::Teman Bersama::

Ahad, 6 Mac 2011

Kereta Besar Lawan Kereta Kecil


Sekitar jam 1700 pm saya dilanggar oleh sebuah kereta mewah di persimpangan masuk ke Lebuhraya Persekutuan daripada Jalan Lapangan Terbang Subang. Sebuah Mercedes Benz S 200 Kompressor baru-WPX82_ _. Seorang pemandu Lelaki Cina. Usia 50+. Selepas menggesel kereta saya dia terus berlalu. Dalam hati saya berdetik, dia tidak dengar bunyi ker, sangka baik lagi, barangkali kereta besar dan mewah begini memang tidak terasa dentuman yang berlaku. Saya terus ikut beliau sehingga ke persimpangan lampu isyarat menghala ke Puchong-Kajang, apabila saya keluar daripada kereta, dia terus memecut laju. Calar dan tertanggal cat kereta saya. Kereta kecil dan tidak semahal kereta beliau. ALLAH ALLAH. Begitulah rencam hidup yang mencorakkan tarikh 04 Mac 2011.



Kereta Besar Lawan Kereta Kecil



Tidak pula saya mahu menyamaratakan semua pemandu kereta-kereta mewah ni. Tetapi kebanyakkannya, agak tidak cermat dan tidak hormat. Kadangkala ketika di jalan yang mempunyai tiga lorong sehala, saya melihat bagaimana kereta-kereta mewah ini meluru dekat kereta-kereta kecil yang sedang memotong mengikut lorong paling kanan dan diberi lampu tinggi. Bagaikan mereka yang berkenderaan kecil membayar tol, cukai jalan dan minyak kereta kurang daripada mereka. Maka merekalah yang paling layak untuk berada di lorong memotong paling kanan.



Pemandu kenderaan berkapasiti enjin kecil dalam lingkungan 1900cc kebawah tidak kurang taringnya. Tidak sepadan dengan enjin kecil dimodifikasi sehingga mampu memecut dan mencapai kelajuan 130 km/s per sepuluh saat. Elok-elok berenjin 1100 cc dimodifikasi dengan sistem surbo dan pelbagai. Tujuannya ? Untuk menunjuk, melepaskan marah, geram, minat tidak kena tempat atau rasa rendah diri. Mari kita lihat sedikit faktor psikologi secara umum di kalangan pemandu-pemandu kita tanpa membezakan kelas kenderaan yang dipandu, daripada sisi rendah sehingga sisi tinggi.



Faktor Psikologi Personaliti



Smart dan Vassallo, 2005 menyatakan personaliti menentukan gaya pemanduan seseorang. Pemandu yang mempunyai sifat anti sosial dan memiliki empati yang rendah dari usia 3 hingga awal remaja adalah pemandu-pemandu yang gemar kepada kelajuan. Gemarkan keseronokan, rendah diri, marah dan suka kepada risiko merupakan personaliti umum yang dimiliki oleh para pemandu yang melanggar undang-undang lalulintas.



Di kalangan pesalah lalulintas juga, mereka mempunyai persamaan tekanan daripada rakan-rakan agar tidak kelihatan terlalu “skema” atau mengikut peraturan kerana tidak “cool” tenang. Mereka merasakan perasaan sebagai sebahagian daripada kumpulan di kalangan rakan-rakan lebih penting daripada mengikut peraturan. Satu penemuan mengenai isu psikososial merupakan di antara penyebab berlakunya kemalangan jalan raya. Menurut The George Institute for International Health (2009), masalah kesihatan mental merupakan penyumbang kepada kemalangan di kalangan pemandu. Masalah kemurungan, tidak cukup tidur, kurang konsentrasi menyebabkan proses membuat keputusan tidak cekap ketika beradan di jalan raya.



Apakah Tindakan Untuk Mengatasi Isu Ini



Dorongan Sosial



Sistem keluarga bertanggungjawab penuh sebagai pendorong pencegahan berlakunya gejala memandu laju dan melulu. Ibu bapa harus sedar, cara mereka memandu akan diserap didalam kotak fikir anak-anak. Jika baik cara memandu ibu bapa maka masa depan anak-anak untuk menjadi pemandu yang tertib sangat cerah, manakala jika buruk gayanya, maka persediaan untuk “berkubur” atau “menguburkan” orang tidak berdosa di jalan raya amat tinggi kebarangkalianya.



Firman ALLAH SWT :


" Wahai orang – orang yang beriman peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari seksaan api neraka.

[Surah al-Tahrim ayat: 6 ]



Iklan di media-media mengenai kepentingan memandu secara cermat dan bersopan perlu diteruskan tanpa jemu. Kaitkan dengan kebenaran beragama sebagai cara hidup. Mana mungkin manusia yang kenal zat Tuhannya akan ingkar akan perintah dan larangan NYA.



Kaunseling



Mohonlah bantuan daripada ALLAH Subhanahu Wa Taala. Hanya ALLAH Subhanahu Wa Taala tahu akan keperluan untuk hamba NYA. Sebagai usaha dan bimbingan, lazimkan diri untuk menghadiri sesi kaunseling daripada Pegawai Kaunselor berkelayakan dan memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana Kaunseling. Sesi kaunseling merupakan sebuah proses membantu daripada Kaunselor. Proses ini dirahsiakan dan selaku klien anda berhak mendakwa Pegawai Kaunselor jika syarat-syarat tidak dipatuhi oleh kedua-dua pihak. Saya sendiri merupakan pengamal Kaunselor dan saya selesa melaksanakan sesi kaunseling mengikut lunas syarak. INSYAALLAH.



Kisah Saya



Saya membuat laporan pertama di IPD Kajang tepat jam 2100 pm, 45 minit menanti, saya diminta ke IPD Shah Alam disebabkan kemalangan diluar kawasan Kajang dan saya tiba jam 2330 pm, berada di IPD Shah Alam Sesyen 9, secara terhormat saya diminta ke IPD Trafik Petaling Jaya, dibelakang Hotel HILTON. Saya tiba jam 1230am. Ding dong ding dong, akhirnya urusan saya selesai pada jam 1 am. Belum sempurna proses laporan tersebut. Salinan laporan perlu dibeli pada hari Isnin. Kes saya disiasat oleh seorang Sarjan wanita, sangat peramah dan tabah. Melihatkan bebanan kerja mereka, saya melihat ia sungguh berat. Menjelang malam selepas jam 1200 am, kes-kes kemalangan disebabkan mabuk dan rempit amat banyak, itu belum lagi sewaktu hari hujan. Kata “brother” penarik kereta yang sempat saya berbual dengannya sementara menanti giliran untuk disiasat.



Saya belajar ilmu baru juga malam ni. Memang cemburu dengan rakan taulan yang mengisi masa mereka didalam majlis-majlis dziki, yang mana saya duk sibuk menyelesaikan urusan dunia..ALLAHU ALLAH. Perancangan saya dan isteri untuk menghadiri majlis bersama Syeikh fadhil Al-Jilani daripada Turki yang dijadualkan berlangsung di Markas Hasaniah, Sungai Ramal Dalam terpaksa dilupakan.




Saya kongsikan sedikit maklumat yang saya perolehi daripadaBrother penarik kereta” di IPD PJ:





1. Tidak dipanggil langgar lari jika yang melanggar dan mangsa tidak membuat laporan dalam tempoh 24 jam. Walaupun ketika kejadian yang melanggar memang sudah lari.





Jika tuan-puan membuat laporan Polis, sekiranya yang melanggar tidak melapor dalam tempoh 24 jam, maka pesalah akan dikompaun dan kereta boleh ditahan di IPD Trafik. Bayangkan kalau suspek membuat laporan, sedangkan anda yang tidak bersalah tidak semena-mena perlu bersedia membayar RM 300 sebagai kompaun maksimum. Disebabkan itulah pentingnya membuat laporan Polis, melainkan persetujuan dicapai di luar balai.





2.Walaupun anda mengalami sedikit kerosakan, disebabkan yang melanggar tidak mahu menyelesaikan di luar BALAI, Tuan-Puan perlu juga membuat laporan Polis, sila rujuk akta Undang2 Jalan Raya 1987. Ini menurut kata Sarjan di IPD PJ.





3. Sekiranya pihak yang melanggar berkata tiada apa-apa kesan pada kenderaannta, dalam konteks saya yang dilanggar Mercedes S 200 yangg tiada apa-apa kesan pada badan keretanya, masih ada kaedah forensik untuk menentukan memang kereta itu yang melanggar kereta kita. Had ni kita kena tahu hak kita sebagai mangsa, kena ingatkan Pegawai Siasatan.





Maka,kita boleh menuntut insuran daripada kereta melanggar untuk membaiki kereta tuan-puan.





4. Situasi lain, jika kita bangun pagi tiba-tiba ada kesan kena langgar dan tidak tahu siapa yang melanggar kereta kita, anda masih boleh menuntut kos pembaikan dari insuran kereta anda tanpa menjejaskan NCD, had ni saya kurang faham disebabkan terlalu mengantuk semasa “Brother tarik kereta” bercerita. Nama tuntutan ini ialah knock for knock claim.




5. Akhir sekali, semasa berlakunya kejadian kemalangan jalanraya, samada anda dilanggar daripada belakang atau melanggar hadapan kereta lain, tidak perlu menimbulkan atau melayan provokasi pesalah. Terus Istighfar dan memohon maaf atau bertanya khabar dirinya. Katakan terus ke Balai Polis Trafik berdekatan. Pastikan Tuan-Puan ke Balai Polis Trafik mengikut daerah atau kawasan tempat kejadian. Jika tidak, tuan-puan akan mengalami nasib seperti saya yang disepak bagikan bola.




Tuan-Puan, jika khuatir dengan provokasi pemandu yang melanggar atau dilanggar, terus maju ke kawasan yang ada ramai orang secara perlahan-lahan dan hubungi suami, rakan, keluarga terdekat untuk bantuan. Ambil nombor plat kereta, rupa bentuk orang, kesan-kesan atau tulisan sticker di kenderaan yang jelas kelihatan.




Firman ALLAH S.W.T.

" Dan jika mereka condong kepada perdamaian maka condonglah kepadanya dan bertawakallah kepada Allah S.W.T . Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

[Surah al-Anfal ayat: 61 ]




Usah percaya dengan kata-kata “brother penarik kereta” yang mahu menarik kereta tuan-puan ke bengkel mereka. Jika kecelakaan pada kenderaan tuan-puan tidak seberapa dan masih boleh dipandu, tangguhkan dahulu ke bengkel dan tolak cara santun, tetapi TEGAS ajakan “tower man” tersebut. Tuan-Puan perlu memilih bengkel yang memiliki pengesahan PIAM dan Bank Negara Malaysia. Ini bagi memastikan hak tuan-puan terjamin sekiranya berlaku ketidakpuasan hati tentang cara pembaikan yang dilakukan oleh bengkel tersebut.




Sekiranya pihak bengkel tidak mahu melakukan pembaikan seperti yang tertera pada cadangan “adjuster” dan kelulusan pihak insurans tuan-puan, terus ke Bank Negara untuk membuat laporan mengenai bengkel tersebut. Ketika di Bank Negara, tuan-puan hanya berikan nombor kereta, dan segala informasi mengenai harga tuntutan, barangan yang ditukar pada kenderaan akan tertera pada data-data Bank Negara Malaysia. Tetapi, pastikan bengkel tersebut berdaftar dengan PIAM.




INSYAALLAH, jika panjang usia, bersambung kepada adab memandu di jalan raya.



Mohon maaf zahir dan batin serta doa daripada Tuan-Puan.



"وصلى اللّه على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم"


WALLAHU'alam

faqir : almukminun/05032011

Tiada ulasan: