Pokok pagar kelihatan hampir mati. Gambar solat diatas tanah.Program Remaja Bertaqwa [15-18 Mac 2011]. Firman ALLAH SWT : "Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai
Edible garden dan siraman hati.
Edible Garden saya & isteri.2 minggu tidak disirami, dibajai, pokok-pokok pagar saya ada yang hampir mati. Disebabkan sibuk dengan tugasan jabatan. Ke sana-sini dengan pelbagai urusan. Soalnya, adakah tugasan itu menyebabkan makin dekat kita kepada ALLAH SWT. Dengan pelbagai hidangan cercaan, umpatan paling tidak pun mendengar akannya di kalangan teman yang apabila melihat wajah mereka tidak mengingatkan kita kepada ALLAH SWT dan Sayyiduna Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam. Bukan disebabkan mereka, tetapi hati yang semakin jauh daripada petunjuk kebenaran.
Maka, sukar kita menerima teguran walaupun ia bersifat kebaikan. Susah kita merendahkan ego di kalangan kakitangan bawahan, kerana merasakan kebesaran pangat dunia yang kita genggam.
Urusan sebagai daie [itupun jika ALLAH SWT iktiraf], membuatkan kita sibuk mengingatkan para audien untuk bertaqwa, untuk bertaqarubb kepada ALLAH Al-Ghaniy. Tetapi, kita sendiri rupanya telah hampir mati hatinya. Itupun kita nafikan sesungguhnya. Disebabkan terlalu menasihati orang lain, sehingga tidak punya masa untuk menimba ilmu daripada kalangan ahlillah..ALLAH...Khuatir amal-amal kita itu tiada nilai lagi sia-sia disisi ALLAH SWT. Bagaimana pula dengan hati yang tidak disirami cahaya ilmu daripada ALLAH SWT melalui sabdaan Sayyiduna Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam. Apakah hati itu nanti tidak bisa mati. ALLAH.
Seorang hamba dapat mencapai darjat khauf apabila dia merasa takut kerana sirnanya ḥal dan maqamnya, kerana dia tahu bahawa ALLAH Subhanahu Wa Taala memiliki kepastian hukum dan kehendak yang tidak dapat dicegah. Ketika ALLAH Subhanahu Wa Taala berkehendak untuk mencabut suatu darjat dan ḥal yang ada pada diri seseorang, seketika itu juga ALLAH Subhanahu Wa Taala akan mencabutnya. Kebahagiaan yang kita sangkakan sebagai keredhaan ALLAH Subhanahu Wa Taala berupa kedamaian, keteguhan kewangan, ALLAH Subhanahu Wa Taala gantikan dengan hilang ketaatan kepada NYA sehingga tidak merasa apa-apa dengan dosa kecil.
Bukti dari makna ini mengharuskan darjat khauf bagi seorang hamba wujud, ketika dia memiliki ucapan yang baik dan perilaku yang terpuji maka dia tak akan terputus darjat khauf ini, serta dia tidak terpedaya dengan urusan duniawi, kerana hukum kepastian dan kehendak ALLAH Subhanahu Wa Taala wujud di dalam hatinya.
Khauf seorang hamba bukanlah sekadar merasa takut semata. Khauf pasti diiringi dengan rajā’ (harapan) kepada ALLAH Subhanahu Wa Taala, khauf adalah pembangkit dari rajā’. Darjat khauf adalah maqām yang membangkitkan rajā’. Rajā’ tidak akan ada jika khauf tidak ada.
Ibn Athoillah menyatakan bahawa jika seseorang ingin agar dibuka baginya pintu rajā’ maka hendaknya dia melihat apa yang diberikan ALLAH Subhanahu Wa Taala kepadanya berupa anugerah sekecil-kecilnya, ḥal dan berbagai kenikmatan yang dia terima. Jika dia ingin agar terbuka baginya pintu khauf, maka hendaklah dia melihat apa yang dia berikan kepada NYA berupa peribadatan dan ketaatan penuh kepada ALLAH Subhanahu Wa Taala. Sebagaimana diutarakan oleh Ibn Athoillah:
”Jika engkau ingin agar ALLAH Subhanahu Wa Taala membukakan bagimu pintu rajā’, maka lihatlah segala sesuatu yang diberikan ALLAH Subhanahu Wa Taala kepadamu. Dan jika engkau ingin agar ALLAH Subhanahu Wa Taala membukakan bagimu pintu khauf, maka lihatlah apa yang telah kau berikan kepada-NYA.” ALLAH...................
Rajā’ bukan semata-mata berharap, rajā’ harus disertai dengan perbuatan. Jika rajā’ hanya berupa harapan tanpa perbuatan, maka tidak lain itu hanyalah sebuah angan-angan atau impian belaka. Dengan demikian, wajib bagi seorang hamba untuk menyertakan rajā’nya dengan amal kepatuhan, dan peribadatan yang dapat mendekatkan dirinya kepada ALLAH Subhanahu Wa Taala secara terus-terusan.
Jika rajā’ sudah ada didalam diri seorang hamba, maka rajā’ ini akan semakin menguatkan khauf yang ada pada dirinya. Kerana suatu harapan, pasti akan disertai dengan rasa takut akan sesuatu, sehingga dapat dinyatakan bahawa khauf akan melahirkan rajā’, dan rajā’ akan menjadi penguat khauf.
Redha dan Tawakkal
Reḍha dalam pandangan Ibn Athoillah adalah penerimaan secara total terhadap ketentuan dan kepastian ALLAH Subhanahu Wa Taala. Hal ini didasarkan kepada surah al-Mā’idah ayat 119:
(ALLAH reḍha terhadap mereka, dan mereka reḍha kepada ALLAH), dan juga sabda Sayyiduna Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam :
(Orang yang merasakan [manisnya] iman adalah orang yang reḍha kepada ALLAH.
Reḍha bukan hanya darjat yang diperoleh atas usaha hamba itu sendiri. Tetapi redha adalah anugerah yang diberikan oleh ALLAH Subhanahu Wa Taala.
Jika maqam reḍha sudah ada didalam diri seseorang, maka sudah pasti darjat tawakkal juga akan wujud. Oleh karena itu, ada hubungan yang erat di antara keredhaan dan tawakkal. Orang yang reḍha terhadap ketentuan dan kepastian ALLAH Subhanahu Wa Taala, dia akan menjadikan ALLAH Subhanahu Wa Taala sebagai penuntun dalam segala urusannya, dia akan berpegang teguh kepada-NYA, dan meyakini bahawa Dia akan menentukan yang terbaik bagi dirinya.
Tawakkal yang dipimpin di kalangan para ulama akan membangkitkan kepercayaan yang sempurna bahawa segala sesuatu ada dalam kekuasaan ALLAH Subhanahu Wa Taala. Sebagaimana termaktub dalam Surah Hud ayat 123:
(…kepada-NYA lah segala urusan dikembalikan, maka sembahlah DIA, dan bertawakkallah kepada-NYA).
Sebagaimana darjat lainnya, reḍha dan tawakkal tidak akan benar jika tanpa meninggalkan angan-angan. Ibn Athoillah menyatakan bahawa angan-angan itu bertentangan dengan tawakkal, kerana barangsiapa telah pasrah kepada ALLAH Subhanahu Wa Taala, dia akan menjadikan ALLAH Subhanahu Wa Taala sebagai penuntunnya, dia akan berpegang teguh kepada-NYA atas segala urusannya, dan jika sudah demikian tiadalah bagi dirinya segala bentuk angan-angan.
“Perencanaan (tadbir) juga bertentangan dengan darjat tawakkal kerana seorang yang bertawakkal kepada ALLAH Subhanahu Wa Taala adalah orang yang menyerahkan segala urusan dirinya kepada-NYA semata, dan berpegang teguh kepada-NYA atas segala urusannya. Barangsiapa telah menetapi semua hal tersebut, maka tiada lagi perencanaan baginya, dan dia pasrah terhadap perjalanan takdir. Ketiadaan perencanaan (isqat tadbir) terkait dengan darjat tawakkal dan reḍha, hal ini jelas, kerana seorang yang reḍha maka cukup baginya perencanaan ALLAH Subhanahu Wa Taala keatasnya. Maka bagaimana mungkin dia menjadi perencana bersama ALLAH Subhanahu Wa Taala, sedangkan dia telah rela dengan perencanan-NYA. Apakah engkau tidak tahu bahawa cahaya redha telah membersihkan hati dengan curahan perencanan-NYA. Dengan demikian, orang yang reḍha terhadap ALLAH Subhanahu Wa Taala telah dianugerahkan baginya cahaya redha keatas keputusan-NYA, maka tiada lagi baginya perencanaan bersama ALLAH…” ALLAH....ALLAH....ALLAH..........
INSYAALLAH,pokok pagar itu, ia boleh hidup kembali. Begitu pula dengan hati, jika diajar melalui pimpinan para ulama ia akan menuju kepada merenung (ta’ammul). Jika seseorang benar-benar merenungkan dunia ini, maka dia akan dapati bahawa, dunia hanya sebagai tempat bagi yang selain daripada ALLAH Subhanhu Wa Taala, dia akan mendapatinya hanya berisikan kesedihan dan kekeruhan. Jikalau sudah demikian, maka kita akan zuhud terhadap dunia. Dia tidak akan terbuai dengan segala bentuk keindahan dunia yang menipu.
Wallahu’alam
Mohon doa-mendoakan.
"وصلى اللّه على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم"
almukminun
28 Rabiulakhir 1432H/02042011
http://almukminun.blogspot.com/2011/04/edible-garden-dan-siraman-hati.html
1 ulasan:
Semoga Allah Memberi rahmat kepada kita....
Catat Ulasan