuang ASWJ, Tuan-Puan buanglah apa yang ingin Tuan-Puan ingin berikan itu, kerana ia tidak sesekali akan kekal dalam perjuangan mulia ini. Malah ia akan menghancurkan.



Ayuh Tuan-Puan Kita Utamakan Cinta Kerana ALLAH



Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda ; "ALLAH berfirman, 'Pasti mendapatkan cinta-KU orang-orang yang saling cinta kerana-KU, orang-orang yang duduk bersama kerana-KU, orang-orang yang saling mengunjungi kerana-KU dan orang-orang yang saling memberi kerana-KU" [Hadith Riwayat: Malik, Imam Ahmad, Ibnu Hibban, Hakim]



Saya kongsikan syarahan daripada Syeikhuna Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki ketika mensyarahkan kitab Nasoih Dinniyyah :



Tuan-Puan,
Apabila seorang manusia mencintai seorang manusia, suka kepadanya dan berteman dengannya kerana dia mencintai ALLAH dan taat kepadaNYA maka itulah cinta kerana ALLAH.



Tuan-Puan,

Apabila seorang manusia mencintai seorang manusia dan berteman dengannya kerana dia membantunya dalam menjalankan ajaran agama dan menolongnya untuk taat kepada ALLAH, maka dia telah mencintainya kerana ALLAH.



Tuan-Puan,

Apabila seorang manusia mencintai seorang manusia dan berteman dengannya kerana dia membantunya dalam mendapatkan dunia yang dengan itu dia berusaha mendapatkan akhirat maka dia telah mencintainya kerana ALLAH.



Tuan-Puan,

Apabila seorang manusia mencintai seorang manusia dan berteman dengannya sebab dia merasakan perasaannya condong kepadanya dan jiwanya senang terhadapnya, atau kerana dia membantunya dalam urusan dunia juga dalam perkara kehidupan lainnya yang membuatnya senang maka itu adalah cinta biasa, bukan termasuk cinta kerana ALLAH. Itu adalah persahabatan yang timbul kerana perasaan jiwa semata. Akan tetapi cinta dan persahabatan seeprti itu adalah sesuatu yang boleh dan mungkin mengandungi kebaikan di dalamnya, INSYAALLAH.



Sedangkan, jika seorang manusia mencintai seorang manusia kerana dia membantunya kepada kemaksiatan dan kezaliman, menolongnya kepada hal-hal yang menyebabkan kefasikan dan kemungkaran maka itu adalah cinta dan persahabatan yang tercela dan sangat buruk. Itu adalah cinta dan persahabatan di jalan syaitan, bukan kerana ALLAH sedikitpun.



Itulah cinta dan persahabatan yang akan berubah menjadi permusuhan di akhirat nanti, dan barangkali di dunia pun sudah berubah menjadi PERMUSUHAN. ALLAH Subbahanahu Wa Taala berfirman ;



"Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa' [Surah az-Zukhruf;67]



Apa sumbangan kita...



alfaqir :

almukminun

BBST

25 Syawal 1432 H / 23092011

http://almukminun.blogspot.com/2011/09/apa-sumbangan-kita-terhadap-perjuangan.html


.اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم

Tiada ulasan: