Ditulis oleh al Muhaddith Prof. Dr Sayyid Muhammad 'Alawi al Maliki di dalam kitabnya Haul al Ihtifal Bi Zikra al Maulid al Nabawiyy al Syariff. Saya paparkan petikkannya untuk dikongsi faedah dan manfaat dengan semua. Sekiranya ada sebarang kesilapan, mohon diperbetulkan sebagai membantu melengkapkan dan menghampiri sebuah kesempurnaan.
Wallahu'alam
Berkata al Muhaddith Sayyid Muhammad Alawi al Maliki:
Telah diriwayatkan di dalam Sohih al Bukhari bahawa telah diringankan azab bagi Abu Lahab pada setiap hari Isnin disebabkan dia telah membebaskan hamba perempuannya Thuwaibah yang telah mengkhabarkan tentang kelahiran al Mustofa SAW.
Al Hafiz Syamsuddin ibn Nasiruddin al Dimasyqi telah menyatakan tentang perkara di dalam syairnya:
إِذَا كَانَ هَذَا كَافِـراً جَاءَ ذَمُّـُه
بِتَبَّتْ يَدَاهُ فِي الْجَحِيْمِ مُخَلَّّدًا
أَتَى أَنَّهُ فِي يَوْمِ الاِثْنَيْنِ دَائـِمًـا
يُخَفَّفُ عَنْهُ لِلسُّرُوْرِ بِأَحْمَدًا
فَمَا الظَّنُّ بِالْعَبْدِ الَّذِي كَانَ عُمْرُهُ
بِأَحْمَدَ مَسْرُوْرًا وَمَاتَ مُوَحِّدًا
“Jikalaulah si kafir yang telah didatangkan cercaan ke atasnya di dalam surah al Masad (Celakalah kedua belah tangan Abi Lahab) dan dia kekal di dalam neraka Jahim.
Sesungguhnya diberikan minuman pada tiap-tiap hari Isnin bagi meringankan azabnya kerana bergembira dengan kelahiran Ahmad.
Maka apakah pula sangkaanmu terhadap seorang hamba yang seumur hidupnya bergembira dengan Ahmad, melainkan dia mati dalam keadaan mentauhidkan Allah.”
Khabar ini telah diriwayatkan oleh al Bukhari secara mursal di dalam Sohih pada Kitab al Nikah dan dinaqalkan oleh al Hafiz Ibnu Hajar di dalam al Fath, al Imam Abdurrazzaq al Sun’ani di dalam al Musonnaf, al Hafiz al Baihaqi di dalam al Dalail, Ibnu Kathir di dalam bab al Sirah al Nabawiyyah di kitabal Bidayah, Muhammad ibn Umar Bahraq di dalam Hadaiq al Anwar, al Hafiz al Baghawi di dalam Syarh al Sunnah, Ibnu Hisyam dan al Suhaili di dallamal Raud al Unuf dan al ‘Aamiri di dalam Bahjah al Mahafil.
Walaupun riwayat ini adalah mursal, akan tetapi diterima kerana ia dinaqalkan oleh al Bukhari dan para ulama dari kalangan Huffaz telah bersandar dengannya kerana ia hanya mengisahkan tentang manaqib dan khasais, bukannya mengenai perkara halal dan haram. Para penuntut ilmu sudah pastinya mengetahui perbezaan mengambil dalil dengan hadith di antara perkara manaqib dan hukum-hakam.
Al-Fadhil Ustaz Mujahid
Rabiulawwal 1431H
ALLAHUMMA SHOLLI ALA' SAYYIDDUNA MUHAMMAD RASULULLAHI SHOLLALLAHU ALAIHI WASSALAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan