::Teman Bersama::

Rabu, 31 Disember 2008

DOA BUAT AHLUL GHAZZAH



DOA BUAT AHLUL GHAZZAH

حسبنا الله و نعم الوكيل يا ذا الجلال و العزة


اللهم انقذ المسلمين فى غزة
اللهم كن لهم عونا و نصيرا


اللهم ربنا جل ثناؤك و تقدست اسماؤك
اللهم لا يرد امرك و لا يهزم جندك سبحانك و بحمدك


اللهم عليك باليهود الظالمين
اللهم منزل الكتاب,هازم الاحزاب,مجرى السحاب
اهزمهم و زلزلهم


اللهم ارينا فيهم عجائب قدرتك .. قتلة الرسل و الانبياء
ظلمت العزل الابرياء


اللهم حرر المسلمين فى غزة يا ذا الجلال و العزة


اللهم فك اسرهم و اشفى مريضهم و اكشف كربتهم


اللهم بدل خوفهم امنا يا ذا الجلال و العزة


اللهم اعز الاسلام و المسلمين و اذل الشرك و المشركين و دمر اعداء الدين

و احمى حوزة الاسلام
و اجمع كلمة المسلمين على الحق يا رب العالمين


اللهم انج المستضعفين المسلمين فى كل مكان


اللهم اصلح احوال المسلمين فى فلسطين و العراق و فى كل مكان


اللهم الف بين قلوبهم و اهديهم سبل السلام و اخرجهم من الظلمات الى النور
يا ذا الجلال و الاكرام و العزة

Hati kami dicarik-carik. 1430 Muharram 1 disambut dengan esak tangis. Mana mampu kami menahan tangis. Melihat jasad-jasad muslimin seakidah kami bercarikkan. Dirobek-robek jasad-jasad mereka.. Saling tidak tumpah sebagaimana yang dilaungkan oleh paderi kristian ketika mendengar perkhabaran kejatuhan kerajaan Monggol di Baghdad; “Biarkan anjing-anjing itu dipijak, dikoyak-koyak dan dipotong-potong oleh musuh mereka, Nanti, kita bangunkan atas runtuhan itu dengan ketamadunan kita.”


Arghhh...Apa akan ku jawab di depan ALLAH Subhanahu Wa Taala Rabbul Jalil. Sedang melihat nasib saudara seakidah di rakus yahudi laknatullahi alaih.


Cermati Hadis baginda Sayyidinna Muhammad Shollahu Alaihi Wassalam;


Daripada Ummul Mu’minin, Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah SAW), beliau berkata;(Pada suatu hari) Rasulullah SAW masuk ke dalam rumahnya dengan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding ya’juj dan ma’juj seperti ini”, dan Baginda menemukan hujung ibu jari dan hujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab Binti Jahsy) lalu berkata; “Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang sholeh?” Lalu Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam bersabda; “Ya jikalau kejahatan sudah terlalu banyak”


[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]


Mereka yang berkuasa memerintah, tuli melihat kekejaman zionis laknatullahi alaih. Mereka yang mempunyai pemutus harga komoditi “hitam”, ketakutan bersuara atau menghantar bantuan berupa senjata. Itulah wajah-wajah muslimin kini. Terus tunduk kepada zionis. Hanya bijak mengeluarkan suara bantahan, supaya memperolehi kasihan belas daripada “musuh umat Islam”. Sehingga kepada merayu; “pimpinan dunia harus memainkan peranan”.


Paling menyedihkan, kita meminta simpati kepada pendokong yahudi zionis yakni amerika syarikat agar menaungi proses pendamaian. Sedangkan umum mengetahui, bahawa amerika syarikat adalah penyumbang USD 30 billion (tahun 2007) bagi sumber pensenjataan negara haram israel.


Beban ujian buat para syuhada Ghazza kami sambut. BALDATUN THOIIBATUNN WA RABBUN GHAFFUR.. Walau dilihat mata yang kasar, bumimu Palestin dimandikan darah. Tetapi, ditempat tumpahan darah para syuhada itulah bumimu Palestin penuh keberkatan.


Dijanjikan oleh ALLAH SWT dan Rasulullah Shollahu Alaihi Wassalam, bahawa bersama perjuanganmu Palestin, adalah lingkungan keredhaan ALLAH SWT. Titisan-titisan darah yang mengalir itu lebih mulia dibanding kami yang masih tenggelam memperjuang nasib sendiri.


Walau disambut lemparan kepingan peledak-peledak zionis, kalimah dari bibir para syuhada tidak pernah kering melafaz kalimah syahadah, tahlil...


ALLAHU ALLAH...bergejolak hati kami memikirkan nasibmu Palestin. Merintih kami kepada ALLAH SWT Yang Penuh Kemuliaan dan Ihsan, agar dimudahkan ujian.


Air mata ayahanda kami yang gagah di bumi Palestin terus membasahi pipi. Melihat anak-anak kecil syahid diusia awal. Kami melarik mata kepada para ibu kami di Palestin. Mereka kering air mata, meredhai pemergian ana bergelar para syuhada ila ALLAH SWT. ALLAHU ALLAH...Para ibu kami begitu kental hati-hatinya. Tidak gundah digugah yahudi laknatullahi alaih.


Kami imani Firman ALLAH SWT;


“Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) siapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu: orang-orang yang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.”
[surah al-Baqarah: 154]


ALLAHU ALLAH...Betapa ALLAH SWT telah memuliakan para syuhada itu. Hingga nama-nama mereka disebut-sebut oleh ALLAH SWT. Sedang kami di sini, terus tenggelam dalam keseronokkan. Mengejar dan mempelajari ilmu, tetapi hanya untuk kepentingan dunia kami.


Ketika seluruh para pemuda diserata jazirah arab berlari-lari anak menderma darah untuk para mujahid, mujahidah kami mengguman bibir, menggengam tangan menahan malu, kerana keputusan usaha melahir untuk membantu. Para ibu di dan ayah diserata jazirah arab melahir bantah! Para pemuda kental iman bersiap sedia menyelinap masuk ke bumi Anbiya Palestin bermatlamat melempar tentangan kepada pemuka yahudi. Waima hanya balingan batuan.


Apa pula usaha kita wahai tuan? Masih menangisi nasib diri? Berkira-kira membuat persiapan menyambut tahun baru masihi? Merasa selesa dan hanya berkata; “Kesian sungguh Palestin, tetapi apakan daya kita...”..Seketika kemudian, kita berterusan bergelak ketawa, seolah-olah tiada apa-apa yang menimpa para saudara rafiq kita di bumi Palestin.


Duhai para ibu dan ayahku di bumi Palestin, kami mengenangi, kami mengatur menyerah memorandum kutukan dan hinaan kepada rejim zionis laknatullah beserta tali barut mereka.


Dalam surah Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:


“Orang -orang yang beriman berperang di jalan Allah dan Orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kuncu-kuncu syaitan itu kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.”

[Annisa' 4;76]


Orang-orang yang beriman kepada ALLAH SWT berjuang dan berperang kerana ALLAH SWT, tetapi orang-orang Jahiliah berjuang bermati-matian untuk mengikut perintah thaghut.


Maka di kalangan muslimin, timbul pula munaffiqqun. Bertopeng Islam mereka berlarian. Merasa takut kepada kuffar, mereka bersengkokol. Berusaha keras bersama tentera kuffar mereka cuba menjatuhkan khillafah Islam. Lalu menyediakan jalan kepada kuffar untuk dijadikan pengkalan ketenteraan. Semuanya atas nama Islam. Memerangi bid’ah dan ahlus Sunnah kata mereka. Demi pemurnian Islam. Usah dilupa fakta sejarah.


Kami takuti, bahawa usaha yang kami dahului itu tidaklah setara dengan perjuangan-perjuangan anak-anakmu di bumi Palestin..Wahai ayah dan ibu kami di bumi Palestin...ALLAHU ALLAH


Wallahu’alam


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وبارك وسلم أجمعين، والحمد لله رب العالمين


Al-Haqir ila ALLAH AL-QAWWIY;

Almukminun

3 Muharram 1430

http://almukminun.blogspot.com/

Tiada ulasan: