::Teman Bersama::

Jumaat, 29 April 2011

Salam Perpisahan Buat Y. Bhg. Dato' Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Abdul Aziz [Mantan KP JAKIM]











Salam Perpisahan Buat Y. Bhg. Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz [Mantan Ketua Pengarah JAKIM]









Jika mahu dituliskan cukup banyak jasa dan sumbangan beliau dalam memartabatkan Islam di Malaysia khususnya dan di peringkat antarabangsa amnya. Justeru, saya kongsikan sedikit penghargaan ini daripada kacamata seorang yang faqir. Muzakarah kali ke-94 bermula pada 20 hingga 22 April 2011 bersama Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) di Sepang merupakan tugasan rasmi terakhir beliau sebagai Ketua Pengarah JAKIM.









Secara jujur saya bukanlah daripada kalangan kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia [JAKIM], bahkan jauh sekali mengenali beliau sebagaimana ahli keluarga, orang atasan dan rakan-rakan seperjuangan mengenali beliau. Cukuplah saya mengenali beliau sebagai seorang Muslim.






Bahkan, saya ringkaskan dengan usaha beliau membela aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah Islam di bumi Malaysia ini sebagai salah seorang penjawat awam. Ya, JAKIM dilabel dengan berbagai nama kerana rasa kebencian meluap yang lahir di kalangan mereka yang tidak berada di dalam lingkungan JAKIM. Sebagaimana penjawat awam lain juga di lebelkan dengan pelbagai gelaran kerana stigma yang terlekat dikotak fikir umat. Biarlah dengan tuduhan, kerana manusia akan membenci perkara ia tidak tahu akannya.





Lihat kepada ketokohan Y. Bhg. Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz, beliau amat tenang menghadapi tekanan di kalangan ahli politik pemerintah, pembangkang atau bukan Islam. Kata-katanya ampuh dan beliau berfikir, mengkaji sebelum mengeluarkan kenyataan.






Beliau menghormati ulama dan auliya tanpa beza fahaman politik kerana sikapnya yang bebas “

neutral”. Beliau lantang menegaskan larangan penggunaan nama ALLAH Subhanahu Wa Taala tanpa bersikap apologetik terhadap kebiadaban sesetangah pihak. Beliau menegaskan bahawa lafaz ALLAH Subhanahu Wa Taala merupakan kalimah suci yang perlu dijaga dan amat berkait rapat dengan akidah Islam. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama, bersikap terlalu terbuka dengan membiarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat berbahaya. Justeru kita semua terpanggil kepada satu perjuangan untuk memperjelaskan konsep tauhid kepada yang bukan Islam bagi mengembalikan keharmonian di negara ini.




Y. Bhg. Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz yang saya kenali, sangat teguh peribadi dengan

menegur kebiadaban mufti Perlis ketika itu Dr. Asri Zainul Abidin :




"Jadi sudah tiba masanya mufti tersebut ditakdib (diperadabkan), bimbang nanti dia terbelenggu dengan sifat ujub, rasa pandangannya hebat sehingga ada kecenderungan merendah-rendahkan orang lain,'' katanya.






Y. Bhg. Dato' Wan Mohamad amat memuliakan ahlillah. Beliau tidak segan meraikan para alim ulama yang hadir ke Malaysia. Terakhir saya melihat sifat tawadhu beliau memuliakan majlis Maulid Sayyiduna Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam dan berjabat salam dengan Syeikh Afeeffuddin Al-Jilani [Pengerusi Al-Wareesen Trust] di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya.






Beliau juga tegas mempertahankan

kakitangan beliau yang sering diperlekehkan oleh golongan-golongan yang tidak sependapat dengan kelantangan JAKIM mempertahankan aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah di Malaysia. Mutakhir amat sukar mencari ketua jabatan yang bermatian mempertahankan anak buahnya daripada campurtangan orang asing dalam urusan “rumahtangga” jabatan. Tetapi, beliau telah membuktikan ketokohannya dengan cemerlang semenjak memimpin JAKIM.




Beliau, Y. Bhg. Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz pada pandangan saya yang faqir telah meninggalkan kayu ukur kepada penganti beliau iaitu Ketua Pengarah JAKIM yang baharu [ Tn. Hj. Othman Mustapha ]. Semoga Tn. Hj. Othamn Mustapha dapat meneruskan perjuangan JAKIM dalam memartabatkan JAKIM sebagai salahsatu institusi agama yang disegani kerana kekentalan mempertahankan Aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah daripada pelampau wahabbi-syiah-liberal.





WALLAHU'alam.





Almukminun

http://almukminun.blogspot.com/2011/04/salam-perpisahan-buat-y-bhg-dato-wan.html
25 Jamadilawal 1432H / 29042011

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...
beberapa bulan lalu, ketika mendapat khabar tentang kontrak Dato' Wan yang tidak disambung, saya berasa sedih..
sangat setuju dgn tulisan saudara. Beliau mempunyai kedalaman ilmu agama dan terpancar dari sikap, perlakuan serta tindakannya.

Semoga usaha dakwah beliau tetap berterusan sekalipun sudah tidak berkhidmat secara rasmi dalam kerajaan.

Moga Dato' Othman dapat meneruskan segala usaha bagi memantapkan lagi gerak kerja dakwah di negara ini.

almukminun berkata...

Alaikummussalam Warahmatullah.
Benar tuan, kami merasai kesedihan kehilangan beliau.

kita doakan agar penganti beliau Tn.Hj Othman dapat meneruskan keseinambungan perjuangan yg ditinggalkan oleh beliau selaku KP JAKIM.

Tuan SJ, mohon doa mendoakan ya.