::Teman Bersama::

Khamis, 20 Ogos 2009

Menentukan Hadirnya Ramadhan



Menentukan Hadirnya Ramadhan


بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره ووالاه



Berkata Tuan Syeikh Salim Hadhrami;


“Wajib puasa Ramadhan itu dengan salah satu daripada lima perkara berikut(1)Setelah sempurna Sya’ban tiga puluh hari,(2)Dengan sebab melihat anak bulan Ramadhan pada hak yang melihatnya,sekalipun dia seorang yang fasiq, (3)Menetapkan puasa bagi yang melihat anak bulan Ramadhan pada pihak yang tidak melihatnya dengan saksi yang adil walaupun ia seorang budak atau perempuan,(4) Dengan sebab mengkhabarkan ‘adil riwayah yang sudah dipercayai dengannya seperti isterinya atau kawanya samada jatuh pada hati bagi membenarkanya atau tiada, atau tiada yang dipercayai dengannya jika jatuh didalam hati bagi membenarkannya, (5) Dengan sebab zhan masuk bulan Ramadhan dengan ijtihad pada orang yang kesamaran atasnya pada demikian itu”


[Safiinatun-Najaa Darul Ma’aariff, Pulau Pinang., 27]


Manakala, berkata Haji Muhammad Arsyad Thalib Lubis menyebutkan tentang perkara ini dengan kata beliau; Puasa Ramadhan dimulai dengan salah satu yang berikut;


1-Melihat anak bulan Ramadhan setelah terbenam matahari pada tanggal 29 Syaaban.


2-Mencukupkan bilangan bulan Syaaban 30 hari jika anak bulan awal Ramadhan tidak kelihatan.


3-Penetapan hakim Syar’i akan awal Ramadhan berdasarkan keterangan saksi, sekurang-kurangnya seorang saksi yang adil, bahawa ia melihat anak bulan Ramadhan.


4-Keterangan orang yang dipercayai kebenarannya oleh penerima berita bahawa ia melihat anak bulan Ramadhan walaupun ia seorang perempuan, orang fasiq atau kanak-kanak.


5-Penetapan awal Ramadhan dengan hitungan ahli hisab bagi orang-orang yang mempercayainya.


[Ilmu Fiqih, H.M Arsyad Thalib Lubis.,90]


Manakala dalam konteks Malaysia, puasa Ramadhan dimulai melalui salah satu ketetapan berikut;


1-Disebut sebagai Ru’yah


Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi Muhammad ShollaLLahu Alaihi Wassalam bersabda;


Ertinya; “Berpuasalah kamu sekalian jika telah kelihatan anak bulannya (Ramadhan), dan berbuka (kerana menyambut Syawwal) lah kamu jika telah kelihatan anak bulannya (Syawal)”


[Hadith Muttafaqun Alaih; Al-Lu’lu’uwal Marjaan no. 656]



Daripada Ibnu Umar r.huma, bahawa Rasulullah SAW menyatakan mengenai Ramadhan dengan sabda Baginda;


“Janganlah kamu berpuasa sehingga kamu melihat anak bulan Ramadhan, dan jangan kamu berbuka (kerana menyambut Syawal) sehingga kamu melihatnya. Maka jika pandangan kamu terhalang oleh awan mendung maka taqdirkan sempurna bilangan hari tersebut tiga puluh hari”


[Hadith Muttafaqun Alaih; Al-Lu’lu’uwal Marjaan no.653 ]


2-Disebut sebagai Hisab


Daripada Ibnu Umar r.anhuma,bahawa Rasulullah SAW bersabda;


“Biasanya dalam sebulan terdapat dua puluh sembilan malam. Maka jangan kamu berpuasa sehingga kamu melihatnya. Maka jika pandangan kamu terhalang oleh awan mendung maka sempurnakan bilangan hari-hari Syaaban tersebut tiga puluh hari”


[Hadith Riwayat al-Bukhari; Mukhtasar Shahih Bukhari no.879]


Daripada Abu Hurairah r.a katanya; Rasulullah SAW menyebut tentang anak bulan, sabdanya;


“Apabila kamu sekalian melihat anak bulan Ramadhan maka hendaklah kamu berpuasa, dan apabila kamu melihat anak bulan (Syawal) maka berbukalah (berharirayalah). Jika terselindung ke atas kamu (sama ada mendung atau sebagainya), maka genapkanlah hitungan Syaaban tiga puluh hari”


[Hadith Riwayat Muslim; Mukhtasar Shahih Muslim no.574]


Justeru, ana si faqir menyeru kita i’tiqad azam tingallah segala perbuatan tercela bersempena 1 Ramadhan 1430/22 Ogos 2009 yang bakal menerjah pintu hati-hati yang dahaga akan rahmat beserta keampunan Ilahi. Andai dapat diberhentikan seketika urusan yang terlalu keduniaan lagi mengundang kemurkaan ALLAH Rabbul Jalliil, ayuh! Kita bulatkan tekad demi redha Ilahi.


Utamakan kesatuan ummah, bukan tuntutan peribadi yang menzalimi diri dan para pengikut yang jahil ilmi.


Buat ahli ibunda, ayahnda, mertua, keluarga, isteri tercinta, guru-guru yang ku hirup manis ilmumu, serta teman-teman jauh dan dekat ku mohon ampun dan maaf atas segala khilaf. Teguhkan aqidah menjauhi mujassimmah dan syiah!


Moga pesta ibadah ini kita penuhi dengan segala tuntutan sunnah Sayyiddina Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam melalui petunjuk guru-guru penuh barakah.


Wallahu ‘alam.


"وصلى اللّه على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم"


Al-Haqir illa ALLAH Al-Ghaniy:


Almukminun


28 Syaaban 1430H/20082009


http://almukminun.blogspot.com/

Tiada ulasan: