::Teman Bersama::

Selasa, 31 Mac 2009

Ilmu ; Tidaklah Layak Manusia Mengakui Sebagai Pemiliknya


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصرهووالاه


Ilmu ; Tidaklah Layak Manusia Mengakui Sebagai Pemiliknya


Segala pujian hanya layak untuk ALLAH SWT sahaja. Rabb semesta alam ini Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi kita,Sayyuddinna Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam. Rasul akhir zaman, kepada ahli keluarga baginda, para sahabat r.anhum dan sesiapa sahaja yang mengikut jejak mereka dengan penuh ikhlas sehinggalah hari kiamat nanti.


ALLAH SWT yang mencipta semua ilmu sejak azali lagi hingga selama-lamanya. Walau diakui, dibentangkan oleh manusia kini bahawa dia adalah penemu kepada ilmu baharu. Namun, sesungguhnya tidaklah layak manusia mengakui sebegitu. Masakan ilmu yang diakui baharu itu lahir oleh akal ciptaan manusia sendiri? ALLAH SWT adalah pemilik dan Maha Menyimpan segala ilmu dalam pengetahuanNYA. ALLAH SWT adalah sumber dan sebab-musabab segala yang kita miliki hari ini. ALLAH SWT juga yang telah membukakan yang ghaib kepada hamba-hambaNYA yang faqir kepada jalan yang benar.


Maka, berkata Imam Ibn 'Atho'illah As-Sakandari meneruskan munajat beliau dengan uslub yang sama seperti uslub sebelumnya iaitu dengan menzahirkan kehambaan dirinya kepada ALLAH SWT dalam rangka untuk mengakui keagungan ketuhanan ALLAH SWT dalam segenap kehidupannya;

إِلهِي أَنا الجاهِلُ فِي عِلْمِي فَكَيْفَ لا أَكُونُ جَهُولاً فِي جَهْلِي؟


Maksudnya: Wahai Tuhanku, aku ini seorang yang jahil dalam ilmuku. Bagaimana pula aku tidak terlalu jahil dalam kejahilanku.


Pada suatu hari, datang seorang sahabat menemui Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam dengan mengajukan pertanyaan : Wahai Rasulullah, apakah amalan yang paling utama? Jawab Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam ; “Ilmu pengetahuan tentang ALLAH SWT” Rupa-rupanya sahabat itu menyangka Rasulullah salah faham, ditegaskan lagi; “Wahai Rasulullah, kami bertanya tentang amalan, sedangkan Nabi menjawab tentang ilmuNYA.” Jawab Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam ; “Sesungguhnya sedikit amalan akan berfaedah apabila disertai dengan ilmu tentang ALLAH SWT dan banyak amalan tidak akan bermanfaat apabila disertai dengan kejahilan tentang ALLAH SWT.”


Manakala, wujud ilmu dalam dua jenis, iaitu, Ilmu Kasbi (yang didapati dengan cara belajar), dan imu Wahbi (yang didapati dengan semata-mata kurniaan ALLAH SWT tanpa pembelajaran), seperti dalam firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Dan bertaqwalah (kepada ALLAH SWT), maka ALLAH SWT akan mengajarkan kepadamu…”. [Al-Baqarah:282]


Serangkap pantun daripada Tuan Guru Faqir Muhammad Syafie bin Abdullah bin Mohd bin Ahmad Rangkul;

Saudara tidak mendapat ilmu melainkan enam

Saya mengkhabarkan daripada tafsilnya dengan terang

Cerdik, haloba, bersungguh-sungguh belanja senang

Nasihat guru panjang masa jangan kurang


Wallahu'alam


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وبارك وسلم أجمعين، والحمد لله رب العالمين

Al-Haqir ila ALLAH AL-GHANIY:

Almukminun

http://almukminun.blogspot.com/

4 Rabiulakhir 1430H / 31032009

1 ulasan:

Unknown berkata...

Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” (Yusuf 12:108)”

Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya….dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq