::Teman Bersama::

Rabu, 4 Mac 2009

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASULULLAH SHOLLAHU ALAIHI WASSALAM PERDANA/مولد الرسول فردانا






مولد الرسول فردانا


MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASULULLAH SHOLLAHU ALAIHI WASSALAM PERDANA


AHAD

08 MAC 2009

11 RABI’ AL AWAL 1430

MASJID DARUL EHSAN

TAMAN TUN ABDUL RAZAK,

AMPANG, SELANGOR.


ANJURAN BERSAMA


MASJID DARUL EHSAN, YAYASAN SOFA DAN ABIM



6.00 ptg

Huraian dan Ijazah Salawat Pilihan


7.00 mlm

Minum Petang

7.30 mlm

Solat Maghrib

Bacaan Salawat dan Maulid Nabi I

8.45 mlm

Solat Isya'

Kata-kata Aluan Pengerusi Majlis

Bacaan al Quran

Oleh: Ustaz Mohd. Farid bin Samad al Hafiz

Pengurus Masjid UIA, Gombak, Selangor

Kata-kata Aluan Nazir Masjid Darul Ehsan

Oleh: Jen (B) Tan Sri Hj. Abdul Rahman bin Hj. Abdul Hamid



Ceramah Maulidur Rasul I dan

Periwayatan Kitab: 40 Hadith Kelebihan Rasulullah

Oleh: Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki

Ahli Majlis Agama Islam NS

Ahli Majlis Fatwa Kerajaan NS

10.15 mlm

Makan dan Bersurai







اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ


Sesungguhnya umat Islam pada hari ini, telah dibalakan dengan kewujudan insan-insan yang kabur tentang kedudukan Penghulu Segala Rasul, Nabi Muhammad i yang diutuskan sebagai rahmat ke seluruh alam. Rentetan dari itu, pada hari ini, terdapat umat Islam yang mengingkari keistimewaan Baginda i dan menempelak majlis-majlis bagi mengingati sirah dan menghidupkan Sunnah Baginda i.


Mereka tidak sedar tentang peri pentingnya Nabi Muhammad i dalam kehidupan mereka, sekalipun jasad Baginda i telah disemadikan di bumi Madinah al Munawwarah. Bahkan, mereka memandang Nabi Muhammad i seperti manusia yang lain tanpa ada sebarang keistimewaan yang tersendiri. Natijahnya, mereka berada semakin jauh daripada Rasulullah i sehinggalah Sunnah dianggap sebagai bid’ah dan bid’ah dianggap sebagai Sunnah.


Menyedari semakin jauhnya ruh dan jiwa umat Islam dari idola yang sebenar, maka Masjid Darul Ehsan bersama Yayasan Sofa dan ABIM, bersatu tenaga mendekatkan masyarakat dengan idola mereka melalui Majlis Maulidur Rasul Perdana yang diadakan pada tahun ini.


SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

DIJEMPUT HADIR


Kitab ini mengandungi 30 salawat ke atas Nabi i yang dihimpunkan oleh seorang ulama' tersohor dunia Islam dari Makkah al Mukarramah, al Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn 'Alawi al Maliki al Hasani t.


Salawat-salawat ini sesuai untuk dijadikan sebagai amalan harian bagi mereka yang berminat untuk beramal secara konsisten dan melembutkan hati. Muslimin dan Muslimat yang berminat, boleh mendapatkan kitab ini secara percuma dalam majlis pengijazahannya pada hari tersebut.

Kitab ini adalah hasil karangan pakar hadith abad ini dan ulama' Ahli Sunnah, al Muhaddith Abi al Fadhl al Sayyid Abdullah ibn Muhammad al Siddiq al Ghumari yang berasal dari Morocco.


Bersesuaian dengan kedudukan Rasulullah i sebagai kekasih Allah Yang Maha Agung, sudah pasti Baginda i dikurniakan pelbagai keistimewaan yang tidak dimiliki oleh insan-insan yang lain. Kitab ini memaparkan hadith-hadith tentang keutamaan dan keistimewaan Rasulullah i yang agung. Semoga dengan menghayatinya, Rasulullah i sentiasa terpahat di hati dan kita menjadi ummah mithali.


_________________________________________________________________________

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

019 2168426 (Imam Hj. Ahmad Sabri)

03 42568400 (Pejabat ABIM)

H/P: 0139166079 / 016 2615657 (Yayasan Sofa)

www.yayasansofa.com

http://almukminun.blogspot.com/

Tiada ulasan: